Wednesday, October 13, 2010

You & I [1]

Posted by Snow_Queen at 2:24 PM

“Kau ni apa pasal?” Mine memandang Vicky yang kelihatan seperti orang sedang putus cinta. Vicky mengeluh perlahan. Kepalanya mendarat atas meja. Kelas History of Magic baru sahaja tamat.
            “Aku risau. Esok ada ujian. Homaigosh!” Mine tergelak besar mendengar kata-kata Vicky. Ingat pasal apalah. Rupa-rupanya pasal ujian esok je?
            “Kau ni…Buat macam biasa sudah. Balik ni bacalah buku.” Vicky mencebik. Senangnya Mine berkata tapi dia yang seksa. Sudahlah memori otaknya tak sampai 1 GB. Haih otak malam ni kau kena berkerja keras sedikit. Bunyi bising menarik perhatian Vicky dan Mine. Masuk seorang lelaki bersama beberapa orang kawannya. Masing-masing membawa nota setinggi gunung di tangan.
            “Wah! Senior Nick.” Mine membetul-betulkan rambutnya. Vicky tergelak kecil memandang gelagat Mine. Gila apa budak ni? Dia mengemas barang-barangnya dan campak masuk beberapa buah buku ke dalam beg sandang. Sempat dia berpesan kepada Mine agar menolong dia mengambil nota yang bakal diserahkan Nick.
            “Madam Noura tak dapat masuk kelas hari ini. Ini nota yang dia minta saya serahkan pada kamu semua.” Nick tersenyum nipis. Namun Nick sempat menangkap kelibat yang sudah beredar. Dia mengeluh perlahan.
***
“Kak!” Vicky yang sedang mengemas bilik mengusap dada. Terkejut dengan sergahan si adik.
            “Apa?” Aku bertanya tanpa memandang wajah Nana.
            “Cinta tu apa ye?” Terhenti pergerakan Vicky. Aku berpaling menghadap ke arah Nana. Haih budak-budak sekarang ni…Getus hatinya.
            “Apa pasal tanya? Kau tu budak-budak lagi tak payah sibuk-sibuk nak tahu.” Nana mencebik mendengar kata-kata kakaknya. Tahulah dia baru berumur 10 tahun.
            “Eleh cakap jelah tak tahu kan senang.” Mencerlung mata Vicky memandang Nana. Nana segera melarikan diri sebelum menjadi mangsa cubitan Vicky.
Cinta? Aku sendiri tak tahu nak mendefinisikan cinta tu bagaimana? Aku pernah bercinta dan aku juga pernah gagal bercinta. Mungkin kalau aku sudah jumpa dengan Mr. right suatu hari nanti mungkin pada waktu itu aku boleh bercakap pasal definisi cinta. Vicky tersenyum sendiri.
***
“Macam mana?” Mine memandang muka aku yang berserabut. Aku menggelengkan kepala.
            “Aku tak sempat nak jawab satu soalan. Ah! Frust betul aku!” Aku menumbuk dinding. Beberapa pasang mata sudah memandang Vicky dan Mine pelik. Mine menarik aku keluar dari dewan kuliah.
            Chill… Kau jangan nak buat benda tak masuk akal kat sini.” Mine memberi amaran. Minah ni bukan boleh dijangka kalau tengah berserabut. Aku memuncungkan mulut dan mengikut langkah Mine menuju ke loker.
***
Mine menahan ketawa. Hari ini ada sahaja benda malang yang berlaku pada Vicky.
            “Wei! Tak reti nak minta maaf ke? Apa kau ingat kepala aku ni diperbuat daripada besi? Homaigosh!” Vicky menjerkah seorang lelaki yang baru sahaja lalu di tepinya. Sakit betul kepala aku kena beg guitar laki tu. Lelaki berkenaan pusing menghadap aku yang sedang menggosok kepala.
            “Kau yang berjalan letak mata dekat lutut nak salahkan aku pula.” Lelaki berkenaan tersenyum sinis. Aku menyinsing lengan baju dan bercekak pinggang. Apa nak jadi pun jadilah!
            “Kalau pun aku jalan melilau sana sini apa kau tak boleh ke mengelak daripada aku melanggar kau?” Ada sahaja jawapan yang keluar dari mulut seorang manusia yang bernama Vicky. Dia pantang mengalah orangnya. Lelaki berkenaan hanya ketawa dan beredar. Lagi panas hati aku dibuatnya.
            Kevin ketawa melihat gadis di hadapannya meniru aksi ultramen hendak fire raksaksa. Siap dengan bunyi sekali. Aku berpaling ke arah kiri. Lantas aku berdehem perlahan sambil menarik tangan Mine beredar dari situ. Malu siot! Dahlah depan senior Kevin. Habis jatuh saham aku…Getus hati Vicky.
           

2 under spell:

Anonymous said...

yeah...yeah..yeah.. first yg komen hehehe.. permulaan yg best... hehehehe... yeah chayok2.... smbg cepat eh...;p

si viky nie ada prob kew ngan nick?? n si viky nie sukew kevin???
amy lak sukew sape?
adaka ini cter cinta 4 segi???

hehehe byk tanya lak..:P

AMIE

anna said...

syok le citer ni.. comey.............. sangat si vicky tu..

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review