Saturday, October 30, 2010

You & I [18]

Posted by Snow_Queen at 11:17 PM
Kami semua memandang ke arah muka pintu. Seorang gadis dengan nanah di seluruh mukanya menarik perhatian kami. Gadis berkenaan mendekati aku, Mine dan Elise yang sedang berbual. Satu kelas menahan nafas dengan bau badan minah berkenaan.
            “Kau..Kau yang buat aku jadi macam ni kan?” Sebaik sahaja gadis berkenaan bersuara, Elise dan Mine menjauhkan diri. Bau nafas perempuan berkenaan lebih dahsyat dari bau telur busuk.
            “Kau ni siapa? Tiba-tiba nak tuduh aku.” Aku menutup hidungku.
            “Hari ini hari kau..Lain kali kau akan terima balasannya. Jangan pernah lupa nama Julie!” Dan gadis berkenaan keluar dari kelas kami. Seluruh kelas senyap sebelum masing-masing pecah ketawa. Aku berdehem perlahan sambil teringat amaran Julie. Sudah pasti amaran dia aku tak ambil ringan. Gadis macam itu takkan biarkan hal ini berlalu dengan senang.
***
Aku berlari dalam hujan yang turun rintik-rintik. Bunyi loceng yang berterusan, cuaca yang gelap dan tiada sesiapa di sekitar kawasan kolej membuatkan aku terasa seram.
            “Vic….” Aku mendengar ada orang memanggil namaku. Dekat tapi sayup-sayup. Bau darah menusuk hidungku. Bulu roma tegak berdiri.
            “Vic…” Namaku di sebut sekali lagi. Aku berlari untuk pulang ke asrama namun aku terasa langkahku berat dan perlahan. Aku menjerit memanggil nama Kevin dan kawan-kawanku. Aku pusing ke belakang dan ternampak kelibat lembaga hitam yang mengikutiku. Aku menjerit apabila lembaga berkenaan mencekik leherku. Aku membuka mata dan mengelap peluh di dahi. Malam sudah mulai menjelma. Aku mengemas beberapa dokumen di bilik R.B.M. Macam mana aku boleh lena sewaktu sedang menyemak dokumen. Aku mencangkung untuk mengambil pen yang terjatuh. Belum sempat aku bangun, aku terdengar bunyi suara orang bergaduh. Aku mengambil keputusan untuk terus duduk dalam posisi mencangkung.
            “Kevin..Kau tak boleh buat keputusan melulu. Amy bukan lagi Amy yang dulu. Dia sekarang adalah pengikut Ogguros. Kau kena ingat tu!” Soo Hyun memandang Kevin tajam.
            “Kalau dia adalah teman wanita kau adakah kau akan cakap macam ni juga?” Kevin mencekak kolar baju Soo Hyun.
            “Kau dah ada Vic! Lupakan Amy! Kau dan dia sudah tiada apa-apa hubungan dan jangan lupa kita adalah Seven master dan tugas kita adalah untuk membunuh Ogguros dan semua pengikut dia!” Xander menyampuk. Aku tergamam apabila mengetahui siapa mereka sebenarnya. Bunyi tapak kaki berlalu keluar dari bilik R.B.M. Aku terduduk dan air mata mengalir laju. Hakikat bahawa Kevin mengambil berat tentang teman wanitanya membuatkanku cemburu.
***
Aku memandang diri sendiri di depan cermin. Gaun pendek berwarna putih yang tersarung di tubuhku membuat aku sedar bahawa aku bakal jadi isteri orang tidak lama lagi. Sungguh aku tak sangka bahawa mama meletakkan syarat bahawa aku mesti berkahwin untuk terus kekal di kolej. Aku menuruti perintah mama meskipun aku hendak lari sekarang. Sebaik sahaja upacara angkat sumpah dan ciuman hangat Kevin di dahiku menyedarkan aku bahawa aku sudah bergelar isteri orang. Siapa sangka dia adalah bakal suamiku. Apa motif Kevin menerimaku juga aku tak tahu.
            “Jauh termenung…” Elise menepuk bahuku. Mine tersenyum nipis. Aku mengelap air mata yang gugur.
            “Kenapa kau menangis?” Mine memelukku. Elise menggengam kedua-dua belah tanganku.
            “Aku..Aku dah jatuh cinta dekat dia.. Macam mana aku nak lepaskan dia pergi? Adakah aku harus lepaskan dia pergi?” Aku menarik kedua-dua belah tanganku dari genggaman Elise dan menutup mukaku. Elise memandang Mine. Mine mengangkat bahu.
            “Vic..Cuba kau cerita dekat kitaorang.” Aku menarik nafas dan ceritakan kepada Elise dan Mine hal sebenar dalam nada teresak-esak. Mine dan Elise melopong selepas aku habis bercerita.
            “Kalau kau cintakan dia kau kena berjuang dapatkan dia.” Mine menggosok kedua-dua belah bahuku.
            “Pada pendapat aku cinta tak semestinya memiliki. Kau kena berbincang dengan dia. Jangan buat keputusan yang kau orang berdua akan menyesal kemudian hari.” Elise mengukir senyuman nipis.
            “Aku..Tak tahu. Aku keliru. Ini rahsia kita bertiga. Jangan bongkarkan dekat orang lain okay?” Aku melentokkan kepalaku di bahu Mine.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review