Monday, October 11, 2010

My Melody 4

Posted by Snow_Queen at 6:19 PM

Aku terjaga apabila terdengar bisikan atuk Qi di tepi telingaku. Aku memandang pelik sekeliling bilik yang bercat biru cair ini. Perasaan cemasku hilang bila Ki Bum masuk ke dalam bilik sambil menatang dulang. Aku tak ingin tanya apa-apa kepada lelaki itu macam mana dia tahu apa yang terjadi padaku.
            “Makan sikit?” Ki Bum menyuakan sesudu bubur. Aku menggeleng. Seleraku benar-benar mati.
            “Kalau awak tak makan nanti awak jatuh sakit.” Lembut kedengaran suara Ki Bum memujukku. Aku menarik nafas dalam sebelum makan. Dia tersenyum nipis. Aku meminta diri untuk balik apabila perasan jarum jam menunjukkan pukul 7. Ada banyak benda yang aku nak kena uruskan. Aku menolak secara baik apabila dia ingin menghantarku. Aku ingin bersendirian. Dia mengangguk tanda mengerti.

Aku berjalan mengikut kata hati. Pandangan orang sekeliling tak aku endahkan. Aku dalam duniaku sendiri. Aku terasa tubuhku di tarik ke belakang. Aku memandang seorang lelaki yang memandangku pelik dan terkejut.
            “Xera.” Aku hanya memandang ke hadapan kembali. Telingaku seolah-olah sudah tuli hendak mendengar apa yang di perkatakan oleh orang lain.
            Kevin hanya memandang seorang perempuan yang mirip Xera melintas jalan. Nasib baik dia sempat menarik gadis itu tadi. Entah apa yang bermain dalam fikiran gadis itu untuk melintas sewaktu kereta sedang bergerak laju di atas jalan. Namun dia juga terasa dekat dengan gadis itu walaupun mereka baru bertemu.
***
Aku mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang datang. Ki Bum turut membantuku. Aku duduk di sebelah kak J setelah semua tetamu pulang. Gambar atuk Qi yang sedang tersenyum makin membuatku sayu.
            “Kita kena tabah. Atuk mesti tak nak tengok kita bersedih.” Kak J memegang erat tanganku seolah-olah memberi kekuatan. Ki Bum turut memeluk bahuku sambil tersenyum nipis. Aku hanya mengangguk perlahan. Abang Ery masuk membawa dulang makanan. Masing-masing tak makan lagi dari tadi. 
            “Belle.. Makan sikit.” Abang Ery menghulurkan sudu kepadaku. Lambat-lambat aku menyambut. Tiba-tiba ada seorang lelaki dan seorang perempuan masuk ke dalam bilik di mana kami berada.
            “Kami anak-anak Qi. Kami datang nak menuntut hak kami ke atas harta-harta lelaki tua tu.” Lelaki berkenaan memandang kami dengan pandangan angkuh. Abang Ery bangun dan menumbuk lelaki berkenaan.
            “Kau panggil diri kau anak-anak lelaki tu?! Waktu lelaki tu susah payah cari makan untuk diri sendiri korang kat mana? Ada korang datang tolong? Tu….Lelaki tu yang suap korang makan dari kecil sehingga korang besar kemudian korang buang dia macam anjing! Sekarang berani korang datang sini menuntut harta dia? Dia baru sahaja mati! Aku tak tahu kenapa lelaki sebaik atuk Qi dapat anak jahanam macam korang!” Abang Ery menumbuk dinding. Melampiaskan rasa marah. Lelaki berkenaan bangun dan mengusap pipinya perlahan. Si perempuan hanya memandang. Tak berani bersuara.
            “Aku takkan berkira hal ni. Rumah dia,  aku bagi kau masa seminggu tinggalkan tempat itu.” Si lelaki memandangku. Aku menghentak meja dan bangun.
            “Tak payah seminggu. Sekarang juga aku pindah!” Sebelum beredar aku sempat menumbuk lelaki berkenaan sekali lagi dan beredar.
***
Aku mengelap air mata. Kain baju aku lipat masuk ke dalam beg. Hati aku sayu untuk meninggalkan rumah yang telah banyak berjasa kepadaku dan atuk Qi ini. Mataku terpaku ke arah gambar aku dan atuk Qi sewaktu kami bercuti ke pantai. Aku tersenyum sendiri lantas aku mengambil gambar berkenaan dan masukkan ke dalam beg. Begitu juga album-album gambar yang lain. Aku menolak pintu pagar. Ki Bum sudah berdiri sambil memeluk tubuh. Aku buat-buat tak nampak kehadiran lelaki tu dan terus berjalan. Dia menarik tanganku. Aku merentap kembali pergelangan tanganku.
            “Jom!” Dia mengambil beg pakaianku dan campak ke seat belakang. Aku hanya memandang dia.
            “Awak tak ada tempat berteduh kan? Come. Awak boleh tinggal dengan saya. bilik kat rumah tu banyak.” Ki Bum menolak aku agar masuk ke dalam kereta. Aku hanya menurut. Lagi pun aku memang tiada arah tuju.

Ki Bum membuka pintu sebuah bilik. Kali ini bilik yang berwarna cherry blossom. Dia meletakkan beg di pinggir katil. Aku buka sliding door balkoni. Angin malam menderu masuk.
            “Terima kasih. Awak dah banyak menolong Saya akan bayar sewa.” Aku menundukkan badan sedikit pada dia.
            “Eh! Tak payah bayar tapi sebagai ganti awak kena kemaskan rumah ni dan masak. Boleh?” Ki Bum memandangku. Aku tersenyum nipis dan mengangguk.
            “Selamat malam. Swet dream.” Dia menutup pintu meninggalkan aku keseorangan merenung nasib diri yang entah macam mana selepas ini.

3 under spell:

Anonymous said...

best bah.. nk x belle tu gan alex.. alex kn bek gak..

Anonymous said...

heeeeeee... best9.... smbg cpt... :)

chayok2....aza2 fiting...

AMIE

sakura said...

xmau2 nak belle ngan ki bum jgk...

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review