Sunday, October 31, 2010

You & I [23]

Posted by Snow_Queen at 2:11 PM
Setahun kemudian….
            “Comel, Cici..Mari makan.” Aku meletakkan mangkuk atas lantai dan dengan pantas Comel dan Cici berlari mendapatkan makanan. Aku tersenyum nipis melihat aksi mereka.
            “Vic nak keluar pergi kerja ni..Jangan nakal-nakal okay?” Cici dan Comel mengiau seolah-olah faham apa yang aku katakan. Aku berjalan kaki ke tempat kerja. Selama setahun ni aku cuba berdikari. Memang susah namun aku kuatkan semangat. Walaupun mempunyai kelulusan tinggi aku tak berani hendak minta kerja dengan syarikat besar. Aku takut jika rakan-rakanku dapat mengesanku. Aku masih tak kuat untuk berhadapan dengan mereka. Beberapa hari lepas aku ada jumpa dengan Nick. Dia dah berkahwin dengan Julie. Julie pun dah berubah dan sedang mengandung. Aku meminta mereka merahsiakan pertemuan kami. Kepada pasangan itu aku doakan moga rumah tangga mereka berkekalan.
***
“Vic..pesanan meja nombor 8.” Aku mengambil makanan di kaunter.
            “Selamat menjamu selera.” Aku terus beredar dan membuat kerja di belakang. Sebaik sahaja shiftku tamat aku bergegas ke pasar raya. Barang-barang dapur hampir habis. Aku menolak troli dan memasukkan beberapa barang ke dalam troli.
            “Kevin! Benda ni nak buat apa? Saya nak makan benda lain.” Jantungku berdegup kencang apabila mendengar nama itu. Walaupun aku cuba berfikiran positif namun aku kalah juga akhirnya. Aku lihat Kevin sedang menolak troli bersama Amy. Mereka kelihatan bahagia sekali. Aku memandang ke arah perut Amy yang kelihatan bulat. Amy mengandung? Aku bergegas meninggalkan pasar raya. Kevin memandang ke satu arah. Dia seolah-olah terlihat kelibat Vic namun khayalannya berderai apabila Amy menarik lengannya. Kevin tersenyum manis dan cubit pipi Amy. Amy mengaduh perlahan. Mereka berdua ketawa serentak.
***
Aku terasa ruang pernafasanku sempit. Aku masih terbayang Kevin dan Amy bermesra di pasar raya. Aku memandang Cici yang merenungku. Comel pula sedang tidur.
            “Cici..Vic ingat Vic dah berjaya lupakan dia tapi bila memandang wajahnya tak sampai beberapa saat Vic kalah dengan perasaan sendiri. Vic rasa nak culik dia je tadi. Tapi dia dah bahagia dengan Amy..Vic tak nak jadi perampas. Apa yang perlu Vic buat?” Aku menekup mukaku dengan kedua-dua belah tanganku. Cici yang seolah-olah memahami perasaanku menggeselkan badannya di kakiku. Bunyi telefon bimbit berdering.
            “Kenapa sis?” Aku menjawab panggilan selepas berdehem beberapa kali.
            “Kau menangis ke Vic? Apa pasal suara kau lain macam?” Susan sekap jarang.
            “Mana adalah sis. Vic baru bangun tidur ni. Ada apa kak?” Aku menggosok badan Cici yang makin bulat.
            “Kau datang hari ini boleh? Sis perlukan bantuan kau untuk decorate café kita.” Aku merenung jam di dinding.
            “Okay..Kejap lagi Vic sampai.” Aku memutuskan panggilan. Usai membasuh muka dan mengenakan seluar jeans dan t-shirt aku keluar dari rumah menuju ke Café tempatku berkerja. Aku melihat sis Susan sedang meniup belon.
            “Ada majlis ke sis?” Aku meletakkan begku di atas kaunter dan mendapatkan sis Susan yang sedang duduk bersila atas lantai.
            “Ha’ah..Ada orang nak sambut ulangtahun mereka yang pertama. Mula-mula sis menolak tapi bila dia merayu-rayu tak sampai hati pula.” Aku menggeleng perlahan. Faham benar dengan perangai sis Susan yang susah untuk berkata tidak. Aku menolong tiup belon sampai merah padam mukaku. Sis Susan ke belakang untuk bancuh air untuk kami berdua. Aku bangun dan mengikat belon-belon berkenaan dengan tali sebelum melepaskan belon berkenaan ke udara dengan sedikit magis. Aku tersenyum sendiri. Bahagianya pasangan ini. Wajah Kevin muncul di fikiran. Aku tersenyum tawar.
            “Vic nak air apa?” Sis Susan menjerit dari dapur.
            “Apa-apalah..Vic minum je..”Aku mengutip sampah dan masukkan ke dalam beg plastic. Tiba-tiba aku rasa seram semacam. Seolah-olah ada orang sedang merenungku. Aku memandang ke arah pintu. Kevin sedang berdiri sambil memandangku.
            “Selamat datang. Encik nak apa?” Sis Susan meletakkan air atas kaunter. Aku melarikan pandangan.
            “Saya yang tempah cafe ni. Saya datang nak tengok-tengok.” Kevin tersenyum nipis namun matanya tetap memandang ke arah Vic yang nampak tak keruan.
            “Oh..Semuanya sudah siap cuma tunggu Encik datang je.” Sis Susan mengukir senyuman manis.
            “Sis..Vic balik dulu lah. Semua dah siap kan?” Aku mengambil begku di atas kaunter dan keluar. Tidak sekali pun aku menoleh ke arah Kevin.
***
Aku membuka pintu balkoni. Angin malam menerjah masuk. Cici dan Comel bermain sendiri di ruang tamu. Aku mengeluh perlahan. Cuba untuk mengusir wajah Kevin. Hakikatnya aku begitu rindukan dia. Namun bila teringat Amy hatiku bagai di hiris. Guruh berdentum di dada langit. Aku menutup pintu balkoni dan kaku sebaik sahaja berpaling. Kevin sedang berdiri sambil memeluk tubuh memandangku.
            “Sihat?” Ayat pertama yang keluar dari mulut Kevin. Aku mengangguk.
            “Kenapa awak datang sini? Baliklah..Saya nak berehat.” Aku berjalan menuju ke arah bilik. Kevin merentap tanganku dan memelukku.
            “Kenapa awak pergi macam tu sahaja? Saya cuba cari awak selama ini.” Aku tergelak perlahan mendengar jawapan Kevin.
            “Awak dah ada isteri dan bakal ada anak tak lama lagi..Buat apa cari saya lagi.” Aku menolak Kevin.
            “Awak satu-satunya isteri saya.” Kevin menggenggam tanganku. Aku ketawa lagi.
            “Sudahlah Kevin. Saya dah penat dengan semua permainan ni. Hati saya dah hancur lumat semenjak awak pilih Amy. Saya dan awak…Mulai hari ini dah tak ada apa-apa hubungan lagi.” Kevin mengusap mukanya kasar.
            “Ini yang awak nak?” Lirih kedengaran suara Kevin.
            “Saya cintakan awak..Saya ada impian nak hidup bersama awak tapi…Semuanya dah hancur. Walaupun saya cintakan awak hingga kini tapi jodoh kita memang dah tak ada kan? Saya doakan awak bahagia dengan Amy.” Aku menutup pintu bilik dan terduduk atas lantai. Air mata mengalir lagi. Aku tak nak kehilangan dia tapi..Dia bukan milikku…
***
Aku terasa haus yang amat sangat. Aku cuba bangun namun terasa ada tangan yang memelukku. Aku mendongak dan wajah Kevin menyapa pandangan. Ah..Rindunya aku dekat dia tapi…Eh tadi kan aku dah halau dia balik? Apa pasal dia dekat sini? Dah tu sesuka hati sahaja peluk-peluk aku. Mesti Amy risau kalau suami dia tak balik rumah. Aku bangun secara kasar dan menuju ke dapur. Aku menuang air secara kasar dan minum dengan rakus. Aku masuk balik ke dalam bilik untuk menghalau Kevin namun pergerakanku terhenti. Melihat Kevin yang sedang tidur dengan lena membuatkanku tak sampai hati. Aku mengambil bantal dan comforter dalam almari sebelum baring di atas karpet. Aku takut penyakit rindu aku makin parah kalau duduk dekat dengan mamat ni.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review