Monday, October 11, 2010

My Melody 3

Posted by Snow_Queen at 3:37 PM
“Siapa dia?” Aku yang sedang membasuh pinggan tersentak dengan pertanyaan atuk Qi yang muncul secara tiba-tiba.
            “Siapa yang atuk maksudkan?” Aku mengelap tanganku di kain pengelap tangan.
            “Hai sejak bila cucu atuk ni pelupa? Siapa yang datang dengan kamu tulah.” Atuk Qi menyalakan rokok. Aku menggeleng perlahan sebelum mengambil rokok berkenaan dan campak dalam tong sampah.
            “Kita dah janjikan atuk?” Aku bercekak pinggang. Dia hanya tersenyum sambil menarik tanganku agar mendekati dirinya yang sedang duduk di atas kerusi.
            “Atuk gembira sebab atuk tahu dia boleh jaga kamu. Dia jejaka yang baik.” Aku menarik sengih.
            “Atuk..Belle baru kenal dia macam mana atuk tahu dia sesuai untuk Belle ke tidak. Dalam dunia ni ramai lagi lelaki yang belum Belle jumpa.”
            “Atuk dah hidup lama dari kamu. Atuk tahulah. Dia ikhlas tapi….”
            “Tapi apa tuk?” Aku bertanya bila atuk Qi berhenti sejenak seolah-olah sedang berfikir.
            “Tapi…Masalahnya ada dekat diri kamu. Kamu boleh ke terima dia? Boleh ke kamu percaya cakap dia? Bila kita tahu sesuatu kebenaran yang kita tak suka tentang orang yang kita sukai kemungkinan besar kita akan menjadi buta untuk buat penilaian. Suatu hari nanti bila benda ni terjadi dekat kamu…Ikut fikiran bukan perasaan. Faham?” Ada nada tegas di situ. Aku hanya tersenyum sebelum menarik tangan atuk untuk ke depan.
***
Aku menggosok kedua-dua belah telapak tanganku sambil mengekori langkah Ki Bum.
            “Terima kasih untuk hari ini.” Aku menuturkan kata-kata itu sebelum dia masuk ke dalam kereta. Dia hanya tersenyum sebelum masuk. Aku berpatah balik ke café tanpa menunggu dia pergi.
            Ki Bum menghidupkan enjin. Dia tersenyum nipis. Hari ini dia terasa hidupnya telah lengkap kembali. Melihat senyuman Belle, keletah gadis itu dan yang paling penting dia menerima gadis itu adalah kerana dia Belle bukan kerana dia mirip Xera. Belle dan Xera walaupun mirip tapi perangai mereka ternyata berbeza. Tiba-tiba dia teringatkan Alex. Kalau Alex terjumpa dengan Belle adakah lelaki itu akan memburu cinta Belle juga? Dia menggosok hidung dan menekan pedal minyak. Kereta mewah miliknya meluncur laju di atas jalan.
***
Aku mengagau mencari telefon bimbit yang nyaring berbunyi. Aku terasa ada benda sejuk di kaki lantas aku bangun dan melihat alat komunikasi itu bernyala-nyala di sebelah kaki kanan. Aku terus menjawab telefon sambil mengerling jam di tangan. Pukul 2 pagi.
            “Belle..” Aku mendengar suara Kak J serak seolah-olah baru lepas menangis.
            “Kenapa kak?” Aku menguap perlahan.
            “Atuk..Atuk Qi..” Aku terus segar bila nama atuk Qi di sebut.
            “Kenapa dengan atuk kak?!” Suaraku naik satu oktaf.
            “Belle…Datang café.” Dan panggilan di putuskan. Aku capai jaket dan sarung tangan. Aku dah tak kisah rupaku macam mana. Dengan memakai selipar bilik aku berlari ke café Wings yang terletak tidak jauh dari rumahku.

Aku hampir pengsan melihat api marak menyala menyambar-nyambar. Namun aku gagahkan hatiku sambil menacari kakak J. Sebaik sahaja aku menangkap kelibat kak J terus aku menarik gadis itu.
            “Kak, Atuk mana?” Air mata kak J yang bergenang seolah-olah memberi jawapan kepadaku.
            “Kak! Atuk mana?!” Aku menaikkan suaraku.
            “Atuk kat dalam.” Sahut abang Ery yang merupakan pekerja paling lama di wings. Aku merempuh semua orang untuk masuk ke dalam bangunan namun usahaku tak kesampaian apabila abang Ery terlebih dahulu memelukku erat. Aku meronta-ronta minta di lepaskan. Pihak bomba masih berusaha memadamkan api kebakaran. Aku menjerit nama atuk Qi sekuat hatiku.

Setengah jam kemudian api berjaya di padamkan. Aku segera menerpa apabila beberapa orang anggota bomba membawa keluar pengusung. Aku meraung sekuat hatiku melihat atuk Qi yang dah tak bernyawa. Namun tubuh atuk Qi langsung tak berusik dengan api. Seolah-olah tiada kebakaran yang terjadi. Abang Ery memeluk kak J yang tiba-tiba pengsan. Aku menggoncangkan tubuh atuk Qi berharap agar lelaki tua itu bangun namun harapan hanya tinggal harapan. Pihak bomba membawa usungan naik ke dalam ambulans. Aku diam di situ. Kaku. Apa yang abang Ery bisikan padaku aku hanya angguk sahaja. Aku bangun dan melangkah longlai pulang ke rumah. Semua orang sudah beransur pulang. Apabila sampai di depan rumah, aku berpatah balik ke café wings sambil berlari anak. Salji yang turun aku tak hiraukan. Entah di mana silapnya aku tergelincir namun aku bangun semula sambil mengesat air mata yang mengaburi pemandanganku.
***
Bau asap masih tebal apabila aku melangkah masuk ke dalam sisa bangunan café. Air mata tumpah lagi. Aku berjalan dengan penuh berhati-hati. Masih terasa pelukan terakhir atuk Qi kepadaku sebelum aku pulang tadi. Siapa sangka sewaktu di dapur  semasa aku sedang basuh pinggan adalah perbualan kami yang terakhir. Aku memegang dinding café seolah-olah semangat atuk Qi masih ada di situ. Aku terduduk dan meraung sekuat hati. Tiada yang mendengar raungan piluku di pagi yang senyap sunyi itu. Salji tetap setia turun masuk ke dalam bangunan yang musnah separuh itu. Aku memeluk kakiku dan menongkat daguku di atas lutut. Aku memandang sekeliling dengan perasaan sayu. Air mata masih mengalir namun aku enggan lap. Aku sudah tak punya sesiapa. Aku sendirian! Ingatanku pada setahun yang lepas berputar kembali. Waktu yang sama. Cuaca yang sama. Salji yang turun. Semuanya sama!

Qi melangkah keluar dari cafenya untuk membuang sampah sebelum menangkap kelibat seseorang yang terbaring berlumuran  darah di hadapan kedainya. Pukul 2 pagi. Tiada sesiapa yang lalu lalang hatta binatang pun. Angin sejuk menderu. Atas rasa perikemanusiaan segera dia menelefon ambulans.
            “Seminit lagi lambat dia mungkin dah tak bernyawa.” Seorang doctor menepuk bahu Qi perlahan. Qi mengucap syukur. Anak gadis tersebut berjaya di selamatkan. Dia yang bersusah payah menjaga Belle sewaktu gadis itu koma seminggu. Apabila gadis itu sedar, ingatannya hilang. Belle sendiri tak tahu apa yang berlaku pada dirinya. Dia yang memberi nama Belle kepada anak gadis itu. Dia membawa gadis itu pulang dan merawat gadis itu dengan bantuan Ery dan J, pekerjanya. Sebulan kemudian Belle sembuh dan mula bekerja. Oleh kerana gadis itu tiada sesiapa dia mengambil gadis itu sebagai cucu angkat. Dia memberi gadis itu rumah yang terletak tidak jauh dari café sementara dia sendiri duduk di tingkat atas café. Anak-anaknya sendiri sudah tak peduli akan dirinya. Dengan Belle dia menumpang kasih….
***
Belle tersentak apabila terasa dirinya di peluk. Dalam samar-samar cahaya lampu jalan Belle dapat menangkap raut wajah Ki Bum. Aku memeluk lelaki itu dan menangis sepuas hatiku.
            Ki Bum menggetap bibir. Nasib baik Ery telefon memberitahu kecelakaan yang menimpa atuk Qi dan Belle. Nasib baik juga aku ada memberikan nombor telefon pada lelaki itu tanpa pengetahuan Belle. Aku memeluk Belle kuat. Gadis itu sudah tak bergerak. Hanya sedu-sedan yang masih tersisa. Belle tertidur. Aku mencempung tubuh gadis itu dan membawa dia balik.

p/s: seyes snow nangis waktu tlis eps 3 ni! Lgi di tambah pula tiba-tiba playlist music main lagi yang snow bru ltak lam blog snow ni. mcm tau2 je beliau ni! pppffttt~~

3 under spell:

sakura said...

belle 2 mesti xera y hilang ingatan. cepat la bagi dia ingai ki bum.
nak dia ngan ki bum jgk...

u-knew yufa said...

KI...BUM....NGAN....BELLE OR XERA.....
( YG TITIK TU IALAH BUNYI GEMA )

apple_pie said...

macam nak tepat je tekaan apple..ok..continue again..

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review