Wednesday, October 20, 2010

You & I [13]

Posted by Snow_Queen at 11:41 AM
Aku berbisik sesuatu kepada Kevin. Dia menarik senyuman nipis.
            “Ye ke?” Aku mengangguk. Kevin ketawa. Tak sangka betul. Aku menyiku lengan dia tanda menyuruh dia memperlahankan suara. Kevin berdehem perlahan. Dia meletakkan lenganya di atas bahuku.
            “Sejak bila pula mereka berdua rapat?” Mine bertanya kepada Eli.
            “Pasangan kekasih memang la macam tu.” Eli menarik senyum nipis. Mine terus berlari berdiri di hadapan Vic dan Kevin yang sedang duduk berdua di atas bangku taman kolej.
            “Vic! Sampai hati kau.” Mine mencebik. Aku memandang Kevin. Kevin pandang aku balik.
            “La..Apa hal ni babe?” Aku menarik sengih.
            “Kau couple dengan senior Kevin tak bagi tahu aku pun!” Muka Mine sudah masam. Aku dan Kevin ketawa serentak. Lagilah muka Mine mencuka.
            “Okay..Mine, aku dan Kevin dah couple..tada~~” Aku menarik sengih. Kevin juga begitu. Padahal bila masa entah aku dan Kevin bercinta.
            “Korang ni kan..Ishh..” Mine mencubit lenganku. Aku menepis tangan Mine.
            “Apa pasal dorang ni lambat sangat.” Muncul Dongho secara tiba-tiba. Mine terus duduk di sebelahku.
            “Ada lagi 5 minit. Sabarlah Bro.” Kevin memujuk Dongho.
            “Ish..Dahlah aku buat kerja ni paksa rela. Kalau ikut hati aku mahu je aku balik tidur.” Dongho membebel lagi.
            “Kalau nak balik, balik jelah.” Mine fire Dongho. Dongho mendengus perlahan sebelum beredar.
            “Kau ni tak baik layan dia macam tu.” Aku menegur Mine perlahan. Mine bangun dan mendapatkan Nick yang baru muncul dengan budak-budak semester 2.
            “Kesian Dongho..” Aku mengeluh perlahan.
            “Aku pasti suatu hari nanti Mine akan nampak cinta Dongho pada dia. Lagi pun aku rasa ni kali pertama Dongho buat sandwich untuk seorang gadis.” Kevin menarik senyuman nipis. Bila Vic berbisik yang Dongho ada memberikan Sandwich kepada Mine secara rahsia terkejut juga dia. Selama ni Dongho mana ambil tahu hal orang sekeliling. Nampaknya Mine berjaya menarik perhatian Dongho.
***
Aku dan Elise berjalan di barisan akhir kumpulan dark magic sementara kumpulan D.A.D.A sudah bergerak terlebih dahulu. Mine turut menyertai kumpulan D.A.D.A.
Eli, Ki Seop dan Soo Hyun jadi guard di sebelah kanan. Ki Bum dan Dong Ho menjadi guard di sebelah kiri. Kevin dan Xander menjadi penunjuk arah di depan sambil menjadi guru tak bertauliah. Binatang-binatang yang di jumpai di terangkan segala putaran kehidupan mereka.
            “Sejak bila kau dengan Soo Hyun? Aku tak tahu pun?” Aku menjeling Elise yang buat muka tak bersalah. Kalau aku tak nampak Soo Hyun memeluk Elise sampai ke sudah aku tak tahu mereka berdua ni ada hubungan.
            “Ermm sejak kita semester dua. Sekarang kita semester 6 kira dah dua tahun setengah la.” Elise menarik sengih.
            “Wah! Kau tak bosan pula..” Aku sengaja menguji.
            “Kalau hati kita betul-betul ikhlas dan sayang mesti dah tak cari lain.” Elise bermain ranting.
            “Betul! Aku setuju.” Selepas itu masing-masing diam. Aku mencerna ayat Elise dalam-dalam. Aku dan Nick. Aku tak cukup ikhlaskah dahulu atau mungkin kami tiada jodoh? Ah aku patut lupakan sahaja mamat tu. Dalam hati aku sendiri dah ada penghuni baru. Aku tersenyum sendiri.
            “Hey..senyum sorang-sorang ni teringat dekat Kevin ke? Dia dekat depan tu je.” Elise mengusik. Bukan dia tak nampak hubungan Vic dan Kevin macam mana cuma dia tak mahu masuk campur. Lagi pun dia berani kerat kuku yang Vic menyukai Kevin. Aku cubit lengan Elise dan kami berdua ketawa serentak.
***
Aku mencatit sesuatu di dalam note pad. Spello yang berada di depanku hanya diam tak berkutik. Hanya memerhatikan aku dengan matanya yang besar dan bulat. Spello adalah sejenis haiwan sama seperti kucing namun memiliki saiz harimau, kepantasan seperti jaguar dan matanya yang bulat dan besar menarik minat siapa-siapa sahaja. Nampak sahaja comel namun jika ada bahaya yang menimpa, Spello boleh menjadi aggressive. Aku menggosok kepala Spello. Binatang itu memejam mata. Menikmati usapanku barangkali. Aku tersenyum nipis. Apa yang menjadikan binatang ini pupus adalah kerana setiap inci tubuh binatang ini sangat berharga. Seperti air liur Spello boleh merawat racun. Bulu Spello yang tebal seperti kucing parsi pula jika di tambah dengan potion-potion tertentu akan menguatkan kesan bahan berkenaan. Spello itu kemudiannya meletekkan kepalanya di atas pahaku persis seekor kucing yang minta dibelai. Aku terus membelai haiwan itu.
            “Hai! Seorang je ke?” Suara Nick kedengaran. Aku mendengus. Spello yang baru sahaja hendak tidur membuka matanya dan bangun apabila melihat kelibat Nick. Binatang itu mengaum apabila Nick mendekati. Nick berhenti mendekati. Dia tahu jika tersilap langkah buruk padahnya.
            Babe..Jom!” Elise yang muncul dari mana memanggilku. Spello berkenaan memandang Elise sebelum menggesel manja di kaki Elise. Elise tergelak perlahan. Dia menggosok bulu Spello berkenaan.
            “Aku rasa Spello ni jantan sebab dia suka dengan kita tapi dia benci dengan orang tu.” Aku memerli Nick.
            “Hahaha…Gatal betul awak Spello. Jom. Nanti kena tinggal pula.” Elise menarik tanganku beredar. Nick mendengus perlahan. Kacau sahaja si Elise dan Spello ni!

2 under spell:

~ZYX~ said...

padan muke nick...mine xyah la suke org cam nick tu...

Snow_Queen said...

@zyx: hati kalau da suke kentut pun bau wangi kn ;p kekeke

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review