Wednesday, October 20, 2010

You & I [14]

Posted by Snow_Queen at 11:43 AM

“Ini kawasan Queen Buttersnow.” Elise mengambil alih menjadi guru tak bertauliah pula. Pelajar-pelajar semester satu mendengar dengan tekun manakala pelajar semester dua D.A.D.A buat endah tak endah sahaja. Kevin and the gang membawa pelajar-pelajar lelaki ke satu kawasan lain. Mine juga turut tak ketinggalan menambah apa yang patut. Aku hanya menjadi penunjuk arah. Kami semua bergerak ke hadapan. Aku mengetuk pohon-pohon di depanku dan secara perlahan-lahan pohon-pohon berkenaan membentuk laluan. Kawasan padang bunga yang berwarna-warni menarik perhatian pelajar-pelajar sem 1.
            “Itu ke buttersnow, senior?” Seorang pelajar menunjukkan ke arah rama-rama yang besar namun badan rama-rama berkenaan putih lutsinar sehingga menampakan isi badannya. Madu yang sedang di hisap rama-rama berkenaan nampak jelas berada di satu tempat.
            “Betul. Itu salah satu spesis buttersnow.” Dan Elise meneruskan ceramahnya.
            “Tak ada ke tempat-tempat menarik yang lain? Bosan! Tak mencabar langsung!” Kedengaran suara seorang pelajar. Aku, Mine dan Elise serentak berpaling ke arah pelajar perempuan berkenaan. Pelajar D.A.D.A selalu sahaja berlagak. Sudah menjadi tradisi barangkali.
            “Ini adalah arahan Sir Alan. Tempat-tempat merbahaya tak sesuai untuk awak. Dan lagi satu awak semua tak belajar semua mendalam kecuali pelajar dark magic.” Elise menjelaskan secara baik.
            “Ini satu diskriminasi. Macam mana budak-budak hingusan ni boleh pergi tempat-tempat macam itu sedangkan kami tidak.” Budak-budak semester satu memandang pelajar perempuan berkenaan dengan pendangan menyampah.
            “Ini bukan soal diskriminasi…”
            “Julie.”
            “Yeah! Ini bukan soal diskriminasi Julie. Tapi semuanya mengikut kursus. Awak hanya belajar apa yang kursus awak ajarkan. Yang lain jika adalah larangan tetap menjadi larangan.” Elise tersenyum nipis.
            “Boleh kita teruskan?” Mine pula menyambung. Aku mula bergerak menuju ke arah destinasi seterusnya.
***
Kesemua pelajar berkumpul di satu tempat. Masing-masing melepaskan lelah sambil menikmati makanan tengah hari. Aku, Elise dan Mine membentuk satu kumpulan. Kami duduk jauh sedikit dari semua orang.
            “Benci betul aku dengan minah gedik tu!” Mine mencebik.
            “Kalau ikut hati aku dah lama aku campak masuk soul swamp.” Elise menumbuk telapak tangannya.
            “Hahaha..Gila kejam kau. Silap-silap hari bulan jadi mayat hidup perempuan tu.” Mine menggeleng perlahan. Soul Swamp di gunakan untuk menarik roh-roh banduan. Jadi mungkin di sana terdapat jutaan roh yang menunggu mangsa.
            “Hahaha..tapi kau yang paling penyabar Elise. Aku malas nak bersuara kang tak pasal-pasal ada yang makan hati seumur hidup.” Kami bertiga ketawa serentak.
            “Budak-budak tu tak tahu siapa kita barangkali. Yang aku sakit mata asyik-asyik nak menarik perhatian budak-budak lelaki.” Mine dah muncung. Aku dan Elise mengangguk serentak tanda mengiyakan kata-kata Mine. Memang Julie tu cantik tapi kalau aku yang jadi lelaki mesti buat main je perempuan macam tu. Gedik tak bertempat. Yang aku panas hati siap nak tarik perhatian Kevin and the gang. Oii! Laki aku tu! Mestilah aku berapi. Pergilah pikat si Nick tu. Hehehe mampus aku kalau Mine tahu aku cakap macam ni.
            “Wey! Lepas ni aku nak kena pergi cari maklumat sikit jadi pandai-pandailah kau orang.” Aku menarik sengih.
            “Waaaa…Jangan tinggalkan aku. Bawa aku sekali.” Mine memeluk lenganku.
            “Gedik! Kan Elise ada. Lagi pun lepas ni semua masuk kumpulan balik.” Aku meluku kepala Mine perlahan.
            “Entah. Sampai hati kau nak tinggalkan aku.” Elise dah muncung. Mine menarik sengih.

Aku menyinsing lengan jaketku. Suhu Phoenix Dawn benar-benar mencabarku. Kali ini aku perlu masuk ke dalam sedikit untuk mencari maklumat berkenaan bangsa Ecrty. Separuh manusia separuh kuda. Di sebabkan maklumat yang terhad menyebabkan aku perlu mencari maklumat sendiri. Bunyi dengusan seperti kuda menandakan aku semakin dekat dengan tempat bangsa-bangsa berkenaan.
            Kesemua bangsa Ecrty yang sedang berehat selepas pulang dari memburu melihat ke arah satu arah. Apabila muncul seorang gadis mereka segera mengangkat senjata masing-masing.
            “Weyh..Aku ni.” Aku bersuara. Wesr memberi arahan menurunkan senjata. Dia cam benar suara Vic.
            “Apa..Apa tujuan magician..Datang ke tempat kami..” Wesr berdiri di depanku. Aku menarik sengih. Ketua bangsa Ecrty ini masih kuat dan gagah walaupun sudah berusia ribuan tahun.
            “Mencari maklumat. Kau akan tolong kan Wesr?” Aku mengedipkan mataku beberapa kali. Wesr mengangguk. Vic duduk di atas tanah sambil bertanya beberapa soalan. Disebabkan bangsa Ecrty ni bercakap lambat-lambat jadi memerlukan semangat dan kesabaran yang tinggi. Aku tersenyum lebar apabila semua maklumat yang aku cari sudah aku perolehi.
            “Aku balik dulu. Terima kasih.” Wesr menahanku daripada pergi. Aku mengerutkan kening. Dia bergerak menuju ke satu arah sebelum kembali membawa bakul rotan yang sederhana besar. Bakul itu di serahkan kepadaku.
            “Apa ni?” Aku mengerutkan kening namun Wesr hanya tersenyum nipis. Aku membuka penutup bakul dan…
            “Comelnya…Mana kau dapat. Kau bagi akukah?” Aku memandang Wesr.
            “Dah tak ada ibu bapa..Jaga mereka..Baik..Baik..Mereka..Kecil lagi..” Wesr menggosok kepalaku sebelum berlalu pergi. Aku memandang ke arah 2 ekor kucing hutan yang comel dan kecil. Satu berwarna hitam dan terdapat sedikit warna putih di dahinya. Seekor lagi berwarna putih dan terdapat sedikit warna hitam di dahi. Kedua-dua ekor kucing berkenaan sedang tidur dengan nyenyak. Aku terus berlalu untuk mengejar Kevin and the gang.

3 under spell:

zaira's blog said...

x sabo nk tggu next n3...best nye..k.snow x de ke pic kucing hutan 2???

Snow_Queen said...

@zaira: ada2 tpi xley tnjuk lgi..kekeke

MaY_LiN said...

ala..
nak anak animau gak...

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review