Wednesday, September 29, 2010

1 4 3 7 (14)

Posted by Snow_Queen at 11:49 PM
Mika dan Elyn menerpa Seven yang baru pulang. Seven menggelengkan kepala apabila Elyn bertanya pasal Elina. Elyn jatuh terduduk dan menangis teresak-esak.
            “Puaslah hati kau sebab kakak kau dah mati?” Seven tersenyum sinis. Mika menggeleng kepala namun dalam hati dia mahu tergelak pun ada. Ada-ada sahaja Elina dan Seven ni.
            “Aku tak..tak bermaksud ma..macam tu..” Elyn mengesat air mata.
            “Kalau Elina hidup lagi apa yang akan kau kata pada dia?” Seven memandang Elyn.
            “Aku janji takkan susahkan dia. Aku..aku akan berdikari dan aku tak pernah pun bencikan dia.” Elyn menarik nafas dalam-dalam.
            “Boleh percaya ke kata-kata kau tu?” Seven sengaja menguji lagi. Elyn mengangguk dengan bersungguh. Elina tersenyum mendengar janji Elyn. Lantas dia munculkan diri dan memeluk Elyn. Elyn terpaku melihat Elina di depan matanya.
            “Elina..Kau tak mati lagi? Oh Elina maafkan aku.” Elyn memeluk Elina kejap. Seolah-olah dia tak mahu melepaskan kakaknya lagi.
***
Mika, Elyn, Seven dan Elina duduk di ruang tamu. Masing-masing mengeluarkan idea untuk membantu Elyn.
            “Aku rasa kita kena cuba buat uji kaji beberapa jampi dulu ke atas Elyn.” Mikka memberi cadangan. Seven mengangguk.
            “Aku tak setuju. Kalau ada kesan sampingan macam mana?” Elina membangkang. Mikka garu dagu.
            “Aku rasa kita bawak Elyn pergi jumpa nenek aku sajalah. Orang tua tu mesti ada idea.” Elina memberi cadangan.
            “Jumpa nenek kau? Adoi! Tak tahan betul aku dengan mulut dia.” Mikka geleng awal-awal.
            “Dia bukan teruk sangat pun. Cuba sekali-sekala kau jangan bangkang cakap nenek aku tu tak adalah dia nak kutuk kau je.” Elina mencebik.
            “Wait..nenek? siapa?” Elyn menyibuk. Elina memandang Elyn.
            “Nenek sebelah ibu. Kau tak pernah jumpa dia sebab kau tak boleh masuk perkampungan fairy kalau tak ada magic.” Elyn mengangguk perlahan.
            “Habis tu macam mana kau nak bawa dia masuk kampung tu kalau dia tak ada magic?” Seven memandang Elina.
            “Hehehee..kalau ada kesan kehadiran magis dekat Elyn dah kira boleh masuk. Elyn ada pakai rantai yang ibu kasi jadi tak ada masalah.” Elina memandang rantai yang tergantung di leher Elyn.
            “Ikut suka hati kaulah..Aku tak nak pergi sana.” Mikka bangun dan masuk ke dalam bilik. Dia terasa letih dan mahu berehat awal.
            “Akak macam mana ni?” Elyn berbisik pada Elina. Elina hanya sengih jahat. By hook or by crook dia akan tetap seret Mikka sekali.
***
“Apa macam?” Elina memandang Elyn yang sedang menelaah buku-buku lama.
            “Oh! Elyn faham sikit-sikit je.” Elyn garu dahi. Elina menepuk dahi.
            “Akak bukan cakap pasal buku tu tapi pasal Mikka. Kau kan suka dia?” Elyn mengerutkan kening. Seingatnya dia tak pernah bagitahu Elina yang dia sukakan Mikka.
            “Macam mana akak boleh tahu? Elyn tak pernah bagitahu akak pun yang Elyn suka dia.” Elina tersengih.
            “Magic..” Elina jungkit kening. Elyn mencebik.
            “Sukalah bila dia ada depan mata tapi Elyn takutlah nak rapat dengan dia sebab dia nampak macam dingin dan susah nak tahu isi hati dia.” Elyn meluahkan kegusaran hatinya.
            “Kalau dah kenal lama kau boleh tahu perangai dia dengan senang.” Elina tersenyum nipis.
            “Akak dah berapa lama kenal Mikka?” Elyn memandang Elina yang sedang bermain dengan rambut sendiri.
            “Sejak kecil lagi.”
            “Hah? Kenapa Elyn tak tahu?” Elyn dah muncung. Elina tergelak perlahan.
            “Sebab waktu kecil dulu dia hanya memperlihatkan diri dia pada akak.” Hati Elyn terselit rasa cemburu,
            “Jangan cemburu…Orang yang dia suka adalah kau. Akak suka orang lain.” Elina tersenyum nipis.
            “Seven? Habis yang kat sekolah tu?” Elyn memandang Elina pelik.
            “Lah yang kat sekolah tu Sevenlah. Hari tu kau nampak ke tak?” Elina mengerutkan kening.
            “Hehehee..tak nampak.” Elina baling bantal kepada Elyn.
            “Bertuah punya adik! Dah tidur! Esok kena bangun awal.” Elina tutup lampu dan memejamkan mata. Begitu juga Elyn. Elyn sempat memeluk lengan Elina, khuatir Elina akan hilang bila dia buka mata nanti.

2 under spell:

MaY_LiN said...

yeah yeah..
ade n3..
thanks..
akak suka seven ya

Snow_Queen said...

@may_lin: yup.. Wlcume2x..suka seven..hehehe..tpi dia da de mak we lah plak jd kre kansel jelah huhuhuhhu...

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review