Sunday, September 26, 2010

Flower Boys 9

Posted by Snow_Queen at 6:25 PM

Xera menguap perlahan. Dia sedang menyisir rambut. Tiba-tiba dia teringat kejadian semalam dan mukanya menjadi merah. Muka Ki Bum yang hampir dengannya, kehangatan nafas Ki Bum dan… bunyi ketukan di pintu membuatkan Xera kembali ke dunia reality.
“Nenek…kau dah siap belum?” Kedengaran suara Kevin. Xera mendengus. Aku kira hujung minggu boleh tidur dengan aman tapi budak-budak gila ni ajak pergi camping pulak. Aish dahlah aku paling malas nak pergi berjalan hujung minggu ni. Xera ambil beg galasnya dan buka pintu. Kevin tersengih lebar melihat penampilan Xera.
“Apasal kau tengok aku macam tu?” Xera angkat kening double jerk.
“Kau tetap cantik tak kira kau pakai apa pun. Tak hairanlah ada yang akan makan hati.”
“Huh?” Xera mengerutkan kening namun tak di pedulikan Kevin. Kevin menarik tangan Xera.
****
3 khemah di pasang bersebelahan antara satu sama lain. Khemah Xera berada di tengah-tengah. Dan dia perlu berkongsi khemah berkenaan dengan teman wanita Kevin, Gary dan tunang Alex.
“Aku tak tahu pun yang Alex dah bertunang.” Xera berbisik dengan Kevin sewaktu lelaki itu menolongnya mengumpul kayu api. Dalam flower boys, Xera lagi suka bercakap dengan Kevin. Karekter Kevin yang memahami dan kelakar amat di senangi Xera. Tak hairanlah teman wanita Kevin tak pernah bosan dengan lelaki itu dan mereka sudah bercinta hampir 4 tahun.
“Apasal? Kau frust ye?” Kevin mengangkat kening double jerk.
“Aha..malam sikit ye..tapi kenapa sorang ke utara sorang ke selatan? Gaduh ke?” Xera pukul nyamuk yang hinggap di lengannya.
“Biasalah. Pertunangan yang di atur orang tua. Sapa yang nak tapi…”
“Tapi…” Xera memandang Kevin.
“Aku rasa Alisha tu sebenarnya suka dekat Alex cuma dia tak tunjukkan je.”
“Bukti?” Xera mengambil kayu di tangan Ella, mak we Kevin.
“Buktinya…kau tak perasan ke dari tadi si Alisha tu asyik curi-curi tengok Alex?” Ella menyampuk.
“Tak perasan pun. Betul ke?” Xera memandang Alisha.
“Weh! Korang ni kumpul kayu api ke buat kayu api?” Gary menegur dari jauh.
“Ishh..sibuk je pak cik ni. Orang nak bergosip pun tak senang.” Xera dah muncung. Kevin dan Ella ketawa serentak.
****
“Kau masak!” Alex pandang Xera. Xera buat muka tak puas hati.
“Apasal pulak aku. Kau pun tolonglah sekali.” Xera bangun dan bercekak pinggang.
“What? Aku? No way man…seumur hidup aku takkan kotorkan tangan aku nak memasak.” Alex senyum sinis.
“Kalau kau tak nak masak apasal kau duduk sini? Pergi main jauh-jauh!” Xera menghalau.
“Kau ingat aku nak sangat ke? Apalah malang sangat aku cabut undi dapat satu team dengan kau.” Alex menggeleng kepala kesal.
“Hah kau ingat aku pun nak sangat ke? Kesian betul si Alisha dapat laki macam kau.”
“Apasal pulak kau nak babitkan nama dia?” Alex terasa sebal. Dia benci untuk mendengar nama gadis yang juga tunangnya itu.
            “Aku rasa sampai malam pun kita takkan dapat makan kalau 2 ekor tu tak habis-habis bertekak.” Gary garu kepala. Alisha pandang ke arah Xera dan Alex. Dia sebenarnya cemburu dengan Xera kerana gadis itu pandai membawa diri dan dia dapat merasakan yang gadis itu istimewa di mata Alex walaupun Alex tak tunjuk. Dia takkan lepaskan Alex kepada Xera. Alisha bangun dan menuju ke arah Xera dan Alex.
“Korang perlukan bantuan?” Alisha tersenyum manis. Ish minah ni menyibuk je desis hati Alex.
“Hah bagus kau datang sha..Ni, kau ambil senduk ni kau masaklah dengan mamat ni. Biar aku satu team dengan Ki Bum je. Buat kering air liur aku berbahas dengan mamat luar alam ni.” Xera bangun dan menghampiri Ki Bum yang sedang memancing.
****
“Ki Bum…” Ki Bum yang sedang leka membaca buku memandang Xera yang duduk di sebelahnya.
“Apasal kau duduk sini? Kenapa tak pergi masak?” Ki Bum mengerutkan kening.
“Aku dah tukar dengan Alisha. Buat kering air liur je aku duduk dengan mamat luar alam tu.” Xera buat muka dan Ki Bum ketawa.
“Apasal kau tak gunakan sihir je tangkap ikan? Kan cepat dan senang?” Xera mengusik batang jorang. Ki Bum menepuk tangan Xera. Xera buat muka lagi.
“Aku tak suka nak dapatkan sesuatu dengan mudah. Macam memancing ni kalau kita usaha dengan tenaga dan penat lelah kita baru berbaloi.” Ki Bum tersenyum manis.
“Huh? Kau ni betul luar alam juga. Tak bosan ke nak menunggu?” Ki Bum menggeleng. Xera melukis sesuatu di atas pasir. 5 minit kemudian Ki Bum terasa ada sesuatu yang jatuh atas bahunya. Dia tersenyum sendiri bila melihat Xera dah tidur. dia merapatkan tubuhnya ke tubuh Xera agar gadis itu selesa.
            “Dorang nampak secocok kan?” Alisha memandang Ki Bum dan Xera. Alex turut memandang ke arah yang sama.
“Tak payah sibuk urusan orang lain.” Alex menjeling dan beredar. Alisha tersenyum sinis. Dia mesti merapatkan Ki Bum dan Xera agar Alex tiada peluang untuk menghampiri Xera.

1 under spell:

MaY_LiN said...

teng teng teng..
marah nye alex ni

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review