Thursday, September 16, 2010

Flower Boys 7

Posted by Snow_Queen at 10:10 PM
Xera terduduk keletihan di atas tanah. Dia mendongak memandang langit yang sudah bertukar warna. Pak cik guard datang menghampiri.
“Nak…kenapa duduk kat sini? Bahaya malam-malam ni.” Pak Cik Shun memandang seorang gadis yang serabai di hadapannya. Hatinya jatuh kasihan melihat lengan gadis itu calar-balar.
“A…Air..” Laju pak cik Shun masuk ke dalam pondok bodyguard dan mengambil botol air. Xera meneguk rakus air seolah-olah tak pernah bertemu air selama setahun. Dia sendawa apabila habis sebotol air di teguknya. Pak Cik Shun menggeleng perlahan.
“Pak cik boleh tolong saya?” Laju pak cik Shun mengangguk.
“Tolong panggil Dong Hae.”
“Tuan muda Dong Hae?” Pak cik Shun mengerutkan keningnya. Apa urusan anak gadis ini dengan president persatuan pelajar sekolah Exile? Namun diturut juga permintaan Xera.
****
“Ada apa pak cik?” Dong Hae memandang Pak cik Shun pelik. Belum sempat Pak cik Shun buka mulut, Xera meluru memeluk lelaki itu.
“Uiii…tercekik aku.” Dong Hae melepaskan pegangan.
“Kau buat apa kat sini?” Dong Hae memandang Xera yang serabai dari hujung rambut ke hujung kaki.
“Dong Hae…” Xera memeluk lelaki di hadapannya. Dong Hae memandang pak cik Shun dengan pandangan serba-salah. Dia memetik jari dan sesaat kemudian mereka berada di dalam bilik Dong Hae. Nasib baik bilik president pelajar terasing dari bilik pelajar-pelajar yang lain dan tiada teman sebilik. Xera melepaskan pelukan. Dia mengesat air mata. Ni mesti ada kes. Kalau tak dia takkan menangis getus hati Dong Hae.
“Dah! Pergi mandi. Serabai aku tengok.” Dong Hae meletakkan tuala bersih serta pijama atas tangan Xera. Gadis itu berlalu masuk ke dalam bilik air. Dong Hae meneruskan kembali kerjanya yang tertangguh.
            Xera mengelap kering rambutnya dan menghempaskan badannya atas katil. Dong Hae pusing menghadap Xera.
“Apa yang berlaku?”
“Bala.”
“Apa yang kau dah buat?”
“Potong nyawa sendiri.”
“Cakap dalam bahasa yang mudah sikit boleh tak?” Dong Hae mengangkat kening sebelah. Xera bangun dan menghadap Dong Hae. Lalu dia menceritakan dari A-Z kepada abangnya tanpa tokok-tambah. Dong Hae ternganga memandang Xera.
“Padan dengan muka kau.” Dong Hae menjeling.
“Ala…bukan salah adik seratus peratus pun.” Xera mempertahankan dirinya.
“Jadi?” Dong Hae memandang Xera yang dah mula buat muka kasihan.
“Kalau ada belas kasihan di hati tolonglah pinjamkan duit kepada adikmu ini.” Xera tersengih lebar.
“Heh...aku dah agak..no way.”
“Abang tak kesian ke tengok adik kebulur nanti? Dahlah sihir tak ada pastu silap-silap hari bulan adik duduk kat kaki lima minta sedekah.”
“Kau ni drama queen betul.” Dong Hae menggeleng kepala.
“Ala nanti adik bayarlah balik. Sekali dengan interest..amacam?” Xera mengangkat kening. Dong Hae menggaru dagu sebelum mengangguk setuju.
“Okay..tidur dulu.” Xera menarik selimut.
“Eh sapa kasi kebenaran untuk kau tidur kat sini?”
“Ala masuk dalam pakejlah. Dah malam ni macam mana nak balik kolej. Lainlah kalau kita ada kuasa nak balik bilik dalam sekelip mata…” Dong Hae menjeling adiknya yang dah mula lena. Nasib baik adik aku kalau tak dah lama aku tendang keluar.
            Ki Bum membuka pintu bilik Xera. Kosong. Dia turun ke ruang tamu.
“Xera tak balik lagi.”
“Jadi?” Alex memandang Ki Bum.
“Korang tak risau ke? Dia perempuan.” Ki Bum duduk sebelah Kevin. Kevin memandang Alex. Kalau Ki Bum tahu apa yang Alex buat dekat Xera mati kau getus hatinya.
“Alex..kau ada buat apa-apa ke dekat dia?” Ki Bum memandang Alex yang sedang membaca majalah.
“Aku nak buat apa kat dia? Buang masa aku je. Yang kau risau sangat ni kenapa? Dia dah besar bukan budak-budak lagi tahulah dia balik sendiri nanti.” Walaupun Alex nampak selamba namun dalam hatinya turut terselit perasaan bimbang. Dia berdoa dalam senyap agar gadis itu tak ditimpa malang.

1 under spell:

MaY_LiN said...

aduhai..
memang drama queen la..

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review