Tuesday, August 31, 2010

Ma Sweet Boy part 4 *Final

Posted by Snow_Queen at 9:24 PM

       “Wah..wah..wah..kemana kau menghilang 2 hari? Risau betul aku tak dapat call kau tau?” Ayu menyekeh kepala Akira. Gadis itu mengaduh perlahan.
“Nape kau call? Aku pergi…ah malu la nak cakap..” Akira mengerdipkan matanya beberapa kali.
“Kau pergi honeymoon ke?” Akira menganggukan kepala.
“Hah? Kau biar betul?” Ayu yang sedang berdiri terus duduk sebelah Akira.
“Dia dah luahkan perasaan dia dekat aku.” Akira tersengih lebar.
“Padanlah semacam je aku tengok kau.. suka, suka juga tapi kau jangan lupa masalah keluarga kau tu tak settle lagi.” Ayu memegang bahu Akira. Senyuman lebar gadis itu serta-merta mati sebaik sahaja mendengar kata-kata sahabat baiknya.
“Oh aku hampir lupa pasal tu…apa yang aku nak buat ha? Max amacam?”
“Lah kau tanya aku pulak..Setakat ni dia…” kata-kata Ayu terhenti apabila bunyi telefon bimbitnya berdering. Panggilan di angkat dan dia berdiri di depan tingkap. Dia memberi isyarat kepada Akira agar tunggu sebentar.
“Hello?” Akira sempat mencuri makan spaghetti yang di buat Ayu.
“Apa?!” Ayu terduduk manakala telefon bimbitnya terlepas dari tangan. Akira segera bangun mendapatkan kawan baiknya.
“Ayu..asal?” Akira mengambil telefon bimbit Ayu yang terjatuh. Dia tersentak apabila mendengar  jawapan dari talian sebelah apabila dia bertanya.
“Kira…” Ayu menahan sebak. Akira menolong Ayu berdiri. Kunci kereta di capai dan sebentar kemudian kereta Porsche milik Ayu meluncur di atas jalan. Akira memandang Ayu yang tak memberi reaksi dari tadi. Menangis pun tidak.
“Ayu…” Akira mengenggam tangan gadis di sebelahnya. Ayu tidak memberi sebarang reaksi langsung. Hanya memandang ke arah luar tingkap. Akira mengeluh perlahan. Kuatkah gadis itu atau dia enggan melihatkan apa yang di rasa? Sedangkan dia sendiri pun menangis. Dia mendail nombor seseorang. Seung Hyun tersenyum apabila melihat id pemanggil. Dia memberi isyarat kepada Amy agar tunggu sebentar.
“Hai honey..”
“Awak..”
“Kenapa ni?” Seung Hyun menjadi cemas mendengar suara sebak Akira. Dia mengangguk dan memutuskan panggilan.
“Amy, saya kena keluar. Semua temujanji harini awak batalkan.”
“Tapi..” Amy hanya mampu menggetap bibir apabila lelaki itu sudah pun keluar dari pejabat.
*****
“Kau tolong buka pintu?” Ayu memandang Akira. Akira mengangguk dan tombol pintu wad 135 di buka. Perlahan-lahan Ayu masuk ke dalam. Akira menggetap bibir apabila melihat keadaan Max. Terdapat beberapa kesan luka di wajah peguam muda itu. Kepala dan tangan kiri berbalut. Air mata mengalir lagi. Ayu memegang kedua-dua pipi Max yang tak sedarkan diri.
“Akira macam ma..mana ni..” Kini Ayu sudah tidak dapat menahan sebak. Air mata jatuh jua bagai empangan yang pecah.
“Ayu…” Akira mendakap tubuh teman baiknya.
“Aku ingat tadi dia bergurau je..dia kan suka buat kejutan..aku…aku..” Akira mengusap belakang teman baiknya. Ayu meleraikan dakapan Akira. Dia menghadap Max.
“Max..bangunlah..cakap yang awak bergurau..” Akira hanya mampu memeluk tubuh. Air mata yang jatuh usah di kira.
“Kalau awak..tak..bangun..saya macam mana? Awak tak ingat ke janji kita? Kenapa awak nak tinggalkan saya?” Selimut Max di genggam erat. Dia jatuh terduduk di sisi katil.
            Pintu wad di buka. Sebaik sahaja nampak kelibat Akira, Seung Hyun terus mendapatkan isterinya. Akira mendakap erat tubuh lelaki itu. Seung Hyun mengusap rambut Akira. Dia baru sahaja berjumpa dengan doctor. Dakapan di leraikan. Seung Hyun menghampiri Ayu.
“Sabarlah..kita sama-sama doakan agar dia dapat lepas waktu kritikal ni.” Tangan Ayu di genggam memberi kekuatan. Akira meraih tubuh Ayu dan memeluk gadis itu.
*****
Pintu wad di tutup. Akira duduk di sebelah Seung Hyun.
“Dia macam mana?” Seung Hyun meraih bahu Akira.
“Dia dah tidur. Tak nak makan. Tak sangka Max akan di timpa kecelakaan.” Akira mengeluh perlahan.
“Doktor kata apa?” Giliran Seung Hyun mengeluh. Dia memandang Akira.
“Jangan bagitahu Ayu..Max mungkin akan koma dalam jangka masa yang panjang even dia dapat lepas tempoh kritikal ni.”
“Semuanya salah saya…” Akira menekup kedua-dua belah mukanya. Seung Hyun mendakap tubuh Akira. Dia benci melihat gadis itu menangis.
            Akira bangun perlahan-lahan. Dia mengucup dahi Seung Hyun sebelum masuk ke dalam wad. Dia melihat Ayu yang tidur sambil mengenggam tangan Max.
“Semuanya salah aku…aku janji aku akan balas dendam balik untuk Max.” Akira menggetap bibir. Dia sempat menelefon Ariana, setiausaha syarikat yang bersama Max sewaktu kejadian untuk tanyakan apa yang sebenarnya berlaku. Entah kenapa dia terasa yang keadaan Max sekarang ada kena mengena dengan perbuatan keluarganya. Dia tahu yang kes ini dalam siasatan polis namun dia tak boleh berdiam diri. Di genggam tangan Ayu dan Max buat kali terkahir.
            Seung Hyun terbangun apabila cahaya matahari terkena wajahnya. Dia mengerutkan kening apabila terdapat kertas berlipat di sebelahnya.
Mianhae….saranghae…
Dia menggetap bibir. Kenal benar dengan tulisan tangan itu lantas dia masuk ke dalam wad. Dia mengeluh hampa apabila hanya ternampak kelibat Ayu dan Max. Dia memegang dahi. Lantas tanpa membuang masa dia berlari keluar mencari Akira.
******
Akira membuka pintu pejabat Max. Dia menyelongkar mini office itu untuk mencari file kes keluarganya. Dia terduduk hampa apabila pencariannya tak membuahkan hasil. Kalau kau adalah Max kat mana agaknya kau akan simpan file tu? Akira berjalan ke kiri dan ke kanan sebelum ternampak peti besi di belakang pasu bunga. Dia mengerutkan kening lantas mengalihkan pasu bunga yang boleh tahan besar itu. Kening bertaut sekali lagi. Lah apa pulak kod mamat ni…Akira memejam mata. Dia menekan digit-digit yang terdapat di peti besi berkenaan. Dia tersenyum gembira apabila percubaannya membuahkan hasil. Lantas beberapa fail dan kotak yang pernah di berikan Akira kepada Max di ambil. Dia membaca fail-fail berkenaan. Siasatan yang di jalankan Max menarik perhatiannya. Dia menyelak langsir bilik itu apabila mendengar bunyi pintu pagar di buka. Crap… getus hatinya. Dia mengambil fail-fail dan bahan bukti berkenaan sebelum beredar ikut pintu belakang namun pergerakannya terhenti apabila terdapat beberapa orang polis di pintu belakang. Dia lari naik ke tingkat atas dan masuk ke dalam bilik Max. Kalau bukan kerana dia dah selalu datang ke sini mesti dia takkan selamat. Dia menggerakan satu patung di atas rak bacaan yang terdapat dalam bilik itu. Dinding di sebelah katil Max terbuka. Dia masuk ke dalam bilik rahsia Max dan terduduk sambil menarik nafas lega. Perlahan-lahan dia bangun dan melihat keluar melalui lubang yang di buat Max. Kelibat beberapa orang anggota polis menyapa pandangan.
“Mangsa tinggal bersendirian. Ketua cakap dia ni peguam yang serba boleh.”
“Kalau macam tu aku tak hairan kalau dia ramai musuh.” Sambut sorang anggota polis yang lain.
“Kesian..muda lagi dah banyak musuh.” Terdengar gelak sinis beberapa orang rakan anggota polis yang lain.
Dia menahan nafas sebaik sahaja ada anggota polis yang melalui di hadapan tempat persembunyiannya. Penat berdiri dia duduk di atas kerusi yang terdapat di dalam bilik berkenaan. Dia menunggu sehingga anggota polis berkenaan selesai menyiasat.
****
Seung Hyun mengeluh hampa. Dia terduduk di salah satu kerusi yang terdapat di taman. Seharian dia mencari gadis itu namun hampa. Deringan telefon bimbit menarik perhatian.
“Kira!”
“Errr tuan saya ni.”
“Ada apa Amy?” Seung Hyun hampa.
“Client dari Jepun dah datang.” Seung Hyun mengetuk dahi. Dia terlupa yang dia ada tetamu penting harini.
“Amy..awak minta ketua jabatan Choi gantikan saya. Saya ada urusan penting ni.” Talian di matikan. Dia berpatah balik ke hospital.
            Ayu melemparkan senyuman kepada Seung Hyun walaupun dia sendiri terasa senyumannya pahit.
“Ayu..aku nak cakap dengan kau kejap?” Ayu mengangguk. Dia keluar dengan Seung Hyun.
“Kira hilang..”
“Apa?” Ayu memandang Seung Hyun tajam.
“Dia hanya tinggalkan ni.” Seung Hyun memberi Ayu kertas yang di tinggalkan Akira.
“Seung Hyun..aku nak tanya kau sesuatu.”
“Apa dia?” Seung Hyun memandang Ayu.
“Pernah tak Akira ada sebut apa-apa pasal keluarga dia?” Seung Hyun mengeleng.
“Yang aku tahu ayah dan ibu dia dah mati. Dia cuma ada ibu tirinya sekarang.”
“Pernah tak kau tertanya-tanya kenapa dia tak balik rumah keluarga dia? Kenapa dia tak pernah sebut pasal family tiri dia pada kau?” Seung Hyun seolah-olah baru tersedar yang Akira tak pernah bercakap pasal keluarga tirinya.
“Seung Hyun..Akira sebenarnya…” Dan dia mula menceritakan dari A-Z kepada suami teman baiknya.
Seung Hyun tersandar di dinding. Ayu menepuk bahu temannya yang sorang itu.
“Aku rasa mungkin dia nak balas dendam balik. Dia sayang Max macam abang dia. Aku rasa dia tak nak ada apa-apa yang buruk menimpa kita lagi sebab tu dia ambil tindakan macam ni.” Seung Hyun menumbuk dinding. Ayat ayu dicerna perlahan-lahan.
“Kau kena support dia. Aku tahu dia akan buat yang terbaik untuk kita.” Ayu masuk kembali di dalam wad meninggalkan Seung Hyun keseorangan.
“Awak kat mana? Jangan buat perkara bodoh.” Seung Hyun berbisik perlahan.
*****
Sudah seminggu Akira bekerja sebagai pembantu rumah di rumah keluarganya. Dengan bantuan Puan Elle, pembantu rumah yang sudah lama bekerja dengan keluarganya, Akira berjaya menyusup masuk ke dalam rumah mewah itu. Pada kali pertama dia muncul di hadapan orang tua itu, Puan Elle hampir-hampir pengsan kerana menyangka roh Akira tidak tenang namun setelah Akira menceritakan semuanya dari A-Z, dia berjanji akan membantu anak gadis itu sedaya-upaya. Akira di tugaskan bekerja di bahagian dapur sahaja. Dengan menggunakan rambut dan nama palsu, cermin mata tebal dan menggelapkan bahagian bawah mata setakat ini tiada sesiapa pun yang cam akan dirinya.
            Pada malam khamis yang tenang, kesemua orang-orang gaji sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari kelahiran Sara sekaligus mengumumkan kepada tetamu yang lain bahawa Sara dan Jack akan berkahwin. Akira sendiri tak menang tangan menolong di dapur walaupun bukan dia yang memasak. Tetamu makin lama makin ramai. Akira melepaskan lelah di luar apabila semuanya sudah siap di hidang. Dia mengeluarkan telefon bimbit dan melihat gambar Seung Hyun, Ayu dan Max. Dia mengucup gambar Seung Hyun tanda rindu. Dia tahu lelaki itu pasti marahkan dirinya namun dia tak sanggup nak tanggung risiko kehilangan orang yang di sayangi lagi. Sudah berhari-hari dia mencari peluang untuk membuat keluarga keji Puan Elizabeth mengaku kesalahan mereka namun masih tak ketemu peluang.
“Seira…” Akira berpaling apabila melihat Aya, salah seorang pembantu rumah menghampiri. Lekas dia menghampiri. Dia terkejut melihat mata Aya yang merah.
“Kau menangis ke Aya?” Aya terus memeluk Akira dan menangis dalam dakapan gadis itu. Akira menjadi risau. Aya selalu berperangai pelik kebelakangan ni. Dia mengusap perlahan rambut Aya.
“Kau ada masalah? Bagitahu aku kalau kau sudi.” Akira memujuk.
“Kau..sesiapa pun…takkan mampu tolong..” Akira menggetap bibir.
“Kalau kau tak bagitahu macam mana aku nak tolong?” Akira masih memujuk. Aya merenggangkan pelukan dan tersenyum pahit.
“Thanks..aku dah lega sebab menangis. Ni rahsia kita okay?” Aya berlalu masuk. Akira ikut dari belakang dan mendapatkan Puan Elle apabila namanya di panggil.
******
“Arghhhhhhh!” Bunyi jeritan bergema satu rumah. Akira dan beberapa orang gaji yang lain termasuk Puan Elle bergegas keluar dari bilik masing-masing. Mereka naik ke atas dan sebahagian yang mual terus berlari ke bilik air untuk mengeluarkan isi perut masing-masing. Akira terduduk atas lantai kerana terkejut. Puan Elle menarik Akira bangun dan membawa Akira ke bilik Sara pula. Kali ini Akira tak mampu menahan sebak apabila melihat mayat Aya tergantung di syiling.
“Pergi telefon polis dan ambulans cepat.” Puan Elle mengarah.
*****
Pihak polis mengambil keterangan saksi dan kesemua pembantu rumah yang lain. Mayat-mayat Puan Elizabeth sekeluarga di angkat masuk ke dalam ambulans. Mereka turut menemui nota bunuh diri. Setelah selesai semuanya mereka masuk ke dalam bilik masing-masing. Akira duduk di meja dapur sementara Puan Elle buat air.
“Tak sangka..” Akira menongkat tangannya di dahi.
“Ini namanya takdir. Yang jahat tetap akan dapat balasan setimpal.” Puan Elle memujuk Akira.
“Kira tak minta jadi macam ni…Kira nak dakwa mereka di mahkamah secara adil.” Puan Elle menyuakan secawan teh panas kepada Akira. Akira mengucapkan terima kasih.
“Tak sangka kan?” Tina, pembantu peribadi Sara masuk ke dapur dan duduk di sebelah Akira. Akira tersenyum kelat.
“Kenapa kau cakap macam tu?” Puan Elle memandang orang bawahannya.
“Aya kena rogol dengan Jack dan Tuan Alan. Bila Aya bagitahu Puan Elizabeth dan Sara kena maki dan pukul pula.” Tina mengeluh. Mereka masing-masing mendiamkan diri. Akira teringat pengakuan Aya dalam nota bunuh diri.
“Padanlah dia menangis teruk semalam.” Akira memandang  Puan Elle lalu dia menceritakan kejadian malam semalam.
“Dia buat keputusan terlalu terburu-buru.” Puan Elle menggeleng kesal.
“Puan..ramai yang nak berhenti. Mereka kata tak sanggup nak duduk dalam rumah ni.” Tina meluahkan hasrat beberapa orang rakan sekerjanya. Akira turut mengeluh. Tina bangun dan tunduk hormat sebelum berlalu.
“Apa yang kamu nak buat selepas ni?”
“Oleh sebab ramai yang nak berhenti…Kira bercadang nak jual rumah ni walapun ada banyak kenangan. Kira akan bayar gaji semua pekerja untuk setahun. Kira pun perlu balik juga ke sisi keluarga Kira.” Akira bangun dan memeluk Puan Elle buat kali terakhir.
*****
Ayu mengangkat muka apabila terdengar bunyi pintu wad di buka.
“Kira!” Ayu bangun dan mendapatkan kawan baiknya.
“Babe..” Kira memeluk Ayu.
“Kau tahu tak kitaorang risaukan kau. Seung Hyun macam orang gila aku tengok cari kau ke sana ke mari.” Akira tersenyum pahit mendengar nama Seung Hyun.
“Asal kau bertambah kurus ni? Makan ke tak? Max macam mana?” Akira mengalih topic. Dia menghampiri Max dan mengenggam tangan peguam muda yang masih tak sedarkan diri itu.
“Macam tulah dia.. Kau jangan nak ubah topic pula. Kau dah pergi jumpa Seung Hyun belum?” Akira menggeleng perlahan. Dia duduk di atas sofa.
“Aku takut dia marah aku.”
“Wah..wah..wah.. pandai pulak kau takut kan? Dulu waktu kau hilang macam tu je kau tak pikir pulak.” Ayu menjegilkan matanya.
“Dorang dah mati.”
“Sapa yang dah mati?”
“Keluarga tiri aku?”
“Kau..kau..”
“Kau jangan fikir bukan-bukan hokey..aku ni bukan pendek akal sangat sampai nak pergi bunuh dorang.” Akira memandang Ayu tajam. Ayu tersengih. Dia terasa lega bila mendengar kata-kata Ayu.
“Apa yang sebenarnya yang berlaku?” Akira memandang Max seketika sebelum menceritakan semuanya kepada Ayu. Dari hari dia mula menyamar jadi orang gaji sehinggalah ke kejadian pagi tadi.
“Jadi bila kau nak jual rumah tu?”
“Entah..tengoklah..lagipun aku nak kena pergi pujuk Seung Hyun dulu.” Akira bangun dan mencapai beg pakaiannya.
“Doakan aku.” Ayu mengangguk kepala.
******
Degupan jantungnya berdegup pada kadar paling laju. Terasa tangan mengigil apabila hendak memulas tombol pintu. Air liur yang di telan terasa kesat. Ah pandai lari pandai tanggunglah. Dia meniupkan semangat dalam hatinya. Lantas dengan penuh hati-hati dia membuka pintu rumah kondo mewah itu.
            Kosong…senyap…sunyi...itulah yang dia rasakan sewaktu masuk ke dalam rumah mewah itu. Dia terbersin beberapa kali. Dia menggeleng perlahan bila memandang kawasan ruang tamu yang bersepah. Dia menarik nafas dalam sebelum mengemas rumah. Dari ruang tamu ke bilik tidur ke pejabat ke dapur dan seterusnya ke bilik air. Dia terduduk kepenatan selepas selesai mengemas semuanya.
“ Dia tak pernah biarkan rumah ni bersepah.” Dia jadi macam ni sebab kau! Hatinya menjerit. Dia mengeluarkan telefon bimbit dan mendail nombor Seung Hyun namun hampa apabila hanya suara operator yang menjawab. Dia menggeliat perlahan sebelum masuk ke dalam bilik dan tidur.
            Amy mencicit lari keluar dari pejabat. Sudah seminggu ketuanya menjadi panas baran semacam. Dia mengeluh perlahan. Silap hari bulan aku berhenti karang getus hatinya. Seung Hyun memandang skrin laptopnya. Gambar Akira di tatap. Dia memejam mata dan mencampak file di tangannya ke atas meja. Dia mencapai kot dan berlalu keluar. Tak betah untuk tinggal dalam pejabat.
Dia berjalan kaki menyusuri lautan manusia yang tak pernah putus di tengah-tengah kawasan pusat membeli-belah Heavenly White. Dia duduk di bangku berhampiran air pancut memerhati manusia yang lalu lalang. Entah berapa lama dia duduk di situ.
            Akira bangun apabila alarm telefonnya bunyi. Dia melihat jam di pergelangan tangan yang menunjukkan pukul 7 malam. Dia bangun dan membuka pintu pejabat Seung Hyun namun hampa bila lelaki itu tiada di situ. Dia bersiap dan mencapai kunci kereta. Tekadnya hanya satu. Dia mesti mencari Seung Hyun dan minta maaf dari lelaki itu.
            Dari pejabat ke tempat mereka berbulan madu Akira mencari Seung Hyun namun setiap kali itu juga dia hampa. Agaknya ini perasaan Seung Hyun bila gagal mencari aku. Dia menggetap bibir. Kira! Dia cari kau dah lama tapi kau baru carik dia sehari kau dah mengeluh. Akira menghantuk kepalanya ke stereng memikir ke mana hendak mencari Seung Hyun. Dia menekan pedal minyak menuju ke pusat Bandar pula.
Akira menoleh ke kiri dan ke kanan sambil menyusuri lautan manusia di pusat Bandar. Dia masuk dan keluar setiap shopping complex yang ada di situ. Akira merasakan kakinya perit kerana berjalan terlalu lama. Dia mengambil keputusan untuk duduk di bangku berhampiran air pancut yang terdapat di situ.
            Seung Hyun mengusap mukanya. Dia memandang sekeliling. Jam di tangan dilihat sekilas. Dia mengambil keputusan untuk balik ke rumah sahaja. Dia akan menyambung mencari Akira esok sahaja. Akira menarik nafas lega sebaik sahaja ada tempat duduk kosong. Dia memerhatikan pengunjung Heavenly White yang tak pernah putus-putus dengan pelancong mahupun pengunjung. Dia memicit kakinya yang letih. Menyesal pulak pakai kasut bertumit patutnya pakai snicker saja. Dia menyandarkan belakang badannya pada kerusi. Sedang mengelamun dia terdengar perbualan pasangan di sebelahnya yang sedang berdiri menghadap air terjun.
“Air terjun ni ada magis tau.” Si teman wanita mengeluarkan syiling.
“Magis?” Si teman lelaki ketawa.
“Eiii..bee cakap betulah. Kalau kita campak syiling dan buat permintaan dengan ikhlas permintaan kita akan dipenuhi.” Akira memandang pasangan di sebelahnya. Si gadis campak syiling dan menutup mata. Kedua tangannya bersatu dan di bawa ke dada. Si teman lelaki hanya tersenyum.
“Jom..”
“Bee minta apa?”
“Ah rahsialah…” Si teman wanita ketawa. Akira bangun dan menghadap air terjun. Dia mengeluarkan syiling dari poket jeansnya dan campak syiling ke dalam kolam berkenaan. Dia menutup mata dan berbisik sendiri.
“Biarlah aku dapat jumpa Seung Hyun walaupun sekali. Minta-minta dia tak marahkan aku.” Dia berbisik perkataan berkenaan berulang-kali.
“Apa yang awak merepek ni?” Akira membuka mata. Dia seolah-olah terdengar suara Seung Hyun namun akhirnya ketawa sendiri apabila melihat ada pasangan yang sedang bergaduh tidak jauh dari tempatnya berdiri.
            Seung Hyun mengosok matanya. Dia melihat rumahnya kemas seperti sedia kala. Mungkin mama yang datang mengemas hatinya berbisik sendiri. Usai mandi dia merebahkan badan atas katil.
Akira singgah membeli makan lewat malam sebelum balik ke rumah. Dia baru tersedar yang dia tak makan seharian. Dia membuka pintu rumahnya dan meletakkan bungkusan makanan atas meja. Dia buka tv dan memanaskan makanan. Akira membuka sliding door balkoni supaya bau makanan tak terperangkap di dalam rumah. Dia duduk bersila di hadapan tv dan menikmati makanan lewat malamnya. Seung Hyun terjaga. Ish jiran sebelah ni nak bukak tv pun beragak lah. Dia mengambil bantal dan menutup muka dengan bantal. Akira menutup tv dan mengemas ruang tamu sebelum masuk ke dalam bilik. Kakinya seolah-olah enggan bergerak sebaik sahaja melihat tubuh seseorang di atas katil. Dia tersedar dan menghampiri. Bantal yang menutup muka diangkat dan air mata menitis. Dia mengusap pipi Seung Hyun. Ketara sangat berat badan lelaki itu menurun kerana muka Seung Hyun nampak cengkung. Dia meminta maaf berulang kali kepada lelaki itu walaupun suaminya tak mendengar kata-katanya.
            Seung Hyun terjaga apabila cahaya matahari jatuh tepat ke mukanya. Dia menggeliat perlahan. Semalam dia bermimpi Akira dah balik rumah. Dia tersenyum sendiri. Alangkah bagusnya kalau mimpi berkenaan menjadi kenyataan.
“Morning sleepy head!” Seung Hyun berpaling ke arah pintu. Dia tercengang apabila melihat Akira sedang berdiri tersenyum kepadanya. Ah aku bermimpi lagi rupanya. Dia hanya mengikut sahaja apabila Akira menarik tangannya ke meja makan. Bau masakan yang dia rindu.
“Makanlah!” Akira tuang air kopi kegemaran Seung Hyun ke dalam cawan. Seung Hyun hanya memerhati pergerakan Akira. Dia menarik tangan Akira dan gadis itu terduduk di atas paha Seung Hyun. Akira tersenyum manis. Seung Hyun memegang kedua-dua belah pipi Akira.
“Ada apa-apa kat muka Kira ke?” Akira memegang mukanya. Seung Hyun menggeleng. Dia memeluk Akira kuat.
“Hey! Orang tak boleh bernafaslah.” Akira cuba merenggangkan pelukan Seung Hyun.
“Kalau ni adalah mimpi…Saya sanggup tak bangun lagi.” Akira memeluk Seung Hyun. Air matanya menitis mendengar kata-kata Seung Hyun. Seung Hyun meregangkan pelukan. Akira menarik kedua-dua belah pipi Seung Hyun. Seung Hyun menepis tangan Akira.
“Sakitlah!” Akira bangun.
“Kalau sakit baguslah. Tu tandanya awak tak bermimpi.” Akira meluku kepala Seung Hyun.
“Betul?”
“Betul apanya?” Akira duduk berhadapan dengan Seung Hyun.
“Saya tak bermimpi.” Akira menggeleng kepala. Muka Seung Hyun berubah menjadi serius tiba-tiba. Akira menelan air liur kesat.
“Sorry sebab saya tinggalkan awak macam tu sahaja.” Akira tunduk memandang meja.
“Awak tahu tak hati saya macam kena tembak berulang kali bila setiap pagi saya bangun saya kena hadapi kenyataan yang awak dah hilang.” Suara Seung Hyun kedengaran sebak. Akira menggetap bibir. Dia melihat mata Seung Hyun yang dah berair.
“Saya minta maaf. Saya tak nak orang-orang kesayangan saya cedera lagi.” Akira cuba meraih tangan Seung Hyun namun lelaki itu pantas menarik tangannya dan bangun melangkah ke balkoni. Akira ikut dari belakang. Angin pagi menyapa muka.
“Saya…saya kecewa dengan awak Kira.” Akira memeluk Seung Hyun dari belakang. Dia menangis. Cair hati Seung Hyun bila mendengar Akira menangis. Dia berpaling dan memeluk Akira. Ubun-ubun gadis itu di cium berulang kali. Bunyi deringan telefon bimbit Akira menarik perhatian.
“Hah?” Akira mengesat air matanya bila menjawab panggilan.
“Max dah sedar..aku..aku gembira sangat Kira.” Suara Ayu kedengaran sebak. Akira ketawa sambil mengalirkan air mata.
“Nanti kitaorang sampai.”
*****
Akira dan Seung Hyun masuk ke dalam wad yang menempatkan Max.
“Max!” Akira menjerit kecil sambil berlari. Dia mendakap Max.
“Hai Babe…” Max mengusap kepala Akira.
“Aku gembira kau dah bangun.” Akira mengesat air mata.
“Hahaha..kau ni macam budak kecil. Well.. Ayu dah bagitahu aku tindakan bodoh kau.” Max meluku kepala Akira.
“Aku tak sanggup tengok korang di cederakan.”
“Aku tahu dan aku hargai sangat apa yang kau buat Akira. walaupun kita tak dapat heret mereka ke muka pengadilan tapi aku rasa mereka dah dapat pembalasan yang sepatutnya. Lagipun tak ada apa yang perlu kau risau sebab case tu dah di tutup dengan kematian ahli keluarga tiri kau." Akira tersenyum nipis.
“Apa yang berlaku kepada family tiri Kira?” Seung Hyun memandang Ayu.
“Ah lupa pulak nak cerita.” Akira tersenyum manis lalu dia menceritakan dari A-Z apa yang berlaku. Seung Hyun mengeleng kepala. Kesal dengan apa yang berlaku namun dia terasa lega kerana Akira takkan berjauhan lagi dengannya.
“Ehem-ehem..sudah-sudahlah berpelukan tu..aku jeles ni.” Ayu angkat kening double jerk.
“Alolo…meh sini I peluk You lama-lama.” Max angkat kening double jerk.
“Eiii…gatal tu tak hilang jugak.” Ayu mencebik.
“I gatal dengan You je.” Max kenyit mata. Ketawa mereka bergabung menjadi satu.
*****
2 tahun kemudian….
“Alolo…meh sini sayang..” Akira mengangkat Eryn yang baru berusia setahun dari baby court. Dia mengucup pipi anaknya berulang kali.
“Sayang…bangunkan papa. Cakap papa kita dah lambat nak pergi rumah neneklah.” Akira meletakkan Eryn atas badan Seung Hyun. Anak kecil itu menempek muka Seung Hyun dengan air liur. Seung Hyun terjaga. Dia mengambil Eryn dan mengucup pipi anaknya berulang kali.
“Hahaha..good job Eryn..” Akira tersengih bangga. Seung Hyun sengih sinis. Dia bangun dan meletakkan Eryn atas katil sebelum menarik Akira. Akira terduduk atas paha Seung Hyun.
“Nak good morning kiss dari mama pulak.” Seung Hyun menunjukkan pipinya.
“Eiii..papa tak malu kan Eryn..dah tua pun nak good morning kiss.” Akira mengangkat kening double jerk. Seung Hyun pandang Eryn yang hanya memandang kedua ibu bapanya tanpa mengerti apa-apa.
“Eryn..mama tak nak kasi good morning kisslah..biar papa je yang kasi kat mama kay.” Akira ketawa geli bila Seung Hyun mengucup pipinya berulang kali. Eryn turut sama ketawa bila papa dan mamanya ketawa. Bunyi tangisan dari baby court menarik perhatian Akira.
“Yeah! Hero papa dah bangun.” Akira bangun dan mendapatkan Eli. Seung Hyun mendepakan tangan untuk mengambil Eli.
“Lamanya hero papa tidur.” Seung Hyun mengucup pipi Eli.
“Heh..tengok papa dialah.” Akira mengambil Eryn yang sudah merangkak ke tepi katil.
“Ala..mama jeles tak dapat tidur lamalah tu kan Eli kan?” Seung Hyun mengagah Eli. Akira ketawa perlahan. Kalau ada twins pastu kena layan pula kerenah papa dia memang la penat tapi dia bahagia melihat kegembiraan anak-anaknya dan Seung Hyun.
“Awak…” Akira yang sedang menyusukan Eryn memandang Seung Hyun.
“Eli cakap dia nak adik.” Seung Hyun mengangkat kening double jerk.
“Kan Eryn tengah menyusu ni..sabarlah.”
“Bukan Eryn lah..dia nak adik yang lain.” Akira menjeling bila faham maksud Seung Hyun.
“Hahaha…Eryn cakap kat papa jangan berangan nak ada adik baru selagi korang tak besar kan? Kesian kat mama kan?” Dia mengangkat kening doube jerk.
“Atuk dengan nenek kan ada.” Seung Hyun tak nak mengalah. Akira menggeleng perlahan. Dia bangun dan meluku kepala Seung Hyun sebelum lari keluar dari bilik.
“Yah!” Seung Hyun menjerit. Akira ketawa galak di depan. Seung Hyun ketawa sambil mengagah Eli. Dia turut keluar dari bilik dan mendapatkan Akira yang sedang bermain dengan Eryn atas lantai. Dia duduk bersila sebelah Akira dan memeluk pinggang isterinya.
“Thanks…” Dia berbisik perlahan di telinga Akira.
“Untuk apa?”
“Sebab sanggup bina keluarga dengan saya dan tak pernah berhenti mencintai saya.” Akira tersenyum manis. Seung Hyun mengucup bibir Akira. Mereka tergelak bila Eli menghempas badannya di atas riba Akira manakala Eryn menepuk riba Seung Hyun.

**The End***
p/s: terkurang sana sini, tak faham atau tak puas hati.. maaf. Ini je buah tangan yang snow sempat bagi sebelum menghadapi final paper ari jumaat ni pastu snow akan sambung dengan 1 4 3 7..yeah selamat berpuasa *hahaha dah nak abz puasa baru nak ucap* n jgn ponteng2 kay..kalau perempuan tu tak pelah xD~~




9 under spell:

MaY_LiN said...

yeah..
tamat gak akhirnya..
gud luck ya..

iniakuyangpunyahati said...

bestttt

perMata ChiQa said...

best...

Anonymous said...

waaaaa.... bestttt.... tapi apa jadi kat max n ayu??? nak tau gak pe jadi kat dowang... hehehehe...

sye dah baca 1437... heeeeee... best2 sambung cpt k...:)

hijab4piz said...

karya snow mmg slalu da best lah ^_^

cactaceous opuntia said...

terbaik la...suke tol bce cter ber'genre' mcm ni...keep it up...=)

Anonymous said...

nice story..thumbs up..suka sgt dgn cte awk.. =)

butterflove said...

cuuuveeeeeeiiiiittttnnnnyyyyyyeeerrrrrr..... kite cuke sangat..nomu nomu chuwa...

Anonymous said...

Sweetnya ! Good job !

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review