Wednesday, October 13, 2010

My Melody 7

Posted by Snow_Queen at 1:10 PM

Aku ingat lagi malam aku rebah tak sedarkan diri. Apabila Xera menusukan mata pedang ke dada sendiri gadis itu lupa bahawa akan ada seorang lagi yang akan turut tercedera kerana perbuatannya. Sejak kecil mereka berdua sudah di sumpah dengan reflection namun apabila ada sesuatu yang menimpa aku, Xera takkan ada apa-apa namun apabila sesuatu terjadi pada Xera hanya kadang-kadang sahaja aku dapat rasa. Namun terasa semua jampi reflection itu tidak berkesan semenjak Xera masuk kolej sehinggalah malam tragedy itu berlaku. Sumpahan yang di sangka sudah hilang rupa-rupanya masih bersisa. Dadaku di penuhi darah tiba-tiba. Terasa dadaku di tikam benda sejuk dan tajam dan aku terus rebah tak sedarkan diri. Kalau bukan kerana atuk Qi sudah pasti aku takkan bernyawa lagi. Aku memejam mata untuk tidur. Aku terasa amat-amat penat.

Aku berjalan tanpa henti. Dahaga dan lapar menguasai diri. Terasa aku akan mati di padang pasir ini. Aku menangis dan terus menangis. Tidak habis-habis masalah menimpa diriku.
            “Jangan menangis!” Aku mendongak lantas aku memeluk orang di depanku.
            “Nenek!” Nenek mengusap kepalaku.
            “Terus tabah…Semuanya akan jadi baik.” Aku terus-terusan menangis.
            “Belle dah tak ada sesiapa…Belle tak guna. Belle tak dapat tolong keluarga sendiri.”
            “Siapa kata macam tu sayang? Belle dah tolong keluarga Belle. Bila kamu bangun nanti semuanya akan baik-baik belaka. Kamu akan terus menjadi tabah. Kuat.” Dan serentak dengan itu aku terus terjaga. Air mata betul-betul mengalir. Aku mengesat air mata yang mengalir. Betul! Aku harus tabah dan kuat! Jangan mengalah Belle! Aku meniup semangat kepada diri sendiri.
            Aku bangun dan berjalan masuk ke dalam library peninggalan ayahku. Aku mengambil sebuah buku yang tebal dan kusam warnanya. Aku selak beberapa mukasurat mencari sesuatu. Aku menarik nafas. Peluang berjaya hanya 20% namun aku ingin cuba juga. Juga aku harus tanggung sendiri akibat menggunakan jampi ini.
Estime hlues chnrte,
Amodd retuem back
Rewturne death amfre
Deas quei el tillo porte..
Cahaya putih menyelubungi diriku. Aku terduduk di atas hamparan salji. Bunyi pedang saling berlaga. Aku bangun dan menyeru busur dan anak panah warisan keluargaku. Aku berlari dan memanah anak panah tepat ke arah sasaran. Dark Lord terduduk apabila kaki kanan dan kaki kiri di panah.
            “Sekarang Xera!” Belle menjerit nyaring. Xera hanya nampak kelibat seseorang di sebalik ribut salji. Tanpa membuang masa dia membaca jampi dan menusukan anak mata pedang ke jantung Dark Lord. Darah hitam pekat mengalir keluar. Xera terduduk. Belle menghampiri.
            “Aku bangga dengan kau. Aku dah cuba sedaya upaya untuk tolong kau! Tapi aku rasa bersalah sebab mak, ayah dan Donghae tak dapat aku selamatkan.” Xera bangun dan menghadap tubuh Belle yang kelihatan fragile.
            “Kau…Kau datang dari masa depan?!” Belle tersenyum manis dan mengusap pipi Xera. Perlahan-lahan tubuhnya berkecai di bawa angin. Xera menangis memandang Belle yang semakin lama semakin menghilang. Dia juga semakin lama semakin hilang turut di bawa angin lalu. Tempat ini bukan dunianya maka dia harus kembali ke dunia asal.
***
“Terima kasih!” Aku menundukkan sedikit badanku kepada pelanggan. Puan El, tuan punya café recipe memandangku sambil tersenyum nipis.
            “Pergilah berehat dulu. Kamu dah bersusah payah hari ini.” Puan El mengusap rambut gadis di depannya. Dia sudah menganggap gadis itu seperti anak sendiri.
            “Tak apa. Banyak lagi pelanggan ni. Nanti saya berehat bila kedai dah di tutup.” Aku menolak dengan baik permintaan Puan El.
            “Min..Kamu jangan berdegil! Sekurang-kurangnya pergi minum air dulu. Muka kamu pucat ni.” Aku mengangguk dan pergi ke bahagian dapur. Aku meneguk air mineral dan mengurut betis yang terasa lenguh.
Aku menarik nafas lega apabila café sudah di tutup. Selepas mengucapkan selamat malam kepada Puan El, aku berjalan seorang diri untuk balik ke rumah. Angin musim sejuk menderu. Aku merapatkan jaket ke badanku berharap jaket itu dapat memanaskan badanku. Musim sejuk hampir berakhir namun sejuk masih ada. Wap keluar dari hidungku setiap kali aku bernafas.
            “Belle…” Aku terhenti. Nama Belle berulang kali bergema di dalam kepalaku. Masuk malam ini sudah seminggu kepala aku asyik berdengung dengan nama Belle.
            “Aku tak kenal siapa Belle. Jangan kacau aku!” Aku memarahi diri sendiri dan berlari pulang.
***
Aku mendongak memandang sinar mentari yang masih malu-malu memancarkan cahayanya. Aku berjalan masuk ke dalam sebuah restoran. Apalah Puan El…Tak habis-habis buat janji temu untuk aku. Aku bukan terdesak mana pun nak cari laki. Aku duduk dan memesan minuman sambil menunggu jejaka yang bakal bertemu janji denganku. Hampir sejam berlalu namun tiada sesiapa yang datang. Dari tadi aku memerhati pintu masuk restoran ini. Oleh kerana geram aku terus meletakkan duit kopi atas meja dan terus bangun tanpa melihat kiri dan kanan.
            “Aduh!” Aku menggosok bahuku yang berlanggar dengan seorang lelaki.
            “Bu..Eh Xera?” Lelaki itu merenungku. Huh? Siapa tu? Aku macam pernah dengar nama tu.
            “Sorry!” Aku terus berlalu. Alex terus merenung gadis yang melanggarnya berlalu pergi.
***
“Xera..Macam mana?” Kevin memandang Xera yang sedang duduk termenung di tepi tingkap. Sejak kembali dari bertarung dengan Dark Lord, Xera kadang-kadang kerap termenung apabila duduk berseorangan.
            “Dah 2 tahun aku cari merata-rata tempat. Dia hilang macam tak pernah wujud dekat muka bumi ni. Aku mesti cari adik aku. Tanpa dia, aku takkan bernafas lagi di muka bumi ni Kevin! Dia ubah masa hadapan dengan menyelamatkan aku dan walaupun dia tahu akibatnya…dia tetap menyelamatkan aku.” Air mata Xera mengalir setiap kali teringat kepada Belle. Kevin menggosok belakang Xera. Itu yang dia dengar dari mulut Xera setiap kali bercerita pasal adiknya. Walaupun dia tak faham maksud Xera yang Belle mengubah masa depan, dia tetap menyokong gadis itu.
            “Berehatlah! Esok kita kena pergi jumpa Ki Bum dan Alex dekat Welberg.” Kevin bangun dan menutup pintu bilik Xera. Xera mengesat air mata. Sebelum tidur dia sempat berdoa agar dia dapat berjumpa dengan Belle walaupun sekejap.


           

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review