Sunday, August 29, 2010

Ma Sweet Boy part 3

Posted by Snow_Queen at 2:13 AM

Akira berguling di atas katil. Seung Hyun masih ada kerja yang perlu di buat. Dia terasa sedih tiba-tiba. Dia mencapai telefon bimbit di atas meja dan keluar ke balkoni.
“Babe…dah tidur ke?”
“Belum..asal ni? suara sedih semacam je?”
“Entah lah.”
“Asal pulak ni? laki kau buat hal ke?”
“Tak..mama tanya pasal cucu tadi.”
“Hah? Cucu? Hehehe mimpi jelah orang tua tu nak dapat cucu.” Akira menggetap bibir. Ayu serba salah apabila Akira mendiamkan diri.
“Babe..kau terasa ke?”
“Apa yang kau cakap tu betul…Ayu aku..aku dah tak tahu nak buat macam mana dah.” Ayu menggetap bibir bila suara Akira kedengaran sebak.
“Aku dah buat macam-macam nak tawan hati dia tapi…entah kenapa aku rasa semua benda yang aku buat sia-sia.”
“Tapi dia layan kau dengan baik kan? Dah tak macam dulu. Korang ni masih dalam peringkat nak saling kenal-mengenali dan penyesuaian diri tau. Kau kena bersyukur sekurang-kurangnya dia dah tak dingin dengan kau macam waktu kau orang mula-mula kahwin. Dia dah boleh gelak-gelak, senyum dan puji kau.” Akira terdiam. Perlahan-lahan dia mencerna nasihat Ayu.
“Betul juga apa yang kau kata. Aku je yang terburu-buru padahal kitaorang baru 3 bulan kahwin. weyh nanti aku sunyi ah bila kau dan dia dah masuk kolej balik.” Akira buat muncung.
“Nak buat macam mana…kau kan dah ‘mati’ kang kalau kau muncul kat kolej mau satu kolej kena serangan jantung tengok ‘roh’ Akira pergi ke kolej.” Akira ketawa galak.
“Banyak la kau..eh nanti kau tengok-tengokkan laki aku kat kolej tu eyh..nanti ‘roh’ aku tak tenteram.” Giliran Ayu pula ketawa.
“Kau tak payah risau pasal dia la babe..sapa nak mengorat dia? Satu negara dah tahu dia dah kahwin..Eh macam mana dengan company?” Ayu mengerutkan kening.
“Pasal tu kau jangan risau… selagi aku hidup tahulah aku macam mana nak uruskan company tu..” Akira memberi jaminan.
“Okaylah..aku dah mengantuk ni..nanti kita keluar lepak-lepak kay?” Ayu meminta diri.
“Okay…nanti papehal aku contact kau.” Akira membelek-belek handfonya. Dia terasa pelik apabila melihat telefon berwarna merah jambu itu namun dia buat tak peduli. Badan di hempaskan atas katil dan bantal di letakkan atas muka. Sesaat bantal yang terletak di atas muka di tarik. Akira membuka mata.
“Kan dah pesan banyak kali kalau nak tidur jangan letak bantal atas muka.” Seung Hyun bersila atas katil. Dia merenung Akira yang hanya tersengih.
“Alah kalau macam tu macam mana orang nak tidur?” Akira mencebik.
“Cuba biasakan diri tidur jangan letak benda atas muka. Letak jelah tangan.”
“Kalau tutup muka dengan selimut boleh?” Akira buat kening double jerk.
“Akira!” Muka Seung Hyun menjadi serius.
“Okey..okey…tak buat dah..nak tidur lah ni..tengok saya letak tangan je atas muka.” Akita tutup mata dan letak lengannya di atas muka. Seung Hyun menggeleng perlahan. Lampu di tutup. 10 minit berlalu dan Akira membuka mata hendak melihat kalau-kalau lelaki itu dah tidur. Dia sengih sendiri sebelum mengambil bantal hendak menutup mukanya.
“Akira!” kedengaran suara lelaki itu. Akira mengeluh perlahan. Ingatkan dah tidur mamat ni.
“Alah…tak boleh tidurlah..” Dia merengek. Seung Hyun mengeluh perlahan. Dia menarik bantal peluk yang memisahkan antara dia dan isterinya. Bantal berkenaan di letakkan ke atas lantai.
“Eh awak nak buat apa ni?” Seung Hyun menarik Akira ke dalam dakapan. Dengan mata yang masih tertutup dia mengusap kepala gadis itu sehingga mereka berdua tertidur sendiri.
****
Max tersenyum sinis. Sudah menduga kedatangan tetamu yang tak di undang ini.
“Aku memang dah agak yang kau nak bolot kesemua harta mendiang suami aku!” Puan Elizabeth, Tuan Alan, Sara dan Jack menyerbu masuk ke dalam pejabat.
“Saya tak faham maksud puan.” Max tetap tenang.
“Ah memang dari dulu kau nak jawatan pengerusi di syarikat suami aku ni kan? Jangan ingat aku akan lepaskan kau dengan mudah..aku akan pastikan semua milik suami aku akan menjadi milik aku!” Puan Elizabeth mendengus kasar.
“Puan…saya hanya mengikut arahan Cik Amanda yang mahukan saya mengambil alih syarikat ini buat sementara waktu sepanjang ketiadaan beliau. Itu sahaja.” Max tersenyum manis.
“Ah anak luar nikah tu kan kekasih kau..korang berdua jaga-jaga sikit..” Jack memberi amaran.
“Kalau tiada apa-apa lagi kalian boleh keluar, saya ada banyak lagi benda yang nak kena di uruskan.” Max ketawa kecil. Sekeluarga tu keluar dengan perasaan benci. Akira yang menyorok di bawah meja keluar.
“I’m sooo sorry Max..” Akira memandang kawan baiknya.
“Hey..inilah gunanya kawan kan?”
“Tapi aku risau..kalau apa-apa terjadi dekat kau dan Ayu macam mana?” Akira meluahkan kegusarannya.
“Jangan risau..aku akan pastikan dorang takkan dapat sentuh Ayu walau sehelai rambut pun..” Akira mengeluh perlahan.
“Aku harap semua ni dapat di selesaikan secepat mungkin.” Max hanya mengangguk perlahan.
            Akira berdiri di balkoni. Hujan turun mencurah-curah namun tak sedikit pun dia berkalih dari tempat dia berdiri. Kepala kusut bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang melanda. Kini kedua-dua kawan baiknya mungkin dalam bahaya jika dia tak segera bertindak. Namun dia tak boleh bertindak terburu-buru khuatir tindakan itu akan memakan diri jika tak berhati-hati. Dia masuk ke dalam office suaminya.
“Free esok?” Seung Hyun memandang Akira.
“Tak…saya kena siapkan last proposal sebelum masuk ke kolej balik.” Akira mencebik. Kerja, kerja, kerja, huh tak pe kau tengoklah nanti. Serentak dengan itu dia berlalu keluar. Esok dia akan pastikan lelaki itu keluar dengannya tak kira dengan cara apa sekali pun.
***********
            “Akira!” Seung Hyun menjerit lantang. Akira ketawa sendiri sebelum masuk ke dalam pejabat lelaki tu.
“Ye?” dengan muka tak bersalah dia menghadap Seung Hyun.
“Mana laptop saya?”
“Eh bukan ada atas meja ke?” Akira buat muka terkejut. Seung Hyun merenung muka Akira sebelum mengeluh.
“Okay..awak nak saya buat apa untuk awak kembalikan laptop saya?” Dia mengalah akhirnya. Akira menyembunyikan senyumannya.
“Apa maksud awak?” Dia menjungkitkan kening.
“Awak tak payah nak buat-buat blur lah.. kalau perompak yang ambil kenapa dia tak rompak barang-barang yang lain sekali? Melainkan awak sorang je yang dengki dengan laptop tu.” Seung Hyun tersenyum sinis.
“Saya just nak spend time dengan awak je..saya pun nak jugak jalan-jalan dengan suami sendiri macam orang lain. Awak tak kesian kat saya ke? Asyik-asyik kena madu dengan laptop awak tu.” Akira berlalu keluar dan mengambil laptop suaminya yang di simpan di dalam almari. Badan Seung Hyun terdorong ke belakang sedikit apabila Akira meletakkan laptop itu secara kasar di atas tangannya.
“Nah ambil balik bini awak ni…biar saya jalan sorang-sorang jelah pada hari sabtu yang indah ni.” Akira mencebik dan berlalu masuk ke dalam bilik untuk bersiap. Dia berpakaian serba ringkas. Oh biarlah dia rasa kesian dengan lakonan aku tadi. Tak banyak sedikit pun jadilah..Akira berdoa dalam hatinya.
            “Nak pergi mana?” Seung Hyun memandang Akira yang sedang mengambil kunci kereta atas meja makan.
“Sibuk kenapa? Pergilah siapkan kerja awak tu.” Akira menjeling tajam. Seung Hyun tersenyum nipis. Siapa sangka isterinya tahu merajuk juga. Wei bini kau tu manusia mestilah dia ada perasaan. Kau ingat dia tunggul kayu ke? Hati Seung Hyun mengingatkan. Dia menghampiri dan mengusap pipi Akira. Akira terkedu.
“I’m sorry okay.. saya pentingkan diri sendiri je langsung tak terfikir yang awak juga ada perasaan macam wanita lain yang nak keluar berdua-duaan dengan suami sendiri.” Akira terasa jantungnya berdegup kencang dengan sentuhan Seung Hyun.
“Tunggu sini okay? Saya pergi bersiap sekejap.” Akira memegang pipinya. Masih terasa usapan lelaki itu di pipinya. Dia terasa mukanya hangat.
            “Kita naik motor?” Akira mengangkat kening double jerk. Seung Hyun hanya mengangguk. Helmet di sarung dan motorbike kepunyaan lelaki itu meluncur laju di atas jalan raya. 

Akira memeluk erat pinggang lelaki itu seolah-olah enggan melepaskan lelaki itu pergi dari sisinya. Mereka berhenti di sebuah restoran berdekatan dengan perkampungan nelayan. Akira mengerutkan kening.
“Kita makan dulu.” Akira mengangguk. Selesai makan mereka meneruskan perjalanan.
            Akira menanggalkan helmet dan memandang ke arah lautan yang terbentang luas.
“Wah!” Dia menjerit kegirangan sambil berlari anak ke arah gigi air. Seung Hyun hanya tersenyum nipis melihat perangai keanak-anakan isterinya. Dia mengikut jejak Akira yang jauh beberapa langkah di hadapannya. Akira berlari mendapatkan Seung Hyun setelah menyedari lelaki itu jauh beberapa langkah darinya. Dia memeluk lengan lelaki itu. Seung Hyun tersenyum melayan keletah Akira. Keluar dengan gadis itu bukan idea yang teruk kerana sebenarnya dia terhibur melayan Akira. Hilang segala masalah kerja. Akira lari beberapa tapak ke depan sebelum menghadap Seung Hyun. Dia jalan secara mengundur menghadap lelaki itu sambil tersenyum.
“Kenapa?” Seung Hyun memandang Akira pelik.
“Nothing…just rindu je..” Senyuman manis masih tak lekang dari bibir. Seung Hyun terasa pipinya panas bila mendengar kata-kata Akira. Akira ketawa kuat melihat muka sang suami sudah merah.
“Macam perempuan!” Akira sengaja memprovok Seung Hyun.
“Apa awak kata?”
“Bluwekk!!” Akira menjelirkan lidah sebelum melarikan diri. Seung Hyun mengejar Akira. Dia menggeletek pinggang Akira sebaik sahaja dapat menangkap gadis itu.
“Geli…hahaha…Awak..” Akira menepis tangan Seung Hyun.
“Tahu pun..sengaja nak mengusik.” Seung Hyun menjentik dahi Akira.
“Ouch..” Akira menggetap bibir. Seung Hyun beredar tanpa mempedulikan Akira. Akira tersengih nakal. Setelah beberapa minit berjalan Seung Hyun baru menyedari yang dia tak mendengar suara Akira. Dia menoleh ke belakang dan perasaan cemas menghantui dirinya. Dia tak nampak bayang Akira di mana-mana. Dia berpatah balik sambil menjerit nama gadis itu. Badannya terdorong sedikit ke hadapan apabila terasa ada sesuatu memeluknya dari belakang.
“Booo!” Suara Akira kendengara. Seung Hyun menoleh ke belakang. Dia memeluk Akira kuat. Akira terasa saluran udaranya sempit.
“Awak..saya tak boleh bernafaslah!” Akira cuba untuk merenggangkan pelukan namun gagal.
“Lain kali jangan buat macam tu lagi.” Akira terkedu. Dia hanya berniat ingin mengenakan lelaki itu.
“Sorry..saya just nak main-main je.” Seung Hyun memegang pipi Akira. Akira terasa dirinya seolah-olah di awang-awangan apabila bibir lelaki itu bertemu dengan bibirnya. Dia memegang kedua-dua belah pipinya yang terasa panas sebaik sahaja bibirnya berpisah dengan bibir lelaki itu.
“Sa..saya..”Akira kehilangan kata-kata.
“Saranghae..” Kali ni tanpa di sedari air mata Akira menitis jatuh. Seung Hyun mengelap air mata yang jatuh.
“Saya…awak tak tahu betapa bermaknanya ungkapan tu pada saya.” Akira memeluk Seung Hyun erat.
“I love u tooo.” Dia menangis di dada lelaki itu. Seung Hyun tersenyum. Kali ini dia terasa betul-betul lega kerana gadis itu adalah miliknya hingga ke akhir hayat.
            Mereka menginap di salah sebuah chalet berhampiran. Akira membuka tingkap dan mengibas katil dengan selimut. Dia kemudiannya keluar dan duduk di tangga sambil menikmati angin malam. Dia berpaling apabila terasa ada tangan yang  memeluk pinggagnya.
“Tak sejuk ke? Nanti demam.” Akira melentokkan kepalanya di atas bahu lelaki itu. terasa selamat dalam pelukan lelaki itu.
“Terima kasih!”
“Untuk apa?” Seung Hyun memandang Akira yang memejam mata.
“Sebab hadir dalam hidup saya. Sebab kahwin dengan saya walaupun awak tak suka dan sebab jatuh hati dengan saya.” Seung Hyun tersenyum manis.
“Saya yang patut ucapkan terima kasih sebab awak bersabar dengan kerenah saya selama ni. Sebab awak sukakan saya dan tak pernah berputus asa terhadap saya dan sebab awak curi hati saya.” Akira tergelak perlahan. Dia memegang pipi Seung Hyun agar lelaki itu menghadap dirinya.
“We’re made for each other bak kata Ayu.”
“Kenapa pulak dia kata macam tu?”
“Sebab saya sorang je yang luar alam sukakan awak. Orang lain mana berani nak dekat dengan awak. Baru nak cakap dah kasi renungan maut.hehee”
“Saya ni menakutkan sangat ke?” Seung Hyun mengerutkan kening.
“hahaha bagi saya taklah…saya kan luar alam sebab apa yang awak buat semuanya sweet bagi saya..ur my sweet boy..” Akira tersenyum manis. Seung Hyun memeluk Akira erat seolah-olah enggan melepaskan gadis itu pergi dari sisinya.
“Kira…”
“Hermmm..”
“Be with me forever..”
“Okay…”
“Grow old with me..”
“Hermm tengoklah..”
“Hey…” Seung Hyun meluku kepala Akira. Gadis itu hanya tersenyum manis.
“Anything for you my baby boo~~” dan mereka tersenyum lagi….

3 under spell:

MaY_LiN said...

hihihi..
suwit je..thanks snow..
memang marathon bc n3 ni..

Snow_Queen said...

heheh....tengs sbb sudi bce =)

inia89 said...

nk lg....sweet

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review