Tuesday, October 12, 2010

My Melody 6

Posted by Snow_Queen at 6:44 PM
“Penat?” Aku memandang Ki Bum. Harini Ki Bum ingin membawa aku jumpa kawan-kawan rapatnya sekaligus bercuti. Pada mulanya aku enggan namun setelah di pujuk berkali-kali oleh Ki Bum aku setuju juga.
            “Tak.” Jawapan dia yang ringkas membuatkanku tersenyum. Dia memang tak pandai menipu.
            “Kalau penat jom berhenti kat mana-mana. Ke awak nak saya memandu?” Ki Bum menggengam tanganku.
            “Tak apa. Dah tak jauh dah. 15 minit lagi sampailah.” Dia masih tersenyum.

Masing-masing memegang beg sendiri. Selepas check in, Ki Bum membawa aku ke satu restoran. Di dalam 1 bilik V.I.P terdapat 3 gadis dan 3 jejaka.
“Hai guys. Sorry lambat.” Ki Bum menjabat tangan kawannya satu persatu. Aku menyembunyikan rasa terkejutku apabila melihat Alex. Dia juga buat tak endah akan kehadiranku. Ki Bum memperkenalkan kawan-kawannya satu persatu. Aku perasan ada beberapa orang daripada mereka memandangku dengan pandangan terkejut.
            “Hai ingat saya lagi tak?” Seorang lelaki comel menegurku. Kevin namanya.
            “Huh? Sorry?” Aku menggaru kepala.
            “Haritu saya tarik awak apabila awak nak melintas jalan.” Segera otakku berjalan.
            “Oh! Terima kasih banyak-banyak. Kalau awak tak tarik saya mesti saya dah mati.” Aku tersenyum nipis. Ki Bum memandang kami pelik.
            “Haritu dia nak lintas jalan sewaktu lampu merah.” Kevin menjelaskan apabila memandang muka Ki Bum. Ki Bum hanya mengangguk. Aku banyak berdiam diri. kadang-kala sahaja bersuara.

“Bila pandang awak sekali macam Xera. Tapi kalau tengok lama-lama tak mirip pun.” Ella menegurku.
            “Siapa Xera?” Aku bertanya. Hairan sungguh! Ini sudah kali ke 3 aku mendengar nama itu.
            “Bekas kekasih Ki Bum.” Mina menyampuk. Aku tak tahu nak bagi reaksi apa. Ki Bum ada kekasih? Aku tak tahu apa perasaanku di kala ini.
            “Dia dekat mana sekarang?” Aku bertanya.
            “Mati.” Aku terkedu lagi. Macam mana pun nama itu terasa tidak asing bagiku. Xera. Berulang-ulang kali aku menyebut nama itu.
            “Dulu Alex dan Ki Bum jatuh cinta pada Xera. Namun Xera memilih Ki Bum. Kali ini aku rasa bakal ada pertarungan lagi.” Alisya memandangku tajam. Entah kenapa aku rasa gadis ini tidak menyukaiku.
            “Apa maksud awak?” Aku bertanya. Alisya tersenyum sinis.
            “Kau agak mirip Xera. Aku rasa Ki Bum dan Alex sukakan kau bukan sebab kau Belle tapi sebab kau mengingatkan mereka kepada wanita kesayangan mereka. Pada mereka kau adalah Xera.” Alisya campak telefon bimbitnya kepadaku. Aku mengambil dan menatap skrin telefon berkenaan. Betul. Gadis yang bernama Xera ini agak mirip aku tapi aku rasa dia lagi lawa. Dan apabila merenung gambar gadis itu membuatkan aku teringat sesuatu namun kabur.
            “Alisya! Behave yourself.” Mina menegur. Alisya mencebik.
            “Sorry guys. Aku rasa badan aku tak berapa sihat. Aku naik dulu.” Dan aku terus berlalu pergi. Hatiku terasa sakit tiba-tiba.

“Mana Belle?” Ki Bum memandang Ella.
“Dia balik ke bilik dulu. Katanya tak berapa sedap badan.” Ki Bum mengangguk dan terus bersembang dengan kawan-kawanya. Alex pula terasa ingin menjenguk gadis itu namun di hatinya keras menghalang.
***
Aku baring di atas katil. Air mata di kesat beberapa kali. Padanlah Ki Bum cukup baik kepada dirinya. Kau memang bodoh Belle! Mana ada manusia yang baik dengan orang yang baru mereka kenal melainkan ada niat. Dia ingat aku ni apa? Patung yang tak ada perasaan? Si Alex pun boleh jahanam. Belle teringat layanan Alex kepadanya sebelum dia bercuti ke sini. 3 minggu dengan Alex membuatkan dia selesa dengan lelaki itu walaupun pada mulanya perkenalan mereka bukan secara baik. Usikan, perhatian dan semuanya. Ah! Adakah aku harus pergi dari sini dan melupakan mereka?
***
Aku melihat semua satu persatu. Dengan teliti. Aku meraung dan menjerit sekuat hati. Aku terbangun secara tiba-tiba. Aku memeluk kedua-dua belah kakiku dan menyembamkan mukaku ke lutut. Semuanya sudah jelas. Ingatanku sudah kembali. Aku sudah tahu siapa diriku. Siapa sangka percutian ini akan menyebabkan ingatanku kembali. Aku bangun dan mendepakan tanganku ke hadapan. Pintu portal muncul. Perlahan-lahan tubuh Belle di telan cahaya pintu portal.

Aku memandang rumah yang sudah lama tidak berpenghuni ini. Bunyi lolongan serigala pasti meremangkan bulu roma sesiapa sahaja yang mendengar namun tidak bagiku. Aku memetik jari dan seluruh kawasan rumah agam ini bercahaya. Angin malam yang muncul entah dari mana menyapa mukaku. Rumah ini kelihatan tersusun seolah-olah tak pernah ada orang. Sawang-sawang dan habuk tebal tak payah di cerita. Aku masuk ke dalam sebuah bilik. Gambar seorang lelaki dan seorang perempuan yang tergantung di dinding menyebabkan air mataku mengalir. Aku memegang frame berkenaan. Kemudian aku berjalan lagi ke sebuah bilik yang di penuhi dengan pelbagai buku. Uniform sekolah yang tergantung aku ambil dan aku dakap erat bagi melepaskan rindu.
            “Donghae…Kau apa khabar?” Aku memandang gambar Donghae yang tersenyum manis. Aku berjalan lagi dan keluar masuk ke dalam sebuah bilik. Gambar Xera tergantung di dinding. Aku mendekati. Renungan Xera seperti menceritakan sesuatu.
            “Kenapa aku tak terasa pun ada bahaya menimpa kau? Kenapa perlu kau yang mati tapi bukan aku? Aku ni tak bergunakan? Aku tak dapat buat apa-apa untuk keluarga kita.” Aku baring di atas katil Xera. Lolongan serigala dan bunyi angin malam menjadi satu.
            “Kita adik beradik yang di sumpahkah?” Jarak antara umur aku dan Xera cuma setahun.
            “Kenapa mesti aku terlibat dengan mainan cinta Ki Bum dan Alex? Apa yang harus aku buat Xera? Sebab muka kita ada sedikit persamaan mereka menganggap aku adalah kau. Hati aku sakit bila teringat kenyataan itu. Dia kekasih kau Xera. Aku takkan ambil orang kesayangan kau. Aku juga takkan mendekati Alex. Alisya tu dia nak campak mana? Ah!!! Sakit kepala aku.” Belle meletakkan lengannya di dahi dan memejam mata.

4 under spell:

iniakuyangpunyahati said...

what's a suprise???

Anonymous said...

oooo rupanya adik xera.. pk xera tu la si belle.. ala hidupkn blik watak xera.. biar xera dgn ki bun n belle dgn alex.. i luv alex so much..

nurulnajwa92@gmail.com said...

btul ler kte anonymous...hdupkan blik watak xera....biar xera ngan ki bum and beela ngan alex.........huh xsbar nk bc n3 bru

apple_pie said...

gosh...salah teka daa...
bravo tu cik snow..biajak sungguh bermain ng plot...

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review