Sunday, July 18, 2010

Assassin Dance 27

Posted by Snow_Queen at 11:20 AM

Ara memakirkan kereta di tepi jalan. Dia perlukan udara dan sebab itulah dia ke sini. Dia perlukan ketenangan. Kasut ditanggal dan dia mula berjalan menyusuri pantai. Angin pantai dihirup dalam dan dihembus kuat seolah-olah melepaskan semua masalah yang terbuku di dada.
Dany menepis pasir yang melekat di seluar. Dia terpandang seorang gadis yang sedang duduk mencangkung menghadap pantai. Hati Dany berdegup kuat. Tanpa sedar dia menghampiri gadis berkenaan. Sebaik sahaja gadis itu berpaling menghadap Dany, Dany terpaku. Dia tersenyum sendiri bila melihat gadis itu berlalu. Nasib baik tak tegur. Entah kenapa fikirannya asyik di penuhi dengan bayangan Ara. Sebaik sahaja Dany pusing ke belakang dia terpaku. Orang yang dirinduinya sedang berada di depan matanya.
Ara berhenti apabila nampak Dany di depannya. Sebahagian hatinya ingin lari namun sebahagian yang lain menyuruh dia kekal di situ. Dia hanya melihat sahaja Dany menghampiri.
“Apa khabar?” Ingin sahaja Dany memeluk gadis yang berada di hadapannya kini. Ara hanya mengangguk sahaja. Terlalu payah untuk mengeluarkan butir bicara untuk lelaki itu.
“Buat apa kat sini?”
“Tunang tak ikut sekali?”
Mereka bersuara serentak. Dany tersenyum tawar.
“Tahniah.” Ara menyelak rambut yang menutup dahi.
“Saya hanya ikut nasihat orang tu. Cari orang yang sesuai dengan saya supaya jawatan CEO saya tak musnah macam tu sahaja. Terima kasih!” sarkastik kedengaran suara Dany. Ara tersenyum tawar. Hatinya sakit bila mendengar kata-kata Dany.
“Rain tak ikut?” Dany menoleh sekitar mereka. Ara menggelengkan kepala.
“Awak nampak kacak dengan imej baru.” Ara merenung wajah Dany. Seketika suasana antara mereka di selebungi sunyi. Masing-masing ada banyak benda yang hendak di perkatakan namun tak terluah. Bunyi telefon bimbit Dany menarik perhatian. Selepas menjawab panggilan Dany mula melangkah setapak dua.
“Ara…awak kena bahagia.”
“Awak juga Dany. Awak mesti cuba cintakan tunang awak walaupun awak tak cintakan dia.” Ara ketawa kecil dengan kenyataan yang di keluarkan. Dany mengangguk sebelum beredar. Selangkah…dua langkah…tiga langkah…empat langkah…dia mengira langkah Dany. Dany terhenyak sedikit ke hadapan apabila terasa ada orang memeluk dari belakang.
“Tak Dany saya tipu awak! Jangan bahagia dengan dia! saya cintakan awak! Awak tak tahu betapa hati saya hancur bila saya lihat awak sarungkan cincin pertunangan tu!” Ara menangis perlahan. Dany memejamkan mata. Perlahan-lahan dia pusing menghadap Ara yang sedang menangis. Dia memeluk Ara kejap seolah-olah tidak ingin melepaskan gadis itu lagi.
“Mianhae..tak berterus terang dari awal.. saya tak boleh lepaskan awak Dany. Saya cuba tapi..” kata-kata Ara di potong apabila Dany mengucup bibir gadis itu.
“Terima kasih sebab berterus terang.” Dany mengusap kepala Ara. Ara mengesat air mata.
“Tapi…tunang awak macam mana?” Ara memandang Dany. Dany tersenyum nipis.
“Tuang sapa?” Dany buat muka tak berdosa.
“Ish Dany..jangan la main-main.”
“o0o0 yang haritu ye? Hehehe..” Dany tergelak kecil. Ara menggetap bibir.
“Yang haritu tunang adik saya. Lawa tak?” Dany memeluk pinggang Ara. Mereka berjalan untuk duduk di bangku berhampiran.
“Tunang adik awak? Habis kenapa awak yang sarungan cincin?” Ara memandang Dany pelik.
“Sebab mak saya tak sabar-sabar nak sarungkan cincin kat jari Rin dia terus suruh saya sarungkan cincin di jari Rin.”
“Kenapa bukan adik awak?”
“Sebab waktu tu lama sangat dia memerap dalam tandas. Jadi bila giliran kita?” Dany mengeyit mata memandang Ara.
“Giliran apa?” Ara pura-pura buat tak tahu.
“Tak payah bertunang kita terus berkahwin okay? Nanti saya call mak saya.”
“Eiiii! Gatal.” Ara mencubit lengan Dany.
“Sakit la yang oii..saya nak kita terus kahwin supaya awak tak lari ke mana-mana dah. Biar depan saya 24/7..” Ara tersenyum manis.

8 under spell:

Blue Sapphire said...

aaaahhhhhh....ske33 sgt..hehe....
suspen tol r...upenye bkn dany y bertunanx..hehe...

Ishihara Kumako said...

hahha... upanya tunang adik dia.. igtkan tnang dia.. selamat2..

Snow_Queen said...

@blue:hehehe..selamat la ye..saje wat suspen..

@kumako:hehehe..nsb baik la ye..

fallenmoon said...

Suka Dany dgn Ara :)

itu_aku +_^ said...

hohohoho
nasib baek!~
kn senang klau trus trg jer

Miss Kira said...

phewww
nasib baik
hehehe
bg dany ngan ara la..

apple_pie said...

lorrr.... ara tertipu ngn telahan sdiri.. sy pun tertipu same... huhuhuhu... yes2..ara ngn dany..tp cian lak kat rain..

Snow_Queen said...

@moon: snow pun suke..hehee..

@itu_aku:klu trus trang cm xbesh je..saje nk seksa jiwa dn raga..huhuh

@miss kira:trik nfas lega la pasni..=)

@Apple_pie:huhuhu..mmg cian la kat rain..cik apple jeah kawen ngan dia..=)

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review