Sunday, October 31, 2010

My Gangster Lover 1

Posted by Snow_Queen at 6:20 PM
Aku mengambil batang kayu yang kebetulan berada di sebelah kiriku ketika aku terjatuh. 2 orang lelaki yang cuba mengganguku tergelak apabila melihat aku terkial-kial bangun.
            “Tak payah nak tunjuk garang dengan kami. Jual mahal huh?” Aku menggetap bibir. Menyesal pula aku mengambil jalan pintas untuk balik rumah hari ini.
            “Mari sini..Mari dekat dengan kami..” Kedua-dua mereka mara dan aku makin ke belakang sambil mengacu-acukan kayu di tanganku.
            “Kau orang dah hidup lama sangat?” Kedengaran satu suara di belakangku. Aku berpaling dan melihat kelibat seorang lelaki.
            “Yoochun oppa!” Aku berlari menyorok belakang Yoochun.
            “Tak ada sesiapa yang boleh sentuh adik aku melainkan aku.” Yoochun mengeluarkan sepucuk revolver dan mengacukan senjata berkenaan ke arah mereka. Kedua-dua orang lelaki berkenaan melarikan diri sebaik sahaja Yoochun menalakan senjata ke arah mereka.
Yoochun tergelak perlahan dan menarik picu. Buih-buih keluar berterbangan di udara. Aku turut tergelak.
            “Yah! Kan aku dah pesan banyak kali jangan ikut jalan pintas seorang diri?” Yoochun menunjal dahiku.
            “Hari ini kena balik cepat. Nanti ayah balik, aku tak masak lagi.” Yoochun menjeling tajam apabila aku menyebut hal ayahku.
            “Ayah kau tu tak layak di panggil ayah. Apa pasal kau sayang sangat dengan orang tua tu?” Yoochun melingkarkan tangannya di bahuku.
            “Dia satu-satunya ahli keluarga yang aku ada.” Suaraku kedengara lirih. Semenjak emak mati, perangai ayah berubah seratus peratus. Kaki botol, kaki judi dan entah kaki apa lagi. Setiap malam balik mesti mabuk. Badanku sendiri sudah lali apabila menjadi tempat sepak terajang ayahku.
            “Habis aku ni apa?” Yoochun memuncungkan mulutnya.
            “Yoochun adalah sahabat baik sehidup semati saya..Bangga tak?” Aku menyiku perut Yoochun. Yoochun hanya tersenyum nipis. Kawan aku di kolej hanyalah Yoochun. Tak banyak yang aku tahu mengenai lelaki ini namun aku cukup gembira kerana dia ada untukku setiap kali aku memerlukan dia. Terima kasih atas kejadian aku menumpahkan air atas kasut dia. Siapa sangka kerana hal itu kami menjadi kawan rapat.
***
“Apa pasal lambat sangat kau bukak pintu hah?!” Aku terdorong ke belakang. Bau alcohol menyebabkan aku pening. Ayah minum lagi!
            “Dasar anak tak guna!” Ayahku menampar beberapa kali pipiku.
            “Ayah..Nana minta maaf.” Aku memohon belas kasihan dari ayahku sendiri namun tanpa belas kasihan, ayahku terus-terusan memukulku. Kepalaku di hantukkan beberapa kali ke dinding. Darah merah mengalir. Aku menangis.
            “Aku dah jual kau! Hahaha..Akhirnya kau akan pergi dari hidup aku macam mak kau!” Ayahku jatuh terbaring atas lantai tak sedarkan diri. Mataku terbeliak apabila mendengar kata-kata ayah. Dalam keadaan yang pening, aku berusaha keluar dari rumah. Aku tahu aku mesti melarikan diri atau aku mungkin akan dipaksa menjadi pelacur!
***
Sebaik sahaja aku keluar dari pagar rumah, sebuah kereta berhenti betul-betul di depan pagar. Aku terus berlari untuk selamatkan diri. Rasa sakitku tahan untuk menyelamatkan maruah diri.
            “Dia lari! Cepat tangkap dia!” Aku mendengar salah seorang daripada mereka menjerit. Aku berlari sekuat hati sehingga tiba di sebuah tasik. Hanya lampu jalan yang menerangi jalan. Aku tak berani untuk menoleh ke belakang. Entah di mana silapnya aku jatuh tergolek namun aku pantas bangun semula. Aku melihat kelibat seorang jejaka yang sedang duduk di sebuah bangku.
***
Aku memandang ke arah seorang gadis yang tiba-tiba berdiri di depanku. Dahinya luka.
            “Tolong..” Hanya itu sahaja perkataan yang keluar dari bibirnya. Aku berpaling ke arah kanan dan melihat 3 orang lelaki sedang berlari ke arah kami. Aku bangun dan gadis berkenaan menyorok di belakangku.
            “Serahkan dia kepada kami!” Kata salah seorang yang berpakaian warna biru.
            “Kalau kau terror ambil dia sendiri dari aku.” Aku tersenyum sinis.
            “Hishh budak ni..” Dan aku terus menendang perut lelaki baju biru berkenaan. Gadis tadi menjarakkan diri. Aku membelasah ketiga-tiga lelaki berkenaan dengan senang. Bagus juga ada tempat untuk melepaskan marahku. Macam tahu-tahu sahaja angin aku tengah tak baik. Aku berpaling ke belakang dan tergamam apabila melihat gadis tadi sudah tak sedarkan diri.
            Great! Sekarang aku nak buat apa dengan minah ni?” Jae Joong berbisik kepada diri sendiri.

7 under spell:

Anonymous said...

hohohohooo... jae joong tu gangster k?? heheh... menarik2..

~ZYX~ said...

wah...sgt seronok...sambg lg....

miszhana said...

crita ni mcm best je.. x sbar nk tgu smbungan.. muahaha

sakura said...

best2..
citer kak snow sume best2

Anonymous said...

haha...kelakar nak bayangkan jae joong jd gangster..muka dia kan lg cantik drp pompuan...haha..

in_an said...

wah ada jaejoong,tvxq and the gang ni best

apple_pie said...

cik apple ktinggalan neh.. bru nak catch up... :(

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review