Wednesday, October 6, 2010

My Melody 1

Posted by Snow_Queen at 6:12 PM

Aku memandang tingkap di luar. Fuh! Sejuk betul harini. Kalau ikut hati mahu sahaja aku tidur dalam kedai buku ni..Eh macam best je idea. Aku tersenyum nipis. Bunyi loceng pintu kedengaran menandakan ada orang masuk. Cepat-cepat aku bangun tapi..Eh biar betul? Tadikan ada orang masuk? Aku melilaukan mata ke sekeliling. Kosong. Hanya ada beberapa orang pelanggan yang masih leka membaca dan memilih buku. Ah! Lantaklah. Bukan hal aku pun.
***
“Terima kasih untuk hari ini.” Aku menundukkan badan sedikit tanda hormat kepada tuan kedai. Kedua-dua belah tapak tangan di masukkan ke dalam poket jaket. Hari ini suhu mencecah negative 10 darjah celcius. Aroma kopi dari café Wings menenangkan minda. Aku melangkah masuk.
            “Awal hari ini Belle?” Tuan punya kedai menegur. Aku hanya tersengih. Setelah menyalin uniform aku mengambil buku dan pen. Selalunya selepas bekerja sebagai cashier di kedai buku Top10 aku akan terus datang ke Wings untuk bekerja sebagai pelayan pula. Untuk teruskan hidup terpaksalah aku bekerja keras.
            “Waiter!” Suara pelanggan kedengaran. Aku segera melangkah mendekati pelanggan untuk mengambil pesanan. Apabila musim sejuk tiba perniagaan pun maju. Masing-masing mahu panaskan badan di samping berehat. Selepas mencatit pesanan aku beredar.
            Baju lengan kemeja dilipat sehingga ke siku. Selepas penat melayan pelanggan aku pun dengan rela hati membantu untuk membasuh segala pinggan dan cawan yang kotor.
            “Sudahlah Belle. Mari makan. Nanti sambunglah.” Atuk Qi memanggil. Aku mengangguk dan menghampiri pemilik café berkenaan. Kalau bukan kerana atuk Qi aku mungkin sudah mati kesejukan. Sebagai balasan aku sanggup bekerja di café ini seumur hidup aku.
***
“Hai cik adik..Malam-malam ni nak pergi mana? Sejuk? Abang boleh panaskan hahahaha.” Terdengar usikan nakal dari remaja-remaja yang melepak di simpang jalan. Aku buat muka dan terus berjalan. Menyakitkan hati betul budak-budak ni desis hatiku.
            “Ala…Janganlah jual  mahal.” Tanganku di rentap dari belakang. Aku menjegilkan mata memandang kumpulan anak muda itu. Aku merentap kembali tanganku.
            “Kau orang ni sampah masyarakat betul!” Terhambur marahku akhirnya. Sudah selalu mereka ini mengangguku namun kali ini mereka lebih berani dengan menyentuhku.
            “E’eleh…Bajet kerja kau tu mulia sangatlah.” Salah seorang remaja berkenaan baran mendengar kata-kata Belle.
            “Sekurang-kurangnya aku bekerja bukan macam korang. Duduk melepak menghabiskan duit mak bapak.” Aku tersenyum sinis. Seorang lelaki berambut mohawk menarik begku dan seorang yang lain menarik maflaku. Aku menjadi baran.
Sesaat kemudian kesemua budak-budak tu melayang di atas permukaan jalan. Aku menelan air liur kesat. Takkanlah baru angkat tangan dah melayang. Segera aku berlari pulang tanpa menoleh ke kiri dan kanan.
***
Aku duduk di depan pendiang api menilik tanganku. Aku mendepakan tangan ke depan namun tiada apa-apa yang melayang. Jangan-jangan aku mimpi tak? Desis hatiku. Aku cubit pipi. Sakit! Maknanya aku tak bermimpi. Aku merenung lama tanganku.
“Uiii…tercekik aku.” Dong Hae melepaskan pegangan.
“Kau buat apa kat sini?” Dong Hae memandang Xera yang serabai dari hujung rambut ke hujung kaki.
“Dong Hae…” Xera memeluk lelaki di hadapannya.
Aku menggelengkan kepala. Pening tiba-tiba.. Terasa aku sedang melihat wayang di skrin cuma skrin tu agak kabur-kabur dan tak teratur. Suara-suara asing itu terus kedengaran di cuping telingaku.
“Kalau nak tackle kami pun tak payah la tanya soalan macam tu cuba la tanya negara Cuba kat mana ke..” Alex menyelar gadis di hadapannya. Berkerut-kerut kening gadis di hadapannya tanda marah.
“Hello..nak mengorat? Heh muka macam korang ni bukan taste aku..Minta maaf banyak-banyak la” Xera menunjal kepala Alex.
Aku cuba bangun namun terduduk semula. Seolah-olah ada sesuatu yang amat berat menghempap tubuhku.
“Opocot mak kau.” Xera berpaling melihat gerangan yang mencucuk pinggangnya.
            “Tak de keje eh?” Xera menjeling Ki Bum yang sedang tersengih. Ki Bum duduk mencangkung sebelah Xera.
            “Kau buat kajian ke?” Ki Bum belek buah di depannya.
            “Tengok je. Semua buah ni ada kegunaanya. Macam yang warna biru ni di gunakan untuk merawat luka, yang warna hijau ni orang guna untuk buat love potion.” Ki Bum memandang Xera yang sedang bersemangat memberi penerangan. Ki Bum senyum sendiri.
            “Yang ini?” Ki Bum menunjukkan buah yang berwarna merah hati.
            “Emmm apa ek?” Xera membelek buah berkenaan.
            “Buah ni kalau di makan orang berkenaan akan bercakap benar.” Xera memandang Ki Bum geram.
Dan Belle terus rebah tak sedarkan diri….

5 under spell:

u-knew yufa said...

Argh!!! best! best! keep belle 4 ki bum...snow, mao inue tu lah yang saya suka. Hana yg kenalkan. Dia come.

Snow_Queen said...

huhuh..tgklah..kekeke..ayt xbley blah..oh dia kn blakon lam cter BOF versi jpun.. :)

miszhana said...

nk belle tu gan alex.. x sngka plak ada smbungan g..

apple_pie said...

bru nak ngadap my melody neh...

Davella Goh said...

Bestnya smua cerita cik snow ni..

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review