Tuesday, October 12, 2010

My Melody 5

Posted by Snow_Queen at 5:35 PM
Hari-hari seterusnya aku rasa hidupku betul-betul sempurna dengan kehadiran Belle. Dia sudah mula ketawa dan pandai pula mengusikku. Belle yang muram sudah pergi setelah beberapa hari hanya mengurung diri di dalam bilik. Kalau berkesempatan aku ingin bawa dia bercuti dan kenalkan dia pada Kevin. Gary dan Alex.
            “Oi! Orang bercakap dengan dia, dia boleh pula berangan.” Belle menyiku lengan Ki Bum yang sedang menghadap laptop.
            “Hah? Apa dia?” Aku bertanya kembali. Belle membebel sendiri sebelum ulang balik apa yang dia kata.
            “Saya kata saya nak cari kerja harini. Boring duduk rumah.” Belle menongkat dagunya dengan tangan.
            “Oh! Awak nak cari kerja apa?” Aku memandang dia. Belle angkat bahu.
            “Apa-apa jelah. Janji kerja. Takkan awak nak sara saya seumur hidup awak.” Belle angkat kening double jerk.
            “Eh apa salahnya. Tapi awak kena kahwin dengan saya dululah. Kemudian satu keturunan awak dengan anak-anak kita sekali saya sara. Hehehe.” Aku menarik sengih.
            “Eiiii! Sapa nak kahwin dengan awak? Tak larat nak layan.” Dan Belle bangun masuk ke dalam bilik.
***
Aku duduk di atas bangku di taman. Kaki sudah penat. Namun kerja masih tak dapat. Sudah hampir banyak kedai aku masuk namun kesemuanya tiada kerja kosong. Di sebabkan aku memerlukan bajet yang besar untuk terus hidup di Bandar ini maka aku telah berhenti dari kedai top10. Tiba-tiba terasa menyesal pula sebab berhenti.
Tak apa Belle..Semangat! Satu kedai sahaja lagi. Kalau tak dapat juga baik kau pergi kacau pak cik Ki Bum tu hehehehe..Akalku membisikan kata-kata nakal.

“Bila cik boleh mula berkerja?” Tanya pengurus butik Alexander.
            “Bila-bila masa pun boleh.” Aku mengukir senyuman. Tak sangka kedai terakhir ni memberi rezeki kepadaku.
            “Kalau macam tu esok pukul 10 okay? Selamat datang ke Alexander dan harap kita dapat bekerjasama dengan baik.!” Elinda bangun dan menghulurkan tangannya kepadaku. Aku bangun dan menyambut huluran tangannya. Aku terasa ingin melompat kegembiraan namun aku sembuyikan rasa hatiku dahulu.
***
Aku bermain dengan tali beg sandangku sementara menunggu seseorang. Kot aku butang sehingga ke atas. Sejuk. Beberapa orang petugas yang duduk di meja penyambut tetamu kadang-kadang memandangku sebelum berbisik sesama sendiri. Aku hanya buat tak tahu. Jam di kerling. Pukul 6 petang. Mana pak cik ni? Besar sangat ke posisi dia kat syarikat ni sampai kena bermesyuarat dengan pihak atasan? Haritu dia kata dia berkerja sebagai pembantu je. Jangan-jangan dia tipu aku tak..Rumah besar, kereta mewah takkan kerja pembantu mampu beli semua tu. Hah tak termasuk pakaian dia yang mahal-mahal tu. Ermm musykil betul aku dengan pak cik ni.
            “Ye cik cari siapa?” Aku pusing ke belakang untuk melihat gerangan yang menegur.
            “Cari tukang cuci lantai. Nama dia Ki Bum. Encik kenal tak?” Aku memeluk tubuh.
           “Oh dia dah lama berhenti. Baik cik balik sahajalah.” Ki Bum menarik sengih. Aku memukul lengan jejaka itu.
            “Sudahlah! Tak kuasa nak melayan awak.” Aku menjelirkan lidah. Beberapa orang yang keluar masuk melihat aku dan Ki Bum. Aku mendekatkan diriku pada Ki Bum.
            “Apa pasal semua orang tengok kita semacam?” Aku berbisik. Dia turut memandang sekeliling.
            “Oh sebab dorang tak pernah tengok jejaka hensem macam saya. Saya jejaka hot dalam syarikat ni tau. Jom pergi sebelum dorang serbu.” Aku mencebik mendengar jawapan Ki Bum. Dia menarik tanganku dan kami keluar dari tempat itu.

“Okay..Kenapa harini awak nak belanja saya?” Ki Bum memandangku sambil menghirup air. Aku menarik sengih.
            “Sebab saya nak kahwin yeay~~” Ki Bum terus tersedak. Aku ketawa galak. Padan muka mamat ni.
            “Awak ni..Betul-betul lah.” Dia memandangku tajam.
            “Saya dapat kerja dekat sebuah butik terkenal. Dekat pusat beli-belah Armani.” Ki Bum menarik senyum.
            “Tahniah. Jadi saya akan belanja awak. Nanti dah dapat gaji pertama baru awak belanja saya makan okay?” Aku hanya menganggukan kepala. Dengan Ki Bum tak payah nak malu-malu.
***
Pukul 9.50 aku sudah terpacak depan butik Alexander. Hari pertama bekerja puas juga Ki Bum nak bangunkan aku. Terbalik pula. Selalu orang lelaki yang payah nak bangun tapi dalam kes aku, Ki Bum memang juara dalam bab bangun awal.
            “Hai! Selamat pagi.” Elinda menyapaku. Aku tunduk badanku sedikit tanda hormat.
            “Selamat pagi pengurus!” Aku mengukir senyuman manis. Petua Ki Bum kalau nak pikat hati boss kena selalu senyum. Ada-ada sahaja mamat tu.
            “Ini uniform awak. Nanti saya akan ajar awak apa-apa yang patut.” Elinda menyerahkan aku uniform. Setelah aku menyalin pakaian, Elinda menunjukkan aku seluruh butik. Dia mengajar macam mana nak kira stok, tunjuk nama-nama pelanggan tetap dan cara-cara nak menangani pelanggan cerewet. Aku duduk di kaunter sahaja hari ini.
            “Unni, Kita berdua sahaja ke dekat sini?” Elinda mengukir senyum nipis mendengar soalanku. Dia melarang aku panggil dia pengurus sebaliknya menyuruh aku memanggil dia Unni.
            “Kita ada empat orang tapi yang lagi dua orang tu cuti so memang sementara ni kita berdua sahaja.” Dan Elinda beredar masuk ke dalam pejabat.

Aku menyelak majalah-majalah fesyen yang ada di atas kaunter. Bosan pun ada. Rasa macam nak tidur je. Tiba-tiba telefon bimbitku bergetar menandakan ada pesanan ringkas masuk.
Macam mana kerja? Darling letih tak?
-Ki Bum
Aku tersenyum nipis. Ada-ada sahaja mamat ni. Segera aku balas.
Bosan >.<
-Belle
Dan kami saling berbalas message untuk menghilangkan boring aku. Bunyi loceng tanda pintu kaca butik di tolak kedengaran. Aku segera bangun dan tunduk sedikit kepalaku.
            “Selamat datang ke Alexander.” Salah satu etika yang di ajar Elinda.
            “Tak sangka kita berjumpa dekat sini.” Aku mendongak memandang jejaka di hadapanku. Aku mengerutkan kening. Cuba mengingati jika aku pernah terserempak dengan dia.
            “Errr..Minta maaf. Saya rasa encik dah salah orang.” Aku mengoyak senyuman nipis. Lagi pun susah aku nak cam muka dia kerana dia pakai cermin mata hitam besar.
            “Saya takkan lupakan orang yang tampar saya depan orang ramai.” Alex menurunkan cermin mata. Aku menelan air liur kesat. oh mamat yang haritu tiba-tiba peluk aku dekat kedai jam tangan tu.
            “Minta maaf saya tak sengaja. Hari itu saya terkejut.” Aku meminta maaf kepada jejaka di depanku.
            “Oh aku takkan senang-senang maafkan kau. Kalau kau nak aku maafkan kau aku ada satu syarat.” Aku hanya mengangguk. Banyak kerenah betul mamat depan aku ni.
            “Jom ikut aku!” Dia sudah bergerak ke pintu butik namun aku masih tak bergerak.
            “Kenapa kau tak bergerak? Nak aku dukung ke?” Alex menjeling Belle.
            “Errr Saya kena jaga butik. Sekarang butik tak ada orang.” Aku memberitahu.
            “Elinda!” Alex menjerit. Aku mengerutkan kening. Dia kenal pengurus?
            “Oh Tuan Alex. Apa yang boleh saya bantu?” Elinda tunduk hormat.
            “Saya nak pinjam dia ni. Awak boleh tutup kedai awal hari ini. Hah apa lagi jom!” Alex terus keluar. Aku memandang pengurus sambil berlari masuk ke dalam bilik salin pakaian. Takkan aku nak keluar dengan uniform pula.

“Kau lambat 15 minit.” Alex menjelingku. Aku membebel dalam hati.
            “Takkan aku nak keluar pakai uniform. Jadi nak pergi mana ni?” Aku bertanya. Peduli apa aku kalau dia nak pecat aku. Aku boleh kahwin dengan Ki Bum dan yeah happy ending. Hahaha senang je aku cakap.
“Ikut saja jangan banyak tanya!” Dia menarik tanganku. Tanpa Alex sedari ada sepasang mata yang memerhatikan dia.
***
“Macam mana?” Alex berdiri di depanku. Aku sudah menguap beberapa kali menunggu lelaki ni buat keputusan tentang pakaian yang hendak di beli.
            “Semua yang kau pakai nampak buruk. Tak payah beli.” Tanpa aku sedari Alex tersenyum sinis. Dia masuk ke dalam bilik persalinan balik dan apabila keluar dia campak beberapa helai pakaian atas tanganku. Aku terdorong ke belakang. Usai bayar dia meletakkan semua beg atas tanganku. Aku mendengus. Kami keluar dari butik yang entah apa namanya sebab aku malas nak ambil tahu. Bunyi handphone menarik perhatianku.
            “Hello.” Aku menyapa.
            “Jom lunch sama-sama?” Suara Ki Bum kedengaran. Aku menggetap bibir.
            “Tak bolehlah. Dengan boss sekarang.”
            “Okay..Nanti kita dinner sama-sama? Saya ambil awak.”
            “Okay.” Aku memutuskan talian.
            “Siapa?” Alex menyoal. Oh dengar juga mamat ni aku tengah berbual.
            “Suami!” Dan dia kembali berjalan meninggalkanku keseorangan membawa barang-barang seorang diri.

2 under spell:

sakura said...

ala...nak belle ngan ki bum

apple_pie said...

makin menarik...

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review