Friday, October 22, 2010

You & I [15]

Posted by Snow_Queen at 8:06 PM
Mine dan Elise mengelilingi aku untuk melihat apa yang aku bawa. Aku menyuruh mereka senyap sedikit. Sebaik sahaja mereka membuka penutup bakul mereka menjerit perkataan comel serentak. Aku menyepak kaki Elise dan Mine. Terus mereka berdua diam. Nasib baik tak ada siapa-siapa yang perasan.
            “Siapa kasi kau? Comel gila. Nak je aku cubit-cubit menatang ni.” Mine menggosok bulu kucing yang berwarna hitam.
            “Yang warna putih ni aku nak panggil cici dan yang warna hitam ni aku nak panggil comel. Hehehe..” Elise memberi cadangan.

            “Eh suka-suka hati kau je. Aku yang jumpa menatang ni. Tapi okay juga cadangan kau tu.” Aku menarik sengih. Tiba-tiba pelajar di depan kami berbisik sesama sendiri. Aku, Elise dan Mine melihat suasana kelihatan tegang. Aku menepuk kedua-dua belah tanganku dan bakul berkenaan hilang.
            “Apa yang terjadi?” Elise bertanya kepada Soo Hyun. Aku dan Mine hanya menjadi pendengar sahaja.
            “Ada student D.A.D.A hilang. Baru sahaja sedar.” Soo Hyun memberitahu. Aku dan Mine saling berpandangan. Tiba-tiba namaku di panggil.
            “Ada apa?” Aku memandang muka Nick yang serius. Kevin memeluk tubuhnya.
            “Ada student bernama Julie hilang.” Nick bersuara.
            “Okay..Apa kena mengena dengan aku?” Aku mengerutkan kening. Ada rasa aura-aura tak sedap hati ni.
            “Dia hilang sebab dia ikut Senior Vicky.” Seorang daripada kawan Julie memandangku. Matanya bengkak. Menangis barangkali.
            What! Ikut aku? Gila apa minah tu. Apa pasal kau tak bagitahu senior lain bila dia ikut aku?” Aku dah bercekak pinggang. Muka Nick yang bengis tadi terus berubah bila mendengar suaraku yang bagai halilintar. Baru pertama kali dia tengok aku benar-benar marah. Yang lain-lain semua tergamam. Senior marah siapa yang tak gerun.
            “Saya..Saya..” Budak berkenaan terketar-ketar. Hatinya menyumpah seranah Julie.
            “Dia nak mati awal sangat ke?! Ke dia nak tunjuk kat awak semua yang dia hebat?!” Hatiku benar-benar terbakar. Aku jarang sekali hendak marah namun bila ada yang cuba nak menyalakan api memang aku akan fire terus. Kevin menarikku jauh dari khalayak ramai.
            “Vic..Nak marah pun tak guna. Kita cari jalan untuk cari dia. Kau pergi mana tadi?” Kevin menggosok bahuku. Cuba untuk menurunkan suhu marahku barangkali.
            “Aku masuk kawasan Element eater. Kau tahu kan kawasan tu merbahaya. Dia betul-betul cari nahas!” Aku menumbuk pokok di depanku. Kevin memelukku dan mengusap belakang badanku. Aku terkejut dengan perbuatan Kevin dan menolak dia perlahan.
            “Apa ni..Malulah orang tengok.” Aku memandang ke arah kawan-kawanku. Elise dan Mine tersengih macam kerang busuk. Manakala kawan-kawan Kevin sudah menarik sengih nakal. Budak-budak D.A.D.A sudah berbisik sesama sendiri begitu juga budak-budak dark magic. Lagilah aku malu.
            Hey..U’re my wife..Biarkanlah mereka nak kata apa pun.” Kevin mengeyitkan matanya padaku dan berlalu. Aku menekup mulut mendengar perkataan u’re my wife. Ah sudah! Dia ni selalu buat aku terbang di awan kebelakangan ni.
***
Hari sudah menjelang malam. Kesemua pelajar sudah dihantar pulang dan diminta merahsiakan hal kehilangan Julie. Nick berserta Kevin and the gang meneruskan misi mencari Julie. Aku duduk di pinggir tingkap sambil mengusap Cici yang masih tidur. Kemain betul 2 ekor ni. Asyik tidur je kerjanya. Elise mengetuk pintu bilikku. Hari ini Elise akan tidur di sini sahaja. Dia ingin sama-sama menanti hasil pencarian Julie. Elise duduk di depan aku.
            “Vic..Jom makan. Takkan kau nak putus selera sebab minah tu je? Tak ada manfaat pun.” Aku menarik senyum nipis.
            “Buat apa aku nak risaukan minah tu. Aku risau dekat Kevin and the gang. Element eater tu bukan tempat sebarangan. Kita langsung tak boleh trace semua kuasa magis kalau berada di situ.” Aku mengeluh perlahan.
            Babe..Mereka tahu jaga diri sendiri. Jom makan!” Elise menarik tanganku. Aku hanya mengikut.
***
Suasana di meja makan senyap sunyi. Masing-masing berangan dan melayan fikiran sendiri.
            “Kalau mereka jumpa minah tu boleh tak aku nak sumpah dia jadi kodok?” Mine bersuara tiba-tiba. Aku dan Elise saling berpandangan.
            “Kau nak sumpah dia jadi batu pun boleh.” Elise mengangkat kening double jerk. Aku tergelak perlahan. Kami bertiga mula bersembang sehinggalah tiba-tiba sahaja Comel melompat naik atas pahaku. Comel memandangku dengan pandangan tak berkelip.
            “Comel lapar ke?” Aku mengambil cebisan daging ayam dan meletakkan di atas tapak tanganku. Comel hanya merenungku tanpa memperdulikan cebisan daging ayam berkenaan.
            “Eh! Macam mana Comel boleh keluar dari bilik kau? Bukan ke kau dah tutup pintu bilik sebelum keluar tadi?” Elise memandangku pelik.
            “Mungkin aku tutup pintu tak rapat agaknya.” Aku mengangkat Comel dan serta-serta merta juga pergerakanku terhenti. Aku ternampak Julie sedang berlari daripada sesuatu. Keadaan Julie yang serabai dan menjerit meminta tolong. Elise menggoncangkan bahuku. Aku tersedar.
            “Kau ni kenapa?” Aku memandang Comel yang kini sedang makan tulang ayam di atas meja.
            “Aku nampak Julie!”
            “Hah? Macam mana?” Elise memandangku pelik.
            “Nanti aku jelaskan. Sekarang aku kena cari Kevin dulu. Korang berdua tunggu dekat rumah!” Elise dan Mine saling berpandangan sesama sendiri. Cici yang tiba-tiba muncul turut makan di atas meja bersama Comel.
***
“Kevin…” Aku memegang lengan Kevin. Kevin terundur ke belakang sedikit. Kemunculan Vic yang secara tiba-tiba membuatkan dia terkejut.
            “Huh kenapa kau dekat sini?” Eli menyampuk.
            “Aku tahu Julie dekat mana. Mari kita cari dia.” Aku menarik tangan Kevin.
            “Macam mana kau boleh tahu?” Kevin memandangku pelik.
            “Nanti aku cerita. Sekarang kita selamatkan minah tu dulu.”
Kami semua menuju ke arah barat selatan. Perjalanan kami hanya di terangi oleh cahaya bebola api yang di hasilkan Nick. Jeritan Julie kedengaran. Kami semua bergegas menghampiri. Satu lembaga sedang menindih Julie. Lembaga berkenaan seolah-olah sedang menyedut roh Julie. Nick melancarkan serangan dan lembaga berkenaan terpelanting ke tepi. Ki Bum mendapatkan Julie. Dia mencempung tubuh gadis itu dan berlalu. Ki Seop pantas berdiri di depan lembaga tersebut di saat ia hendak melarikan diri. Ki Seop meletakkan telapak tanganya di atas kepala lembaga berkenaan dan perlahan-lahan lembaga berkenaan berkecai. Aku juga turut beredar.

2 under spell:

^u^ LZ ^u^ said...

pdn muke julie 2...nk tnjk hebat sgt..mmg ptt pn dia jd kodok...he3

sakura said...

benci la pompuan gedik 2...
cepat2 la matikan watak julie
x suka tgk dia

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review