Saturday, October 30, 2010

You & I [19]

Posted by Snow_Queen at 11:18 PM

Aku duduk di atas bangku taman. Kevin berdehem sebelum mengambil tempat di sebelahku. Kecantikan bulan pada malam ini langsung tak dapat menenangkan hatiku.
            “Ingat macam mana kita boleh berkahwin?” Aku memandang Kevin. Kevin memandangku tajam. Kenapa hal ini di ungkit tiba-tiba getus hatinya.
            “Boleh aku tahu kenapa kau terima aku? Kita bukan kenal mana pun.” Aku memandang Kevin.
            “Aku pun tak tahu kenapa aku setuju dengan permintaan mama. Mungkin sebab aku tahu kau perlukan penjaga.” Kevin mengukir senyuman nipis.
            “Kau menyesal berkahwin dengan aku?” Aku cuba menguji.
            “Kenapa kau tanya semua benda ni tiba-tiba?” Kevin memandangku. Aku menarik nafas dalam. Aku tak mahu menangis depan Kevin.
            “Sebab aku rasa aku tak boleh melepaskan kau. Apa yang aku nak buat? Aku dah jatuh cinta dengan kau. Sangat. Hati aku sakit!” Kevin hanya berdiam diri. Tidak menyangka akan mendengar luahan hati Vic.
            “Aku…Aku tak boleh nak balas cinta kau…” Perlahan suara Kevin. Air mataku menitis akhirnya.
            “Aku tahu..Sebab Amy kan? Kau masih menyintai dia. Sebab itu hati aku sakit! Aku dah cuba sedaya upaya aku untuk tak jatuh cinta pada kau tapi hati aku tak dengar cakap aku. Aku fikir aku boleh bertahan untuk setahun sahaja lagi tapi aku gagal.” Aku mula teresak-esak. Kevin meraihku dalam pelukan.
            “Aku minta maaf Vic.” Kevin memelukku kuat.
            “Tak..Kau tak bersalah. Aku yang bersalah. Aku..Aku rasa kita patut bercerai. Aku takkan bagitahu mama pasal ni.” Kevin meleraikan pelukan.
            “Kau dah gila? Kenapa aku nak ceraikan kau?” Suara Kevin sudah naik satu oktaf.
            “Kenapa kau nak mempertahankan perkahwinan ni kalau kau tak ada apa-apa rasa untuk aku? Kau hanya akan buat kita berdua lebih terseksa. Kau cintakan Amy bukan aku. Hati kau…Tak ada ruang untuk aku dan aku dah belajar bahawa mencintai tak semestinya memiliki.” Aku mengesat air mata.
            “Aku tak nak kau ungkit pasal bercerai ni lagi. Aku cinta siapa pun tu adalah urusan aku.” Kevin melangkah pergi. Kenapa dia tak mahu melepaskan Vic pun dia sendiri tak faham. Aku menangis kembali. Sebaik sahaja Kevin beredar, Xander muncul di depanku. Aku mengesat air mata.
            “Aku bukan sengaja dengar perbualan kau orang.” Xander duduk di sebelahku.
            “Tak apa..Lambat laun kau orang akan tahu juga. Aku bodoh kan?” Aku memandang Xander. Xander menarikku dalam pelukan.
            “Kau tak bodoh..Kevin yang tak pandai menilai. Dia sangka dia masih cintakan Amy walhal dirinya hanya di ikat oleh kisah silam. Selagi kau terdaya pertahankan rumah tangga kau orang pertahankanlah.” Xander mengusap kepalaku. Dia mula membuka kisah cinta Amy dan Kevin. Dari awal sampai akhir.
***
Aku berguling atas katil. Apabila mendengar kisah cinta Amy dan Kevin membuatkanku semakin cemburu. Aku tahu Kevin pasti akan selamatkan Amy dari cengkaman Ogguros. Amy adalah cinta pertama Kevin. Aku bangun dan memeluk kakiku.
‘Apa yang patut aku buat?’ Berulang kali aku menyebut perkataan ini. Pagi mula menjelma namun aku langsung tiada semangat hendak ke kolej. Bunyi ketukan di pintu langsung aku tak hiraukan. Aku tenggelam dalam khayalan sendiri.
            “Vic…Kau tak tidur semalamankah? Kenapa mata kau bengkak? Muka kau pucat?” Mine memegang kedua-dua belah pipiku. Elise menggeleng kepala perlahan. Aku langsung tak memberikan respon kepada soalan Mine. Terasa mulutku agak berat nak bercakap.
            “Vic..Kau jangan buat kitaorang risau.” Elise menggoncangkan kedua-dua belah bahuku. Aku hanya memandang Mine dan Elise tanpa perasaan. Elise menghilangkan diri dan sekejap kemudian muncul bersama Xander dan Soo Hyun. Elise berkata sesuatu kepada Soo Hyun tapi kenapa aku langsung tak faham apa yang mereka cakap? Terasa semua deriaku langsung tak berfungsi.
            “Vic..Cakap dengan aku..” Soo Hyun pula cuba memujuk. Sudahlah Kevin hilang entah ke mana sekarang Vic pula macam ini.
            “Vic..Jangan takutkan kitaorang.” Xander pula bersuara. Aku menggeleng perlahan sebelum menarik selimut menyelubungi diriku. Aku ingin sendirian buat masa sekarang.
            “Mari kita keluar.” Soo Hyun menarik tangan Elise. Mine dan Xander ikut dari belakang.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review