Sunday, October 31, 2010

My Gangster Lover 2

Posted by Snow_Queen at 9:11 PM
Aku terasa kepalaku berdenyut. Perlahan-lahan aku membuka mata. Aku memandang sekeliling. Bilik yang berwarna cherry blossom menarik perhatianku. Pintu bilik di buka dan masuk seorang lelaki yang menatang dulang.
            “Baguslah kau dah sedar. Apa nombor parents kau? Nanti aku telefon dorang supaya datang jemput kau.” Lelaki tadi duduk di pinggir katil.
            “Aku dah tak ada sesiapa.” Aku berkata perlahan. Jae Joong mengerutkan kening.
            “Ni ubat. Kau berehat sahaja di sini untuk malam ni. Ada apa-apa panggil sahaja aku di bilik sebelah.” Jae Joong menyuakan ubat kepadaku.
            “Terima kasih!” Aku tundukkan badan sedikit.
            “Tak payah ucapkan terima kasih. Takkan aku nak tinggalkan kau dekat situ. Kalau jadi apa-apa dekat kau nanti aku takut polis cari aku.” Jae Joong bangun dan keluar.
            “Huh..Angkuh betul!” Aku menggumam sendiri sebelum makan ubat dan tidur.
***
Aku membuka pintu perlahan. Dan dengan senyap aku keluar menuju ke tingkat bawah. Suara orang berbual kedengaran. Aku berdiri di anak tangga terakhir. Di ruang tamu terdapat 4 orang lelaki yang sedang berbual termasuk lelaki yang selamatkan aku semalam.
            “Siapa dia?” Seorang lelaki yang berkaca mata merenungku dari atas ke bawah. Lelaki yang menyelamatkan aku memandangku sekilas sebelum memandang rakan-rakannya semula.
            “Orang gaji baru.” Ketiga-tiga kawannya yang lain tersenyum sinis.
            “Jae Joong kau nak berubah angin ke? Selama ni mana pernah kau upah orang gaji.” Aku menggaru kepala. Oh nama dia Jae Joong.
            “Junsu tutup mulut kau. Korang keluar dulu. Nanti aku menyusul kemudian.” Kawan-kawan Jae Joong segera keluar. Jae Joong memberi isyarat agar aku menghampiri.
            “Kau okay?” Aku hanya mengangguk.
            “Kau nak buat apa lepas ni?” Aku menggaru kepala. Aku tak nak kembali ke rumah tapi barang-barang keperluanku semua berada di sana.
            “Aku ada satu tawaran yang menarik. Kau jadi orang gaji aku dan aku akan bayar gaji. Macam mana? Lagi pun kau tak ada tempat untuk di tuju kan?” Aku berfikir sejenak sebelum mengangguk tanda setuju.
            “Bagus! Kau akan mula selepas kau betul-betul sihat. Kau masak, kemas rumah dan sebagainya. Jangan masuk bilik aku melainkan aku panggil.” Jae Joong bangun dan menyarung kot sebelum keluar tanpa berkata apa-apa. Aku mengeluarkan telefon bimbit yang ada di dalam poket. Nombor Yoochun di dail. Aku nak dia temankan aku pergi mengambil barang di rumahku.
***
“Yoochun ah~~~” Aku memeluk lengan Yoochun sebaik sahaja kami bertemu.
            “Yah! Apa yang terjadi dengan dahi kau? Ayah kau pukul kau lagi?!” Yoochun meneliti balutan di dahiku.
            “Yoochun..Kau sayang aku kan? Kau satu-satunya yang aku ada sekarang. Kau takkan tinggalkan aku kan?” Aku memeluk Yoochun erat.
            “Aku takkan tinggalkan kau. Kita nak pergi mana ni?” Yoochun melingkarkan tangannya di bahuku.
            “Aku nak ambil barang-barang aku dekat rumah tapi aku takut. So aku nak kau temankan. Aku ganggu kau ke?” Aku buat muka kesian.
            “Kau pergunakan aku je rupanya.” Yoochun buat-buat mengesat air mata.
            “Tak payah nak berdrama dengan aku Park Yoochun.” Aku menyiku perut Yoochun. Yoochun ketawa galak. Sebaik sahaja kami tiba di rumahku terdapat ambulans dan beberapa orang anggota polis yang sedang berkawal. Aku berlari ke arah ambulan untuk melihat siapa yang terbaring atas pengusung.
            “Encik..Kenapa dengan ayah saya?” Aku bertanya.
            “Cik ni saudara si mati?” Aku jatuh terduduk atas tanah. Yoochun memelukku.
            “Nana…”
            “Oppa…” Aku menangis di dada Yoochun.
            “Saya minta cik datang ke balai polis beri keterangan. Aku hanya mengangguk.
***
Selepas mengambil barang-barangku dengan di temani pengawai polis, aku terus menuju ke balai polis. Selepas memberi keterangan, aku mendapatkan Yoochun.
            “Mari kita pergi.” Yoochun melingkarkan tangannya di bahuku.
            “Kau tinggal dekat rumah aku?” Yoochun memandangku. Aku menggeleng.
            “Aku dah dapat kerja. Jangan risau.” Aku melingkarkan tanganku di pinggang Yoochun.
            “Kalau ada apa-apa jangan teragak-agak untuk beritahu aku. You can count on me.” Aku menggangguk perlahan. Terima kasih Yoochun. Kau kawan aku sampai mati!

5 under spell:

tHiR... said...

besttt lorhhh..... nk agy ar.....

~ZYX~ said...

padan muke ayah nana yg jahat jual anak die...tp sian la kat nana...jae jong tu gangster ke?

MaY_LiN said...

amboi..
sem br pun smpt wat cite br..
nway..
tertunggu2 tuk next n3

Anonymous said...

de je idea kan.nway.mmg best.sila smbung cepat.

Serena

MaY_LiN said...

tara...
suke tau..

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review