Thursday, October 14, 2010

You & I [2]

Posted by Snow_Queen at 3:03 PM
Hey ultraman girl!” Aku memandang ke arah kiri dan buat muka blur. Ultraman girl? Siapa? Aku ke? Kevin menghadiahkan senyuman kepada gadis di depannya.
Comel macam biasa getus hati Kevin. “Kau nak pegang bola tu sampai esok ke?” Kevin tunjuk ke arah bola keranjang yang berada di tangan Vicky. Aku tersenyum nipis dan memberi kembali bola keranjang berkenaan kepada Kevin.
            “Kau ni suka sangat buat aksi tak masuk akal macam tu ke?” Aku terasa mukaku sudah merah mendengar kata-kata Kevin. Mesti yang dia maksudkan adalah aksi aku fire mamat gitar tadi tu.
            “Kevin!” Kevin memberi isyarat kepada kawan-kawannya supaya tunggu sebentar apabila namanya dipanggil.
            “Pergi dulu.” Kevin sempat mengusap kepala aku yang mana hasilnya berjaya membuatkan aku ternganga beberapa saat. Kevin berlari ke arah kawan-kawannya untuk menyambung kembali permainan yang tertangguh. Aku tersenyum nipis. Pertama kali Kevin bercakap dengan aku setelah kami berselisih beberapa kali.
            Kevin tersenyum nipis memandang ke arah Vicky yang berjalan lambat-lambat macam siput.
***
“Mama nak pergi Africa selama lima tahun.” Aku memandang mama.
            “Lagi? Alah penatlah Vic nak kemas barang dan uruskan hal berhenti kolej.” Nana turut mengangguk mengiyakan kata-kataku. Mama tersenyum nipis.
            “Vic tak payah berhenti. Mama akan pergi dengan Nana je.” Aku memandang mama lama. Seolah-olah tak percaya dengan apa yang dia katakan. Ini bermakna rumah ini aku yang punya! Homaigosh! Aku sudah tersengih-sengih sendiri. Sejak papa mati, mama gemar merantau ke luar negara. Lagi pun tugasnya sebagai penyelidik memerlukan dia sentiasa bekerja 24/7.
            “Hah! Yang tersengih-sengih tu kenapa? Tu mesti ada niat tak baik dalam kepala tu.” Madam Evan memandang anak sulungnya. Aku menggeleng kepala tanda menafikan kata-kata mama.
            “Yelah tu. Lagi satu sepanjang ketiadaan mama akan ada orang yang jaga kamu jadi jangan risau.” Aku tersedak.
            “Apa ma? Ala Vic dah besar lah. Tahulah Vic nak jaga diri sendiri.” Aku memprotes keputusan mama.
            “Vic pindah masuk asramalah ma.” Aku memandang mamaku. Prof Evan kemudiannya kelihatan berfikir sebelum mengangguk setuju. Aku tersenyum sendiri.
***
What?” Besar mata Mine menandangku. Aku hanya menganggukan kepala. Suasana café kampus yang sesak dengan pelajar langsung tak di endahkan.
            “Lah yang kau terkejut sampai macam tu apahal? Bukan aku nak pergi mati pun!” Aku memandang muka Mine.
            “Kalau macam tu aku pun nak duduk asrama jugalah.” Mine menarik sengih.
            “Ah tak payah nak mengada. Nanti kerja kau merengek je.” Aku menempelak Mine.
            “Alah…Mana ada…Aku tak kira! Aku nak ikut kau juga.” Mine memandangku dengan air muka tegas. Aku hanya mengeluh perlahan. Ikut kaulah Mine!
            “Boleh saya duduk sini? Semua meja dah penuh.” Mine mengoyak senyuman nipis bila Nick hendak duduk semeja dengan mereka. Peluang yang jarang-jarang didapati  ni. Sekarang wahai penuntut-penuntut kampus Elegance terutama yang berjantina perempuan silalah cemburu pada aku hehehehe…Getus hati Mine.
            “Mine..aku dah sudah. Aku pergi dulu eh!” Aku mengambil beg sandangku dan beredar tanpa memandang muka Nick.
            “Kawan awak tak suka saya kan?” Nick memandang Mine.
            “Errr..Mungkin angin dia tak baik kot hari ini.” Mine tersenyum nipis. Nick hanya memandang sekujur tubuh itu berlalu pergi.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review