Wednesday, October 13, 2010

My Melody 8 *FINAL

Posted by Snow_Queen at 1:14 PM
Kevin dan Gary berlari mengikut Xera. Adoi laju juga minah ni lari walaupun pakai high heels getus hati Gary. Xera memerhati ke kiri dan ke kanan. Kelibat Belle sudah tak kelihatan pada matanya. Kevin memegang bahu Xera.
            “Aku nampak dia Kevin…” Kevin memegang kejap bahu Xera.
            “Xera! Aku tahu kau rindu dan risau pasal Belle tapi kau jangan buat kami risau sekali. Kalau Ki Bum nampak kau macam ni mesti dia sedih. Kau dah lupa janji kau dan dia?” Suara Kevin naik 1 oktaf. Xera tunduk memandang jalan raya. Dia menggetap bibir. Sumpah dia nampak Belle tadi. Lalu dengan langkah longlai dia mengikut Gary dan Kevin kembali ke hotel. Esok hari dia akan bermesyuarat oleh itu dia harus berehat secukupnya.
***
“Kevin ada cerita pasal pagi tadi…” Ki Bum memeluk bahu Xera. Xera tersenyum pahit.
            “Awak marah?” Xera memandang Ki Bum. Ki Bum menggeleng. Xera memeluk Ki Bum.
            “ Saya betul-betul nampak dia. Tapi…dia hilang depan mata saya macam tu saja.” Perlahan nada Xera ketika menyebut pasal Belle.
            “Di mana pun dia…Saya pasti dia selamat dan berada di bawah jagaan orang yang baik hati. Jadi awak jangan bimbang. Selepas sahaja kita habis bermesyuarat esok saya temankan awak cari dia Okay?” Ki Bum mengusap rambut Xera. Xera mengangguk dan melentokkan kepalanya ke bahu Ki Bum. Dia memejam mata dan beberapa minit kemudian terlelap.
***
Kevin, Gary, Ki Bum dan Xera minum di sebuah café. Mereka memilih untuk duduk di luar café untuk menikmati pemandangan Welberg. Sebuah bandar yang masih kekal dengan udara segar dan terkenal dengan bangunan yang berbentuk unik.
            “Mana Alex?” Ki Bum bertanya perihal kawan baiknya.
            “Dia cakap dia akan sampai sebentar lagi.” Mereka berempat memandang ke arah seberang jalan apabila mendengar suara orang ketawa terbahak-bahak.
Min ketawa galak kerana kepada seorang lelaki yang jatuh kerana tergelincir. Dia menghulur tangan untuk menolong lelaki itu bangun.
            “Ehem..Sorry..” Min memandang jejaka di hadapannya.
            “Kalau jumpa kau ada sahaja malang menimpa aku.” Alex mendengus.
            “Excuse me?! Kau tu yang jalan mata letak kat mana nak salahkan aku pula.” Min memandang jejaka di hadapannya dengan pandangan tak puas hati.
            “Belle!” Min terasa dirinya di peluk kuat oleh seseorang. Lantas dia menolak gadis yang memeluk dirinya.
            “Aku jumpa kau juga akhirnya Belle. Dah 2 tahun aku cari kau.” Xera menggengam erat kedua-dua belah tangan adiknya.
            “Apa pasal semua orang hari ini tak betul? Saya Min bukan Belle.” Min membetulkan tanggapan gadis di hadapannya.
            “Tak…Kau Belle adik aku. Masakan aku tak kenal dengan adik sendiri?” Xera mengesat air mata yang mengalir.
            “Lah kau ni menangis pula. Aku kena pergi dulu. Sorry!” Baru beberapa langkah Min berjalan pandangannya tiba-tiba gelap. Alex menyambut tubuh Min.
            “Xera!” Gary memandang Xera dengan pandangan tak percaya. Dengan sekali hayunan dari tangan Xera, Belle rebah tak sedarkan diri.
            “Dah aku cakap betul-betul dia tak nak dengar maka terpaksalah aku buat macam ni. Dah tolong bawa dia ke hotel.” Xera tersenyum sinis.
***
Min terasa dirinya dipaksa minum sesuatu namun dia tak berdaya hendak menghalang. Dia ingin menjerit namun suaranya tak pula keluar. Untuk menggerakan jari pun dia rasa tak mampu. Dia terasa mengantuk yang amat tiba-tiba dan dia pun kembali lena.
            Xera mengusap perlahan rambut Belle. Akhirnya pencarian membuahkan hasil. Dia akhirnya bertemu juga dengan adiknya. Rantai yang di pakai merupakan bukti bahawa gadis itu adiknya. Hanya keluarganya sahaja yang memiliki rantai khas seperti itu.
            “Kalau tengok sekali imbas memang dia ada mirip kau.” Alex memandang Xera.
            “Apasal? Kau minat dekat dia ke?” Alex berpaling ke arah lain apabila terasa mukanya panas. Ki Bum, Gary dan Kevin ketawa melihat perubahan muka Alex.
***
Aku buka mata. Pandanganku berpinar-pinar. Terasa ada tangan yang menolongku untuk bangun. Aku bersandar di kepala katil.
            “Air..” Xera lekas menuangkan air dan memberi Belle minum.
            “Belle…” Aku memandang Xera.
            “Kurang asam kau ye..Buat apa pukul aku kuat-kuat. Sakit tahu!” Aku mengetuk kepala Xera dengan bantal. Suara orang berdehem menarik perhatianku.
            “Kau dah ingat ke siapa diri kau?” Ki Bum duduk di pinggir katil. Aku mengangguk perlahan. Aku ingat dengan jelas kesemuanya.
            “Wah! Nampaknya potion yang Xera buat tu menjadi.” Kevin tersenyum nipis.
***
“Kenapa kau datang selamatkan aku? Aku sepatutnya dah mati.” Xera memandangku dengan pandangan sedih.
          “Sebab aku tak nak kehilangan sesiapa termasuk kau. Tapi aku tak dapat selamatkan mak, ayah dan Donghae.”
            “Walaupun kau mesti hilang ingatan?” Xera memandangku tajam. Aku mengangguk.
Xera menarik nafas dalam sebelum memeluk erat adik kesayangannya.
***
Setahun kemudian…

“Tengok siapa tu?” Aku menegur. Alex berpaling dan tersengih memandangku.
            “E’eh hensemnya mamat tu.” Aku memandang ke arah seorang lelaki. Alex segera menghalang pandanganku dengan tangannya. Tahu jeles.
            “Awak jangan nak curang…” Alex menggengam tanganku.
            “Eh mana ada saya curang saya tengok je..macam awak tengok awek-awek seksi tepi jalan tu.” Aku mengoyak senyuman nipis.
            “Eh ni mesti baby boy sebab mak dia asyik menggatal je.” Alex memaut bahu Belle.
            “Ewah…Kalau dia gatal dia ikut perangai awak tau..Saya ni suci murni tau.” Aku ketawa perlahan. Alex hanya tersenyum. Siapa sangka yang aku ada jodoh dengan mamat ni. Alex menekan loceng pintu rumah Ki Bum. Muncul wajah Ki Bum. Aku memberikan abang iparku itu buah tangan.
            “Mana baby?” Aku bertanya perihal anak buahku.
            “Ada dekat sinilah!” Aku memandang Xera yang sedang mendukung bayi lelaki. Segera aku menghampiri Xera.
            “Alala..Meh sini mak cik nak tengok.” Aku mengambil bayi comel yang baru berusia 3 minggu itu. Adam hanya memandangku. Aku cium wajah kecil itu beberapa kali.
            “Wah geramnya dekat dia..Putih pula tu.” Aku memandang Xera.
            “Ala nanti anak kau pun mesti comel.” Xera mengangkat kening double jerk.
            “Mestilah..mak dia pun comel. Harap-harap tak ikut ayah dia.” Aku ketawa mengekeh dengan Xera.
            “Sedapnya mengutuk hubby sendiri.” Alex mencuit pinggangku. Aku menepis tangan Alex.
            “Ala dia cakap je macam tu tapi dalam hati dia sayang gila dengan kau.” Xera memandang Alex.
            “Eh? Ye ke?” Alex memandangku.
            “Yelah..Dulu waktu dating dengan kau dia selalu kata tak boleh tidur malam setiap kali tengok kau tersenyum. Manis sebab lesung pipit kau…Bla..bla..” Aku mencubit lengan Xera. Adoi! Bocorkan rahsia kau pula minah ni. Alex dah pandang aku semacam. Aku hanya buat muka tak bersalah.
            “Bila wife Kevin dan Gary punya due?” Aku mengubah topic. Malu.
            “Ermm Ella minggu depan Mina pula sebulan lagi.” Ki Bum menyampuk.
Bunyi telefon bimbit Ki Bum mengganggu kami.
            “Iya? Tahniah! Nanti kitaorang datang melawat. Okay. Bye.”  Xera memandang Ki Bum.
            “Kenapa yang?” Ki Bum memeluk bahu Xera.
            “Wife Kevin dan Gary bersalin serentak.” Xera buat muka tak percaya.
            “Hai! Bila pula giliran aku.” Alex buat muka.
            “Sabarlah tujuh bulan lagi.” Aku mengangkat kening double jerk. Alex tersenyum nipis. Xera turut tersenyum melihat kebahagian adiknya. Apa pun yang berlaku dia terhutang budi kepada Belle kerana sanggup mengubah masa depan dan mengorbankan diri sendiri. Ternyata kesusahan yang di alami mereka sekeluarga akhirnya mengeluarkan buah bahagia umpama orang sesat di padang pasir bertemu air. Dan dia berdoa moga kebahagiaan ini berkekalan.

7 under spell:

Nina Aziz said...

waahhh~~best la ending dier snow...

Snow_Queen said...

@nina: sankyu2x..pning jge snow nk buat ending ni..hehee..xdpt nk puas hatikan smua org..

apple_pie said...

epy ending...suke3...

Anonymous said...

heeeeeeee....sukew333333... eppy endingggg....

AMIE

sakura said...

yeye...akhirnya jadi jgk Xera ngan Ki Bum

Anonymous said...

mana tunang alex?

in_an said...

cpt sgt hbs la snow...klu kembangkan dan panjang kat ckit lg best...teruskan ye...ske cite snow..

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review