Thursday, October 14, 2010

You & I [3]

Posted by Snow_Queen at 7:44 PM

Prof. Evan dan Nana sudah selamat bertolak ke Africa pagi tadi. Angin pagi bertiup kencang. Aku membetul-betulkan robe berwarna hitam baldu yang aku sarungkan ke tubuh badan sebelum bertolak dari rumah tadi. Hoodie robe berkenaan aku tarik lagi ke bawah agar seluruh kepala dan mukaku terlindung. Mine juga berbuat demikian. Pandangan pelajar sekeliling tak diendahkan. Langkah Mine terhenti. Apa pulak pagi-pagi ni? Sudahlah kelas akan bermula lagi 10 minit. Aku menoleh ke arah Mine yang berhenti secara tiba-tiba. Seorang lelaki menundukkan wajahnya. Pucat.
            “Sa…Sa..Saya minta maaf.” Terkeluar juga butir bicara dari mulut kecil lelaki itu. Aku memberi isyarat kepada Mine agar biarkan sahaja perkara itu dan terus melangkah pergi. Mine terus merempuh bahu lelaki itu. Terduduk lelaki itu di atas lantai. Cecair berwarna kuning mengalir keluar jelas menandakan dia ketakutan. Pelajar-pelajar yang berada di situ terus ketawa. Di kolej ini pelajar dark magic adalah pembuli nombor satu. Kalau tak kuat semangat jangan berangan nak berhadapan dengan pelajar jurusan itu. Silap hari bulan baru kena sergah dah demam seminggu.
            Kolej Elegance mengumpulkan pelbagai pelajar dari serata tempat. Ada magician, vampire, elf dan sebagainya. Terdapat 8 buah bangunan yang saling berhubung termasuk perpustakaan, dewan makan, asrama, kelas, pejabat lecturer dan sebagainya. 

Selain itu terdapat juga beberapa buah bangunan lain di sekitar kolej. Di sini menawarkan kursus Dark magic, Transfiguration & Apparition , Defence Against the Dark Arts (D.A.D.A), Charms, Potions, Astronomy, History of Magic, Herbology, Arithmancy, Ancient Runes, Divination dan Care of Magical Creatures (C.M.C). Untuk membezakan setiap pelajar yang mengambil kursus di situ pihak kolej telah menyediakan robe rasmi untuk setiap pelajar di situ. Warna hitam baldu untuk pelajar dark magic, warna ungu untuk pelajar transfiguration & apparition, warna hijau lumut untuk pelajar pertahanan ilmu hitam, warna kuning cair untuk pelajar charms, warna biru gelap untuk pelajar potions, warna putih untuk pelajar astronomi, warna thistle untuk History of Magic, warna coklat cair untuk herbalogi, warna aqua untuk pelajar arithmancy, warna beige untuk pelajar ancient runes, warna goldenrod untuk pelajar divination  dan warna peach untuk pelajar care of magical creatures.
            Setiap pelajar di sini diajar semua semua subjek kecuali subjek dark magic. Sebagai contoh jika anda mengambil kursus sejarah magis anda juga akan diajar ilmu kursus-kursus lain tetapi tidak secara mendalam. Di sini hanya kursus dark magic merupakan kursus tapisan. Hanya yang benar-benar layak sahaja akan diambil menyebabkan bilangan pelajar kursus itu hanyalah seramai 100 orang termasuk senior-senior berbanding bilangan pelajar lain yang mencecah lebih dari 100. Dan hanya pelajar dark magic belajar semua kursus yang ada di kolej ini secara mendalam. Terdapat 10 semester di sini. Standard semester adalah sampai semester lapan. Manakala semester 9 dan 10 adalah merupakan semester khas bagi pelajar-pelajar di sini kerana mereka akan memperolehi lessen untuk berkerja dengan kementerian sihir.
***
Aku terbersin beberapa kali. Mak aii..Dah berapa lama kelas dark magic ni tak ada orang menyapu? Habuk tebal bukan kemain. Silap hari bulan boleh tempek kat muka ganti bedak. Aku memandang Mine. Matanya juga sudah berair.
            “Aku bajet mak cik sapu sampah takut nak masuk sini.” Mine berbisik perlahan kepadaku. Aku tersenyum nipis. Nak buat macam mana? Aku berani kerat kuku yang semua warga kampus ni mempunyai pemikiran yang pelajar dark magic merbahaya untuk didekati. Kecuali oleh mereka yang betul-betul kenal kami. Bermacam-macam khabar angin yang aku dengar. Mereka hanya menilai dari luaran sahaja. Tapi tidak hairanlah mereka berfikir begitu kalau kesemua pensyarah dark magic nampak macam orang gila.
***
Untuk pelajar sem 6 terdapat 20 orang pelajar dark magic. Walaupun sikit kami umpama kawan rapat.
            “Kau orang nak apa?” Elise si ketua kelas memandang sekumpulan pelajar pertahanan ilmu hitam. Kesemua mereka mempamerkan muka sombong. Sudahlah tiba-tiba menghalang jalan.
            “Kau orang ingat kau orang hebat? Kami pelajar D.A.D.A lagi hebat tahu!” kedengaran suara seorang pelajar D.A.D.A.  Aku dan Mine yang baru sahaja keluar dari kelas saling berpandangan apabila melihat rakan-rakan sekelas kami berhenti di tengah-tengah koridor untuk menuju ke kelas seterusnya. Angin menyapa lembut muka kami semua.
            “Apa hal?” Aku bersuara apabila aku dan Mine mendekati yang lain-lain. Kawan-kawan sekelasku memberi laluan kepadaku untuk lalu ke hadapan. Mine mengekori langkahku.
            “Apa hal Elise?” Aku memandang Elise. Elise mengoyak senyuman sinis.
            “Orang gila yang tiba-tiba muncul cakap mereka pelajar paling hebat dalam kolej ni.” Elise dan rakan-rakan sekelasku yang lain ketawa galak. Aku mengangkat tangan tinggi. Kesemua kawan-kawan sekelasku berhenti ketawa. Aku memandang muka pelajar-pelajar D.A.D.A.
            “Kitaorang tak ada urusan dengan kau orang. Jadi sila ke tepi.” Tegas sekali nada suaraku sekaligus memberi amaran.
            “Alah setakat kau aku hulur tangan sahaja dah rebah.” Kata seorang pelajar lelaki chubby kepadaku. Aku menggelengkan kepala. Alahai budak-budak ni…Baru sem 2 dah berlagak nak mati. Oleh kerana kursus pertahanan ilmu hitam baru di buka maka pelajar mereka yang paling tinggi pun sem 6. Aku mengetahui sem mereka berdasarkan jumlah ruby di bahagian dada mereka. Jika berada di sem satu maka akan ada 1 ruby di bahagian dada di robe mereka begitulah seterusnya. Warna ruby bagi kesemua pelajar di situ adalah warna hitam kecuali bagi pelajar dark magic yang mana ruby mereka berwarna merah. Jika memegang jawatan akan ada lencana khas turut di sertakan sekali.
            “Kau ingat belajar ilmu pertahan ilmu hitam dapat mengapa-apakan kami? Wei! Korang ni waras ke tak? Segala ilmu yang korang belajar tu tak memberi kesan pada kami tahu!” Kedengaran suara David. Aku tersenyum tanda mengiyakan apa yang di katakan David. Si chubby mengeluarkan wand tapi aku hanya tetap tersenyum. Masing-masing nampak pucat apabila wand si chubby tak mengeluarkan sebarang magic. Mereka turut mengeluarkan wand masing-masing namun tidak dapat di gunakan. Aku mendepakan tangan ke hadapan dan kesemua pelajar D.A.D.A terpelanting. Kami meneruskan perjalanan yang tertangguh. Layan budak-budak tak matang tu pun dah 20 minit. Salah seorang rakan sekelasku, Emela mendekati si chubby.
            “Kau orang tahu kenapa wand korang tak berfungsi tadi?” Si chubby menggeleng. Nak bangun pun terasa tak berdaya.
            “Sebab dia dari R.B.M” Dan Emela terus berlalu pergi. Si chubby menelan air liur kesat. R.B.M (Representative of  Black Magic) ? Memang mereka sekelas menempah maut secara percuma.



0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review