Tuesday, October 5, 2010

Flower Boys 12 *Final

Posted by Snow_Queen at 4:04 PM

Xera memeluk Ki Bum kejap. Ki Bum tergamam. Apa kena dengan minah ni? Getus hatinya namun dia tidak meluahkana apa yang difikirkan. Hanya mampu membalas kembali pelukan Xera. Xera mengucapkan selamat malam dan menutup pintu bilik. Dia menutup mata dan sesaat kemudian tubuhnya sudah berada di tempat lain. Kesemua Magenya ikut serta. Xera menarik jaket dekat ke tubuhnya. Kesejukan malam terasa menggigit sehingga ke tulang hitam. Giginya berlaga. Di satu tempat yang di kenali sebagai ruin ada sebuah tokong lama yang di gunakan ahli-ahli sihir zaman dahulu untuk menyeru roh-roh jahat. 

Bunyi bisikan dan ketawa mengilai kadang-kadang membuatkan Xera terasa hendak berpatah balik namun di kuatkan juga hatinya. Dia menggetap bibir dan berjalan masuk ke dalam temple berkenaan. Walaupun sudah berusia ratusan tahun tokong itu kelihatan masih gagah berdiri. Xera berdiri ditengah-tengah tokong berkenaan dan ketiga-tiga mage mengelilingi Xera. Darah hitam terus-terusan mengalir keluar dari celah bibir tanpa henti.
            “Xera…” Xera berpaling dan melihat ibu serta ayahnya juga Donghae. Mereka mengukirkan senyuman manis.
            “Kita akan harungi semua ni sama-sama!” Tuan Xavier memberi kata-kata semangat kepada Xera. Xera mengangguk dan berpaling ke hadapan semula. Dia memejamkan mata. Seluruh tokong tersebut bergema dengan jampi-jampi kuno lama. Bunyi-bunyi ketawa menghilai semakin lama semakin kuat namun tidak di endahkan Xera. Aku membuka mata sebaik sahaja selesai melalui satu meditasi. Di hadapanku kini muncul Dark mage iaitu mageku yang keempat. Sungguh aku tak sangka akhirnya aku akan menyeru mage ini. Ketiga-tiga mageku yang lain lenyap dari pandangan. Selesai sudah tugas mereka.
            “Akhirnya…Kau memerlukan aku Xera. Kau dan aku adalah takdir.” Sinis kedengaran kata-kata mage berkenaan. Xera ketawa sendiri. Pahit. Dark mage menghampiri Xera dan meletakkan telapak tangannya di atas kepala Xera. Jampi di baca dan beberapa minit kemudian Dark mage berkenaan hilang. Seluruh ahli keluargaku memandangku dengan pandangan kesal. Kesal kerana terlibat dengan Dark Lord. Xera bangun dan bergerak ke arah air terjun berdekatan.

Ini bukan aku! Jerit batinnya namun akhirnya dia terpaksa menerima hakikat yang Dark mage dan dirinya sudah bergabung menjadi satu. Untuk terus hidup aku memerlukan kuasa Dark mage.

“Ini semua salah ayah! Kalaulah ayah tak gadaikan roh kamu kepada Dark Lord..” Xera memeluk Tuan Xavier erat.
            “Bukan salah ayah. Dark Lord yang menipu ayah. Ayah hanya nak menyelamatkan Donghae..” Akhirnya sekeluarga saling berpelukan. Angin ribut menderu tiba-tiba menandakan Dark Lord dan kuncu-kuncunya akan tiba pada bila-bila masa.
            “Mungkin dahulu ayah dah buat salah tapi kali ni ayah takkan ulangi kesalahan yang sama.” Tegas kedengaran suara Tuan Xavier.
            “Ah! Terharunya aku tapi Xavier kau harus serahkan anak gadis kau kepada aku seperti mana janji kita dahulu.” Dark Lord memandang ke arah Xera. Dia dapat merasakan kehebatan kuasa Xera. Akhirnya Queen of Dark Mage sudah muncul. Dengan gabungan kuasa dia dan Queen of Dark Mage bolehlah mereka menakluki dunia sihir dan seterusnya menjadi pemerintah.
            “Dulu aku terdesak tapi sekarang kau harus langkah mayat aku dahulu!.” Dark Lord ketawa besar mendengar kata-kata Xavier. Dia memetik jari dan beberapa orang pengikutnya muncul. Donghae, Xera, Madame Juliet dan Tuan Xavier sudah mengeluarkan senjata masing-masing. Menentang Dark Lord sama seperti menempah kubur namun demi ahli keluarga sendiri mereka sekeluarga sanggup berkorban. Bunyi detingan pedang, jampi-jampi kuno saling kedengaran. Dark Lord hanya memerhatikan Xera dari jauh. Menunggu masa yang sesuai untuk bertindak. Xera mengangkat tangannya tinggi ke udara dan ketulan-ketulan air menusuk jantung beberapa orang pengikut Dark Lord. Dark Lord memetik jari dan kini dia berada di hadapan Xera. Xera menyeru pedang sakti warisan nenek moyang keluarga mereka. Dark Lord tersenyum sinis. Tuan Xavier cuba hendak menolong namun dengan sekali petikan jari oleh Dark Lord kepala Tuan Xavier, Madame Juliet dan Donghae tertanggal dari badan.
            “Ayah! Ibu! Donghae!” Xera menjerit nyaring. Dark Lord tersenyum nipis.
            “Kau berada bawah kawalan aku Xera. Mari kita sama-sama menakluki dunia sihir dan menjadi pemerintah bersama.” Dark Lord cuba hendak mengusap pipi Xera namun segera anak gadis itu melangkah ke belakang. Xera menghayunkan pedang ke arah Dark Lord. Dark Lord mendepakan tangannya ke hadapan dan pedang berkenaan hancur berkecai. Xera menyeru beberapa buah pedang. Dia mendepakan tangannya ke hadapan dan pedang-pedang berkenaan bergerak dalam kumpulan menuju ke arah Dark Lord. Dark Lord hanya tersenyum sinis. Dia memetik jari dan kini dia berdiri di hadapan Xera. Tanpa melengahkan masa Xera menumbuk kuat jantung Dark Lord. Dark Lord hanya ketawa namun beberapa saat kemudian dia terdiam apabila darah pekat mengalir keluar dari mulutnya.
            “Kau…” Dark Lord memandang Xera.
            “Aku tahu aku bukan lawan kau..Sebab itu aku gunakan jampi Reflection. Sekarang…Kita sama-sama akan mati Dark Lord!” Reflection adalah sejenis jampi pembunuh. Jika si pahlawan mati maka si musuh juga akan mati kerana terikat dengan jampi yang di kenakan tadi. Xera mengangkat tinggi pedang dan menikam jantungnya sendiri. Dark Lord terus rebah tak bernyawa.
            “Ki Bum…” Xera sempat berbisik nama lelaki kesayangannya. Ki Bum yang sedang tidur terjaga. Dia terdengar suara Xera. Cahaya matahari jatuh tepat ke mukanya. Dia bangun dan menuju ke bilik Xera. Terbeliak mata Ki bum apabila melihat tubuh badan Xera berlumuran dengan darah. Dia berlari mendapatkan Xera.
            “Xera…Bangun..Jangan tinggalkan aku!” Ki Bum menepuk perlahan pipi Xera. Kevin yang kebetulan lalu di hadapan bilik Xera tergamam apabila melihat keadaan Xera. Dia berlari menghampiri.
            “Apa yang terjadi?!” Kevin memegang nadi Xera.
            “Ak..Aku tak tahu..Xera!!!” Ki Bum menggoncangkan tubuh badan Xera. Mengharapkan kekasih hati akan bangun dan berkata semua ini hanya gurauan.
***
Ki Bum menarik jaket. Sejuk musim dingin kali ini luar biasa baginya. Dia mengukir senyuman pahit.
            “Awak apa khabar? Harini lain macam sejuknya.” Ki Bum meletakkan mafla di atas pusara Xera. Dia mengeluh sendiri. Sudah hampir setahun berlalu namun dia masih tidak dapat lupakan Xera. Pelukan terkahir Xera. Ciuman pertama dari Xera…
Ki Bum duduk sendiri bertafakur sehingga matahari tegak di atas kepala. Itupun  cahaya matahari keluar malu-malu kucing. Ki Bum buka mata. Dia tersenyum sendiri.
            “Move on….” Terdengar bisikan halus di cuping telinganya. Dia memandang sekeliling. Kosong. Sunyi sepi. Tetapi tadi dia seolah-olah mendengar bisikan suara Xera. Ah! Mungkin kerana aku terlalu rindukan dia getus hati Ki Bum.
            “Saya balik dulu. Esok saya datang lagi. I love you.” Ki Bum mengorak langkah meninggalkan pusara Xera.

“Eh! encik tunggu sekejap!” Ki Bum berpaling ke belakang. Dia mengerdipkan matanya beberapa kali.
            “Dompet encik jatuh.” Si gadis menghulurkan dompet kulit berwarna hitam kepada Ki Bum. Ki Bum teragak-agak hendak mengambil.
            “Xera..” Tanpa sedar dia menyebut.
            “Hah? Nama saya Belle bukan Xera.” Gadis tersebut tersenyum manis dan berlalu pergi. Ki Bum masih berdiri di tempatnya dan melihat Belle berlalu pergi.
Wajah yang sama, suara yang sama, ekspresi muka yang sama namun nama yang lain. Adakah ini petanda? Getus hati Ki Bum. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa seolah-okah menjawab persoalan di hati Ki Bum. Dia tersenyum nipis dan mengorak langkah meninggalkan pusara si kekasih hati. 

***
“Dah setahun..Sekejapnya masa berlalu.” Gary memandang ke arah Alex dan Kevin. Kedua-dua orang sahabatnya tersenyum nipis.
            “Setahun juga dia dah meninggalkan kita..” Lirih kedengaran suara Kevin. Air muka Alex keruh semacam.
            “Alex..Kita dah lama berkawan..Kau suka Xera kan?” Gary memandang Alex yang merenung cawan kopinya.
            “Aku memang sukakan dia dan akan terus menyukai dia walaupun dia dah tiada.” Ringkas jawapan Alex. Alex bangun meninggalkan Gary dan Kevin.
            “Aku tak tahu nak komen apa pasal dia dan Ki Bum. Tapi aku lagi terseksa tengok Ki Bum. Walaupun dia berlagak macam biasa tapi hatinya kita tak tahu…” Habis sahaja Gary berkata-kata terasa angin menampar muka mereka lembut. Kevin melihat Gary. Hairan mana pula datang angin ni kalau tingkap dan pintu semua habis tertutup namun Gary hanya tersenyum manis. Yang dah berlalu biarkan berlalu. Kita yang hidup mesti sentiasa bergerak ke hadapan!

5 under spell:

u-knew yufa said...

Apa?!!! Xera dah tak ada? huhuhuhu...mana aci cam ni...

miss_aRt said...

ala...
cik snow bley wat fb spesel x??
smbung pe yg jdi kat ki bum..
n yg ari tu wat pnt je lar undi spe yg akn jdi xera nye ehem2

MaY_LiN said...

cedihnye..
tamau smbg lg ke

Snow_Queen said...

@may_lin: da smbng..my melody sequel cter ni ^^

ChiQah said...

my melody tu Xera@Belle dgn sape?
nak dgn Ki Bum

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review