Sunday, August 29, 2010

Ma Sweet Boy part 2

Posted by Snow_Queen at 2:10 AM

Akira menyanyi perlahan mengikut lagu yang sedang berkumandang di lappy sambil mengemop lantai. Sudah 2 minggu dia dan Seung Hyun mendiami kondominium yang di beli oleh ibu bapa mertuanya. Kondominium ini mempunyai 3 buah bilik, dapur yang sederhana luas dan ruang tamu. Nun di hujung dinding berdekatan dengan balkoni terdapat sedikit ruang untuk meletakkan piano. Dia berkongsi bilik dengan Seung Hyun atau lebih tepat lagi sekatil. Tak sanggup dia nak tidur atas sofa. Seperti yang di katakan Seung Hyun, lelaki tu tak pernah sekali pun ambil kesempatan terhadapnya. Selama 2 minggu juga dia seolah-olah tak wujud pada pandangan lelaki tu walaupun dia buat macam-macam untuk menambat hati lelaki tu. Usai mengemop lantai dia duduk kemalasan di atas sofa. Bunyi deringan telefon bimbit memecahkan lamunan.
“Babe….” Suara Ayu kedengaran. Akira tersenyum. Baru dia teringat yang dia tak menjenguk Ayu dan Max lagi.
“Lepak jom?” Akira mengajak.
“Eh? Laki kau macam mana?”
“Dia bukan kisah pun.” Akira mendengus perlahan.
“Datang rumah aku..aku masak special untuk kau.” Ayu mengajak.
“Okie dokie..aku sampai jap gi.” Akira memutuskan panggilan. Dia bersiap ala kadar dan terus memecut bersama skyline berwarna hitam metalik. Seung Hyun yang menghadiahkan dia kereta tu. Uh sekurang-kurangnya tahu juga dia aku perlukan kereta.
            Serentak dengan meletak pinggan terakhir di atas meja, loceng pintu rumah kedengaran. Ayu tersenyum manis. Pintu di buka dan wajah teman baiknya menyapa pandangan.
“Babe...asal kau makin gemuk ni? Bahagia sangat?” Ayu senyum menyindir.
“Eh aku ni dalam bab makan tak de kompromi hokey…” Mereka duduk di meja makan.
“Kenapa kau cakap dia tak kisah dengan kau tadi? Korang gaduh ke?” Ayu bertanya sambil makan.
“Gaduh? Nak gaduh hapenyer kalu dengan aku boleh di bilang dengan jari dia bercakap bape kali je babe..aku ni macam halimunan je pada dia. Macam-macam aku buat untuk tambat hati dia..dasar workaholic..” Akira mencebik.
“Hah si workaholic tulah yang kau tergila-gilakan dulu..sekarang dah jadi laki kau, kau terima jelah dia seadanya.” Kata-kata Ayu menusuk hatinya. Betul juga..memang aku je yang luar alam sebab suka kat mamat tu.
“Eyh entah-entah dia ada orang lain tak? Sebab tu dia tak layan kau?” Akira tersedak.
“Hahaha..impossible babe..dia tu depan lappy 24/7, hari-hari nak pegang telefon nak bermadu kasih pun mana sempat..”
“Habis tu apasal dia dingin dengan kau? Ni nasihat akulah..lelaki ni kalau dia dah ada orang yang dia sayang hati dia takkan mudah nak beralih kasih tapi kalau dia tak ada mak we, kau masih ada peluang nak tambat hati dia cuma…kau kenalah berusaha sungguh-sungguh melainkan…”
“Melainkan…?” Akira memandang Ayu.
“Dia gay..hehehe..” Akira ketawa tanpa dapat di tahan-tahan. Sampai ke situ pula dia ni fikir.
“Mengarut je kau ni..Macam mana company?” Akira memandang Ayu.
“Setakat ni aku boleh handle cuma kadang-kadang manusia-manusia hantu tu buat kacau mempertikaikan kenapa aku yang ‘mewarisi’ semua harta kau.” Ayu tersenyum manis.
“Sorry…kalau kau tak larat kau bagitahu je aku..nanti aku ikhtiarkan macam mana nak run company tu tanpa pengetahuan dorang.”
“Relax la..bukannye aku buat semua kerja sorang-sorang. Kan kau yang decide semua benda yang terjadi kat company tu. Sekarang Max tengah kumpul bukti nak dakwa dorang.”
“Really? Kesian korang kan? Nak dating pun mesti tak sempat.” Akira buat muka cute.
“Ah jangan nak buat muka cute dengan aku..pergi buat dengan laki kau la..”
“Kalau aku buat muka cute kat dia mesti dalam hati dia kutuk aku ni dah tak betul.” Ketawa mereka bergabung menjadi satu.
****
Seung Hyun membuka pintu bilik tidur mereka. Kosong…dia tertanya-tanya ke mana Akira pergi. Isterinya tak meninggalkan pesanan seperti yang selalu dia buat. Dia mengambil keputusan untuk mandi dahulu. Usai mandi dia memasang laptop dan menyambung kembali kerja yang harus di siapkan. Cuti semester akan berakhir tak lama lagi jadi dia mesti siapkan apa yang boleh disiapkan.
            Jam menunjukkan pukul 11 malam. Seung Hyun menggeliat perlahan. Dia keluar dari mini officenya yang terletak di bilik kedua dan melilaukan pandangan mencari kelibat Akira. Baru sahaja dia ingin mendail nombor Akira, bunyi gril pintu di buka menarik perhatian. Lekas dia masuk semula ke pejabat dan berpura-pura sibuk membuat kerja. Akira merebahkan badannya di atas sofa. Selepas makan tengah hari dengan Ayu, mereka keluar membeli-belah sebelum makan malam dengan Max. Kerana terlalu khusyuk bersembang dia tak sedar malam semakin lewat. Dia menjenggukan kepala ke dalam mini office suaminya.
“Hai awak..” Seung Hyun memandang Akira yang berdiri di muka pintu sebelum mengalihkan pandangan ke skrin laptop kembali. Akira mencebik.
“Dah makan?” Seung Hyun menganggukan kepala. Ish susah betul nak dengar suara mamat ni. Ada emas ke dalam mulut tu. Akira mengeluh perlahan.
“Awak..nanti Ayu dan Max ajak makan malam bersama. Bila awak free? Nanti saya set date dengan dorang.”
“Tengoklah.” Sepatah jawapan daripada lelaki membuatkan dia terasa hendak menghentak kepala ke dinding. Dia berlalu masuk ke dalam bilik untuk mandi. Seung Hyun tersenyum sendiri. Terasa harinya tak lengkap tanpa celoteh dari Akira.
            Seung Hyun menutup kembali pintu bilik apabila melihat Akira yang hanya bertuala. Akira juga tergamam sebelum tersenyum lucu. Heh sekurang-kurangnya dia tahu aku wujud dan teori Ayu yang mengatakan lakinya gay juga salah. Selesai memakai baju tidur dia membuka pintu. Seung Hyun masih lagi berdiri di depan pintu.
“Awak nak jadi tugu negara ke berdiri depan pintu bilik ni?” Akira sengaja menyindir. Seung Hyun bergerak masuk ke dalam bilik untuk mengambil dokumen kerjanya. Terasa mukanya hangat apabila mendengar Akira tergelak. Sengal punya perempuan. Dia mengutuk dalam hati. Akira mengangkat kening double jerk apabila pandangan dia dan Seung Hyun bertemu. Dia meletakkan secawan kopi panas di atas meja suaminya.
“Awak jangan tidur lambat sangat tau..good night.” Seperti selalu dia mengucup dahi lelaki itu sebelum masuk tidur. Kalau dulu pertama kali sewaktu dia kucup dahi Seung Hyun, muka lelaki itu macam nak bunuh dia namun kebelakangan ni dia merelakan je. Hehehe permulaan yang baik ni. Akira masuk ke dalam bilik dan baring. Seung Hyun tersenyum nipis sebaik sahaja Akira berlalu pergi. Kalau dulu dia rasa menyampah dengan perbuatan isterinya namun sekarang dia suka pula. Ah kenapalah hatinya terlalu dingin untuk menerima perempuan itu. Akira terlalu baik untuk dirinya.
            Seung Hyun menggeleng perlahan melihat tabiat tidur isterinya. Dia mengalihkan bantal dari muka Akira. Tahu yang Akira mesti tak boleh tidur kalau tak letak bantal ke mukanya. Mati kang percuma je desis hatinya. Eh yang kau risau sangat apa hal? Kan ke dia tu tak ada makna bagi diri kau? Seung Hyun terkedu sendiri.
******
“Babe…apahal muka kau berseri-seri hah kebelakangan ni?” Max menegur perubahan wajah Akira.
“Sebab hubungan aku dan Seung Hyun ada perkembangan yang baik. Dia dah tak layan aku macam aku ni halimunan dah. Sekurang-kurangnya adalah dia bercakap dengan aku.” Akira tersenyum nipis.
“Max…macam mana progress?” Max berdehem perlahan.
“Semua bukti masih lagi sedang di kumpul. Yang susah sekarang ni nak buktikan yang mereka bunuh parents kau. Doctor yang buat bedah siasat ke atas parents kau tu berhenti kerja sehari selepas mendiang ayah kau di kebumikan. Takkan la aku nak pergi korek kubur parents kau mintak buat bedah siasat sekali lagi?” Akira memandang Max.
“Buat jelah kalau kau rasa itu perlu.” Akira memberi kebenaran. Max merenung muka Akira.
“Kalau kau nak suruh aku ceroboh masuk rumah agam tu cari bukti tu pun aku sanggup.” Ayu memandang Akira dengan pandangan jangan terfikir nak buat kerja gila tu.
“Jangan! Dorang tu macam dah syak sesuatu. Sekarang ni mereka sedang mengupah orang untuk memerhatikan aku dan Ayu. Jadi agak bahaya untuk kita selalu berjumpa. korang kalau nak jumpa kena hati-hati mulai sekarang.” Max memberi amaran. Akira dan Ayu mengangguk tanda faham. Deringan telefon bimbit Akira menarik perhatian.
“ehem-ehem..husband dah telefon tu.” Max mengusik. Akira menjelirkan lidah.
“Kat mana?” Seung Hyun bertanya.
“Double club. Ayu dan Max ada sekali.”
“Jangan risau..kitaorang akan pulangkan bini kau nanti.” Max menjerit.
“Weh..” Akira menjegilkan mata. Seung Hyun tersenyum manis.
“Malam ni parents saya ajak dinner rumah dorang. Awak datang pejabat saya nanti kita pergi sama-sama.”
“Okie dokie..” Panggilan di putuskan.
“Alololo manjanya.” Max mengusik.
“Ala cemburu lah tu. Korang kahwin la cepat-cepat nanti hari-hari Ayu manja-manja dengan kau.” Akira mengangkat kening double jerk.
“Tak kuasa aku nak manja-manja dengan mamat ni.” Ayu mencebik. Max menjentik dahi Ayu menyebabkan gadis itu mengaduh manja. Akira tergelak sendiri.
****
Dia menolak pintu kaca Syarikat Dior dan menuju ke meja receptionist.
“Selamat petang..apa yang boleh saya bantu Cik?” Sapa salah seorang penyambut tetamu. Akira melemparkan senyuman manis.
“Saya nak jumpa dengan Seung Hyun. Dia yang suruh saya ke sini.”
“Sekejap ya cik.” Penyambut tetamu berkenaan membuat panggilan.
“Tuan Pengarah ada meeting.” Penyambut tetamu berkenaan memberitahu selepas meletakkan telefon.
“Pukul berapa dia habis?”
“Tak pasti.” Akira melihat jam di pergelangan tangan.
“Errr kalau saya tunggu di pejabat dia boleh?” penyambut tetamu berkenaan hanya menganggukkan kepala.
            Dia duduk di sofa kulit di dalam bilik suaminya. Puas duduk dia baring pula. Akira menggaru kepala. Terasa semacam sebab tak buat apa-apa. Dia memandang meja kerja suaminya. Lantas dia duduk di atas kerusi kulit tempat suaminya. Bau minyak wangi Seung Hyun menusuk hidung. Dia tersenyum sendiri. Sedap betul kerusi ni. Lappy Seung Hyun yang terpasang di pandang. Idea nakal melintas dalam fikiran.  Cursor di gerakkan. Dia klik sana dan klik sini. Kemudian dia ketawa sendiri. Bunyi telefon bimbit mengejutkan Akira. Blackberry milik suaminya dipandang. Dalam hati teragak-agak nak angkat ke tak. Panggilan mati. Dia menarik nafas lega. Beberapa minit kemudian bunyi balik. Dia mencapai alat telekomunisasi berkenaan dan melihat nama pemanggil sebelum menekan punat hijau.
Seung Hyun?”
“Errr dia ada meeting.”
“Sapa ni?”
“Kiralah pa..”
“Oh papa ingatkan sapa tadi. Kamu sihat? Malam ni jangan lupa datang rumah.” Tuan Adam mengingatkan menantunya.
“Sihat je pa..ah mestila datang nanti sapa nak habiskan lauk-pauk yang mama masak hehehe.” Akira tergelak perlahan. Tuan Adam ketawa lantang sehingga menarik perhatian Puan Ana.
“A’ah papa lupa yang kalau kamu ada mesti lauk kat rumah ni habis.” Tuan Adam mengusik menantunya.
“Eleh papa nak cakap Kira kuat makan lah tu.” Akira buat muncung. Tuan Adam menggeleng perlahan.
“Kamu kuat makan pun cantik je papa tengok. Okaylah papa nak kena pergi sekarang. Jangan lupa malam ni!” Tuan Adam mengingatkan menantunya sekali lagi. Akira memasukkan kembali blackberry ke dalam sarungnya. Dia meneruskan misi yang tergendala tadi.
            Amy, setiausaha kepada Seung Hyun membawa beberapa fail mesyuarat masuk ke dalam bilik Seung Hyun. Dia terhenti apabila nampak kelibat seorang perempuan yang sedang duduk di atas meja majikannya. Kepala perempuan itu terletak di meja sambil sedang menconteng sesuatu di atas buku.
“Hey! Kau ni sapa? Suka-suka hati nak menceroboh masuk bilik boss aku?” Amy menyergah. Dalam hati muncul pelbagai soalan siapa perempuan di hadapannya. Akira menguap perlahan. Dia memandang perempuan yang berpakaian boleh tahan seksi berdiri di muka pintu bilik. Tanpa menjawab soalan perempuan tu dia kembali menconteng di dalam buku di depannya.
“Hei! Kalau kau tak keluar sekarang aku panggil security.”
“Adakah pekerja syarikat ni tak tahu menghormati tetamu?” Akira tersenyum sinis tanpa memandang Amy. Amy makin berbara. Dia menghentak files ke atas meja dan mendail security.
“Apa yang kecoh-kecoh ni? Amy?”
“Ada penceroboh Tuan.” Amy mengadu.
Seung Hyun masuk ke dalam bilik dan mendapati Akira sedang duduk di mejanya. Gadis itu buat peace apabila ternampak kelibat suaminya.
“Tak pe Amy…awak boleh pergi.”
“Tapi..”
“Saya tak suka ulang arahan saya banyak kali.” Kedengaran tegas suara Seung Hyun. Akira ketawa dalam hati. Hai minah ni agaknya makan hati setiap hari kerja dengan mamat tak ada perasaan ni. Pintu bilik pejabat di tutup. Amy menghempas badannya kasar di atas kerusi.
“Dah lama sampai?” Seung Hyun menghampiri. Akira bangun dan duduk di atas meja sementara lelaki itu duduk di atas kerusi. Seung Hyun tersenyum sendiri melihat hasil karya Akira. 

“Hey..mana boleh tengok!” Akira mengambil buku berkenaan dan sorokkan di belakangnya.
“Awak..tu organizer saya.” Seung Hyun memandang Akira sambil tersenyum sinis.
“Eh yeke?” Akira membuka muka surat depan buku berkenaan.
“Tehee..hee..heee..tak jumpa kertas kosong..jadi saya bantai je ambik buku ni. Jap saya koyak bahagian yang saya conteng ni.” Sebelum sempat Akira koyak muka surat berkenaan Seung Hyun menarik organizernya.
“Tak apa.”
“Eh?”
“Awak tunggu kat sofa. Saya ada kerja sikit.” Akira mencebik dan bangun duduk di atas sofa. Dia menyelak surat khabar sambil menunggu lelaki itu. Sekali lagi Seung Hyun melihat hasil karya Akira. Dia ingin simpan hasil karya isterinya. Kalau dia rindu…eh jap rindu? Apa yang aku merepek ni? Seung Hyun terus menutup organizernya dan membuka laptop kembali. Kali ni dia betul-betul tak dapat menyembunyikan senyumannya. Wallpaper desktop laptopnya yang sebelum ini berlatar belakangkan pantai kini berubah menjadi gambar Akira mengeyitkan mata. Akira tersenyum sendiri. Seung Hyun hanya menggelengkan kepala lantas menyambung membuat kerja yang tertangguh.
****
Akira menunggu di depan pejabat sementara menunggu Seung Hyun. Sebaik sahaja nampak Porsche Cayenne milik suaminya dia terus masuk ke dalam kereta berkenaan.
“Awak..kereta saya macam mana?” Akira memandang Seung Hyun.
“Nanti saya suruh orang bawak balik.” Akira mengangguk kepala.
“Ah tadi papa awak telefon. Dia usik saya suka makan banyak.” Akira buat muncung. Seung Hyun ketawa perlahan. Akira merenung Seung Hyun. Walaupun kini lelaki itu kerap tersenyum dan ketawa bila bersamanya bagi Akira itu adalah music terindah yang menyenangkan halwa telinganya.
“Kan awak memang makan banyak.” Giliran Seung Hyun pula mengusik.
“Alah saya ni jenis tak suka membazir tau.” Akira mempertahankan dirinya.
“Yelah..tapi kan…” Akira memandang lelaki itu dengan pandangan curiga.
“Apa?”
“Awak makan banyak mana pun awak tetapi cantik.” Akira terasa pipinya hangat. Amat jarang untuk mendengar lelaki itu memujinya. Seung Hyun tersenyum manis. Untuk menghilangkan rasa gemuruh di hati, Akira menekan butang untuk menghidupkan radio. Dia tersenyum sendiri bila mendengar lagu yang di putarkan di radio.
“Awak..” Seung Hyun berpaling ke arah Akira. Jalan raya mula sesak dengan kenderaan. Akira tersenyum manis.
There’s no other like you
When I looked around they’re all just the same
Where I can find a good person like you (2x)
A good heart like you
A good gift like you…..
Seung Hyun meluku kepala Akira namun dalam masa yang sama entah kenapa dia terasa amat gembira apabila Akira menyanyi untuknya. Kalau jalan raya yang sesak buat orang ramai stress dan mudah marah dia pula terasa amat bahagia.
Where you can find a person as happy as me (2x)
A person that’s smiling like me
The happiest person…
“Eh masuk bakul angkat sendiri eyh?” Seung Hyun mengusik. Kerana geram Akira cubit pipi lelaki itu. Seung Hyun menarik kembali tangan Akira.
“Sakitlah..” Lelaki itu gosok pipinya.
“Alolo..sakit ye? Meh nak tolong gosok.” Belum sempat tangan Akira menggosok pipi lelaki itu, Seung Hyun mencapai tangan Akira dan menggengam tangan isterinya. Akira terasa jantungnya hendak luruh.
I get the whole world when you say that you love me
You&I, you’re so fine will there be any other like you
I love you oh, To me you’re the only one
To a fool like me, please understand that you’re my all…
Akira menggetap bibir. Apakah lelaki itu akan menerima rasa cintanya. Dia hanya menyanyi lirik lagu yang seterusnya di dalam hati sambil memandang ke luar tingkap. Tangannya masih dalam genggaman lelaki itu. Hati terasa sedih tiba-tiba. Selama ini hanya dia yang berusaha untuk memberitahu yang dia sayang lelaki itu namun apakah lelaki itu faham? Dia leka dalam lamunan sendiri. Seung Hyun mengerutkan kening. Pelik dengan sikap Akira yang tiba-tiba mendiamkan diri.
            Sara memandang ke arah kiri. Dia mengerutkan kening apabila terasa yang dia seperti ternampak Akira namun sebahagian wajah gadis terlindung dek bahu si pemandu. Jack mencuit bahu Sara.
“Kenapa?” Jack menyoal.
“I macam nampak Akira lah.”
“Merepek you ni. Kan you sendiri tengok dia di kebumikan. Dia dah mati!.” Sara mencebik. Entah kenapa selama ini dia terasa was-was dengan kematian Akira. Sudahlah harta mendiang suaminya jatuh ke tangan anak luar nikah Tuan Tommy.
*****
Akira duduk di ruang tamu sambil membelek majalah. Seung Hyun, papa dan mama hilang entah ke mana selepas habis makan malam. Dia mengalihkan pandangan apabila terasa ada orang duduk di sebelahnya. Seung Hyun melemparkan senyuman manis.
“Akira..” Akira memandang mama dan papa mertuanya. Terkejut kerana tiba-tiba sahaja mereka muncul. Dia tersenyum manis.
Seung Hyun layan kamu dengan baik? Ada tak dia menyusahkan kamu?” Puan Ana memandang menantunya dengan penuh kasih sayang.
“Dia layan Kira dengan baik ma…” Akira memandang Seung Hyun. Lelaki itu mendakap bahunya. Puan Ana tersenyum senang melihat kemesraan anak menantunya.
“Bila mama nak dapat cucu ni?” Akira terkedu dengan soalan Puan Ana.
“Dorang kan masih muda lagi..banyak yang nak kena uruskan. Anak menantu awak tu esok lusa dah nak sambung pengajian mereka balik.” Tuan Adam backup anak menantunya. Puan Ana mencebik.
“Ala..ade je yang dah ada anak walaupun mereka masih belajar. Siang kamu boleh hantar dia duduk dengan mama, malam kamu ambil la anak kamu tu.” Puan Ana memandang Akira. Akira tersenyum kelat. Anak? Entah kenapa dia terasa mustahil hendak menunaikan impian mamanya.
“Kalau ada rezeki…adalah ma..” Seung Hyun menyedapkan hati mamanya.

0 under spell:

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review