Saturday, October 30, 2010

You & I [20]

Posted by Snow_Queen at 11:24 PM
Aku terbangun dan mengelap peluh di dahiku. Mimpi yang sama lagi tapi kali ini lebih panjang. Sudah dua kali aku mimpi benda yang sama. Adakah ini satu petanda. Aku bangun membersihkan diri dan mengurung diri di dalam bilik. Aku membuka sebuah diary lama dan mula mengkaji sesuatu. Aku tak ada masa untuk bersedih. Hal Kevin dan diriku, aku tolak ke tepi dahulu.
            Elise cuba masuk ke dalam bilik Vic namun gagal. Vic telah meletakkan pendinding.
            “Vic..Buka pintu ni..” Mine menjerit.
            “Jerit pun tak guna..Bila pendinding dah di aktifkan dia takkan dapat dengar kita.” Dongho meletakkan tangannya di pintu bilik Vic.
            “Tapi dia selamat di dalam.” Mine menarik nafas lega.
            “Terima kasih..” Dan Mine segera beredar. Dongho hanya mengukir senyuman nipis.
***
Aku turun ke bawah apabila waktu makan malam tiba. Soo Hyun, Eli, Xander, Dongho, Ki Bum, Ki Seop, Elise dan Mine memandangku. Aku duduk di sebelah Xander. Kerusi Kevin kosong.
            “Makan banyak-banyak.” Xander menceduk lauk ke dalam pingganku. Aku tersenyum nipis dan mengangguk. Kesemua mereka menarik senyuman nipis melihatku. Usai basuh pinggan aku mendapatkan Eli. Aku ceritakan kepada dia mimpi aku selama dua hari berturut-turut. Eli mengerutkan kening sebaik sahaja aku habis bercerita. Oleh kerana Eli mengambil jurusan Divination maka aku rasa dia adalah orang yang sesuai untuk aku ceritakan mimpiku.
            “Petanda yang Ogguros semakin kuat dan sekarang hanya menunggu masa sahaja untuk bertindak. Tapi aku tak tahu kenapa dia memburu kau.” Eli memandangku. Aku berfikir seketika.
            “Mungkin..Mungkin dia hendak balas dendam kepada keluarga aku.” Entah kenapa idea itu melintas dalam fikiranku.
            “Maksud kau?” Eli mengerutkan kening.
            “Dahulu sebelum Ougguros mati dia adalah pelajar di sini. Dia dan ayahku berkawan baik dan malangnya mereka jatuh cinta pada gadis yang sama. Tapi ayah yang dapat pikat hati mama. Mama cukup benci bila nama Ogguros di bangkitkan. Sejak kecil mama asyik menyebut ayah mati di bunuh Ogguros.” Aku bercerita panjang lebar.
            “Apa bukti yang kau ada?” Aku mengelurkan diary ayahku dan memberikan kepada Eli. Eli memegang diary berkenaan dan memejam mata. Eli membuka matanya kembali.
            “Aku rasa memang dia nak balas dendam kepada keluarga kau. Diary ni mungkin akan membantu kami macam mana nak menghapuskan Ogguros. Giliran aku menggerutkan kening.
            “Tapi dalam ni bukan ada apa-apa formula atau apa-apa. Hanya ada cerita sahaja.” Eli tersenyum.
            “Peramal sentiasa dapat tengok lebih sayang..” Eli memanggil kawan-kawannya yang lain. Mereka berbincang dengan nada serius sesekali ada yang menyampuk.
            “Vic..Sasaran utama Ogguros sekarang adalah diri kau. Kami akan bergilir-gilir jaga kau mulai sekarang.” Ki Seop memandangku.
            “Eh? Tak apalah..Aku tahu jaga diri sendiri.” Aku mengukir senyuman tawar.
            “Ini antara hidup dan mati kita semua Vic.. “ Ki Bum memandangku tajam. Aku mengangguk akhirnya. Selepas perbincangan selesai, aku naik ke atas untuk berehat.
            “Rehat baik-baik..Kami akan jaga di luar bilik kau.” Eli dan Xander memandangku. Aku mengangguk kepala dan masuk ke dalam bilik. Aku merebahkan badanku atas katil. Cici dan Comel seolah-olah menantiku.
            “Selalunya kau orang tidur je..Ni apa pasal berjaga pula?” Aku memandang Cici dan Comel. Kedua-dua ekor binatang berkenaan mengiau seolah-olah menjawab pertanyaanku. Aku menggosok kepala Cici dan kemudian beralih pula kepada Comel sebelum terlelap.
***
Aku terjaga apabila mendengar Cici dan Comel mengiau dengan kuat. Aku menggosok mataku dan memandang ke arah depan. Soo Hyun sedang berdiri di depanku. Apabila Soo Hyun cuba menghampiriku bertambah kuat Cici dan Comel mengiau.
            “Soo Hyun? Ada apa?” Aku bertanya.
            “Aku ada benda yang nak cakap dengan kau.” Soo Hyun mengukir senyuman nipis.
            “Cici..Comel..Apa pasal ni?” Aku memandang ke arah kedua-dua ekor binatang berkenaan.
            “Mari kita berbincang di luar.” Sebaik sahaja aku mendekati pintu bilik aku terasa tangan Soo Hyun melingkar di tengkukku.
            “Kenapa tangan kau sejuk Soo Hyun?” Aku berpusing ke belakang dan menjerit nyaring. Di depanku kini bukan lagi Soo Hyun tapi lembaga yang pucat mukanya. Seluruh badannya kelihatan berlendir.

Ki Bum, Soo Hyun, Eli, Xander, Dongho dan Ki Seop cuba membuka pintu bilik Vic namun gagal. Mereka berenam bergabung tenaga dan akhirnya berjaya membuka pintu bilik Vic. Mereka melihat Vic yang sudah tak sedarkan diri di dalam dakapan satu lembaga.
            Ogguros! Lepaskan dia!” Ki Bum bersuara lantang.
            “Ah…Seven Master..Jangan risau giliran kau orang pun…Akan tiba tak lama lagi.” Dan Ogguros menghilangkan diri bersama Vic. Elise dan Mine berdiri di depan pintu bilik Vic.
            “Apa yang terjadi?” Elise bertanya. Masih dalam keadaan mamai.
            Ogguros dah berjaya tangkap Vic.” Terbuka luas mata Elise dan Mine. Mereka berdua mengikut keenam-enam anak muda berkenaan. Malam ini adalah malam penentu.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review