Sunday, July 18, 2010

Assassin Dance 28

Posted by Snow_Queen at 6:11 PM

Ara hanya menundukkan pandangan apabila terasa Puan Elina seolah-olah marah dengan dirinya. Air liur yang di telan terasa berpasir. Haish Dany ni pun satu. Tak cakap pun nak bawak jumpa mak ayah dia. Terasa semua pelanggan hotel Casuarina yang lalu-lalang melihat mereka dengan pandangan pelik. Apa tidaknya dah 2 minit berdiri depan pintu masuk hotel.
“Ara pergi mana nak? Mama risau.” Puan Elina memeluk Ara kejap. Terkedu Ara di buatnya. Sangkanya orang tua itu marah kerana menyebabkan Dany menjadi tidak terurus.
“Ma..apa kata kita masuk dulu. Semua pandang ni. cakap kat dalam selesa sikit.” Dany meraih bahu mamanya dan mengajak wanita itu masuk.
Sebaik sahaja makanan di pesan terus Tuan Eli menembak Ara dengan pelbagai soalan.
“Mana kamu pergi?” Tuan Eli memandang bakal menantunya.
“Sa..saya..” Ara serba-salah hendak berterus-terang ke tidak.
“Sebenarnya ayah angkat Ara mati dan Ara kena uruskan apa yang patut.” Dany menjawab bagi pihak Ara. Ara memandang Dany.
“Kesian kamu..kenapa tak bagitahu kami?” Menitis air mata Puan Elina.
“Saya tak nak susahkan pak cik dan mak cik.” Ara tersenyum tawar.
“Apa pula menyusahkan. Kamu tu dah jadi sebahagian dari keluarga kami tau.” Tegas kedengaran suara Tuan Eli. Ara tersenyum manis.
“Jadi..bila kamu nak kahwin?” Puan Elina memandang Ara dan anaknya. Ara menggaru kepala.
“Ala..mama sekalikan jelah majlis kitaorang dengan abang dan kak Ara. Jimat kos.” Muncul Yun, adik Dany. Dany menyekeh kepala Yun kerana buat dia terperanjat.
“Ara, kenalkan ni Yun anak bongsu keluarga kami dan tunang dia Rin.” Tuan Eli memperkenalkan anak bongsunya. Ara bersalam dengan Yun dan Rin.
“Hah ma…Dany setuju dengan cadangan Yun.” Dany mengangkat kening double jerk kepada Ara.
“Majlis Yun bila?” Ara memandang Yun.
“Minggu depan.”
“Hah? Minggu depan?” Terkejut badak Ara bila mendengar jawapan Yun.
“Kenapa?” Puan Elina memandang Ara.
“Errr..tak..Ara terkejut je.”
“Jadi awak setuju?” Dany memandang Ara. Ara mengangguk malu.
*****
Ara memasang lampu bilik tidurnya. Nampaknya Rain tiada di rumah. Lagi bagus kerana dia tak tahu macam mana hendak berterus-terang dengan Rain. Selepas mengemas apa yang patut, Ara duduk di meja tulis dan mula mengarang surat untuk Rain. Dia meletakkan surat berkenaan di atas bantal Rain dan berlalu pergi.
     Ara mengemop lantai rumah barunya. Hai nasib kaulah jiran sebelah. Tengah-tengah malam ada yang mengemas rumah. Kemudian dia membuka pintu kaca balkoni bagi memberikan aliran udara berjalan lancar. Dia terpegun seketika melihat pemandangan dari tingkat 16. Rumah yang di beli secara rahsia tanpa pengetahuan sesiapa. Dia sangat gembira kerana keputusan untuk membeli rumah ini akhirnya membawa manfaat. Dia kembali menyambung tugas membersihkan rumah.
  Rain kembali dari mesyuarat. Hatinya gelisah kerana Ara menghilangkan diri semenjak dari pagi tadi. Dia mengerutkan kening apabila terpandang sampul surat besar berwarna coklat di atas katil. Lantas tanpa sabar dia membuka sampul surat berkenaan.
Terkejut Rain apabila melihat surat penyerahan kuasa clan shadow di berikan kepadanya. Dan semua harta-harta yang ada di serahkan kepada Rain. Kertas berwarna pink jatuh di atas lantai. Lantas Rain mengambil dan membaca isi surat berkenaan.
Dear my best friend,
Tak tahu nak bermula dari mana dan mengakhirinya macam mana,
Ara dah give up dengan shadow clan jadi secara rasminya harini awak jadi ketua mereka. tentu awak tertanya-tanya kenapa dan mengapa bukan. Biar Ara berterus-terang. Ara dah jumpa kehidupan Ara. Kehidupan yang Ara tak dapat lepaskan atau lebih tepatnya Dany. Ara sedar bahawa antara kita tak mungkin macam dulu lagi sebab Dany dah berjaya curi hati ini 300% tanpa memulangkannya kembali. Ara minta maaf dan terima kasih atas segala-galanya selama ini. Awak akan jumpa yang lebih baik dari Ara *ayat klise bukan? Tapi Ara memang harap awak akan jumpa soulmate awak yang sebenarnya. Ara tak minta awak maafkan Ara jika awak marah tapi just nak awak tahu bahawa awak tetap kawan baik Ara buat Selama-lamanya. Jangan cari Ara lagi. Ara nak mulakan kehidupan baru dengan tenang. Tiada lagi Shadow clan dalam diari kehidupan Ara. Tiada lagi Ara the assassin.
Yours sincerely,
Ara

Rain terduduk di atas katil. Dia tersenyum tawar. Akhirnya Ara tetap pergi jua tak kira macam mana dia cuba untuk menambat perempuan itu. Pergilah sayang.. semoga berbahagia.

5 under spell:

Nina Aziz said...

sobs*...sian rain...tpi nk ara bahagia ngn dany!!!

itu_aku +_^ said...

bguih2
nk dany ngan ary

Miss Kira said...

yup2..
pergilah sayang
rain sedia lepaskan sayang
kekekeke

apple_pie said...

huhuhu...cian rain tp nak wat cane..cinta xleh dipaksa...mcintai juga x semestinya memliki..cewah..hehehe... find ur soulmate rain..bak kta ara.. n ara smoga bhgia...dany jga ara elok2..

Snow_Queen said...

@nina: tau xpe..sian gak kat Rain..huhuh

@itu_aku: huhuh

@miss kira: wah2 berpuitis nmpk..huhuh

@apple: btul2...dany jge ara bek2 klu x cik writer kasik alik ara kat rain..lalala~~~

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review