Tuesday, October 19, 2010

You & I [11]

Posted by Snow_Queen at 12:59 AM

Badanku jatuh secara perlahan-lahan di atas lantai. Sebaik sahaja aku bergerak bangun kesemua senior-senior yang ada juga turut tersedar. Masing-masing kelihatan bingung.
            “Apa yang terjadi?” Kedengaran suara bisikan sesama mereka.
            “Kita sudah menangkah?” Tanya Alfredo. Aku mengangkat bahu tanda tidak tahu. Takkan aku ceritakan pada sesiapa apa yang terjadi. Biar aku sahaja yang tahu. Kesemua pelajar-pelajar yang berlindung di bawah basement sudah keluar. Kami berkumpul di padang kolej. Ada beberapa orang yang perlu di beri rawatan. Aku mencari kelibat Mine.
            “Kau okay?” Soalan Mine yang pertama sebaik sahaja aku menjumpai dia. Aku menganggukan kepala. Dia tersenyum sebelum dipanggil oleh lecturer merawat beberapa orang senior yang tercedera. Baru sahaja aku ingin duduk, kelibat Kevin menarik perhatian. Aku menghampiri Kevin. Dia duduk di atas tembok rendah manakala aku melutut di hadapan dia.
            “Apa yang berlaku? Kenapa lengan kau calar-balar dan ada luka di bibir kau?” Aku membelek muka dan lengan Kevin.
            “Tak ada apa-apa. Cedera sikit je ni.” Kevin tersenyum nipis. Aku mencebik dan sengaja menekan luka di bibir dia.
            “Sakitlah!” Kevin mengaduh perlahan.
            “La tadi kata tak ada apa-apa. Baru sentuh sikit dah menjerit macam budak kecil.” Aku mengejek. Kerana geram, Kevin meluku kepalaku. Aku hanya tersenyum nipis sebelum menyembuhkan luka Kevin. Nick yang kebetulan lalu terlihat adengan antara Vic dan Kevin. Kemesraan antara Vic dan Kevin membuatkan dia cemburu. Kalau diikutkan hati mahu sahaja dia menumbuk Kevin dan membawa Vic pergi dari sisi lelaki itu namun segera dia teringat bahawa Vic membenci dirinya. Dia tersenyum pahit sebelum berlalu pergi. Beberapa orang lecturer sibuk menguruskan bangkai Hell Bat.
***
Mine mengetuk pintu bilik Vic. Mencuba nasib jika rakannya yang seorang itu belum tidur. Dia tersenyum apabila mendengar suara Vic menyuruhnya masuk.
            “Apa hal babe?” Vic yang sedang menyusun buku di atas meja bertanya.
            “Saja nak bersembang dengan kau. Aku ganggu kau ke?” Mine memandang muka Vic yang nampak letih.
            “Aku baru je ingat nak masuk tidur lepas kemas meja. Kenapa? Kau ada masalah ke?” Vic  meletakkan buku di atas rak dan menghampiri Mine yang sedang duduk di atas katil.
            “Aku rasa aku dah jatuh cinta.” Kenyataan yang keluar dari mulut Mine membuatkan aku hampir terjatuh dari katil.
            “Kau ulang lagi sekali?” Manalah tahu jika telinga aku masuk air masa mandi tadi.
            “Aku dah jatuh cinta.” Mine mengulang dengan nada tegas dan jelas.
            “Dengan siapa?” Jantung Vic berdebar-debar.
            “Kau kenal.” Muka Mine sudah merah. Malu barangkali.
            “Huh? Siapa? Aku kenal ramai lelaki kat kolej ni.”
            “Senior Nick.” Mine memandang muka Vic yang tiada apa-apa reaksi.
            “Kau marah ke?” Mine meraih tangan Vic. Aku menggeleng.
            “Siapa pun pilihan kau aku sokong tapi dia kan playboy nombor satu kolej. Kau tak takut ke?” Vic sengaja menguji si teman.
            “Aku tahu dia playboy Vic tapi hati aku dah suka. Aku akan ubah sikap kasanova dia jika dia bercouple dengan aku.” Mine tersenyum nipis. Aku turut tersenyum walhal di dalam hati bagai ingin menjerit memberitahu Mine agar cari sahaja lelaki lain namun dia tahu setiap orang ada pilihan hati yang tersendiri.
            “So..Kau nak confess dekat dia?” Aku menyoal untuk tahu tindakan lanjut Mine.
            “Entah! Biar masa yang menentukan apa yang terjadi. Aku masuk tidur dulu. Terima kasih sebab sudi dengar luahan hati aku.” Aku hanya memandang Mine sehinggalah gadis itu hilang di sebalik pintu. Aku mengeluh serentak dengan menghempaskan badanku kasar ke atas tilam. Aku cabut rantai leherku dan merenung sebentuk cincin emas putih. Cincin yang menyedarkan aku bahawa aku sudah ada tanggungjawab. Aku memejamkan mata. Kalau Mine tahu sejarah aku dan Nick bagaimana? Adakah Mine akan membenci? Adakah aku perlu berterus terang dengan Mine bahawa suatu ketika dulu aku dan Nick adalah pasangan kekasih. Barangkali Mine tidak akan mempercayai kata-kataku kerana aku dan Nick bercinta secara senyap-senyap. Berjumpa bila perlu. Huh! Zaman sem 1 yang penuh kebodohan. Sekarang apa rasa hatinya pada Nick? Marah dan benci itu sudah semestinya. Kasih? Sayang? Cinta? Apakah perasaan itu masih ada untuk lelaki itu? Aku memakai kembali rantai itu dan tidur.
***
Vic terjaga apabila terasa ada sesuatu yang menghempap kakinya. Aku membuka mata dan berpaling ke arah kiri. Ewah-ewah sedap je mamat ni peluk aku macam aku ni teddy bear. Siap kaki kanan lelaki itu menghempap kedua-dua belah kakinya. Namun tak pula Vic berniat untuk menggerak lelaki itu. Wajah lelaki itu kelihatan innocent ketika tidur. berbeza sekali jika dia bangun, terus jadi devil. Sesuai sangatlah tu!
            “Kalau renung lama-lama boleh dapat penyakit tau.” Kevin bersuara.
            “Iya? Penyakit apa?” Aku membalas. Iya-iya ingat mamat ni tengah tidur lagi.
            “Penyakit angau. Tiap lima saat je nak tengok muka aku.” Vic tergelak perlahan.
            “Oh?! Tapi aku rasa sekarang kau yang ada menghidapi penyakit.” Kevin membuka matanya.
            “Penyakit apa?” Dia mengerutkan keningnya.
            “Penyakit perasan!” Aku cubit pipi kirinya dan bangun. Dia turut bangun. Aku duduk bersila menghadap Kevin. Dia juga begitu.
            “Macam mana boleh masuk sini? Sejak bila?”
            “Adalah! Bila kau dah tidur aku masuklah.” Aku memandang Kevin geram.
            “Hey ultraman girl!” Aku menggetap bibir. Suka betul dia panggil aku macam tu.
            “Aku ada nama dan nama aku Vicky. Panggil Vic sahaja pun boleh.”
            “Aku panggil kau apa saja pun suka hati akulah! Kau ada teman lelaki?” Dia memeluk kedua-dua belah kakinya. Dagunya diletakkan atas lutut. Aku berdehem perlahan. Kadang-kadang nak gugur jantung aku ni sebab tengok kecomelan mamat ni.
            “Ada. Tapi dah lama break up. Kau? Ada teman wanita?” Giliran aku pula bertanya.
            “Ada. Tapi dah lama putus.” Kevin tersenyum pahit.
            “Kenapa putus?” Aku turut meniru cara dia duduk.
            “Entah..”
            “Entah?”
            “Aku tak tahu sebab dia hilangkan diri tiba-tiba sahaja. Kenapa kau putus dengan teman lelaki kau?” Aku menggetap bibir.
            “Aku tak sukalah cakap pasal mamat tu. Apa kata cakap pasal kita pula.” Kevin menarik sengih bila mendengar kata-kataku.
            “Kita? Kenapa dengan kita?” Aku mencebik.
            “Kita ni macam mana? Takkan macam ni je?” Kevin bersila pula.
            “Aku tak tahu. Aku tak berani nak jamin apa-apa pada kau. Aku rasa buat masa sekarang biar sahaja.” Aku mengeluh perlahan.
            “Oh aku kena pergi dulu ni. Cium dulu hubby kau ni sebelum dia pergi.” Kevin menunjukkan pipinya.
            “Cium? Penumbuk nak?” Aku menunjukkan penumbukku.
            “Ish…Degil betul bini aku yang sorang ni.” Kevin  terus menghilangkan diri sebelum Vic sempat berkata apa-apa.

1 under spell:

~ZYX~ said...

BINI???? dorg da kawen ke..?? suke2..smbg lg..

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review