Monday, October 4, 2010

Flower Boys 11

Posted by Snow_Queen at 10:11 PM

Xera mendiamkan diri. Nasib baik Mina dan Ella tidur mati. Dia tak berniat untuk mencuri dengar butir-butir perbualan Alisya dan Alex namun hatinya tertarik untuk mendengar juga bila Alisya menyebut namanya. Xera lekas merebahkan badannya semula di sebelah Ella apabila Alisya masuk kembali ke dalam khemah.
***
Apabila semuanya telah siap berkemas dan barang-barang disimpan di dalam bonet van mereka semua bertolak pulang ke asrama. Xera yang sedang berangan menoleh ke kanan apabila terasa tangannya digenggam. Xera tersenyum nipis memandang Ki Bum walaupun pandangan lelaki itu masih focus di jalan.
            “Hei..Kau orang ni ada apa-apa ke?” Gary bertanya. Hairan apabila Ki Bum menggengam tangan Xera. Kalau di ikutkan sikap Xera yang kasar dan panas baran tu dah lama agaknya Ki Bum kena sembur tapi kali ini Xera hanya tersenyum.
            “Ada apa?” Ki Bum masih focus memandu. Ella dan Mina saling bertukar pandangan dan tersenyum. Muka Xera dah merah.
            “Aku doakan korang berbahagia sehingga ke hujung nyawa.” Kevin menyampuk walaupun Xera dan Ki Bum tak cakap apa-apa. Alisya curi-curi pandang ke arah Alex yang tidak memberi sebarang reaksi.
***
Xera memeluk Alisya, Mina dan Ella sebelum mereka pulang. Sempat tiga orang gadis tu makan tengah hari di asrama flower boys sebelum di hantar pulang oleh teman lelaki masing-masing kecuali Alex. Dia meminta tolong Gary menghantar Alisya pulang dengan alasan dia penat dan mengantuk.

            Xera menggaru kepala dengan tangan kanan manakala tangan kirinya meneliti pelbagai akar kayu dan herba yang berselerak di atas meja. Dia mengeluh. Apa pasal boleh lupa yang esok kena hantar report dekat Prof. Mandy? Kalau tak siap mahu bernanah telinga dengar orang tua tu membebel. Sudahlah dia baru nak mula. Jam di pergelangan tangan menunjukkan pukul 8 malam. Ini bermakna sudah 4 jam dia berkurung di bilik bawah tanah ini. Bunyi tapak kaki yang mendekati dirinya tidak di endahkan. Dia mengacau potion yang berwarna ungu di dalam kawah kecil sambil menyelak buku potion.
            “Boo..Buat apa?” Xera terasa ada tangan yang memeluk pinggangnya.
            “Report..Esok nak kena hantar. Haish pergi main jauh-jauh orang nak buat kerja ni.” Xera menarik hidung Ki Bum. Ki Bum menepis.
            “Nak saya tolong?” Xera memandang muka Ki Bum.
            “Betul ke?” Mata Xera dah bersinar-sinar mendengar kata-kata Ki Bum.
            “Saya tolong tengok…Hehehee..” Ki Bum ketawa sakan. Xera cubit lengan kanan lelaki itu. Geram kerana di permainkan.
            “Sakit la sayang.. Jom pergi makan dulu nanti sambung balik.” Ki Bum menarik tangan Xera namun gadis itu enggan berganjak.
            “Buang masa je kalau pergi makan. Baik siapkan report. Nantilah saya makan.” Ki Bum menggeleng kepala. Faham benar dengan perangai Xera yang enggan berganjak ke mana-mana selagi kerjanya tak di siapkan. Tanpa di sangka Ki Bum menarik Xera dan mendukung gadis itu secara bridal style. Xera tak mampu buat apa-apa kerana hanya dalam sekelip mata mereka sudah berada di ruang makan.
            “Orang nak buat kerjalah. Saja je dia ni.” Ki Bum hanya tersenyum. Dalam gadis itu merungut dia duduk dan makan juga akhirnya. Orang lain semuanya dah habis makan. Ki Bum duduk sebelah Xera dan turut makan.
***
Ki Bum mencatit apa yang Xera peroleh dari kajiannya. Kadang-kala sengaja dia menyuruh gadis itu ulang 2-3 kali apa yang di perkatakan sampai naik marah Xera.
 Xera mengusap muka dengan kedua-dua belah tangannya. Dia terasa semacam. Tubuhnya kadang-kadang terasa sejuk kadang-kadang terasa panas. Dia memandang Ki Bum yang sedang tekun meneliti beberapa herba di hadapannya.
“Masanya dah tiba Xera…” Xera menggetap bibir apabila mendengar bisikan daripada Earth Mage. Dia menggeleng perlahan.
“Awak okay?” Ki Bum melihat muka Xera yang pucat semacam. Xera hanya mengukirkan senyuman nipis sebelum meneruskan kajian. Macam mana pun aku mesti habiskan laporan ni. Lepas ni apa nak jadi pun jadilah desis hati Xera.

4 under spell:

MaY_LiN said...

teng teng teng..
jadi pe tuh

sakura said...

wah...x sabar nak tggu...

risha said...

naper bile klik n3 12, dier jdi n3 11 lak. n n3 3 xde laa.

Snow_Queen said...

@Risha: link da di perbaiki..sorry ye :)

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review