Saturday, October 30, 2010

You & I [21]

Posted by Snow_Queen at 11:25 PM
Elise dan Mine ternganga apabila di bawa ke satu padang yang amat luas.
            “Hati-hati. Tempat ni penuh dengan tipu muslihat.” Dongho memberi amaran. Bunyi-bunyi aneh kedengaran di cuping telinga masing-masing. Eli mendepakan tangannya ke hadapan dan menutup mata. Bunyi pedang berlaga semakin kuat.
            “Kevin sedang bertarung.” Eli membuka mata. Dia menghembuskan jampi ke mata semua kawan-kawannya. Kini kesemua mereka dapat melihat semua benda yang tak kelihatan tadi. Mereka di kelilingi makhluk-makhluk hodoh yang gemuk. Di satu kawasan, kelihatan Kevin sedang bertarung.
            “Budak tu selalu buat benda yang tak masuk akal.” Ki Seop mendengus marah. Mereka kini bertarung bermati-matian. Sesekali magis di lepaskan. Mine menusukkan anak mata pedang yang sudah di sihir ke jantung pengikut Ogguros. Elise pula melibas pedang ke kepala salah seorang pengikut Ogguros. Lendir hijau memancut keluar. Elise menahan rasa mual.
            “Tengok..” Mine menunjukkan ke udara. Yang lain-lain turut mendongak. Kelihatan tubuh Amy dan Vic terapung di udara.
            Seven master..Aku kagum kau orang dapat cari tempat ni..” Hanya suara Ogguros sahaja yang kedengaran.
            Ogguros..Lepaskan mereka!” Kevin menjerit.
            “Kevin..Kedua-dua gadis ini adalah orang kesayangan kau…Aku tak puas berhibur lagi.” Amy membuka mata tiba-tiba. Namun wajah gadis berkenaan dingin sekali. Amy menyeru pedang dan menyerang Kevin. Kevin terdorong ke belakang.
            “Amy..Ini saya..” Kevin memandang wajah Amy. Amy tersenyum sinis sebelum menyerang Kevin bertalu-talu.
            “Kevin..Dia bukan lagi Amy. Dia sekarang adalah musuh.” Suara Xander naik satu oktaf sambil melepaskan anak panah ke dada pengikut Ogguros yang kelihatan semakin banyak.  Pertarungan kelihatan berat sebelah apabila Amy banyak menyerang dan Kevin pula lebih banyak menahan serangan. Eli berlari ke arah Amy dan cuba membenamkan pedang ke perut gadis itu namun Amy lebih pantas bertindak apabila menghilangkan diri dan muncul di sebalik belakang badan Eli dan membenamkan mata pedang ke tubuh Eli. 
            “Eli!” Ki Bum berlari mendapatkan Eli. Dia memangku Eli. Mine muncul secara tiba-tiba di depan Ki Bum. Dia meletakkan telapak tangannya di perut Eli yang luka dan perlahan-lahan luka berkenaan sembuh.
***
“Vic..” Aku memandang ke arah seorang lelaki di depanku. Dalam keadaan yang sedang terikat aku terasa lemah dan tak berdaya.
            “Vic..Anak ayah..” Lelaki berkenaan memeluk Vic kejap. Aku mengalirkan air mata apabila lelaki berkenaan menyebut anak ayah.
            “Vic..Mana pergi anak ayah yang cekal? Dalam pertarungan, akal kita yang menguasai segala-galanya. Jangan biar perasaan menguasai diri sebab perasaan mudah berubah. Akal fikiran kita harus jelas dan tetap. Ingat lagi tak pesan ayah?” Aku memandang lelaki di hadapanku. Biarpun aku pernah bersama ayah sebelum ayah mati namun wajah ayah samar-samar dalam ingatanku.
            “Vic..Ayah kenakan jampi ilmu hitam kepada kamu untuk kamu melindungi keluarga kita bukan untuk kamu jadi lemah. Ayah sedih tengok kamu.” Air mataku semakin laju menuruni pipi. Wajah mama dan Nana terbayang di mataku.

            “Vic!” Elise menjerit namaku. Suasana mulai berubah. Kesemua pengikut-pengikut Ogguros menjadi kaku sebelum pecah berkecai. Rambut Vic mula bertukar warna.
            “Perempuan hari itu? Apa yang berlaku dalam transisi bawah sedarnya?” Dongho menggumam sendiri.
            “Vic yang bunuh Hell Bat hari itu?” Mine memandang Dongho. Kevin masih bertarung dengan Amy. Ki Bum turut membantu.
***
“Vic..Tak guna.” Aku bersuara lemah. Ayah mendakapku.
            “Anak ayah kena kuat. Demi keluarga kita..Demi Kevin.” Aku menjerit memanggil ayahku apabila perlahan-lahan tubuh ayahku hilang.
            “Ingat pesan ayah..bertarung dengan akal bukan perasaan.” Dan serentak dengan itu aku membuka mata.
            “Apa yang berlaku?” Suara Ogguros kedengaran lantang. Aku tersenyum sinis. Masih berada di udara aku menyeru pedang warisan keluargaku. Aku memandang Ogguros yang berdiri di hadapaku. Dan dengan yakin aku memulakan pertarungan.
           
Xander memukul tengkuk Amy dan Amy jatuh tak sedarkan diri. Yang lain-lain memandang ke atas melihat Vic yang kelihatan sedang bertarung dengan seseorang. Sesekali Vic akan melompat dan terdorong ke belakang. Percikan magis kadang-kadang akan kelihatan. Pertarungan di udara kelihatan seperti berpihak kepada Vic. Aku mengusap mata pedang dan darah merah membasahi setiap permukaan mata pedang. Aku mendepakan telapak tanganku ke arah Ogguros dan darah yang mengalir menjadi seperti tali apabila mula membelit setiap inci tubuh Ogguros.
            “Kau buat kami menderita dan hari ini aku akan pastikan kau takkan dapat bangkit lagi meskipun ada yang menyeru kau.” Aku menggerakkan tanganku ke kiri dan ke kanan. Ogguros menjerit lantang.
            “Hutang darah di bayar darah. Dan riwayat kau berakhir hari ini!” Aku menarik tali darah dan tubuh Ogguros berkecai menjadi seperti daging yang di potong kecil. Aku membakar sisa-sisa Ogguros dengan jampi pengunci. Sebaik sahaja tugasku selesai aku dapat melihat ayah tersenyum bangga kepadaku. Aku turut tersenyum sebelum rebah tak sedarkan diri.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review