Thursday, September 16, 2010

Flower Boys 6

Posted by Snow_Queen at 6:58 PM
Xera menggigit bibir melihat Ki Bum yang sedang terguling sambil gelak sakan di atas tanah. Lelaki itu bangun dan berdehem perlahan.
“Kau ni mata letak kat lutut ke? Benda mudah macam ni tak dapat nak tangkap?” Ki Bum mengambil balik Quilet, sejenis bola yang mempunyai sayap berwarna biru keemasan. Dia mengambil pula penyapu terbang milik Xera yang tersangkut di pokok dan baling ke arah gadis itu. Xera tak menyambut penyapu berkenaan sebaliknya dia duduk di atas tanah. Ki Bum mengerutkan kening.
“Apa hal pulak?”
“Dah tak nak main!” Xera bersila dan menyilangkan tangan sambil memandang Ki Bum.
“Baru 10 minit takkan lah kau dah putus asa? Benda ni kau kena main sepanjang kau bersekolah di sini tau.” Ki Bum berdiri depan Xera.
“Eh aku tak cakap pun aku nak main. Kau yang memandai daftar nama aku masuk permainan bodoh ni.” Xera meniup rambutnya yang jatuh ke dahi. Teringat kembali sewaktu seniornya tiba-tiba datang ke kelas.
*imbas kembali
“Awak Xera?” Xera hanya mengangguk memandang pemuda yang memakai kot berwarna hitam yang merupakan pakaian seragam khas bagi pelajar senior yang berada di tahun 11.
“Tahniah dan selamat datang ke kelab kami. Saya John, captain pasukan Angel.” Xera ternganga.
“Hah?! Kelab apa ni? Saya tak faham.” Xera memandang John.
“Eh ni nama awak dah di daftar dalam kelab kami menggantikan pemain lama yang dah mati. Ki Bum yang daftarkan nama awak.” Xera menggetap bibir. Sebaik sahaja bunyi loceng berdering tanda matapelajaran kedua tamat, segera dia meluru keluar dari kelas mencari Ki Bum. Dan lelaki itu seolah-olah tahu akan kedatangannya kerana sudah berdiri di luar kelas. Belum habis dia membebel, Ki Bum menarik tangannya ke padang dan merapu mengenai game yang bernama Wild Shoot. Permainan ini mempunyai 12 orang pemain. Setiap pemain mesti merebut Quilet dan masukkan ke dalam jaring. Yang menjadikan permainan ini susah ialah kerana Quilet bebas terbang ke sana ke sini maka para pemain mesti mengejar bola ini dan kadang-kala akan berlaku kemalangan seperti jatuh dari penyapu dan kadang-kadang ada yang main kotor dan selepas itu dia dah tak dengar apa yang pak cik tu bebelkan kerana sibuk berangan.
*imbas kembali tamat
“Kau ada pontensi.” Ki Bum cuba memujuk Xera yang dah muncung.
“Ha’ah memang ada pontensi untuk buat korang kalah.” Xera memandang Ki Bum di sebelah.
“Come on! Positif sikit..mengikut kata Prof Seren hidup kita mestilah…” Belum sempat Ki Bum habis bercakap Xera dah bangun.
“Kau berfalsafahlah sorang-sorang. Aku nak pergi makan. Perut aku dah mengaum minta di isi.” Ki Bum menggeleng perlahan. This girl is something..getus hatinya.
****
Xera buat tak peduli dengan jelingan maut yang di lemparkan kepadanya. Haih asal kena kongsi kantin dengan golongan manusia pulak. Nama je sekolah kaya. Ni minah yang dok berjalan sebelah aku asyik menjeling je dari tadi. Apa tak sakit ke mata kau minah oiii..apa cantik sangat ke aku sampai tengok aku macam tu? Getus hatinya.
            Xera memerhati manusia-manusia dalam kantin yang sedang beratur membeli makanan. Ermmm nak makan apa ye..dia menggaru dagu memikir.
“well..well..tengok sapa yang kita jumpa harini.” Xera berpaling memandang Alex, Kevin dan Gary yang sedang berdiri di belakangnya.
“Eh ada orang ke? Sapa yang bercakap tu?” Xera tersenyum sinis. Alex mara ke hadapan namun Gary memegang bahu Alex.
“Kau nak join kitaorang makan tengah hari?” Kevin mempelawa.
“Kalau tak ada katak yang menyakitkan mata aku ni mungkin aku akan join korang.” Gary dan Kevin ketawa kecil mendengar jawapan Xera. Alex menggetap gigi gerahamnya namun dia tersenyum kemudian. Alex mengambil mangkuk sup dari tray seorang gadis yang lalu di sebelahnya dan menyiram Xera. Seluruh kantin tergelak melihat Xera. Xera tersenyum sinis. Dia memetik jari dan dalam sekelip mata bajunya kering seperti sediakala dan baju Alex pula yang penuh dengan tumpahan sup. Satu kantin senyap seolah-olah baru lepas melihat hantu.
“Aku ni budak sihir kau dah lupa ke? Aku tak tahu apasal kau benci aku sangat tapi kau ni berlagak je lebih, bajet hensem. Mentang-mentang kau kaya kau ingat aku takut? Pigi dah.” Xera berlalu pergi. Seleranya sudah patah. Mampus kau Xera…sengaja cari nahas.
****
Xera menggosok perutnya. Dia duduk di bangku taman. Kelas dah lama habis tapi dia sengaja duduk di situ. Kini dia sama seperti manusia biasa apabila kuasa sihirnya di tarik selama 2 minggu oleh pengetua. Yang itu tak apa lagi tapi kalau biasiswa pun kena tarik selama 2 minggu dia nak makan macam mana? Mana dia nak korek duit? takkan dia nak balik dan minta duit dekat ayahnya? Kompem-kompem orang tua tu gelak guling-guling tak cukup tanah. Konon nak berdikari tanpa bergantung kepada ayah ye? Huh malam sikitlah Xera. Pastu mesti mak sindir dia sampai cair taik telinga. Uiiii tu yang paling dia tak sanggup. Dia bangun dan menyepak dahan pokok. Hatinya sebal. Entah apa si Alex tak sedar diri tu jaja cerita dekat Prof Adam sampai lelaki itu menghukumnya. Macam mana nak balik ni? Mesti kat gate sekolah penuh dengan peminat Flower Boys yang sudah bersiap sedia hendak menghentamnya. Satu-satu jalan nak balik ke asrama hanyalah melalui gate utama sekolah yang di kongsi pelajar sihir dan manusia biasa. Xera menggigit jari. Heh nama aku bukan Xera kalau otak aku tak cerdik. Xera tersenyum nipis dan berlalu dari taman.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review