Sunday, July 18, 2010

Flower Boys 5

Posted by Snow_Queen at 10:57 AM

Roselle, sebuah sekolah yang mempunyai 2 kategori pelajar. Samada manusia dan ahli sihir. Majority pelajar di situ adalah manusia biasa dan selalunya pelajar yang mempunyai sihir akan di letakkan di dalam kelas yang berasingan dengan manusia bagi mengelakkan pergaduhan.
   Ki bum menggeliat perlahan. Ikutkan hati dia malas nak ke sekolah namun bila diingatkan tugas sebagai president bagi persatuan sihir menimbun-nimbun dia kuatkan semangat untuk bangun juga. Bunyi dentingan sudu dan garfu di meja makan menarik perhatian Ki bum. Nampaknya ada puting beliung harini. Kevin memandang Xera yang sedang meneguk air dengan rakus. Takut nak menegur.
“Pergi dulu.” Xera menarik beg sekolahnya dan beredar. Ki bum memandang Kevin, Kevin angkat bahu tanda tak tahu. Alex hanya tersenyum sinis.
*****
Xera melalui South koridor yang merupakan jalan bagi ke bangunan South di mana semua pelajar-pelajar yang mempunyai kuasa sihir belajar. Xera memegang dadanya yang terasa sesak.
“Baki racun tu menyerang kau ke?” Wind Mage menyoal.
“Tak ada apa-apa.” Xera menahan bisa yang menyucuk-nyucuk.
“Muka kau pucat.” Kedengaran suara Water Mage pula. Beberapa pelajar manusia yang selisih dengan Xera memandang gadis itu dengan pandangan sinis. Bagi mereka pelajar-pelajar sihir semuanya pelik-pelik belaka. Xera buat muka tak hairan dan mempercepatkan langkah menuju ke kelas.
Ki Bum berpisah dengan Kevin, Alex dan Gary. Hakikatnya dikalangan mereka hanya Ki bum sahaja merupakan ahli sihir manakala yang lain hanya pelajar biasa namun itu tidak menghalang mereka untuk bersahabat. Hanya kelas sejarah sahaja yang menyatukan pelajar manusia dan ahli sihir.
Ki bum hanya melemparkan senyuman manis kepada mereka yang menyapa. Dia melihat Xera yang sedang tersandar di dinding makmal sambil mata memejam mata.
Xera membuka mata apabila terasa pusaran angin kecil di sekitarnya. Wajah Ki bum menyapa pandangan.
“Kau sakit? Anak panah semalam beracun bukan?” Ki bum memegang tangan Xera untuk memeriksa nadi gadis itu. Xera cuba untuk melepaskan pegangan namun Ki bum lebih pantas mengunci pegangan Xera.
“Masih ada baki racun. Mari ikut aku.” Ki bum menarik Xera yang semakin pucat ke arah bilik bawah tanah yang hanya boleh di masuki oleh president.
“Kau bertuah kerana kau orang pertama yang masuk ke dalam bilik ni selain aku.” Ki bum tersenyum nipis.
“Autumn.” Ki bum menyeru magenya. Xera melihat seorang gadis muncul.
“Kau buat la apa yang patut sementara aku siapkan kerja aku.” Ki bum memberikan arahan. Autumn hanya mengangguk. Ki bum beredar.
“Mari ikut saya.” Autumn memapah Xera masuk ke dalam sebuah bilik. Dia mendudukan Xera di atas kerusi.
“Kau mesti istimewa bagi dia.” Autumn bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri.
“Istimewa? bagi siapa?” Xera bertanya pelik. Dia hanya melihat sahaja Autumn merawat lengannya.
“Tuan Ki bum. Dia tak pernah layan mana-mana gadis macam dia layan kau.” Autumn memandang Xera. Cahaya yang berwarna coklat di lengan Xera makin terang.
“Kau suka kat Ki bum?” Xera bertanya. Autumn tergelak sinis.
“Kau tahu peraturan dunia Mage kan? Jika kami jatuh cinta dengan tuan sendiri maka kami sudah tak layak menjadi Mage bagi mereka.” Autumn memandang Xera yang menahan sakit.
“Mage kau tak boleh sembuhkan kau?” Xera memandang Autumn.
“Mage aku tak lengkap.”
“Maksud kau?” Autumn memandang Xera.
“Mage aku terdiri daripada unsur air, bumi dan angin. Aku tak ada unsur api.” Xera menggigit bibir menahan rasa sakit.
“Agak pelik.”
“Memang pelik tapi yang lagi pelik tok guru aku kata Mage ke empat aku adalah dark Mage. Kau tahu kan kesan dark Mage pada setiap ahli sihir?” Xera memandang Autumn.
“Bagi ahli sihir yang memiliki dark Mage, dia akan memiliki kuasa ilmu hitam dan ahli sihir yang memiliki ilmu hitam selalunya akan di buru oleh Dark Lord.” Autumn mengangkat tangannya dari nadi Xera. Xera mengeluh. Mengikut khabar angin, Dark Lord ingin mencari Queen/King of the Dark kerana mereka memiliki kuasa yang luar biasa hebat dan sekaligus akan memudahkan rancangan Dark Lord untuk menguasai Realm Mystic.
“Aku takkan aktifkan Mage ke empat aku untuk mengelakkan hal macam ni daripada berlaku.” Dia tak ingin menjadi penyebab kepada peperangan.
“Dah sudah?” Ki bum bersandar di pintu bilik. Autumn hanya menganggukkan kepala.
“Apa yang kita bincangkan biar rahsia okay?” Xera memandang Autumn. Autumn hanya menganggukkan kepala sebelum hilang.

4 under spell:

kumako said...

thanx sbb post.. bestnyerk... smbung agy.. ki bum ske xera eh??

Miss Kira said...

o.0
kira Xera ni agak hebat la..
hero dia ki bum ek??

Snow_Queen said...

@kumako: ermmm xtau la dia suke ke x xD

@miss kira: a'ah hero dia ki bum..=)

Gadis~Gula~Gula said...

arhhh!! setelah lama aku mngunjungi blog ni akhirnyer ade jugak n3 baru.. perghhh.. ari2 aku bgy salah takde n3 baru yg jwab pown.. rini.. fuhh!!! alhamdulillah! hehe

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review