Saturday, October 9, 2010

My Melody 2

Posted by Snow_Queen at 2:16 AM
Angin pagi yang menderu masuk ke dalam kamar membuatkan Aku terjaga. Aku memandang sekeliling. Jam di pergelangan tangan dikerling. Aku lekas bangun dan membersihkan diri. Memori malam semalam tidak di endahkan. Anggap sahaja itu mimpi ngeri.
            Aku berjalan di kaki lima. Kadang-kala wap sejuk keluar dari hidung tatkala aku bernafas. Hari ini hari jadi Atuk Qi jadi aku ingin menyambut dengan kakitangan Wings. Cuti sudah di ambil awal-awal. Aku masuk ke dalam sebuah kedai hadiah yang kelihatan mewah.
            “Selamat datang. Apa yang boleh kami bantu?” Sapa salah seorang kakitangan kedai berkenaan.
            “Saya nak cari jam tangan sebagai hadiah hari jadi.” Aku tersenyum nipis.
            “Cik boleh melihat koleksi kami di kaunter.” Kakitangan kedai berkenaan menunjukkan ke arah satu kaunter. Aku melangkah menghampiri kaunter dan mula memilih hadiah untuk Atuk Qi. Aku tak kisah berhabis untuk orang kesayanganku.

Aku memandang sekeliling. Kedai ini kekurangan orangkah? Lantas mataku menangkap kelibat salah seorang kakitangan di kaunter.
            “Cik, tie yang saya tempah tempoh hari dah sampai?” Aku bertanya. Sebaik sahaja gadis berkenaan memalingkan tubuhnya aku tergamam. Xera? Namun akal fikiranku mengingatkan bahawa Xera sudah setahun mati.
            “Maaf saya bukan kakitangan kedai ni. Saya…” Belum sempat gadis berkenaan menghabiskan kata-kata aku terus memeluk gadis berkenaan erat.
            Aku menolak tubuh pemuda di depanku sekuat hati. Gila apa mamat ni tiba-tiba peluk orang. Dahlah tak kenal.
            “Xera.” Aku menampar pipi lelaki berkenaan. Keras. Reaksi spontan dariku. Dan segera keluar dari kedai berkenaan. Jantungku berdebar-debar. Aku terus berlari meninggalkan kedai berkenaan. Alex memegang pipinya. Dia memandang sekeliling. Beberapa orang pekerja dan pelanggan memandang sambil berbisik-bisik. Alex terus keluar dari kedai berkenaan.
***
Aku memandang lelaki di depanku. Sumpah seranah dalam hati usah dibilang.
            “Muka awak macam nak makan orang.” Ki Bum tersenyum nipis melihat Belle.
            “Errr..Saya betul-betul minta maaf. Saya tak sengaja nak langgar encik.” Aku memandang tepat wajah di hadapanku. Kalau bukan aku melanggar lelaki ni dan menyebabkan kopi tertumpah atas baju dia sumpah aku tak rela nak duduk semeja dengan dia namun entah kenapa aku terasa dekat dengan lelaki ini.
            “Tak apa. Baju boleh diganti tapi awak tak.” Perlahan Ki Bum menyebut ayat terakhir berkenaan.
            “Hah? Apa encik?” Aku bertanya.
            “Saya kata jangan panggil saya encik. Panggil Ki Bum. Minumlah kopi awak. Nanti sejuk tak sedap minum.” Ki Bum menarik senyuman nipis dan menghirup kopinya tenang. Aku turut minum kopi di depanku. Orang dah belanja minum jelah!
***
Aku mengembungkan pipi. Apa pasal mamat ni beriya-iya nak ikut aku? Aku memandang Ki Bum tak puas hati.
            “Kenapa awak nak ikut? Awak mesti banyak kerja kan? Saya boleh buat semua ni seorang diri.” Aku mencipta alasan. Ki Bum berhenti mendadak. Air mukanya berubah tiba-tiba. Tiada perasaan. Aku menelan air liur kesat. Aik dia marah ke?
            “Fine. Saya tak kacau awak dah.” Dan dia terus berlalu. Aku pandang barang-barang dalam troli dan dia yang melangkah pergi. Isy macam mana ni? Hati kata panggil fikiran kata dia tak ada kena mengena dengan kau kenapa kau nak kisah?!
            Aku garu kepala dan berlari mencari kelibat Ki Bum. Nampak sahaja dia, aku terus menarik mafla Ki Bum. Dia berhenti secara mendadak dan menggosok lehernya.
            “Nak bunuh orang ke?” Suaranya masih dalam nada tak berperasaan. Beberapa pasang mata yang melihat menyebabkan aku bertambah segan dan malu. Kalau boleh di ukur darjah malu aku mungkin mencapai takat 100 atau lebih daripada itu. Dia hendak melangkah tapi aku berdiri di depannya tiba-tiba dan mendepakan kedua-dua belah tanganku tanda menghalang. Okay hati aku tak centre harini maka aku telah melakukan sesuatu yang tak pernah aku terfikir nak buat selama ini.
            “Sorry. Janganlah marah.” Aku buat muka comel dan memandang dia. Dia mendakap tubuh dan memalingkan mukanya ke tepi.
            “Ala marah-marah macam ni tak sweetlah.” Dia masih kaku tak bersuara. Aku mengeluh perlahan. Aku mendekati dia dan menggoncangkan tubuhnya persis seorang anak ingin menarik perhatian sang ayah.
            “Alalala…Janganlah marah. Nanti saya belanja makan ais krim okay?” Aku tersenyum nipis.
            “Ais krim? Awak ingat saya ni budak kecil ke?” Dia berpaling memandangku. Aku tergelak kecil seolah-olah sudah berjaya pujuk dia.
***
Aku membelek sayur. Dia pun turut sibuk membelek sayur. Aku gosok hidung dia pun sibuk gosok hidung. Bila aku paling muka tengok dia, dia buat muka tak bersalah. Aku mendengus perlahan dan menolak troli. Tanpa di sedari Belle, Ki Bum tersenyum nipis dan mengekori langkah gadis itu.
            “Alah mak cik bagilah murah sikit.” Aku buat muka comel kepada mak cik jual ayam.
            “Ni pun dah murah mak cik kasi.” Mak cik ayam enggan menurunkan harga. Ki Bum menyiku lenganku.
            “Beli jelah. Saya bayar.” Aku menggeleng perlahan tanda tak setuju.
            “Tak apalah mak cik tak nak kasi murah. Saya beli dekat mak cik depan tu sajalah. Dia selalu bagi saya diskaun banyak.” Aku mereka-reka cerita. Baru sahaja aku hendak bergerak mak cik berkenaan menarik lenganku.
            “Okay mak cik bagi diskaun.” Aku tersenyum nipis dan mengucapkan terima kasih.
            “Kenapa nak gaduh dengan mak cik tu? Beli sahajalah dengan harga asal.” Ki Bum memandangku apabila kami keluar dari seksyen barang-barang basah.
            “Orang kaya senanglah. Minta je nak apa semua dapat. Kami orang miskin kenalah berjimat dan beringat.” Aku memandang Ki Bum. Melihat sahaja pakaian dia aku tahu dia daripada golongan atasan.
            “Oh! Awak ingat semua orang kaya macam tu? Minta maaf saya tak setuju. Ada juga yang pada mulanya kena bersusah payah untuk sampai ke tahap bersenang-lenang.” Aku mendiamkan diri. Malas hendak memanjangkan topic. Tak pasal-pasal berbalah pula nanti.
            “Lepas ni nak pergi mana?” Dia juga turut mengubah topic.
            “Ermmm… Pergi beli kek dan hadiah untuk atuk. Tapi saya rasa awak tak payah ikutlah saya boleh pergi sendiri.”
            “Eh suka hati sayalah nak buat apa pun. Dan sekarang saya nak ikut awak okay?! Tak ada bantahan.” Dia menarik troli dari tanganku. Aku mencebik.

Usai membeli kek kami ke kedai hadiah pula. Aku memilih jam tangan jenama Rolex. Baru sahaja aku hendak bayar Ki Bum lebih pantas menghulurkan kad kredit. Aku memandang Ki Bum.
            “Eh! Awak buat apa ni?” Aku memandang Ki Bum.
            “Saya nak bayar barang sayalah. Apa awak ingat saya nak bayarkan untuk awak?” Aku memandang Ki Bum dengan pandangan geram. Baru sahaja aku ingin mengeluarkan duit… “Eh atuk awaklah..” Ki Bum menunjukkan ke satu arah. Aku dengan cerdiknya memandang ke arah yang dia tunjuk..
            “Eh awak kan tak pernah jumpa atuk saya…Awak tipu saya!” Aku menggetap bibir geram apabila hadiahku sudah di letakkan dalam beg plastic dan di hulurkan padaku. Dia ketawa perlahan dan keluar meninggalkanku. Kakitangan kedai berkenaan hanya ketawa melihat gelagat aku dan Ki Bum.

4 under spell:

safia said...

tlg post next n3 cepat2...x sbr ni..

u-knew yufa said...

oh, kesian pada Alex...ah, nk ki bum gak n belle. ngeh,ngeh

pinkpurle amie said...

sambunggg!!!!!!!... huhuhu... x tau nak plh alex kew ki bum??? dua2 sweet... hehehehe... sambung cpt k??? chayok2...:)

apple_pie said...

belle ilang ingatan eh..belle is xera...cewah..xpe2..smbung baca lg..

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review