Sunday, August 29, 2010

Ma Sweet Boy part 1

Posted by Snow_Queen at 1:55 AM




                                                 
Seung Hyun@T.O.P            


                                                  















Akira












Max














Ayu

*okay...cerpen snow yg ke 3..sebab da lme trase xupdate blog ni snow ringan2 kan jari tuk post cter ni..hehee...enjoy..smbungan cter ni akn di post kendian enjoy~~~

                                                                                  *******


“Erm…yang itu, ah yang ini pun okey juga dan yang itu.” Sara menunjukkan beberapa helai pakaian. Beberapa pembantu kedai butik Arena kelihatan berbisik sesama sendiri. Pelanggan tetap kedai yang paling mereka benci kerana mempunyai personality yang sungguh teruk.
“Sapa tu?” bisik salah seorang pembantu kedai yang baru bekerja beberapa hari.
“Cik muda Sara, Berumur 18 tahun, sudah mempunyai teman lelaki, bersikap kurang ajar dan mementingkan diri sendiri” bisik salah seorang rakan sekerjanya.
“Apa awak kata?” Sara memalingkan mukanya menghadap dua orang pembantu kedai yang sedang berbisik.
“Errr tak ada apa-apa Cik muda!.” Serentak kedua-dua pembantu kedai berkenaan berdiri tegak. Heh ingat aku tak dengar la tu yang korang mengumpat.
“Aku tak jadi nak beli semua barang yang aku ambil tadi.” Dengan angkuh Sara berjalan keluar. Ketua butik Arena menjegilkan mata kepada kedua-dua orang pekerjanya. Segera mereka berdua beredar ke belakang.
*******
            “Bila kau nak balik?” Ayu memandang wajah Akira. Wajah tenang gadis itu tidak mampu di tafsirkan meskipun masalah sedang melanda.
“Lusa. Kalau ikutkan hati malas aku nak balik tapi…aku rindu kat ibu aku.” Akira tersenyum nipis. Ingatan kepada orang tuanya tidak pernah pudar walaupun dia duduk sendiri.
“Alah…tunggu la sehari dua lagi. Lepak rumah aku jom? Parents aku tak ada.” Ayu mengangkat kening double jerk.
“Apa yang aku dapat?”
“Makan, tempat tinggal dan segala-galanya free” Ayu tergelak sendiri. Akira mencebik.
“So..kau nak ikut tak? Takkan kau nak biar aku sorang-sorang je?” Ayu mengumpan lagi.
“Okey..okey..tapi aku nak kau taja aku makan secret recipe harini hehehe.” Ayu mengalah. Kalau dengan kawan dia tak pernah kata tidak. Semua pelajar di katin senyap sebaik sahaja kelibat 3 orang lelaki masuk ke dalam. Akira sudah tersenyum manis. Ayu menyepak kaki teman baiknnya itu. Sebaik sahaja ketiga-tiga ahli persatuan pelajar itu melalui tempat mereka, Ayu mendekatkan kerusinya dengan kerusi Akira.
“Dalam ramai-ramai perempuan kat kolej ni kau sorang je yang pelik.” Ayu menghirup minumannya dengan tenang. Akira memandang Ayu dengan pandangan apasal pulak.
“Sebab kau je yang berani minat mamat luar alam tu. Ouch!” Ayu mengaduh perlahan apabila Akira mencubit lengannya.
“Mana ada dia luar alam. Dia manusia normal hokey.” Dan Akira masih tersenyum sendiri. Ayu menggeleng perlahan. Jung min, Lee Joon adalah antara ahli persatuan perwakilan pelajar yang seramai 25 orang manakala Seung Hyun adalah president bagi majlis perwakilan pelajar bagi kolej Art dan juga merangkap lelaki yang di sukai Akira. Kenapa aku kata dia luar alam? eyh bukan aku je tapi satu kolej sepakat mengatakan kalau mamat tu ada mesti kawasan sekitar dia di penuhi dengan aura-aura negative cuma…Ayu memandang Akira yang masih tersenyum sendiri sambil merenung Seung Hyun a.k.a Mr president yang sedang makan. Entah kenapa minah ni je yang rasa lain. Musykil aku.
    “Minah tu dari tadi asyik tengok kau!” Lee Joon memandang ke arah 2 orang gadis yang duduk berhampiran mereka.
“Biar la dia tengok. Bukan sakit pun.” Dengan penuh tak berperasaan Seung Hyun menuturkan kata-katanya tanpa melihat wajah gadis-gadis berkenaan. Jung Min dan Lee Joon mengangkat bahu. Memang la mamat ni takde perasaan betul.
*****
Akira menarik nafas dalam-dalam. Dia mengerutkan kening tanda tak puas hati. Segera dia melangkah ke tepi meja solek dan sekali lagi keningnya bertaut. Barang-barang sapa ni? dia membelek-belek barang lelaki di atas meja solek bilik tidurnya. Selama dia masih hidup di atas muka bumi ni tak pernah dia bawak jantan masuk ke dalam bilik. Plastic sampah di ambul dan kesemua barang yang bukan miliknya di masukkan ke dalam palstik berkenaan. Dia buka pula beg kulit jenama LV yang elok tersandar di tepi almari. Akira merengus kuat apabila dia membelek pakaian lelaki di dalam beg berkenaan lantas tanpa membuang masa dia terus campak beg dan plastic sampah berkenaan ke ruang tamu. Beberapa orang gaji yang melalui ruang tamu menelan air liur kesat apabila nampak muka Akira berubah masam.
“Cik muda!” Akira memandang pembantunya.
“Sapa tinggal dalam bilik saya sewaktu saya tak ada?”
“Errrr..” Akira mengerutkan kening apabila kesemua orang gaji yang berada di depannya tak berani hendak menjawab. Pantang benar dia jika ada orang lain yang masuk ke dalam bilik dan menyentuh barang-barangnya.
“Pergi tukar cadar bilik saya dan sembur apa yang patut supaya bilik tu tak berbau minyak wangi yang menjijikkan tu.” Akira melangkah duduk di atas sofa ruang tamu sementara menunggu cadar bilik di tukar. Dia tersenyum sendiri. Sudah lama dia tak balik ke rumah. Arggghhh rindunya! Dia menjerit dalam hati. Dia bangun dan menghampiri potret mendiang ayahnya. Semenjak ibunya berkahwin lain dia tak betah tinggal di rumah agam ayahnya sebab itu dia mengambil keputusan untuk tinggal sendirian dan hanya Ayu sahaja teman rapatnya selain daripada Max.
*******
 “Sapa yang keluarkan barang-barang Jack?!” Sara memandang muka setiap orang gaji dengan perasaan bengang. Jack hanya tersenyum sinis memerhatikan kesemua orang gaji terketar-ketar hendak menjawab soalan.
“Aku.” Sara berpaling untuk melihat tuan punya suara. Dia menelan air liur kesat sebaik sahaja muka Akira menyapa pandangan. Bila masa pulak minah ni balik desis hatinya.
Akira berdiri berhadapan dengan Sara. Jack memerhatikan seorang perempuan asing yang sedang berdiri di hadapan Sara dengan penuh minat.
“Sapa kasi kau kebenaran untuk tetamu kau guna bilik aku?!” Tegas kedengaran suara Akira. Sara hanya menundukkan pandangan.
“Apasal kau tak jawab? Bisu? Tadi bukan main kau herdik pembantu rumah!” Akira tersenyum sinis melihat muka Sara yang ketakutan. Dia mencapai tangan Sara.
“Sayang… bilik tetamu kan banyak kenapa tak guna? Orang hantar pergi sekolah suruh belajar guna otak tu baik-baik. Kau pergi sekolah buat apa kalau otak tu tak guna elok-elok?  lain kali kalau kau suka-suka hati ceroboh bilik aku, aku tak teragak-agak nak patahkan setiap jari-jemari kau yang cantik ni.” Akira menggengam tangan Sara dengan kuat sehingga muka gadis itu berkerut. Dia melepaskan pegangan apabila terdengar bunyi derapan tapak kaki yang dia cukup kenali.
“Ibu!” Akira berlari memeluk ibuya. Sara mencebik.
“Kira! Bila balik?” Puan Elizabeth memeluk anak sulungnya.
“Baru sampai bu. Pak cik.” Akira tunduk hormat kepada Tuan Alan.
“Ermmm sebab Kira dah balik nanti ibu masakkan makanan kegemaran Kira.” Akira sengih lebar sebaik sahaja mendengar kata-kata ibunya.
******
Suasana di ruang makan di penuhi dengan gelak ketawa Kira dan ibunya seolah-olah mereka berdua sahaja yang wujud pada waktu itu. Sara awal-awal lagi sudah hilang selera makan sementara Jack hanya bersantai buat tak tahu apa yang berlaku. Tuan Alan pula tiada.
“Ah Kira sebelum ibu lupa..kenalkan Jack bakal adik ipar kamu. Jack, ini Kira anak sulung keluarga ni.” Puan Elizabeth tersenyum senang. Akira tersenyum sinis sambil memerhatikan Jack.
“Apa tujuan kau yang sebenarnya?” Akira memandang Jack. Puan Elizabeth menyiku lengan Akira tanda tak senang dengan perlakuan gadis itu.
“Apa maksud kau?” Jack mengerutkan keningnya. Sara memandang Akira tajam.
“Berterus terang sahajalah. Berapa kau nak aku sanggup bagi asalkan selepas ni kau jauhkan diri daripada keluarga kami.” Akira menghirup air dengan tenang. Muka Jack sudah merah. Sara menggengam kuat sudu di tangannya. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia baling pinggan tepat di muka Akira.
“Kenapa? Apa yang aku cakap tak betul? Kau nak glamour? Kemewahan? Perhatian? Bukan ke sebab tu kau nak kahwin dengan adik tiri aku?” Akira tergelak sinis.
“Eh perempuan! Kau jangan melampau okay. Aku nak kahwin dengan sapa aku punya pasal la. Yang kau menyibuk apasal?” Sara sudah tak dapat menahan sabar.
“Sara!” bergetar suara ibu kepada dua orang anak gadis itu.
“Ah ibu pun sama je. Apa yang perempuan ni buat ibu butakan mata, tak pernah nak melarang. Asal dia balik mesti ada benda malang yang berlaku!” Sara meluahkan rasa marah yang di tahan sekian lama.
“Hahaha..of course darling.” Akira mengelap mulutnya dengan napkin sebelum bangun dan menyambung kata-katanya.
“Ah perlukah aku ingatkan kau sesuatu? Rumah ni rumah aku. KAU…” Akira menalakan jari telunjuknya ke arah Sara.
“Hanya menumpang di sini. Lebih baik kau sedar diri adik TIRIKU…bila-bila masa aku boleh tendang kau dan bapak kau keluar dari rumah aku.” Selesai berkata-kata dia berlalu. Sara menghentak tangannya ke atas permukaan meja. Puan Elizabeth tergamam. Tak menyangka Akira, anak kesayangannya tergamak mengeluarkan kata-kata sedemikian. Dia tahu dari awal Akira tak merestui perkahwinan dia dan Alan namun sehingga anak kesayangannya sanggup mengeluarkan kata-kata sedemikian membuatkan dia kecil hati…yang amat…
******
“Dia memang melampau!” Sara menghempas punggung di atas katil dengan kasar. Jack duduk di sebelah Sara. Dia juga panas hati dengan kata-kata Akira.
“Kenapa ibu macam takut je dengan kakak you tu?” Jack memandang Sara. Sara mencebik.
“Ah ibu memang macam tu. Mentang-mentang I ni anak tiri dia.”
“Tapi I tengok ibu layan you okay je.” Jack mengerutkan kening.
“I memang tak nafikan yang ibu layan I dengan baik tapi sebaik sahaja anak dia balik terus dia tak nampak I... kat mata dia hanya anak dia je. Sekarang baru dia tahu perangai anak dia macam mana sebenarnya.” Sara menumbuk permukaan meja night stand tanda geram masih lagi berbaki di hati.
“Macam la dia tu Puan besar rumah ni.” Jack turut melampiaskan rasa tak puas hati walaupun dia sudah mula tertarik dengan Akira. Sara mengeluh. Jack memegang tangan Sara menyuruh gadis itu meluahkan rasa hati.
“Memang dia berkuasa.”
“Apa?”
“Kalau you nak tahu kesemua harta ibu dan mendiang suami dia, semua atas nama betina tu. Even company keluarga ni pun. Pendek cakap memang I dengan ayah I macam menumpang jelah.” Sara menggetap bibir. Jack menggosok dagu. Tak sangka perempuan tu mempunyai pengaruh yang amat besar desis hatinya.
******
Akira menghempas tubuhnya kasar di atas katil. Dia mengurut perlahan dahinya. Dia cukup benci untuk berkelakuan kasar macam ni. Ini bukan dirinya yang sebenar. Sebaik sahaja menjejakkan kaki ke dalam rumah ini dia harus menukar personalitinya 100% dari seorang yang periang kepada tegas dan kejam. Dia sebenarnya takut kerana terlalu ‘berkuasa’. Semenjak ibunya berkahwin lain dia tak pernah meletakkan rasa percaya kepada sesiapa kecuali 2 orang kawan baiknya. Dia ingat lagi yang dia hampir-hampir pengsan apabila mendengar wasiat mendiang ayahnya di baca.
Kesemua harta mendiang jatuh ke tangan Akira. Ini wasiat mendiang sebelum dia mati. Sekarang terpulang kepada Akira bagaimana hendak menguruskan harta ni.” Masih terngiang-ngiang suara peguam Shim membaca wasiat. Dia tak tahu kenapa ayahnya tak membahagikan harta sama rata antara dia dan ibunya. Puan Elizabeth hanya memandang Akira dengan pandangan yang sedih sebaik sahaja wasiat habis dibaca. Yang membuatkan dia bertambah menggigil apabila peguam Shim sempat memberitahu sesuatu sebelum peguam itu berlalu pergi.
“Mendiang memberi amaran. Jangan sekali-kali Akira memindahkan atau cuba hendak membahagikan harta ni sama rata dengan ibu Akira. Kalau tak kesemua harta mendiang akan dibekukan.” Dia mengeluh perlahan. Amanah yang di pikul terlalu besar. Kalau tak kuat mesti sekarang dia sudah tak bernyawa.
***********
Puan Elizabeth menanggalkan make up di muka dengan kasar.
“You ni kenapa?” Tuan Alan menegur.
“Budak tak kenang budi tulah. I dah tak tahan nak berpura-pura baik dengan dia you tahu tak?!” Puan Elizabeth berpaling menghadap Tuan Alan. Lelaki itu hanya tersenyum nipis.
“Kalau selama ni you boleh tahan apa salahnya you cuba bertahan untuk sedikit masa lagi.” Lelaki itu menyalakan curut.
“Hermmm you cakap senanglah. I ni ha yang menghadap dia hari-hari. I mesti buat sesuatu untuk singkirkan dia dari rumah ni.” Puan Elizabeth mengurut dagunya perlahan.
“Kalau macam tu you kahwinkan dia jelah.” Tuan Alan tersenyum sinis.
“Kadang-kadang otak you ni berguna juga tahu tak. Esok I akan cakap dengan dia.” Puan Elizabeth tergelak senang memikirkan rancangan barunya.
“Tapi…”
“Tapi apa?” Puan Elizabeth memandang suaminya.
“You buat macam tu pun tak berguna juga. Dia masih berkuasa atas semua harta-harta mendiang suami you tu.”
“Yang itu you jangan risau. Tahulah I macam mana nak take over semua harta-harta tu.”
*******
Cahaya matahari pagi tepat jatuh ke mukanya menyebabkan dia terbangun. Dia menarik selimut tanda malas nak bangun. Deringan telefon bimbit membantutkan niat untuk terus tidur. Butang berwarna hijau di tekan. Sebentar kemudian terdengar suara yang amat di kenali menyapa pendengaran telinganya.
“Hi love…tidur lagi?” Bulat mata Akira. Segera dia bangkit.
“Max?”
“Yup..guess what? I ada kat café favorite you. I kasi masa 10 minit. Kita jumpa kat sini.”
“10 minit je?” Akira buat muncung itik. Max ketawa perlahan. Mesti sekarang Akira sedang buat muncung.
“You tak payah nak buat muncung itik. Bukan lawa pun. I kira dari sekarang. Kalau tak sampai I blah.” Dan talian di matikan. Akira menggeleng perlahan dengan telatah teman baiknya yang sorang tu.
*********
“You lambat!” Max bersuara sebaik sahaja Akira duduk di hadapannya.
“Alah berkira. Eh you nak belanja I sarapan kan? Baiknya hati you.” Akira ketawa kecil sebelum memanggil waiter. Max menggeleng perlahan. Perangai kawannya yang sorang ni tetap tak berubah.
“Alah tak luak pun duit you tu kalau sekali-sekala belanja I pulak.” Max tersenyum sinis.
“Eh I kan kedekut. You tak tahu ke? Hehehe.” Akira mengangkat kening double jerk.
“So…dah jumpa Ayu belum? Sasau kang bestfriend I pak we dia dah balik tapi tak reti-reti nak gi jenguk mak we sendiri.” Max tersenyum nipis.
“Malam karang kitaorang nak keluar. Eh apa cerita baru?” Max menghirup jus oren dengan tenang. Akira menyelak rambut yang jatuh ke dahi. Max sekarang adalah peguam keluarganya menggantikan peguam Shim, ayahnya yang sudah bersara. Namun hubungan mereka bukan setakat client dan peguam tapi kawan baik. Max tahu segala rahsia dia dan keluarganya dan dia bersyukur dengan kehadiran Max yang membuatkan beban di bahu terasa ringan sedikit. Lalu tanpa membuang masa dia menceritakan segala-galanya yang berlaku sepanjang Max tiada.
*********
“Hermmm…I tak nak komen apa-apa lah tapi kalau si Jack tu ikhlas dengan Sara macam mana?” Max menggigit sandwich.
“Eh I peduli hape jantan tu ikhlas ke tak yang penting sekarang ni I rasa dorang ada pakatan nak dapatkan harta-harta mendiang ayah I.” Akira mencucuk-cucuk sosej di dalam pinggan.
“You ni macam orang gila harta pulak.” Max tersenyum sinis.
“Ewah-ewah..sedap je you kutuk I gila harta. You pun tahu amanat mendiang ayah I.” Akira merenung Max dengan pandangan susah hati.
“I faham Kira..I sangat faham apa yang you rasa tapi janganlah you sampai selalu membuat andaian buruk.” Max menasihatkan teman baiknya itu.
“Ermmm nak buat macam mana. I ni kena selalu berhati-hati. Max…” kata-kata Akira terhenti apabila dia nampak kelibat seorang lelaki bersut masuk ke dalam café Eternal dan duduk tidak berjauhan dengan mereka.
“Kira… kenapa?” Max menepuk perlahan tangan Akira.
“Harini hari apa?”
“Hah?”
“Harini hari apa?” Akira mengulang kembali soalannya.
“Khamis. You tengok sapa tu?” Max turut memandang ke arah tempat Akira pandang.
Seung Hyun!” Max mengangkat tangan memanggil sahabatnya. Seung Hyun berpaling ke arah Max dan turut mengangkat tangan. Akira menjadi sedikit cemas bila Seung Hyun pergi ke meja dia dan Max.
“What’s up bro?” Max berjabat tangan dengan Seung Hyun.
“Baik je. Kau bila balik?” Seung Hyun tersenyum nipis. Akira terpaku seketika. Pertama kali dia nampak jejaka itu bersut dan dia tersenyum.
“Baru je sampai ni. Kenalkan Kira bestfriend aku.” Seung Hyun memandang ke arah Kira yang sedang merenung dirinya. Dia mengerutkan kening seolah-olah pernah nampak gadis di hadapannya.
“Hai,” sepatah lelaki itu menegur Akira, Akira hanya menganggukan kepala. Selepas lelaki itu berlalu Akira menembak Max dengan pelbagai soalan.
“Kau kenal dia? Macam mana kau kenal dia? Kau tahu tak dia tu president pelajar tempat aku belajar? Kenapa dia berpakaian macam orang kerja besar-besar?” Senafas Akira menembak Max. Max tergelak.
“Kau ni dah macam polis pencen tau tak. Aku memang kenal dia sebab family dia merupakan client aku juga. Aku tahu dia president pelajar tempat kau belajar dan dia memang bekerja.”
“Maksud kau?”
“Takkan kau tak tahu dia merupakan CEO syarikat Dior, salah satu partner syarikat kau juga? Bila cuti semester dia mesti akan masuk ke syarikat bukan macam orang tu.” Max memandang Akira sinis.
“Hehehe..kau tahu-tahu jelah aku ni bukan lapang sangat nak baca berita hari-hari.” Akira mengangkat kening double jerk.
“Kau memang! Kau dah habis makan belum? Kalau dah jom berambus sebab lepas ni aku ada kerja sikit.” Max sudah bangun. Akira menghirup air minumannya buat kali terkahir sebelum terkocoh-kocoh mengekori Max yang sudah melangkah jauh ke depan.
*********
“Apa?!” Akira menjegilkan matanya kepada puan Elizabeth.
“La yang kamu buat muka sampai macam tu sekali macam lah ibu suruh kamu minum racun. Ibu suruh kamu kahwin je. Sekurang-kurangnya ada juga yang nak jaga kamu.” Puan Elizabeth tersenyum nipis. Akira membelek-belek beberapa gambar di tangannya. Dia mendengus perlahan.
“Ibu tak paksa kamu nak…tapi fikirlah..ibu ni dah tua…entah-entah esok ibu dah ikut jejak mendiang ayah kamu. Jadi sebelum ibu tutup mata ibu nak juga tengok kamu kahwin dan ada anak.” Lirih kedengaran suara puan Elizabeth. Akira mendengus kuat. Sara dan Jack tergelak sinis melihat muka Akira.
“Ibu..bagi Kira masa kay…Kira akan pertimbangkan calon-calon ni.” Akira bangun dan berlalu masuk ke dalam bilik. Bala betul harini. Entah apa yang merasuk ibu nak suruh aku kahwin..ermmm kalau dengan Hyun Joong tak pe juga hehehe. Akira ketawa sendiri namun ketawanya mati bila terpandang gambar calon-calon bakal suaminya. Dia meneliti satu-persatu gambar berkenaan. Dia mencapai telefon bimbit dan keluar ke balkoni. Nombor seseorang di dail.
“Dude!” Akira melepaskan keluhan kasar.
“Kenapa?” Ayu memandang Max curiga.
“Ibu suruh aku kahwin.” Max tersedak makanan yang sedang di makan. Ayu mengusap belakang Max.
“Your mother what?!” Max memandang Ayu dengan wajah ada bala menanti. Ayu menghulurkan gelas air. Max meneguk air dengan rakus.
“My mother suruh I kahwin. Dia siap kasi gambar calon lagi.”
“Hah baguslah..pilih je yang mana satu you nak.” Max cuba menduga.
“Bagus lah sangat. Kalau you tengok calon-calon ibu I confirm you terus mohon injuksi mahkamah untuk I.” Kira tergelak perlahan.
“Apasal..huduh sangat ke?”
“Eh semua hensem..hensem sangat-sangat.”
“Ha kalau macam tu baguslah.” Max tersenyum nipis.
“Bagus hapanye..semua dasar buaya tembaga, emas dan sama waktu dengannya. You..I ni walaupun tak baca berita hari-hari tapi taklah I sampai tak tahu siapa dorang ni.” Kira mendengus kuat.
“Okay…you jangan risau…esok I datang rumah you bawak kejutan..you kan suka surprise.” Max menyuap Ayu makan.
“Max…” Akira menggigit bibir. Dia benci kejutan.
“Okay darling..I ni tengah dating. You tak kesian ke kat bestfriend you ni..kang meroyan pulak dia sebab I asyik layan you.” Max kenyit mata dekat Ayu. Ayu mencebik.
“Hehehe..sekali-sekala..okay tak nak ganggu..enjoy ur meal.” Akira memutuskan panggilan.
   “Kira?” Ayu memandang Max. Max mengangguk.
“Apahal?”
“Ibu dia suruh dia kahwin.” kini giliran Ayu pula tersedak. Max tersenyum nipis sambil menggosok belakang Ayu.
******
Nissan Skyline GT-R berwarna silver milik Akira meluncur laju membelah kegelapan malam. Dia perlukan sedikit ketenangan dan pantai adalah destinasi pilihan. Dia duduk berhampiran gigi air membiarkan ombak menyapa kakinya. Kesejukan angin malam tak diendahkan. Kebelakangan ni dia terasa gelisah. Dia menarik nafas dan menghembus dengan kuat seolah-olah meniup kegelisahan hati berlalu pergi. Esok dia perlu menyiapkan dirinya untuk berhadapan dengan ‘kejutan’ Max.
******
Bunyi loceng menarik perhatian Kira. Lantas tanpa membuang masa dia membuka pintu. Wajah ceria Max menyapa pandangan. Keluarganya sudah di maklumkan dengan kehadiran peguam muda itu.
“Masuklah.” Akira menjemput.
“Selamat pagi semua.” Max tunduk sedikit.
“Silakan duduk peguam Shim.” Puan Elizabeth menghadiahkan senyuman manis kepada peguam muda itu.
“Apa tujuan kamu ke sini?” Tuan Alan membuka bicara. Max berdehem perlahan sebelum mengeluarkan sesuatu dari briefcasenya.
“Saya datang ke sini kerana hendak memenuhi wasiat mendiang Tuan Tommy.” Max membuka bicara.
“Wasiat? Wasiat apa lagi?” Sara seolah-olah tidak senang apabila mendengar perkataan wasiat. Max masih tersenyum. Akira pula berusaha untuk senyum walaupun dia sendiri terasa senyumannya pahit.
“Atas permintaan mendiang, saya di minta menyebut wasiat ini apabila masanya sesuai dan saya rasa sekarang adalah waktu yang sesuai.”
“Peguam Shim..straight to the point. Tak payah berbunga-bunga.” Akira memandang Max tajam.
“Mendiang sudah tetapkan calon suami untuk Akira dan mereka di kehendaki berkahwin dalam masa 3 bulan. Tahun ini juga.” Akira ternganga. Puan Elizabeth dan Tuan Alan cuba untuk berpura-pura terkejut walhal kalau boleh mereka ingin menari kegembiraan sekarang. Sara dan Jack tersenyum menyindir.
*****
“Kau gila!” Akira menghentak permukaan meja kopi. Ayu menarik Akira supaya gadis itu duduk. Max yang mencadangkan mereka ke rumah Ayu untuk berbincang kerana dia tahu Akira akan meletup.
“Kau suka tak surprise tu?” Max cuba untuk berlawak.
“Awak…” Ayu menjegilkan mata kepada buah hatinya.
“Kenapa kau tak bagitahu dengan sapa aku bakal berkahwin dekat family aku?” Akira memandang Max serius. Dia bukanlah marah sangat sebenarnya cuma dia hanya terkejut bahawa jodohnya sudah di tentukan.
“Ini atas permintaan Tuan Tommy sendiri. Tapi aku boleh je bagitahu sapa bakal laki kau dekat kau.” Max cuba untuk mengumpan.
“Sapa?” Akira memandang Max. Lelaki itu mengeluarkan sekeping gambar dari kotnya dan beri kepada Akira.
“Hah?” dan pandangannya terus gelap. Ayu memegang bahu Akira agar gadis itu tak rebah ke tanah. Terbeliak biji mata Ayu bila melihat gambar bakal suami Akira, namun sesaat kemudian dia tersenyum manis.
            Akira membuka matanya. Dia memerhatikan keadaan sekeliling.
“Kau dah bangun?” Ayu masuk membawa dulang minuman.
“Kenapa aku boleh ada kat sini?”
“Eh takkan dah lupa? Kan kau kat sini sebab kita berbincang dengan Max pasal bakal laki kau.” Ayu tersenyum menyindir. Akira serta-merta bangkit.
“Aku tak mimpi kan?” Ayu menggeleng perlahan.
“Kau tak suka ke? Ambik kau..tak sempat nak kenal-kenal, bercinta terus kena kahwin.” Ayu memandang muka Akira yang masih pucat.
“Memang la aku suka dia tapi…tiba-tiba macam ni aku tak bersedia.”
“Eyh dulu kan kau bukan kemain syok kat dia…kau sedia ke tak sedia ke kau kena kahwin dalam masa 3 bulan ni dengan Seung Hyun.” Ayu mengangakat kening double jerk. Akira senyum nipis. Ah baik kahwin dengan dia daripada aku kahwin dengan orang yang aku tak kenal.
“Max nak jumpa kita kat Double club..” Akira mengangguk.
********
Suasana di Double club meriah dengan para pegunjungnya. Diberi nama double club kerana konsep club ini yang berlainan. Pengunjung di beri pilihan untuk berhibur di kelab malam yang terletak di bawah tanah yang kalis bunyi ataupun café yang terletak di tingkat atas. Terletak di pinggir Bandar sememangnya menjadi tarikan pegunjung yang mahukan ketenangan selepas seharian penat berkerja. Akira dan Ayu sudah sampai terlebih dahulu. Mereka duduk di café dan memesan minuman kegemaran masing-masing.
“Mereka akan sampai dalam masa 15 minit.” Ayu memandang Akira yang sedang menikmati angin malam.
“Mereka?”
“Max dan bakal laki kau.” Ayu tersenyum nipis. Akira memandang Ayu tajam.
“Apasal kau tak bagitahu aku?” Akira mencebik.
“Surprise..hehehe..”
“Kau dengan pak we kau sama je.” Ayu tersenyum nipis. Ayu tersentak apabila Akira bangun secara tiba-tiba.
“Kau nak pergi mana?”
“Buang tebiat.” Akira tersenyum nipis. Dia menghampiri Leeteuk, pemilik Double club.
“Hey dude!” Akira menyapa Leeteuk yang sedang mengarahkan sesuatu kepada pengawal keselamatan.
“Hey babe..sorang?” mereka berjabat tangan. Mereka saling berkenalan semenjak Leeteuk pernah menyelamatkan Akira dari di hempap tangga besi di kelab itu.
“Nope..dengan Ayu. Hey..I tertanya-tanya kalau pentas tu open?” Akira memandang ke arah pentas kecil yang terdapat kerusi, piano dan microfon. Leeteuk tersenyum nipis. Faham dengan maksud Akira.
“You nak menyanyi ke? Silalah..lagipun dah lama you tak datang menyanyi kat sini.” Leeteuk memberi kebenaran. Akira tersenyum nipis dan menuju ke pentas.
****
“Hai darl.. Mana kawan kesayangan you tu?” Max mengucup pipi Ayu. Ayu tersenyum malu. Seung Hyun hanya tersenyum nipis melihat kemesraan pasangan di hadapannya. Belum sempat Ayu menjawab dia terdengar suara seseorang yang amat di kenalinya. Serentak mereka berpaling ke arah pentas café Double club. Ayu hendak ketawa pun ada dengan kerenah Akira. Minah ni betul lah luar alam. Max menggeleng perlahan sebelum menjemput Seung Hyun duduk.
“Ehem..lagu pada malam ini saya tujukan untuk anda semua. Harap anda terhibur.” Bunyi piano kedengaran dan suara merdu Akira mula kedengaran. Seung Hyun hanya merenung Akira yang menyanyi dengan penuh perasaan. Usai menyudahkan lagu flower pot dendangan kumpulan loveholic, Akira menerima tepukan gemuruh daripada pengunjung Double club. Dia tunduk hormat sedikit sebelum mendapatkan Ayu. Akira menahan rasa cemas sebaik sahaja matanya bertentangan dengan mata Seung Hyun. Dia hanya melemparkan senyuman manis.
“Dah lama sampai?” Akira membuka bicara sambil menghirup air. Tekak yang haus di basahkan dengan jus tembikai.
“Baru je..buang tebiat eh?”
“Saje je..tunggu korang lama sangat. Boring.” Akira mencebik.
“Errr..Aku dah ceritakan semuanya dekat Seung Hyun.”
“Pasal apa?” Akira mengerutkan keningnya.
“Pasal korang dah di jodohkan la.” Max memandang wajah Akira yang nampak tenang.
“Parents saya nak jumpa awak esok.” Akira memandang Seung Hyun tajam.
“Esok? Eh saya tak bersedia lagi.” Akira jadi cemas tiba-tiba. Ayu cuba untuk menahan gelak. Pertama kali melihat Akira cemas.
“Habis awak ingat saya dah bersedia la? Tiba-tiba je kena kahwin dengan orang asing.” Ayu dan Akira tergamam. Tak sangka Seung Hyun akan mengeluarkan kata-kata sedemikian. Max hanya tersenyum nipis.
******
“Babe..kau cari orang lain jelah untuk kahwin. Nampak sangat dia tak suka dengan perkahwinan ni.” Ayu memegang tangan Akira.
“Kau ingat aku buta ke? Tapi aku tak ada pilihan babe..”
“Bukan sebab kau suka dia?” Ayu menduga.
“Kalau pun aku suka dia takda maknanya aku nak paksa dia kahwin dengan aku. Bukan cara aku la nak dapatkan orang yang aku suka macam ni. Keadaan dia pun sama macam aku. Aku tak bersedia. Dia pun tak bersedia. Aku pun heran bila masa mendiang ayah aku berpakat dengan parents dia untuk satukan kami.” Akira baring pula. Harini dia akan tidur di rumah Ayu kerana malas hendak bersemuka dengan familynya.
“Hish..macam mana kau nak tahan dengan kerenah dia nanti? Dah la takde perasaan. Betulah korang ni macam made for each other.” Ayu tergelak perlahan.
“Kenapa kau cakap macam tu?”
“Kau sorang je yang boleh cakap dengan dia. Kalau kat kolej, perempuan-perempuan lain tinggal mimpi jelah nak bercakap dengan dia. Baru je nak bukak mulut dah kena ‘bunuh’ dengan pandangan membunuh dia.” Akira tergelak perlahan. Dia bersetuju dengan kata-kata sahabat baiknya. Tambahan pula mungkin..hanya dia pernah nampak lelaki dingin itu senyum. Akira akhirnya terlelap tanpa di sedarinya kerana sibuk berfikir mengenai betapa hidupnya berubah menjadi tunggang terbalik semenjak dia cuti semester ni.
*******
Dari satu channel ke satu channel dia menukar siaran tv. Akhirnya dia menutup tv dan masuk ke dalam mini library. Dia mencari-cari buku yang boleh di baca untuk mengisi masa lapangnya. Harini ibunya terpaksa balik ke rumah nenek tirinya kerana wanita tua itu sibuk hendak melihat bakal menantu cucunya. Sedang mengalamun dia terlanggar satu buku. Cepat-cepat dia mengambil buku berkenaan. Dia mengerutkan keningnya apabila melihat susunan bahagian buku yang dia langgar tadi tidak masuk betul-betul ke dalam rak buku. Beberapa buah buku kelihatan terkeluar sedikit dari bahagian rak seolah-olah ada benda di belakang rak berkenaan. Tanpa membuang masa dia menarik buku-buku berkenaan keluar dari rak. Sekali lagi dia terkejut apabila mendapati sebuah kotak hitam elok terletak di belakang buku-buku tadi. Dengan perasaan ingin tahu dia mengambil kotak berkenaan sebelum menyusun kembali buku-buku ke dalam rak dan berlalu masuk ke dalam biliknya. Pintu di kunci bagi memastikan tiada sesiapa yang masuk. Dengan keadaan yang menggeletar dia membuka penutup kotak berkenaan. Beberapa kali dia terbersin kerana habuk. Dia mengeluarkan beberapa keping gambar. Dahinya berkerut. Siapa perempuan ni? hatinya tertanya-tanya apabila melihat gambar mendiang ayahnya, dia dan seorang perempuan asing. Akira hampir-hampir hendak pitam apabila melihat gambar seterusnya. Gambar Puan Elizabeth dalam uniform orang gaji dan duduk bersebelahan perempuan asing yang sedang mendukungnya. Hatinya mula ingin tahu apa sebenarnya yang sedang  berlaku. Dia mengambil buku catatan yang terdapat di dalam kotak berkenaan.
******
Max meletakkan buku catatan berkenaan di atas meja sebaik sahaja dia selesai membaca. Cermin mata di tanggal.
“Apa yang kau nak buat sekarang?” Ayu memandang Akira yang sedang memejamkan mata.
“Aku tak tahu..kebelakangan ni macam-macam benda yang terjadi. Aku penat nak fikir.” Ayu mendakap bahu teman baiknya sebagai tanda sokongan.
“Aku rasa kita kena ada plan. Kau tak nak pembunuh kedua ibu bapa kau di jatuhkan hukuman ke?”
“Tapi kita tak ada bukti! Dan aku tak tahu jika mereka betul-betul di bunuh atau tak.” Akira menarik nafas dalam.
“Sebab tu kita kena ada plan. Kau jangan risau..aku dan Ayu akan tolong kau.” Max memegang tangan Akira seolah-olah memberi sedang memberi tenaga kepada gadis tu.
“Aku ikut je cadangan kau..kau kan pandai dalam bab-bab ni.” Akira tersenyum tawar.
“Aku nak balik dulu..barang-barang ni aku tinggalkan bawah jagaan kau.” Akira mencapai beg tangannya dan beredar selepas berjabat tangan dengan kedua-dua orang temannya. Max menggengam tangan Ayu.
“Saya pun risau juga.” Ayu memandang Max. Lelaki itu memaut bahu Ayu sambil melemparkan senyuman manis.
******
Akira kaku di situ. Dia mendengar setiap butiran yang sedang di bincangkan oleh Puan Elizabeth, Tuan Alan, Sara dan Jack dengan teliti.
“Sayang you tak curious ke dengan siapa Akira bakal berkahwin?” Tuan Alan memandang isterinya.
“Ah malas I nak ambil tahu…yang penting harta mendiang ayah dia jatuh dalam tangan I dan dia beredar dari rumah ni.” Puan Elizabeth tersenyum manis. Sara dan Jack ketawa mengejek. Semenjak Sara dan Jack tahu perangai Puan Elizabeth mereka telah menjadi rapat.
“Ibu..kenapa tak bunuh dia je?” Jack memandang Puan Elizabeth.
“Betul..macam yang kita buat dekat ibu bapa dia dulu?” kata-kata Tuan Alan membuatkan Sara dan Jack tergamam sebelum ketawa berdekah-dekah.
“That bitch..padan muka..jadi ibu bukan ibu sebenar dialah?” Sara memandang Puan Elizabeth. Puan Elizabeth menjawab dengan gelengan. Dengan perlahan Akira keluar kembali. Dia menghidupkan Nissan skyline miliknya dan memecut laju meninggalkan rumah yang terasa bagai neraka sekarang.
*******
Porsche cayenne 3.6 berwarna hitam metalik meluncur laju di jalan raya. Panggilan lewat malam tadi membuatkan dia sedikit tersentak. Sangkanya dia takkan berjumpa dengan Akira sehingga perkahwinan mereka berlangsung. Walaupun gadis itu tak berbicara namun dia seolah-olah dapat merasakan gadis itu dalam kesedihan.
            Akira memeluk erat kedua-dua belah kakinya sementara kepalanya dibenamkan di lutut. Dia cuba menahan tangisan daripada menjadi kuat supaya tak menarik perhatian orang sekeliling. Seung Hyun melihat sekeliling mencari Akira. Pergerakannya terhenti apabila melihat seorang gadis sedang duduk sambil membenamkan mukanya di lutut. Dia menghampiri. Akira buat tak peduli dengan bunyi derapan tapak kaki yang menghampiri.
“Kira…” segera gadis itu mengangkat kepala apabila mendengar namanya di panggil. Seung Hyun duduk di sebelah gadis itu dan tanpa di sangka-sangka Akira memeluk erat lengannya. Esakan yang cuba di tahan-tahan tadi pecah jua. Seung Hyun mengusap kepala gadis itu perlahan. Handfon di keluarkan dan nombor Max di dail.
*****
“Tuhan pun tolong kita.” Tuan Alan tersenyum nipis. Puan Elizabeth, Sara dan Jack tersenyum sinis. Mereka baru sahaja merancang namun tak sangka perkara yang mereka mahukan itu terjadi dengan cepat. Akira telah mati dalam kemalangan dan kereta skyline milik gadis itu meletup. Mereka baru sahaja balik dari membuat pengecaman mayat walaupun mayat telah rentung namun mengikut bukti yang ada menunjukkan Akira adalah gadis berkenaan. Mereka duduk di ruang tamu sambil membayangkan kemewahan yang bakal menjadi milik mereka. Esok, Puan Elizabeth akan menelefon Peguam Shim untuk sebutan wasiat.
****
Dia memegang dahi sebaik sahaja terjaga. Dia cam bilik berwarna ungu cair ni. Di lihat sebelah kanan elok je Ayu sedang tidur dengan nyenyak sambil memeluk bantal peluk. Perlahan-lahan dia bangun dan menuju ke ruang tamu yang terletak di tingkat bawah. Jam di pergelangan tangan menunjukkan pukul 8 pagi. Akira mengambil keputusan untuk membuat sarapan sambil cuba meraih ingatan apa yang terjadi semalam. Mukanya menjadi hangat tiba-tiba. Aku…aku telefon mamat tu dan menangis depan dia? warghhhh malunya…Akira menjerit dalam hati. Oh kau peluk dia juga bisik suara hatinya. Akira menghentak kepalanya ke dinding.
“Babe…kau kenapa?” Ayu memandang Akira risau.
“Tak de pape..aku buat breakfast.” Akira cover line.
“Weyh..dah pandai kau sekarang ye?” Ayu mengangkat kening double jerk. Akira membuat pandangan apasal pulak.
“Kau dating dengan mamat tak de perasaan tu eyh semalam?” Ayu tersenyum menyindir. Akira buat tak tahu dengan soalan Ayu dan mengangkat pinggan yang berisi sarapan pagi ke meja makan. Bunyi loceng pintu menarik perhatian Akira dan Ayu. Dengan langkah yang malas Ayu membuka pintu. Semenjak parentsnya berpindah ke luar negara dia tinggal bersendirian. Orang-orang gaji di halau balik ke rumah nenekya.
“Hai love.” Max mengucup dahi Ayu. Ayu tersenyum manis.
“Ehem…agak-agak la nak berdrama swasta depan aku?” Akira menegur sambil bercekak pinggang.
“La itu pun nak cemburu. Kau mintak la kat suami kau bila dah kahwin nanti.” Muka Akira menjadi hangat apabila Max menyebut pasal mamat tak de perasaan tu. Goossshhh apasal sebut nama mamat tu pulak.
“Ah tak dek maknanye.” Akira duduk dan mula menikmati sarapan tanpa menjemput tetamu yang baru datang. Max tersenyum nipis.
*****
Max menahan cemas menanti reaksi Akira apabila selesai bercerita. Ayu menelan air liur kesat.
“Sapa nak ganti balik skyline kesayangan aku tu?” Akira memandang Max dengan pandangan membunuh. Gila apa mamat ni. Mahal kot kereta tu. Max memandang Akira dengan rasa tak percaya. Ingatkan dia nak mengamuk ke hape rupanya dia lagi kisah dekat kereta kesayangannya.
“Nanti aku ganti la balik. Kau tak marah aku buat macam tu?” Akira menggeleng perlahan. Dia sebenarnya lega walaupun masalah belum lagi selesai.
“Apa yang berlaku semalam?” Akira menarik nafas dalam-dalam. Lalu dia menceritakan kesemua yang di dengarinya dari A-Z. Max menggeleng kepala perlahan. Apa punya manusia la keluarga minah ni. Max menyerahkan sampul besar kepada Akira. Akira menyambut sampul berkenaan dengan penuh curiga. Dia mengeluarkan ic, passport dan beberapa dokumen.
“Apa ni?” Akira memandang Max.
“Ni identity baru kau. Nama je yang masih sama tapi kesemua maklumat kau dah bertukar seperti yang kau lihat. Aku dah uruskan semuanya untuk kau. Ingat mulai sekarang dalam apa-apa urusan kau kena guna maklumat baru ni. Dan dokumen-dokumen di tangan kau adalah wasiat palsu yang menyatakan kau telah menyerahkan kesemua harta kau kepada Ayu atau nama palsunya Amanda walaupun sebenarnya kau masih pemilik harta-harta ni. Ayu akan mentadbir syarikat family kau di bawah pengawasan kau of course. Dalam 2, 3 hari lagi penyebutan wasiat akan berlaku di kediaman rumah kau.”
“Tak bahaya ke? Mean macam mana kalau mereka buat sesuatu kepada Ayu?” Akira memandang Max cemas. Dia tak mahu Ayu di apa-apakan.
“Dalam setiap benda yang kita buat mesti ada risiko dan benda tu tak dapat di elakkan. Aku akan lindungi Ayu sebaik mungkin.” Max menggengam tangan Ayu.
“Aku sanggup Kira..demi kawan aku sanggup..” Ayu memandang Kira sambil tersenyum. Sesudah menandatangani kesemua dokumen yang di perlukan, Akira memegang dadanya. Entah kenapa perasaanya bercampur baur. Sekarang dia adalah orang lain. Akira, pemilik tunggal kesemua harta keluarga Lee sudah mati yang ada sekarang adalah Akira yang baru. Yang akan bergerak seperti bayang-bayang memburu dan memastikan kehidupan pembunuh kedua ibu bapanya sengsara.
“By the way sebelum aku lupa…perkahwinan kau akan berlangsung dalam minggu ni.” Max memandang Akira.
“Hah? Apasal cepat sangat? Masih ada 2 bulan lebih kan?”
“Memang la tapi parents Seung Hyun yang suruh cepatkan. Perkahwinan korang akan di adakan secara tertutup. Pengumuman memang akan di buat sebab keluarga Seung Hyun adalah orang besar juga cuma identity si isteri akan di rahsiakan kecuali kepada ahli keluarga Seung Hyun. Korang akan berkahwin di luar negara.” Akira menepuk dahi perlahan. Betulah hidupnya dah jadi terbalik 360 darjah.
*****
“I do.” Perkataan keramat itu disebut.
“Pengantin lelaki boleh mengucup pengantin perempuan.” Akira memandang Seung Hyun dengan pandangan nak mati ke? Seung Hyun tersenyum nipis. Dia mendekatkan mukanya ke muka Akira. Secara automatic Akira menutup matanya. Kucupan hangat terasa di pipinya. Akira dan Seung Hyun menuju ke arah ibu bapa Seung Hyun.
“Kamu mirip ibu kamu, Valerie.” Puan Ana mengusap pipi menantunya. Baju pengantin berwarna putih dan sedikit sentuhan reben berwarna ungu di bahagian pinggang yang di pakai menantunya menyerlahkan kecantikan semula jadi gadis itu. 

Dia dan ibu Akira sudah lama berkenalan namun kematian Valerie membuatkan dia sedih. Mereka terputus hubungan sehinggalah syarikat suaminya ingin menjadi business partner dengan syarikat keluarga Akira. Di situlah mereka berjumpa semula dan merancang untuk menyatukan anaknya dengan Akira walaupun dia tak pernah berjumpa dengan anak gadis itu. Kematian Tommy membuatkan dia dan suaminya tertanya-tanya bagaimana perjanjian untuk menyatukan Akira dan Seung Hyun sehinggalah peguam Shim datang menyatakan wasiat terkahir mendiang ayah Akira. Akira tersenyum nipis.
“Dah la sayang. Ini hadiah daripada kami.” Tuan Adam menyerahkan kunci. Seung Hyun mengerutkan kening.
“Takkan la lepas kahwin kamu nak duduk dengan kami? Ini adalah kondominium yang papa dan mama carikan untuk kamu. Sebaik sahaja kamu berdua balik dari berbulan madu terus masuk rumah ni. Semua dah ada cuma tinggal kamu nak masuk je.” Puan Ana mengangkat kening double jerk. Akira tersenyum nipis.
*****
Dia duduk di balkoni menikmati pemandangan malam. Cincin di jari diusap perlahan. tak sangka yang aku ni dah kahwin. Akira masuk ke dalam bilik dan menutup pintu balkoni. Dia lihat Seung Hyun sudah baring di atas katil. Aish takkan la aku nak tidur sebelah dia.
“Awak…” Seung Hyun yang hampir terlena membuka mata.
“Takkan la kita nak berkongsi katil?” serba-salah Akira memandang Seung Hyun.
“Suka hati awak nak tidur mana. Jangan risau saya takkan buat apa-apa sebab awak bukan orang yang saya suka.” Tanpa perasaan dia menuturkan kata-kata berkenaan. Akira mendengus marah. Dia mengambil bantal dan selimut untuk tidur atas sofa. Sabar Akira..kau tahu memang perangai dia macam tu tapi…tak sangka sampai menyakitkan hati macam ni.
            Puan Elizabeth merenung peguam Shim seolah-olah ingin menelan anak muda itu hidup-hidup. Sebaik sahaja peguam muda itu balik, Puan Elizabeth memecahkan pasu bunga yang terletak berhampiran dengan pintu. Dia amat bengang.
“Memang dasar anak tak kenang budi. Dah mati pun menyusahkan!? Arghhhhh!” Puan Elizabeth merenung marah.
“Sekurang-kurangnya perbelanjaan bulanan kita tak di potong?” teragak-agak Sara memandang Ibu tirinya.
“Aku nak semua harta si Tommy tu..siapa pula si Amanda si penerima harta ni? Aku tak tahu pun si Tommy tu ada anak luar nikah.” Puan Elizabeth terus-terusan menyalahkan Akira sekeluarga.
                                                             *********




2 under spell:

Anonymous said...

mane smbgnnye..

Snow_Queen said...

Anon: ada je smbgn dia...klu xjmpe kat archieve crik kat link cerpen..kat ctu ade..tp cter ni de 4 part je =)

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review