Saturday, October 23, 2010

You & I [16]

Posted by Snow_Queen at 2:46 PM
Well young lady…Boleh kau terangkan macam mana kau tahu Julie berada di sana?” Nick memandangku.
            “Entah..Dah tiba-tiba aku nampak gambaran dia.” Aku duduk secara bersila di bilik mesyuarat majlis persatuan pelajar.
            “Kita nak selesaikan kes ni secara baik-baik dan tak mahu melibatkan pihak kolej. Lebih baik kau berterus-terang.” Nick menghentak meja. E’eh mamat ni…Ada yang kena sekeh kang.
            So kau nak tuduh aku menyebabkan kehilangan dia? Boleh kau bagitahu apa motif aku nak buat macam tu? Aku baru sahaja kenal dia hari ini.” Aku memeluk tubuhku.
            “Cemburu mungkin?” Nick tersenyum sinis.
            “Huh? Cemburu? Buang masa aku sahaja. Kau tak ada bukti nak tuduh-tuduh aku jadi lebih baik aku balik sahaja. Aku nak berehat.” Nick menggetap bibir apabila mendengar jawapanku.
            “Kita proceed benda ni selepas Julie sedar. Buat masa sekarang jangan ada siapa-siapa yang gatal mulut nak sebarkan cerita ni.” Kevin bersuara. Aku melemparkan senyuman sinis kepada Nick sebelum beredar.
***
“Penat huh?” Aku menghulurkan secawan teh kepada Kevin. Kevin tersenyum nipis sambil menyambut huluran cawanku.
            “Kalau kau tak kisah boleh kau bagitahu aku macam mana kau tahu lokasi Julie?” Kevin meraih bahuku. Aku bangun dan keluar dari bilik. Kevin menggaru kepala. Dia marah ke? Getus hati Kevin namun segala telahannya tersilap apabila Vic masuk kembali ke bilik dengan membawa sesuatu di tangannya.
            “Tada…Yang warna hitam ni namanya Comel dan yang warna putih ni namanya Cici.” Aku meletakkan kedua-dua ekor kucing berkenaan ke atas katil. Kevin mengerutkan kening.
            “Kan kau nak tahu macam mana aku tahu lokasi Julie. Aku dapat tahu dari Comel. Kau jangan tanya macam mana sebab aku pun tak tahu.” Aku duduk bersila atas katil sambil membelai Cici yang nak-tak-nak buka mata berbeza dengan Comel yang sedang merenung Kevin. Kevin mengangkat dan merenung Comel.
            “Mana kau dapat?” Kevin memandang Vic.
            “Kawan aku bagi.” Aku tersenyum nipis.
            “Kau tahu apa benda ni?” Kevin membelai Comel.
            “Kucing hutan?” Aku memandang Kevin pelik. Masakan lelaki itu tak tahu membezakan kucing hutan dan kucing biasa.
            “Ini bukan kucing hutan biasa. Kau tengok tanda di dahi mereka. Ini menandakan mereka pernah di bela oleh magician yang menguasai kemahiran fortune teller dan secara tak langsung dengan kehadiran binatang ini membantu tuan mereka tanpa perlu menggunakan bola kaca. Adakalanya bola kaca tak relevan dalam situasi tertentu.” Aku melopong mendengar jawapan Kevin.
            “Maksud kau…Kucing-kucing ni mempunyai kebolehan memberitahu masa depan macam tu?” Kevin mengangguk.
            “Hahahah..Tak bolehlah Nick nak tuduh-tuduh aku lagi.” Kevin menarik nafas lega juga. Terima kasih kucing sebab selamatkan Vic. Kevin tersenyum sendiri sambil membelai Comel.
***
Aku, Elise, Kevin, Nick dan 2 orang pembantu Nick duduk saling menghadap antara satu sama lain. Sir Alan melihat Julie yang duduk sambil menundukkan mukanya.
            “Kenapa awak ikut Vicky?” Sir Alan bertanya lembut. Kevin menjeling Nick. Dia cukup panas apabila Sir Alan mengetahui perkara ini.
            “Saya..Saya nak rasa sesuatu yang adventure. Bila saya terdengar yang senior Vicky nak pergi mengumpul maklumat saya jadi teruja. Sebab itu saya ikut. Saya minta maaf sebab menyusahkan semua orang!” Julie menundukkan sedikit badannya. Aku menjeling tajam. Elise memandang mataku. Senyuman sinis yang dilemparkan Elise kepadaku amat cukup aku fahami.
            “Baiklah..Saya rasa baik kita tutup case ni sahaja. Julie dah selamat dan dapat pengajaran. Hal ini biar berakhir di sini sahaja.” Sir Alan bangun dan membawa Julie keluar.
            “Kenapa kau nak kena laporkan kepada Sir Alan?” Kevin memandang Nick tajam.
            “Sebab aku seorang yang bertanggungjawab? Aku tak mahu tanggung apa-apa risiko.” Nick tersenyum sinis. Aku menarik Kevin keluar dari bilik mesyuarat. Buat apa berbalah dengan mamat kurang cell neuron tu. Buat habis tenaga sahaja.

4 under spell:

~ZYX~ said...

sengal la nick tu..kecoh lebih...

MaY_LiN said...

woa...
gaduh saja..

iniakuyangpunyahati said...

hahahaha sibuk jerr c nick

tHiR... said...

waduhhhhh,...... bestttt nie,....

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review