Sunday, October 24, 2010

You & I [17]

Posted by Snow_Queen at 6:52 PM

Aku bersembang dengan mama Kevin. Ternyata wanita itu mempunyai budi bahasa yang tinggi. Aku senang dengan layanan yang diberi keluarga Kevin. Sekali-sekala si kecil Gina merenungku sebelum melarikan pandangan ke arah lain. Kevin mengusik Gina sepanjang majlis berlangsung. Aku hanya menarik sengih dengan gelagat adik-beradik berkenaan.
            “Vic..Mama tahu kamu pilihan terbaik untuk Kevin. Kalau dia ada buat apa-apa silap maafkanlah dia.” Puan Ara menepuk lembut tanganku.
            “Ma..Vic yang patut ucap terima kasih sebab terima Vic tanpa syarat.” Aku menarik senyum nipis.
            “Sejak kamu ada mama perasan Kevin kerap tersenyum. Dia dah kembali macam dulu. Kalau bukan kerana Amy…” Segera Puan Ara menutup mulutnya.
            “Vic tahu pasal dia ada teman wanita. Mama jangan risau..setiap orang ada kisah silam tersendiri.” Aku memeluk bahu puan Ara. Sebaik sahaja majlis berakhir kami meminta diri untuk pulang.
***
‘Bam!’ Bunyi pintu menarik perhatian kami semua. Aku dan Kevin baru sahaja selesai menceritakan kembali apa yang berlaku dalam bilik mesyuarat kepada Mine dan yang lain-lain. Oleh kerana selepas mesyuarat aku dan Kevin terpaksa bergegas ke rumah keluarga Kevin maka baru sekarang berkesempatan kami membuka cerita. Kelihatan Elise masuk membawa beg dan 2 buah kotak terapung di udara.
            “Elise..Apa yang terjadi?” Soo Hyun mendapatkan Elise di muka pintu. Muka Elise masam mencuka.
            “Geram! Eiiii saya rasa nak bunuh orang sekarang.” Elise meramas kedua-dua belah tangannya. Soo Hyun menggosok belakang badan Elise.
            “Apa pasal?” Aku menyampuk.
            “Minah kerek tu nak bilik aku. Sudahlah asrama Dandelion dah penuh. Akhirnya aku juga yang jadi mangsa. Sengal punya budak!” Elise menyepak dinding di depannya. Soo Hyun masih memujuk Elise.
            “Kau marahkan siapa ni?” Mine memandang Elise.
            “Julie!” Mendengar nama Julie semua orang mendengus kuat. Cici menggesel badannya di kakiku. Aku mengangkat Cici dan ternampak gambaran. Kevin dan yang lain-lain memandangku.
            “Vic?” Kevin menepuk bahuku. Aku tersedar dan tersenyum nipis.
            “Kau nampak sesuatu ke babe?” Aku memandang Elise dan tersenyum nipis.
            “Aku penat nak naik berehat.” Cici mengikutku dari belakang. Benda baik mana boleh bagitahu semua orang kan? Hehehe..Semua orang memandang Kevin. Kevin mengangkat bahu.
***
Aku, Elise dan Mine tersengih memandang sesama sendiri. Kami berjalan dengan senyap di koridor. Khuatir jika ada warden atau casper yang lalu. Setelah sampai betul-betul di depan gate asrama Dandelion, aku, Mine dan Elise terus masuk ke dalam. Di sebabkan Elise lebih mengetahui selok belok asrama ni maka dia mengetuai kumpulan kami. Destinasi yang di tujui semestinya bilik air. Di sana pelbagai baldi dan barang-barang personal pelajar siap tersusun dengan cantik dan ada nama masing-masing. Aku dan Mine ketawa perlahan. Elise membuka 1 penutup botol dan menuang potion yang di ambil sedikit dari rakan sekelas kami. Aku dan Mine sudah menekup mulut. Tak sabar menanti hari esok.
***
“Mine..Kau betul-betul suka dekat si Nick?” Elise bertanya tanpa memandang Mine. Aku hanya mendengar sahaja sambil hayun buai laju-laju dan makan ais-krim.
            “Kenapa?” Mine tersenyum nipis. Dia melihat Elise yang sedang hayun buai dalam kelajuan sederhana tidak seperti Vic yang macam sudah hendak terbang ke langit.
            “Ermm..Dia bukan lelaki yang ideal untuk di jadikan teman lelaki apatah lagi suami. Kau tengok jelah sikap dia..Penakut! Pandai berpura-pura dan sebagainya.” Mine tersenyum nipis menengar jawapan Elise.
            “Couple dengan Dongho. Best!” Aku menyampuk tiba-tiba. Elise tergelak.
            “Kalau best kau jelah yang couple dengan dia.” Mine mencebik bila nama Dongho disebut.
            “Teettt..Aku dah ada Kevin.” Aku tersenyum nipis.
            “Kasi dekat Elise.” Cadangku.
            “Access denied! Hati cik Elise telah dimiliki oleh Soo Hyun.” Berderai ketawa kami bertiga di halaman asrama.

            “Tak reti nak tidur ke?” Kami bertiga berpaling serentak ke arah pintu. Kevin dan Soo Hyun berdiri di muka pintu. Aku mengangkat kening double jerk dekat Elise.
            “Tak nak tidur. Nak dating sampai pagi esok.” Elise bercakap tanpa memandang Soo Hyun.
            “Esok awak tu dahlah ada kelas pagi cik Elise. Awak nak saya dukung masuk bilik ke?” Soo Hyun menggertak.
            “Hah? Bila masa saya ada kelas pagi? Tak ada kan Mine, Vic?” Elise memandang kami berdua sambil membuat isyarat mata.
            “A’ah..Tak ada.” Aku dan Mine menjawab serentak. Soo Hyun menghampiri dan mecempung tubuh Elise.
            “Selamat malam girls.” Dan Soo Hyun terus menghilangkan diri.
            “Hah cik Vic..Awak nak saya buat macam tu juga ke?” Kevin mengangkat kening double jerk. Aku tersengih dan menggelengkan kepala sambil melangkah masuk ke dalam rumah bersama Mine. Kevin hanya tersenyum sinis.

4 under spell:

MaY_LiN said...

hihihi
ape la jadi kat minah tu nanti

~ZYX~ said...

terima lah dongho tu mine....die baik pe dr si sengal nick...hehehe

sakura said...

x sabar nak tgk apa jagi kat pompuan 2...
dah la gedik...eeiii meluat sungguh

^u^ LZ ^u^ said...

mine 2 x pyh la ngn nick...
dgn dongho cocok...

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review