Sunday, October 31, 2010

You & I [24 FINAL]

Posted by Snow_Queen at 2:15 PM

Aku menyediakan sarapan untuk Kevin sementara dia sedang bermain dengan Cici dan Comel.
            “Lepas makan balik!” Aku menjeling Kevin tajam namun Kevin hanya tersenyum nipis. Mamat ni betullah. Aku tidur kat bawah pun dia ikut tidur kat bawah. Hish sengaja nak menduga hati akulah tu. Sebaik sahaja aku meletakkan pinggan atas meja aku berlalu masuk ke dalam bilik untuk menukar baju. Hari ini aku ingat nak cuci rumah. Apabila aku keluar, Kevin sudah duduk di meja makan. Aku duduk bermain dengan Comel dan Cici pula.
            “Jom makan sama-sama?” Kevin memandangku.
            “Tak apa..Saya tak lapar lagi.” Padahal perut aku dah berbunyi tempo heavy metal. Kevin hanya mengangguk dan terus makan.
            Aku menghantar Kevin di muka pintu. Dia sempat mengucup dahiku sebelum berlalu pergi. Aku menggetap bibir dan menutup pintu rumah. Terasa seluruh badanku sudah kehilangan tenaga. Aku duduk di atas sofa. Rancangan untuk cuci rumah entah ke mana.
***
“Yah! Bangun!” Aku menggeliat perlahan. Wajah Mine dan Elise menyapa pandangan.
            “Huh? Macam mana kau orang boleh tahu aku ada dekat sini?” Aku menggosok mata namun Mine dan Elise hanya merenungku tajam. Aku menelan air liur.
            “Aku tahu kau orang marahkan aku sebab aku tinggalkan kau orang macam itu sahaja. Tapi aku tak berniat nak buat macam tu. Sorry okay.” Aku meraih tangan kiri Mine  dan  tangan kanan Elise.
            “Kau tak perlu minta maaf dekat kami tapi dekat Kevin.” Aku mengerutkan kening mendengar kata-kata Elise.
            “Apa hal pulak? Dia dah ada Amy cukuplah. Kan dia dah bahagia.” Aku mencebik dan bangun menuju ke dapur. Lapar pula perutku ini.
            “Bila masa pula dia dengan Amy? Amy tu dah selamat jadi isteri Eli. Takkan Kevin nak rampas bini orang pula!” Aku memandang wajah Mine.
            “Huh? Ulang balik?” Aku mengerdipkan mata beberapa kali.
            “Kevin dah lama berterus terang dekat Amy yang kau tu bini dia. Waktu kau tak sedar diri seminggu dulu tu dia yang susah payah jaga kau.” Elise menempelakku.
            “Kau orang main-main kan? Apa yang dia upah kau orang supaya cakap macam tu dekat aku?” Aku tersenyum sinis namun senyumanku mati apabila muka Elise dan Mine tak berubah.
            “Betul ke?” Aku bertanya sekali lagi. Mine dan Elise mengangguk serentak. Aku meletakkan telapak tangan kiriku di dahi. Mine dan Elise mendekati.
           “Kau takkan tinggalkan kami lagi kan?” Elise dan Mine memelukku serentak. Aku membalas pelukan mereka.
***
“Hahahah…Tak sangka yang kau kahwin dengan Dongho.” Aku tersenyum sinis. Mine menundukkan wajahnya.
            “Lepas ni awet mudalah kau kan? Vampire bridelah katakan.” Aku mengangkat kening double jerk.
            “Hahaha..Jangan jeles.” Mine menjelirkan lidah kepadaku. Aku menggeleng kepala perlahan.
            “Soo Hyun dan yang lain-lain kirim salam. Dorang rindukan kau.” Elise memandangku.
            “Aku pun rindukan dorang. Soo Hyun layan kau dengan baik tak?” Aku mengusik Elise.
            “Diakan calon laki mithali..hehehe..” Elise mengangkat kening double jerk. Aku mencebik. Kami bertiga bersembang sehingga ke malam.
***
Aku menonton tv. Jam di dinding menunjukkan pukul 9 malam. Jantungku berdebar-debar. Aku menanti kehadiran Kevin dengan penuh sabar. Ah jangan mengharap sangatlah Vic..Pagi tadi kau halau dia  entah-entah dia merajuk. Habislah kau Vic.. getus hatiku. Aku menutup tv dan masuk ke dalam bilik. Aku menutup lampu dan merebahkan badan atas katil. Dalam separuh lena aku merasakan ada tangan yang memelukku. Aku membuka mata dan melihat Kevin tersenyum kepadaku.
            “Sorry…Kacau awak nak tidur.” Aku menggeleng perlahan dan memeluk Kevin erat.
            “Saya minta maaf..Saya patut tanya awak dulu bukan main tuduh dan buat keputusan melulu. I’m sooooo soooory.” Aku menangis di dada Kevin. Dia hanya tersenyum nipis.
            “No..Kalau saya berterus terang sejak dari awal mungkin kita tak jadi macam ni. Kalau saya jelas dengan perasaan saya dari awal mungkin awak takkan larikan diri.” Aku memandang Kevin. Tanpa sedar bibir kami bertaut. Lama.
***
Aku bangun awal pagi dan membasuh baju. Aku mendengar Kevin menjerit memanggil namaku.
            “Sini. Belakang rumah!” Aku menjerit. Kevin muncul di muka pintu belakang sambil tersenyum manis. Aku mengepit pakaian yang terakhir supaya tidak melayang di tiup angin. Kevin memelukku.
            “Eiii..Orang tengah berpeluhlah.” Aku menolak Kevin namun Kevin mengejapkan pelukan.
“Saya peduli apa. I miss you.” Aku tergelak perlahan. Dia sempat mengucup bibirku sebelum berlari masuk ke dalam rumah. Aku menggeleng perlahan.
            Sebaik sahaja selesai mandi, sarapan sudah siap dihidang atas meja.
            “Wah…Awak masak?” Aku memandang Kevin. Kevin menanggalkan apron dan menarikku supaya duduk atas riba dia. Aku tersenyum manis. Dia menyuapkan makanan kepadaku dan sebaliknya.
            “Saya takkan tinggalkan awak lagi. Awak tak tahu betapa rindunya saya dekat awak!” Aku memegang pipi Kevin.
            “Tapi rindu saya lagi mendalam. Mungkin apa yang terjadi pada kita dapat di jadikan sebagai pengajaran di masa hadapan.” Dan bibir kami bertaut sekali lagi. Aku dan kau…Kita berdua sudah diikat oleh takdir bukan sahaja untuk hayat ini tapi untuk selama-lamanya…

THE END
*Komen2lah 

22 under spell:

Anonymous said...

suke2~!!!!! hihi
sgt2 skekn karya cik senow... kukuuu

sakura said...

nasib baik vic tetap ngan kevin...
best la...
x sbr nak tggu citer baru

Anonymous said...

wahhhh beshnyer...akhirnya vic ngan kevin gk..hehe..suke2..thumbs up..

~ZYX~ said...

wah...best2x.....

miszhana said...

bestnya.. bru je nk g marah kevin tp x jd la.. tp appy la sbb vic still gan kevin kn..

Anonymous said...

best!!!!!
~saye peminat kamu!~

cactaceous opuntia said...

mmg terbaik la cm ni...release tension...

Nina Aziz said...

*clap clap clap...
waaa.....best2!!

Anonymous said...

ngeeeeee~ besttttttttt!!!! double triple trouple fouble... best!!!! hahahahahaha....

cik snow memang x pernah menghampakan sye :P

chayok2 ye cik snow :)

from peminat kamuuuuuu ....
Amie

Anonymous said...

best gilak lah!!
karya snow mmg x pernah menecewakan
really2 love it...
buat lah citer bebyk lg yer
saye tunggu.. ^_^
Semoga berjaya n
troskan bekarya

Anonymous said...

ahh cik snow berjaya membuatkan saya lupe akan homework yang menanti. Hahaha saya habes bace dalam mase 2jam saje. dan skg saya nak buat homework. Daaaaa .. hwaiting!

Anonymous said...

wahhhhhhhhh...akhirnyee...saye jumpa jugak blog yg ade citer2 sci fiv...thanks a lot snow....cerita2 awakkk smuaaa bestttt sgt... really love it....sukeeee sgt2324872847x....

Snow_Queen said...

@anon: ur welcome..hope u enjoy slama bce all my stories dcni =)

aku punyer said...

harap sngat cite nie ada special episode...

nobody :) said...

Ngee~ siyes memang best crita ni... sengih tak benti2... suka karya cik snow~

Snow_Queen said...

@nobody: cik senow pn ske klu reader2 ske ngee~~

syafiqah said...

best la cite cik snow.
lain dr novel2 yg ad kat pasaran

syafiqah said...

best la novel cik snow.
lain drpd novel2 yg selalu saya baca

Snow_Queen said...

@sakura: ;)

@anon: thanks dear =)

@zyx: thanks dear =)

@mishzana: haha jgn la mrh kevin..cian dia keke

@anon: thanks dear =)

@cactaceous opuntia: glad to know that =)
@nina aziz:thanx dear..aip lme myepi..huhu

@amie: thanks dear ;)

anon: thanks dear. sudi2lah jejakkan kaki ke blog ni lg ;)

@anon: huih..smpai lupa HW..bhye ni..siapkan dlu HW tu dlu ya =)

@anon:glad to know that..sudi2lah ke sini lagi =)

@aku punyer: special episod? huhu tak tau nak kata.. maklumlah snow ni kan pemalas..>.<

@syafiqah: thanks dear <3 sudi2 singgah ke sini lagi

Anonymous said...

Wah nasib baik vic dengan kevin ....memang best gila.terima kasih sebab buat cerita2 yang saya minat .menantikan cerita yang akan datang..i will be waiting for the next story


Aisyah J said...

bestnya ..

Anonymous said...

How sweet
Rasa mcm nk kawen lam

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review