Tuesday, September 21, 2010

Flower Boys 8

Posted by Snow_Queen at 1:52 PM

Xera menggeliat perlahan. Dia membuka mata dan garu kepala. Aish bila masa pula aku kat dalam bilik? Kan semalam aku tidur dalam bilik tidur Dong Hae? Xera lihat ada sepucuk surat dan sampul surat tebal sebelahnya. Dia mengambil surat berkenaan.
Dear sis,
Good morning drama queen ;)
Aku dah hantar kau balik ke bilik jadi extra charge di situ hokey..
Erm sebelah surat ni ada sampul surat kan?
Dalam tu ada duit untuk belanja kau selama 3 minggu (hahaha baik tak aku..xpayah byr interest k..)
And aku dah pulihkan sihir kau so pandai-pandai guna jangan sampai tertangkap sebab kau kan dikira sebagai manusia biasa sekarang.
Adios.
Ur Lovely Brother ;)

Xera memeluk surat berkenaan dan menjerit kegembiraan. Ki Bum buka pintu bilik Xera dan melihat gadis itu sedang memeluk bantal sambil tersengih lebar.
“Kau dah gila ke? Mana kau pergi semalam?” Ki Bum menghampiri. Xera bangun dan memeluk Ki Bum, Ki Bum kaku. Tak tahu nak buat apa.
“Harini hari paling bahagia dalam hidup aku.” Xera tersengih lebar.
“Ehem-ehem..” Mereka berdua berpaling serentak ke pintu. Kevin, Gary dan Alex sedang berdiri sambil tersengih sinis kecuali Alex.
“Korang berdua ni dah bercouple ke?” Kevin mengusik. Ki Bum dan Xera menggeleng serentak.
“Tapi kedudukan korang tu macam ye.” Gary ketawa perlahan. Xera tengok Ki Bum, Ki Bum tengok Xera. Kedua-dua belah tangan Xera berada di tengkuk Ki Bum dan kedua-dua belah tangan Ki Bum berada di pinggang Xera. Muka masing-masing dah merah. Xera berdehem perlahan dan garu kepala. Kevin dan Gary dah ketawa. Alex beredar.
“Sorry.” Xera mengungkap maaf tanpa memandang Ki Bum. Ki Bum mengangguk dan keluar dari bilik. Sebelum tutup pintu Kevin memanggil Xera.
“Korang berdua kalau bercouple mesti akan jadi pasangan sama cantik dan sama padan.” Kata-kata Kevin membuatkan muka Xera menjadi bertambah merah.
****
Xera memasukkan lunch yang di buat Mr David ke dalam beg. Dia perlu berpura-pura selama 2 minggu. Xera pandang ke kiri dan ke kanan sebelum melalui gate sekolah. khuatir peminat-peminat gila flower boys akan baling apa-apa kepadanya dan sangkaannya ternyata tepat. Sebaik sahaja dia masuk ke dalam kawasan sekolah, sebilangan besar pelajar sudah berkumpul dengan pelbagai barang di tangan. Kalau ikutkan hati Xera mau dia cincang manusia-manusia di hadapannya. Dia dah bersiap- sedia dengan serangan peminat-peminat gila berkenaan dengan menutup mata.
1 minit…2 minit.. tak ada apa-apa yang berlaku. Xera buka mata dan melihat kesemua peminat flower boys tunduk ke bawah. Xera pandang ke sebelah. Ki Bum meletakkan lengannya di bahu Xera.
“Adakah aku perlu ulang banyak kali jangan ganggu tunang aku?!” Ki Bum memandang peminat-peminat gila di hadapannya.
“Betul ke dia tunang awak Ki Bum? Saya tak percaya!” Jerit salah seorang peminat flower boys. Ki Bum tergelak sinis. Dia menarik Xera supaya menghadap dirinya. Sedikit demi sedikit muka Ki Bum menghampiri muka Xera. Xera dah tutup mata.
“Adakah kau begitu berharap aku cium kau?” Xera buka mata dan kalau dia bergerak seinci lagi bibirnya akan bersentuh dengan bibir Ki Bum.
“Dalam mimpi je pak cik.” Xera menjeling.
“Duduk diam-diam sekejap.” Ki Bum berbisik. 2 minit kemudian Ki Bum merenggangkan tubuhnya dari tubuh Xera. Muka Xera dah merah. Nun di koridor tingkat 2, Kevin ketawa besar dan menghulurkan tangannya kepada Gary dan Alex. Dia tersengih lebar bila duit berada di atas tapak tangannya.
“Aku dah cakap kat korang yang Ki Bum tu dah gila. Dia cuma tunggu peluang nak luahkan perasaan dia dekat Xera je.” Alex menjadi berapi apabila mendengar kata-kata Kevin. Dia mengepal penumbuk tanpa di sedarinya. Kevin dan Gary tersenyum sinis apabila melihat reaksi Alex.

3 under spell:

MaY_LiN said...

o-o..
ade org jeles la

u-knew yufa said...

hahaha
tak sangka bes citer ni ya
saya br bc je ni...nk pegi bc yg eps lain jap..

Snow_Queen said...

@may lin: bese lah tuh..huhuh..sje nk seksa jiwa raga alex..

@u-knew yufa: tengs ;)

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review