Monday, October 18, 2010

You & I [10]

Posted by Snow_Queen at 7:55 PM

Kira-kira 20 orang berada di bangunan astronomy. Aku kira mereka terdiri daripada senior-senior. Aku bergerak ke barisan hadapan sekali.
            “Macam mana?” Aku memandang ke arah makhluk yang semakin mendekat. Duduk di bangunan tinggi semuanya jelas.
            “Barisan pertama semuanya bintang tahap tetinggi. Lecturer berada di beberapa tempat mengukuhkan lagi magis pelindung.” Alfredo, senior dark magic semester 8 menjelaskan kepadaku.
            “Di sini tiada lecturer ke?” Tanya salah seorang yang berada di sebelahku.
            “Tak ada. Di sini semuanya bergantung kepada kita.” Balas Alfredo.
            “Bunyi suara bat demon lebih teruk daripada yang aku jangkakan.” Alfredo merungut sendiri.
            “Senior tahu apa benda tu?” Aku ambil kesempatan bertanya.
            “Bat demon. Salah satu makhluk jenis campuran demon dan kelawar. Mereka akan memburu darah setiap kali sebelum musim mengawan tiba. Dan selalunya mereka takkan kacau kawasan manusia namun tak tahu pula kali ini mereka menuju ke arah kawasan kita. Dan musim mengawan kali ini juga lebih cepat. Selalunya bulan 12 tapi sekarang baru bulan 4.” Alfredo berbisik kepadaku.

            “Makhluk yang di barisan akhir tu..”
            “Kau nampak?” Alfredo memotong kata-kataku. Aku mengangguk.
            “Bukan semua orang boleh nampak Hell Bat. Kau memilik anugerah yang jarang-jarang terdapat pada orang lain. Kau patut berjuang di barisan pertahanan pertama.” Alfredo memandangku.
          “Semua orang ambil posisi masing-masing.” Alfredo menjerit melawan deruan angin. Masing-masing berdiri membentuk posisi triangle memenuhi kawasan atas bangunan. Baru sahaja aku hendak bergerak Alfredo menarik tanganku.
            “Kau akan lead kami!” Suara Alfredo tegas kedengaran.
            “Huh? Saya mana tahu apa-apa.” Aku membantah.
            “Kalau kau boleh tengok Hell Bat maknanya kau boleh buat. Kau kena duduk di hadapan ni.” Alfredo menunjukkan titik hujung triangle yang utama. Aku menelan air liur. Alfredo sudah mengambil tempat. Aku memandang semua orang di belakangku. Semuanya mengangguk. Bunyi teriakan semangat barisan pertama menyedarkan aku bahawa tetamu yang tak di undang sudah tiba.
            “Prosperusd” Aku menjerit. Kesemua kami mendepakan tangan kanan ke langit. Cahaya biru yang terhasil dari sihir kami semua bergabung dengan sihir pelindung kolej. Arus-arus kuasa prosperusd terbang laju menyerang mangsa di luar. Barisan pertahanan pertama juga melancarkan serangan sihir ke atas makhluk di luar. Begitu juga dari arah-arah lain. Masing-masing mengaktifkan magis berbeza. Bau hangit menusuk hidung kami. Bunyi-bunyi bat demon semakin membingitkan telinga.
            “Arah barat terdedah!” Salah seorang daripada kami menjerit. Aku melihat ke arah barat dari arah bangunan astronomy. Sekumpulan bat demon menghentam pelindung kolej. Aku mendepakan tangan kiri aku ke arah barat untuk melindungi kawasan itu.
            “Nanti kau akan letih.” Alfredo menjerit dari sebelah kananku. Namun aku tak endahkan. Alfredo meletakkan tangan kirinya atas bahuku. Yang lain-lain turut meletakkan tangan mereka atas bahu orang-orang di hadapan untuk menyalurkan kuasa mereka kepadaku bagi membantu aku melindungi arah barat. Tiba-tiba kesemua bat demon yang ada hilang. Aku terpinga-pinga. Permainan apa ini? Kami semua menghentikan sihir masing-masing. Aku mengelap peluh dingin yang mengalir. Alfredo menepuk bahuku. Tentu saja dia tahu aku letih kerana menggunakan tenaga yang banyak.

Kami menunggu beberapa minit untuk memastikan keadaan benar-benar selamat.
            “Apa benda tu?!” Salah seorang daripada menunjukkan ke arah utara. Bat-bat demon seolah-olah membuat pusaran seperti angin dan sebentar kemudian terbentuk satu figura yang tinggi dan besar.

            Hell bat akan menyerang? Aku berbisik sendiri.
           “Semua orang ke belakang!” Aku memberi arahan. Masing-masing mengikut kataku walaupun tertanya-tanya. Elise melihat Vicky mengelilingi bulatan sambil menulis sesuatu di atas angin dengan jarinya.
            “Semua orang ambil tempat dalam bulatan.” Aku memberi arahan sambil berdiri di titik utama yang terletak di tengah-tengah.
            “Errr bulatan apa Vic? Aku tak nampak apa-apa pun.” Elise bersuara. Yang lain-lain mengangguk. Beberapa saat kemudian cahaya berwaran hijau mula muncul di permukaan simen. Semua orang ternganga.

            “Kalau kau orang melopong macam tu nanti kita semua akan mati sia-sia.” Aku bersuara tegas. Kesemua mereka masuk ke dalam petak-petak yang ada. Mereka kemudian melutut dengan lutut kanan mencecai lantai manakala telapak tangan kanan di letakkan atas tanah seperti yang di arahkan Vic. Sebaik sahaja mereka berbuat demikian masing-masing dikelilingi aura-aura berwarna hijau dan mata mereka bertukar ke warna merah. Semua tidak sedarkan diri kecuali Vic. Seluruh kawasan kolej kini seolah-olah berada dalam globe dan Hell bat sedang berusaha memecahkan permukaan globe.
Vic mendepakan kedua-dua belah tangannya ke arah langit untuk menggabungkan kuasa magis mereka dengan magis-magis yang lain.
***
Nick terkebelakang. Walaupun Hell bat berkenaan masih tidak dapat masuk ke dalam kolej tapi hentakan Hell bat dipermukaan kuasa pelindung boleh tahan kuatnya. Kevin mendepakan pula kedua-dua belah tangannya untuk menahan hentakan Hell bat. Ki Bum, Dongho, Eli, Xander, Soo Hyun dan Ki Seop pula sedang berjuang di tempat lain. Mine pula bertugas menjaga di bawah basement.
            Aku menelan air liur apabila melihat permukaan magis sudah mula menunjukkan tanda-tanda hendak retak. Aku mengerahkan tenaga dalaman untuk berkerja lebih kuat. Namun belum sempat aku menyalurkan tenaga, permukaan magic sudah pecah seperti kepingan kaca. Hell bat menjerit nyaring seolah-olah menyatakan kemenangan miliknya. Mulutnya mengeluarkan cecair likat berwarna putih. Giginya yang tajam seolah-olah sudah bersedia untuk mengoyakkan mangsa. Aku melihat kesemua kumpulan pertahanan menalakan aliran kuasa magis mereka ke arah Hell bat. Aku juga turut berbuat demikian. Hell bat berkenaan terkebelakang apabila menerima tujahan bertalu-talu daripada kami.          
  Dalam suasana cemas aku sempat melihat semua lecturer berada di udara menyerang Hell bat secara dekat. Kalaulah pengetua kolej ada getus hatiku. Pengetua sekarang berada di luar negara kerana ada urusan yang perlu di lakukan. Tiba-tiba aku terasa kepalaku sakit yang teramat. Aku menggetap bibir. Tolonglah penyakit aku jangan datang waktu ini juga! Aku terus menyalurkan tenaga untuk membantu. Beberapa orang senior  yang mahir memanah sudah naik ke udara dengan panah beracun yang di perbuat daripada api. Masing-masing melepaskan anak panah ke arah Hell bat. Hell bat menjerit nyaring apabila terkena anak panah berkenaan. Beberapa lecturer terkena libasan angin Hell bat. Aku merasakan seluruh tubuhku keras dan dalam masa yang sama bergerak sendiri. Aku seolah-olah terperangkap di dalam badan sendiri apabila badanku terapung di udara.
****
Beberapa orang di barisan pertahanan pertama menunjukkan ke arah langit. Nick mendongak melihat ke arah yang di tunjukkan. Satu cahaya putih yang besar bergerak mengelilingi Hell bat. Hell bat melibas-libas cahaya berkenaan. Kesemua lecturer dan senior ke terbelakang. Apabila cahaya putih berkenaan hilang mereka melihat seorang perempuan berpakaian putih sedang terapung di depan Hell bat. Di tangan dan lengannya terikat kain berwarna hitam. Rambutnya yang juga berwarna putih lembut mengikut alunan angin. Dia menggerakan tangannya seolah-olah sedang bermain dengan tali namun tiada sebarang tali yang kelihatan.  

Hell bat cuba menyerang mangsa dihadapanya namun dengan mudah juga gadis berkenaan mengelak. Tiba-tiba perempuan berkenaan berundur ke belakang sedikit demi sedikit namun setiap kali dia bergerak Hell bat akan menjerit nyaring. Setelah puas menyeksa binatang di hadapannya, gadis berkenaan bergerak pantas dan serentak dengan itu darah tersembur keluar dari setiap inci tubuh Hell bat dan tidak sampai beberapa saat tubuh Hell bat sudah terbahagi kepada beberapa bahagian. Kesemua lecturer melihat ke arah gadis berkenaan. Mereka seolah-olah melihat tali sehalus nylon di penuhi darah di tangan gadis itu dan dengan perlahan-lahan juga gadis berkenaan hilang dari pandangan.

2 under spell:

~ZYX~ said...

best sgt2...nak lg...ape jd kat vicky?

iniakuyangpunyahati said...

msti vic kn

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review