Monday, September 27, 2010

Flower Boys 10

Posted by Snow_Queen at 2:29 PM

“Xera…” Xera menggosok mata. Dia memandang Ki Bum yang sedang tersenyum.
            “Makan tengah hari dah siap.” Ki Bum bangun dan menghulurkan tangan kepada Xera. Xera menyambut dan bangun. Mereka berpimpin tangan menuju ke depan khemah di mana ada beberapa batang kayu balak yang di gunakan untuk duduk.
            “Ehem-ehem..mengumumkan kedatangan pasangan paling romantic.” Gary tersenyum manis. Xera segera melepaskan pegangan tangannya dan Ki Bum. Dia duduk sebelah Ella dan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku.
            “Korang ni ada apa-apa ke?” Mina, mak we Gary memandang Xera dan Ki Bum bersilih ganti.
            “Mana ada apa-apa.” Ki Bum menafikan. Xera mengangguk.
            “Sekarang memang tak ada apa-apa lagi..nanti-nanti adalah tu.” Mina tersenyum manis. Gary ketawa.
Mereka berlapan makan tengah hari sambil berborak. Usai makan, Xera, Mina, Ella dan Alisha mengemas tempat makan manakala flower boys masuk hutan.
Xera menyinsing kaki seluarnya. Dia masuk ke dalam air dan duduk di atas sebuah batu besar yang berada di tengah-tengah sungai. Kaki di rendamkan ke dalam sungai.
            “Boleh aku duduk sini?” Xera memandang Alisha yang menghampiri dan mengangguk.
            “Kau dah lama kenal dengan dorang?” Alisha memandang Xera.
            “Ermmm tak sampai sebulan pun.” Xera menyepak-nyepak air dengan kakinya.
            “Apa pendapat kau tentang Alex?” Xera memandang Alisha tajam.
            “Alex? Dia sorang yang sangat menyampahkan, sombong, perasan bagus..bla..bla..bla..” Xera bercakap dengan semangat. Alisha tersenyum.
            “Kenapa kau senyum?” Xera memandang Alisha pelik.
            “Walaupun macam tu dia sebenarnya seorang yang sangat baik cuma dia tak tunjuk.” Xera tersenyum manis.
            “Kau dah betul-betul jatuh cinta kepada Alex ha?” Xera menyiku lengan Alisha.
            “Tapi dia tak suka aku sebab aku bukan gadis pilihan hati. Dia anggap aku ni beban je.” Alisha menggetap bibir. Xera meraih bahu Alisha.
            “Kau pikatlah hati dia. Berusahalah. Kalau kita berusaha untuk dapatkan sesuatu dengan tenaga kita sendiri pulangan yang kita dapat tu akan amat berbaloi.” Xera memberi semangat. Dia tersengih sendiri. Sekarang dia mengaplikasikan ayat Ki Bum kepada Alisha.
            “Aku cemburu dengan kau.” Alisha tersenyum memandang Xera.
            “Aku? Kenapa pula?”
            “Sebab kau masuk dengan semua orang.”
            “Hahaha…tapi bukan dengan si perasan Alex.” Kedua-dua gadis berkenaan ketawa serentak.
            “So…kawan?” Alisha menghulurkan tangan.
            “Kawan..” Xera menyambut tangan Alisha.
****
Xera bangun dan berjalan masuk ke dalam hutan. Dia sempat membuat bulatan jampi di sekeliling tapak perkhemahan mereka supaya tiada bahaya yang menimpa Mina, Alisha dan Ella sewaktu mereka sedang tidur. Dia menikmati keindahan hutan sekeliling. Bunyi bising di sebalik semak menarik perhatian. Dia menuju ke arah bunyi berkenaan sebelum menutup mulut dan beredar. Dia memegang dadanya yang bergetar hebat. Manalah dia tahu mamat-mamat tu sedang mandi-manda. Aish dorang ni tak boleh pergi mandi jauh-jauh sikit ke? Dia berleter dalam hati dan terus berjalan.
****
“Mana Xera?” Kevin bertanya pada Ella yang sedang menguap.
            “Tu..” Ella tunjuk dalam khemah yang pintunya terbuka luas tanpa melihat.
            “Tu…mana…” Kevin mengajuk Ella. Ella melihat dalam khemah.
            “Erk..tadi dia ada dalam khemah..entah..” Ella garu kepala.
            “Tak pe..aku pergi cari dia.” Ki Bum berjalan masuk dalam hutan balik.
           
Xera melihat buah-buahan berwarna-warni di depannya. Dia bau satu persatu buah-buahan berkenaan.
            “Opocot mak kau.” Xera berpaling melihat gerangan yang mencucuk pinggangnya.
            “Tak de keje eh?” Xera menjeling Ki Bum yang sedang tersengih. Ki Bum duduk mencangkung sebelah Xera.
            “Kau buat kajian ke?” Ki Bum belek buah di depannya.
            “Tengok je. Semua buah ni ada kegunaanya. Macam yang warna biru ni di gunakan untuk merawat luka, yang warna hijau ni orang guna untuk buat love potion.” Ki Bum memandang Xera yang sedang bersemangat memberi penerangan. Ki Bum senyum sendiri.
            “Yang ini?” Ki Bum menunjukkan buah yang berwarna merah hati.
            “Emmm apa ek?” Xera membelek buah berkenaan.
            “Buah ni kalau di makan orang berkenaan akan bercakap benar.” Xera memandang Ki Bum geram.
            “Dah tau tanya pulak.” Xera berpaling ke depan dan duduk di atas tanah. Letih cangkung lama-lama.
            “Haritu kau menghilang pergi mana?” Ki Bum memandang Xera yang sedang melukis sesuatu atas tanah.
            “Tidur rumah kawan. Aku dah berperang besar dengan Alex dan peminat-peminat dia. Kenapa setiap kali kau nak selamatkan aku? Kita baru je kenal.” Xera memandang Ki Bum. Masing-masing menggunakan pandangan mata untuk membicarakan maksud tersirat. Ki Bum tersenyum nipis dan bangun. Dia menghulurkan tangan pada Xera. Xera buat pandangan nak-pergi-mana pada Ki Bum namun lelaki itu hanya tersenyum. Xera capai pegangan tangan Ki Bum.
***
Xera meletakkan kedua belah tangannya ke mulut. Tergamam dengan keindahan taman di depan mata. Sungguh memukau pandangan sesiapa sahaja yang memandang.
            “Aku jumpa taman ni waktu sedang berjalan-jalan jadi aku nak tunjukkan dekat kau.” Ki Bum memegang tangan Xera dan membawa gadis itu melangkah masuk ke dalam taman.
Xera rasa terharu. Di tengah-tengah taman berkenaan terdapat air pancut. Bunyi suara nyanyian sang burung mengasyikkan telinga seolah-olah menyambut kedatangan tetamu yang tak di undang. Rama-rama berterbangan di udara. Xera tenggelam dalam keasyikkan. Ki Bum tersenyum melihat muka Xera yang berseri-seri. Buah-buahan pula tumbuh dengan segar dan warnanya menarik sesiapa sahaja untuk menjamah dan merasai keenakan setiap buah yang ada di situ. Tiba-tiba Xera terasa tangannya di tarik. Beberapa orang fairy yang muncul entah dari mana menarik tangan Xera. Begitu juga Ki Bum. Belum sempat Ki Bum buat apa-apa Xera dah hilang dari pandangan. Beberapa orang fairy yang memegang tangan Ki Bum juga turut melakukan hal sama.

Xera hanya membiarkan sahaja badannya di sental oleh seorang fairy. Mandian bunga benar-benar membuatkan Xera terasa segar. Selesai mandi, Xera di bawa masuk ke dalam bilik. Di dalam bilik berkenaan seorang fairy yang lain sedang memegang gown gabungan warna merah dan putih beserta sayap. 

Xera tersenyum tanda terima kasih.
            Ki Bum menyarungkan tuxedo putih ke badannya. Biarpun dia tak tahu apa tujuan fairy-fairy berkenaan namun dia hanya mengikut sahaja. Kemudian Ki Bum di bawa ke sebuah taman lain dan di biarkan sahaja sendirian di situ. Ki Bum terpinga-pinga. Senja mulai menjelma namun Xera masih tak kelihatan. Ki Bum resah sendiri. Ki Bum berpaling ke arah kirinya bila terdengar bunyi music yang seolah-olah okestra pula. Dia tergamam melihat Xera yang sedang berjalan menuruni jambatan yang muncul entah dari mana. Ki Bum menghampiri. Dia menghulurkan tangan kepada Xera. Xera tersenyum manis dan menyambut tangan Ki Bum. Mereka ke tengah-tengah taman. Sebentar kemudian taman berkenaan di terangi cahaya yang malap menimbulkan suasana romantic.
            “Awak nampak cantik malam ni.” Ki Bum mengucup tangan Xera. Xera tersenyum nipis. Jantung terasa nak melompat dari dada.
            “Can I have this dance?” Ki Bum memandang Xera. Xera mengangguk. Maka beralunlah tarian kedua-dua pasangan berkenaan mengikut rentak music. Masing-masing diam hanya membiarkan mata berbicara. Fairy-fairy yang bersembunyi dari pandangan masing-masing tersenyum manis.
            “Kau rasa dorang selamat tak?” Kevin memandang Gary dan yang lain-lain. Masing-masing risau kerana hari sudah malam.
            “Ki Bum dan Xera bukan sebarangan orang. Aku rasa dorang okay.” Gary menenangkan kawan-kawannya yang lain sekaligus memujuk perasaan sendiri. Alex menggigit bibir. Xera sekarang orang biasa kerananya. Ah! Kenapa pula aku nak ambil kisah. Alex bangun dan masuk ke dalam khemah. Yang lain-lain hanya mengangkat bahu melihat perangai Alex yang berubah tiba-tiba.

            Bunyi music berhenti. Xera dan Ki Bum juga menghentikan tarian mereka. Xera terasa seperti bermimpi. Tangannya masih berada dalam genggaman Ki Bum. Kemudian terdengar pula alunan music yang lebih mendayu-dayu seolah-olah tidak ingin menggangu bicara Xera dan Ki Bum. Ki Bum memandang Xera. Xera pandang Ki Bum juga dan tersenyum nipis. Kedua-dua mereka hanya tersedar apabila bibir masing-masing bertemu. Xera terasa mukanya sudah bertukar warna namun dia tergelak pula bila melihat muka Ki Bum turut bertukar warna.
            “Apasal gelak?” Ki Bum bercekak pinggang.
            “Pertama kali lihat muka kau merah.” Ki Bum tersenyum lantas menggeletek pinggang Xera. Xera ketawa sambil menepis tangan Ki Bum.
            “Jadi…Apa status hubungan kita sekarang?” Ki Bum memandang Xera. Xera tersenyum dan cium bibir Ki Bum sekali lagi.
            “Jadi kau faham tak?” Xera memandang Ki Bum. Ki Bum menggeleng. Buat-buat tak tahu sebenarnya.
            “Ah! Malas nak layan. Nak balik. Nanti dorang risau.” Xera melangkah untuk keluar dari situ. Ki Bum tersenyum dan berlari untuk menyaingi Xera. Dia mencapai tangan Xera dan menggengamnya erat. Xera tersenyum nipis.


6 under spell:

iniakuyangpunyahati said...

tidakkkk.. nk dgn alex huhuhu

Anonymous said...

comelnya xera.. knapa update blog mi x kuar mcm biasa kt blog ek.. kdg2 x perasan ad en3 bru..

sakura said...

yes...nak Xera ngan Ki Bum...

Snow_Queen said...

@iniakuyangpunyahati: lol..

@Anonymous: yeke? erm tatau la snow..awk de follow snow x?

@sakura: :)

u-knew yufa said...

ctk ar baju tu..muahahaha...ki bum n xera 4 eva!

MaY_LiN said...

wawawa..
pandai nye

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review