Tuesday, October 19, 2010

You & I [12]

Posted by Snow_Queen at 3:43 PM

Aku duduk di dalam bilik persatuan R.B.M. Angin pagi membelai rambutku perlahan. Aku memeluk tubuh sambil menikmati pemandangan pagi. Bunyi pintu di buka tidak sedikit pun menjejaskan perhatianku.
            “Tengok apa?” Suara Elise kedengaran. Aku berpaling menghadap dia.
            “Hantar laporan ke?” Aku menunjuk ke arah laporan di tangan Elise. Elise mengangguk.
            “Pihak kolej sudah set up magic baru untuk kolej kita. Kali ini tuan pengetua yang turun padang dengan bantuan lecturer dark magic, charms dan D.A.D.A.” Elise memberitahu. Aku mengangguk.
            “Kau tahu siapa Seven Master?” Aku mengikat rambutku tinggi.
            “Selama ni kau tak pernah nak ambil tahu pun.” Elise tersenyum sinis.
            “Tiba-tiba nak ambil tahu.” Seven master adalah peneraju R.B.M. Setiap kali meeting mereka tak pernah hadir namun mereka tahu apa yang terjadi di dalam R.B.M.
            “Aku pun tak pernah tengok muka dorang. Apa-apa hal aku hanya letakkan di meja mereka dan esok pagi aku tengok dokumen-dokumen tu dah tak ada.”
            “Aku yang paling malang.” Aku tergelak sendiri.
            “Apa pasal?” Elise menghampiriku.
            “Sebab walaupun aku penolong seven master (kira macam vice president) aku pun tak pernah jumpa mereka apatah lagi duduk semeja.” Ketawa Elise dan aku bergabung menjadi satu.
***
Aku menyemak laporan Elise serta beberapa laporan lain. Beberapa dokumen aku letak sebelah kiri tanda aku akan mengembalikan laporan ini untuk di perbetulkan kembali.
            “Vic?” Suara Sir Alan kedengaran. Aku bangun mempersilakan lecturer care of magical creatures itu duduk.
            “Ada apa yang boleh saya tolong Sir?” Aku memetik jari dan secawan kopi yang masih panas muncul di atas meja.
            “Saya nak minta tolong awak bawa pelajar sem 1 dan 2 ke dalam phoenix dawn. Oleh sebab saya sibuk jadi tak dapat nak bawa mereka ke sana. Awak boleh tolong kan?” Sir Alan memandangku.
            “Saya seorang sahaja ke?” Aku bertanya. Mampus aku nak jaga semua orang kalau aku seorang sahaja.
            “Tak. Saya ada minta beberapa orang pelajar yang lain juga. Ini tugasan yang saya nak awak buat. Saya bergantung kepada awak Vic.” Sir Alan menyerahkan scroll kepadaku. Aku mengangguk.
            “Kalau macam tu Sir kenalah panjangkan waktu untuk saya hantar laporan amali saya kan? Hehehe.” Aku mencuba nasib. Laporan care of magical creatures aku masih tergantung separuh.
            “Ewah…Saya bagi masa dua minggu pun tak cukup ke?” Sir Alan sengaja menjegilkan matanya.
            “Saya kan busy. Ni kena teman budak-budak ni pula. Ala bolehlah Sir…” Aku mengerdipkan mataku beberapa kali.
            “Yelah-yelah..Awak ni suka sangat cari alasan nak suruh saya panjangkan deadline. Ingat tugasan tu. Saya akan maklumkan kepada pelajar-pelajar saya. Pagi esok awak boleh mula.” Sir Alan keluar dari bilik R.B.M.  Aku ketawa kecil sambil membelek tugasanku.
***
Aku memasukkan beberapa botol potion ke dalam bagpack. Alang-alang dah masuk phoenix dawn boleh aku cari maklumat sekali. Notepad kecil dan pen aku masukkan sekali. Hermmm apa lagi ye? Aku memandang sekeliling bilikku. Oh jaket tak boleh lupa. Phoenix dawn tu sejuk sahaja cuacanya setiap tahun. Pintu bilikku di ketuk. Mine masuk sambil mencebik.
            “Kau apa hal?” Aku menempelak Mine.
            “Malas lah esok…” Mine mengadu. Nama Mine memang bertuah masuk dalam senarai.
            “Kalau kita buat benda ni Sir Alan akan panjangkan deadline laporan. Kau tak suka ke?” Aku menduga.
            “Suka tu memang suka tapi…Ah malas aku nak jaga budak-budak tu. Tapi…” Mine menarik sengih.
            “Tapi apa?” Aku cekak pinggang sambil menghadap Mine.
            “Yang buat aku semangat sebab Senior Nick ikut sekali.” Mine bergolek atas katilku.
            “Huh? Apa kejadahnya mamat tu ikut sekali?!” Aku mengerutkan kening.
            “Lah kau tak tahu ke? Budak sem 1 budak dark magic tapi budak sem dua budak D.A.D.A.” Aku ternganga beberapa saat.
            “Huh? Aku ingat kedua-dua sem tu budak kita.” Aku duduk di pinggir katil sambil memeluk tubuh. Mine bangun dan menghampiriku.
            “Aku tahu kau tak suka Nick tapi boleh tak kau sokong aku? Aku ingat aku nak confess dekat dia esok.” Mine menarik senyuman nipis.
            “Kau dah bertekad betul-betul ke ni? Kau pasti dengan pilihan kau? Aku akan sentiasa sokong kau tapi aku memang tak suka jantan tu.” Aku mendengus perlahan.
            “Aku tahu kau benci dia sebab dia pernah tengking kau depan khalayak ramai. Tapi hal itu sudah lama berlalu takkan kau masih marahkan dia?” Mine membuat andaian sendiri. Aku tiba-tiba teringat kejadian Nick pernah menengking aku di khalayak ramai. Sewaktu hari kejadian kami baru 2 hari putus. Nick menengkingku sebab aku terlanggar dia dan kesemua laporan Nick melayang masuk longkang. Kebetulan pula baru lepas hujan. Aku pun apa lagi terus naik darah. Mine ingat aku benci Nick sebab benda tu? Nonsense! Tapi lebih baik dia anggap macam tu daripada tahu cerita sebenarnya.
***
“Pssttt laling…You buat apa tu?” Aku berdiri di hadapan Kevin. Mukanya terlindung dek kerana buku yang bersusun tinggi di atas meja. Kevin menolak sedikit buku-buku di atas meja untuk melihat mukaku.
            “Kenapa?” Dia tersenyum memandangku. Okay lepas ni aku kena jumpa doctor untuk ambil ubat sakit jantung. Comel betul bila dia senyum.
            “Ni ada surat cinta.” Aku menyerahkan sampul surat berwarna pink. Dia membuka sampul dan membaca surat. Baru sahaja aku hendak melangkah pergi Kevin memanggil.
            “Mama nak kita balik makan malam kat rumah sebab lusa hari jadi Gina.” Kevin memberitahuku.
            “Huh? Gina? Siapa?” Aku menggaru kepala.
            “Sejak bila you ni pelupa darling? Gina my little sis yang cakap kau nampak macam bidadari tu.” Aku terus tersenyum. Oh budak kecil tu.
            “Okay.” Aku tersenyum kecil.
            “Uhuk-uhuk..” Bunyi suara orang buat-buat batuk menarik perhatian aku dan Kevin.
            “Sibuk lah you all ni. Nak dating pun tak senang.” Kata-kata Vic membuatkan Kevin tergelak perlahan.
            “Sejak bila kau dengan Kevin ni?” Eli bertanya.
            “Adalah…Rahsia kan darling.” Aku kenyit mata pada Kevin.
            “Woah! Sampai kenyit-kenyit mata. Harap korang bahagia sampai anak cucu.” Xander mengusik.
            “Hahaha…Merepek apa kau orang ni. Aku main-main jelah. Dahlah aku nak masuk berehat.” Sewaktu aku hendak naik tangga Kevin memanggilku. Dia membuat flying kiss dan aku berpura-pura tangkap dan letakkan di jantungku. Eli, Soo Hyun, Xander buat-buat muntah tanda geli melihat aksi kami. Aku ketawa mengekeh sambil naik ke atas.

2 under spell:

me.love.key said...

haaa!! tau tau..
mesti kevin tu salah sorang dari seven masters kan? kan? kan? =)
nak lagi..nak lagi..comel cter ni..

MaY_LiN said...

cumil je kevin ngan vic ni

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review