Saturday, July 24, 2010

Assassin Dance 29 *Final

Posted by Snow_Queen at 8:26 PM

     Ara meniup sehelai dua rambut yang jatuh di dahi. Angin petang lembut menyapa mukanya. Dia tersenyum sendiri. Bunga-bunga liar, pepatung dan rerama seolah-olah memahami gelodak hati. Dia melihat pula anak-anak ikan yang bermain-main di sekitar kakinya. Dia bangun dan menyarung selipar sebelum berlalu turun dari tempat rahsianya.
   Dia merenung awan-awan yang berarak bebas. Tiada tanda-tanda jemu walaupun sudah 2 jam dia kaku di situ. Dia rindu. Bunyi panggilan yang masuk tidak diendahkan. Walaupun dia dan Ara berada di dua tempat yang berbeza namun dia tahu dia masih melihat awan yang sama, menghirup udara yang sama dengan gadis itu. Perpisahan langsung tidak menjejaskan rasa cintanya malah semakin mendalam. Dia bangun dan mencapai kot yang terletak elok di atas sofa sebelum berlalu keluar dari bilik hotel. Dia ada temujanji dengan client pada malam itu.
   Ara mengagah Asha. Ketawa budak kecil tu bila diagah. Ara mencubit pipi montel Asha.
“Habis la pipi Asha tu kalau duduk dengan Ara.” Kakak ipar Ara menegur. Ara hanya tersengih. Dia geram melihat pipi labuh Asha.
“Kalau ada anak sendiri nanti macam mana la kan?” Rin pakat sekali mengenakan Ara, Ara mencubit lengan Rin. Mengaduh gadis itu bila kena cubitan berbisa Ara.
“Kak Ara ni suka sangat cubit-cubit..eiii macam mana la Abang Dany boleh tahan.” Rin membebel sendirian. Ara menjegilkan mata mendengar kata-kata Rin. Rin hanya tersengih.
    Dany mengunyah makanan dengan lambat. Sengaja. Kalau ikutkan hati mahu sahaja dia beredar namun apabila mengenangkan client yang berada di depannya ini adalah client yang penting di kuatkan hati. Gadis di hadapannya ini masih lagi tak berputus asa menggoda Dany. Dany terasa bosan. Dia mengelap mulutnya dengan napkin.
“Cik..macam nilah. Saya datang sini atas urusan perniagaan tapi kalau cik nak menggatal saya minta diri dulu.” Dany bangun tanpa memperdulikan reaksi gadis berkenaan. Tolonglah…nak muntah aku tengok perempuan tu. Dia sengih sendiri.
*******
Tiada apa yang membahagiakan dirinya apabila buka sahaja mata benda pertama yang dilihat adalah insan yang di cintai. Dia tak memerlukan kemewahan, cukuplah dengan kehadiran permata hatinya di sisi. Ara…My first and last love… dia mengucup pipi Ara. Gadis itu membuka mata apabila terasa kehadiran seseorang di sebelahnya.
“Bila balik?” Ara memandang Dany yang sedang merenung dirinya.
“Baru sampai. Penat.” Sengaja dia mahu bermanja dengan gadis itu. Ara menghadiahkan senyuman manis. Ada-ada sahaja si Dany ni.
“Kata balik 2 minggu lagi?”
“Rindu…” Dany mengucup pipi Ara pula.
“Mengada-ngada..” Ara mencubit pipi Dany.
“Dengan bini sendiri tak pe.” Dany kenyit mata. Ara menggelengkan kepala. Dia bahagia dengan lelaki itu kini. Tiada lagi mendung yang merwarnai mimpi. Yang ada kini hanyalah mentari yang senantiasa menyinari hidup mereka berdua.
“Gatal..jom orang siapkan sarapan.” Ara hendak bangun namun pantas Dany menahan.
“Jangan pergi mana-mana. Temankan saya tidur kejap.” Dany menguap dan memejamkan mata. Dia merangkul pinggang Ara agar isterinya itu tidak ke mana-mana. Ara tersenyum nipis. Lelaki di sebelahnya ini cukup memahami dirinya. Tiada apa yang dia minta melainkan hubungan dia dan suaminya berkekalan. Walaupun baru 2 bulan berkahwin namun dia terasa seperti sudah lama berkongsi hidup dengan lelaki itu. Dia mengusap perlahan pipi lelaki itu. Dany yang manja, yang selalu buat dia ketawa, yang selalu temankan dia memasak dan jemur kain, yang akan mengelap air matanya jika dia menangis, yang sanggup berjaga malam jika dia sakit. Oh tuhan betapa dia sangat sayangkan lelaki itu melebihi segala-galanya. Dany membuka mata. Ara mengerutkan kening.
“Tak jadi nak tidurlah.” Dany menarik Ara bangun.
“Pulak..”
“Saya rindukan masakan awak.” Dany mengeyit mata. Ara menggelengkan kepala.
*****
“Pergi tengok telur tu.”
“Tadi dah masuk garam belum hah?”
“Alamak kuah stew nak kering dah.”
“Ara..mana awak letakkan senduk?”
“Dany..hangit kang telur tu.” Ara menjerit kecil bila Dany sempat lagi menarik tangannya untuk menari. Namun lelaki itu hanya pekakkan telinga. Ara gelengkan kepala. Inilah lelaki yang berjaya mencuri hatinya 200% tanpa belas kasihan. Inilah lelaki yang berjaya buat dia tak keruan dan dialah soulmateku..kepada anda semoga anda juga akan jumpa dengan soulmate anda, yang memahami, yang caring, menerima diri anda seadanya tanpa memperdulikan siapa anda pada masa lepas…semoga kita sama-sama bahagia.

The End….

9 under spell:

apple_pie said...

abes sudeh........ cian kt rain..
tp nape rase cam ade yg tak cukup je ek.. hmm tak cukup aksi kot..hehehe..ape pun, ara dpt gak dany..rain pas mai kt sy ek

Nina Aziz said...

sweetnye, snow ending dier....
suke2...

Snow_Queen said...

@apple: hehehe ni nmnyer da mls nk pkir kekeke...k2 rain pigi la ke pngkuan cik apple ni..

@nina: tengs =)

fallenmoon said...

Happily ever after :)

Miss Kira said...

hahahahaha
sweet sgt2..
kekeke

nk laki macam dany la
hahaha

hani said...

best..lain dari yg lain..
selalunya,heroin dgn hero tp kali ni heroin dgn second hero yg muncul di tengah cerita... *thumbs up* =)

hijab4piz said...

da best lah
citer snow mmg xpernah mengecewakan
tahniah...
semoga tros b'karya ^_^

Blue Sapphire said...

ske2 endinx dye...
sweet law dpt hubby cam dany...huuu..
rain uh cian gaq ea...huu....

intannurazrin said...

ala....
knp bkn rain dgn ara ea...
mcm kurg la ble heroin dgn second hero...
btw cte cik snow sume best cuma yg kali nie.....

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review