Tuesday, June 29, 2010

Last Revenge

Posted by Snow_Queen at 11:23 PM

            “Hah? Lari lagi? Ni dah masuk kali ke tiga dia lari. Abang kita nak buat apa ni? mana kita nak letak maruah keluarga kita?” Madam Rose memegang lengan suaminya, Tuan Ash. Hari ini sepatutnya anak sulung mereka Ryne akan berkahwin namun dia sekali lagi berjaya melarikan diri sebelum perkahwinan buat kali ke tiga ini berlangsung.
Tiba-tiba Tuan Ash memandang anak bongsunya, Zara yang sedang duduk bersila di atas kerusi sambil tersengguk-sengguk menahan mengantuk. Dia menghampiri Zara dan menepuk perlahan lengan anak gadisnya yang baru berusia 20 tahun.
“Zara…bangun.” Tegas sekali kedengaran suara Tuan Ash. Zara yang tersengguk-sengguk terus bangun.
“Ada apa?” Acuh tak acuh dia bertanya sambil menguap.
“Kamu gantikan tempat kakak kamu.” Hampir Zara ingin menjerit mendengar kata-kata ayahnya.
“What? No way. Apa ayah ingat Zara ni anak patung ke apa? Nak main ganti-ganti. Kenapa ayah tak suruh orang pergi carik anak kesayangan ayah tu?” Zara terus meluru keluar dari bilik pergantin berkenaan dengan perasaan marah. Semua demi perempuan jahat tu. Hati Zara menyumpah seranah.
Semenjak ayahnya berkahwin baru 3 tahun dulu, Zara lebih senang duduk sendiri. Tak sanggup dia duduk serumah dengan ibu dan kakak tirinya. Baginya, dari hari ayahnya berkahwin dengan Madam Rose hari itu juga dia sudah kehilangan ayahnya. Sudah lama dia menganggap dirinya anak yatim dan harini dia datang ke majlis tak jadi ni pun atas pujukan nenek dan atuknya kalau tak kirim salam jelah dia nak menjejakkan kaki ke majlis kahwin ni.
            Sein memandang Ryne yang sedang berjemur di atas kerusi malas di tepi kolam renang.
“You ni suka buat perangai macam ni kan? Kalau tak suka tu cakap la awal-awal. Ni menyusahkan semua orang.” Ryne hanya tersengih mendengar bebelan Sein, buah hatinya itu.
“You nak ke I kahwin dengan lelaki yang I tak cinta? Kalau nak I pergi sekarang juga.” Ryne berura-ura bangun untuk beredar namun pantas pinggang Ryne direntap dari belakang.
“You jangan sesekali berani..” Suara Sein bergetar menahan amarah. Ryne tergelak perlahan maklum benar dengan perangai Sein yang kuat cemburu itu.
****
Eli duduk di atas sofa sambil membelek-belek gambar seorang gadis. Pelbagai gaya dan aksi gadis itu menarik perhatiannya. Dia tersenyum sendiri. Dia bangun dan bersiap. Dia ingin bersemuka dengan gadis itu.
*****
Zara mengelap meja sementara menunggu waktu rehat. Bunyi loceng pintu café menarik perhatian.
“Selamat datang..” Zara membongkokan badannya sedikit tanda hormat. Jejaka tersebut terus duduk tanpa memperdulikan Zara. Setelah mengambil pesanan Zara beredar.
Zara menukar uniform kerjanya dan keluar dari café tempat kerjanya mengikut pintu belakang. Dia berpaling ke belakang apabila terasa ada orang mengikut. Namun setelah di teliti tiada sesiapa yang berada di belakangnya. Dia terus melompat masuk ke dalam keretanya yang terletak di seberang jalan dan memecut pergi. Setelah sampai di persimpangan lampu isyarat dia perasan sebuah kereta berwarna hitam mengekori. Dia tersenyum sinis.
“Kalau aku kasi kau ikut aku senang-senang nama aku bukan Zara.” Sebaik sahaja lampu hijau menyala, pedal minyak ditekan.
Eli tersenyum nipis apabila kereta yang dia ekori semenjak tadi sudah megetahui niatnya. Dia menekan pedal minyak hingga mencecah lantai kereta untuk berlumba dengan perempuan itu.
Zara membuat pusingan U secara mengejut membuatkan sebuah kereta membunyikan hon. Dia hanya tergelak perlahan. Kereta yang mengekori dirinya sudah tidak nampak bayang.
15 minit kemudian dia terperasan bahawa kereta berwarna hitam itu sudah berada di belakang keretanya. Zara mendecit perlahan. Dia tak tahu apa tujuan pemilik kereta berkenaan. Dia brek mengejut apabila kereta tersebut memintas secara tiba-tiba. Nasib baik jalan raya yang dilalui tiada kenderaan. Zara keluar dari kereta dan memeriksa bahagian depan keretanya.
“Kau ni apasal? Aku tak kenal kau. Nasib baik kereta aku tak ada apa-apa.” Zara memandang jejaka itu namun jejaka itu hanya tersenyum.
“Nama aku Eli.”
“Tak tanya pun.”
“Kau kena biasakan diri dengan aku kerana kita akan berjumpa dengan lebih kerap selepas ini.”
“Heh..kau ingat aku tak ada kerja lain ya. Aku tak ada apa-apa urusan untuk berjumpa dengan kau.” Zara membuka pintu kereta kasar dan berlalu pergi.
*****
Sein mengutip barang yang terjatuh di atas lantai. Gadis di hadapannya hanya merenung tajam. Tiada kata-kata maaf.
“Awak ni berjalan mata letak kat lutut ke?” Sein memerli gadis berkenaan.
“eyh awak yang langgar saya dulu.” Gadis itu menolak troli dan berlalu pergi. Sein menggetap bibir. Kalau dia jumpa lagi perempuan tu dia akan ajar perempuan tu cukup-cukup. Ryne meletakkan barang di dalam troli.
“Kenapa?” Sein memeluk pinggang Ryne. Malas dia nak jawab soalan Ryne. Ryne hanya memandang perangai Sein yang pelik harini.
****
Sein menahan gelak apabila melihat wajah masam gadis di hadapannya. Dia sama sekali tidak sangka yang mereka akan berjumpa di sini. Apa perjalanan takdir yang diaturkan untuk mereka? Zara mencucuk-cucuk daging steak dengan garfu tanda geram dan yang membuatkannya bertambah menyampah bila nampak muka lelaki yang melanggar dia di pasar raya haritu. Dia memandang ke sebelah kanan. Ni lagi satu. Mamat yang ekori kereta dia dulu pun ada kat sini. Apa semua ni? aish rasa-rasa boleh tak kot aku buat-buat pengsan?
“Ini Sein? Kenapa kamu tak cakap awal-awal yang kamu dah ada pak we?” Tuan Ash memandang Ryne senang. Sein anak kepada usahawan terkenal. Jadi dia tiada masalah untuk merestui hubungan anaknya dengan jejaka itu. Semuanya demi menambah kekayaan yang sedia ada.
“Ryne takut ayah tak setuju.” Ryne menarik sengih. Senang hati bila ada tanda-tanda yang ayahnya merestui hubungan dia dan Sein.
“Zara..kenapa kamu hancurkan daging tu?” neneknya menegur. Zara meletakkan garfu kasar.
“Zara..behave yourself.” Madam Rose bersuara.
“Zara..behave yourself.” Zara mengajuk kata-kata ibu tirinya. Ryne menyepak kakinya tanda amaran.
“Eyh..sapa kasi kau kebenaran sepak kaki aku?” Zara menyergah Ryne kasar. Tuan Ash dan Madam Rose sedaya upaya menahan amarah supaya tidak merosakkan majlis makan malam mereka.
“Zara..ini Eli…dia bakal suami kamu.” Tegas kedengaran suara Tuan Ash. Zara memandang ayahnya tajam.
“Apa hak ayah nak tentukan hidup saya?”
“Samada kamu suka atau tidak dia bakal suami kamu.”
“Zara takkan kahwin dengan dia.” Zara memandang Eli dengan perasaan benci. Eli hanya tersenyum nipis.
*****
Zara menarik nafas sedalam-dalamnya. Dadanya terasa sesak. Dia bersandar di dinding dan memejamkan matanya. Sebentar kemudian dia terasa hembusan nafas seseorang di mukanya. Sebaik sahaja dia membuka matanya, wajah Sein menyapa pandangannya.
“Kau..apa yang kau buat kat sini?” Zara menolak Sein. Sein terkebelakang sedikit.
“Aku rasa kita ada hutang yang perlu di langsaikan..” Sein menghampiri Zara.
“Aku tak berhutang apa-apa dengan kau!” Zara menjerkah Sein. Hish dasar buaya tembaga.
“Sein..you buat apa kat sini?” Ryne memegang lengan Sein. Sein hanya tersenyum memandang Zara.
“Saja nak berkenalan dengan bakal adik ipar.”
“Adik ipar my ass..heh kalau kau kahwin dengan perempuan ni aku takde kaitan dengan korang. Do you hear me?” Zara mendengus marah. Rasa-rasanya temperature marahnya dah sampai takat didih. Kalau ada yang bersuara memang mati dia kerjakan dua ekor makhluk yang berdiri di depannya.
“Kau dah ada bakal suami pergi la menggatal dengan dia..jangan kau nak goda laki aku pulak.” Kedengaran sinis sekali suara Ryne.
“heh ingat aku hadap sangat dengan laki kau? Muka macam mamat jual ayam kat pasar. Tak layak untuk aku tapi memang amat-amat layak untuk perempuan macam kau!” Zara ketawa sinis. Ryne menggetap bibir. Suara orang berdehem menarik perhatian mereka bertiga. Eli menghampiri Zara.
“Awak ni..jangan menggatal dengan orang lain selain saya. jeles ni.” Zara menjegilkan matanya. Mamat ni memang nak kena cepuk. Eli menarik tangan Zara dan menolak gadis itu masuk ke dalam kereta.
“Awak nak bawa saya pergi mana?” di pukul lengan Eli.
“Duduk diam-diam sekejap boleh tak? Awak ni banyak mulut la.” Eli mengenyit mata kepada Zara. Zara bersila. Dia dah tak peduli dengan tatasusilanya di depan Eli. Kata orang jadi la diri sendiri. Biar orang tahu sikap sebenar dia macam mana. Hehee aku memang macam ni. lantak kau la dapat bini macam aku. Eh kejap bila pulak aku setuju nak jadi bini dia ni. uh tuhan tolong la selamatkan aku dari makhluk sekor ni.
Mereka berhenti di pantai. Zara mengerutkan keningnya.
“Sejuk la kat sini..nak buat apa kat sini?” Zara memukul lengan Eli. Eli hanya tersenyum nipis.
“Awak ni panas sangat. Kasi sejuk sikit duduk kat sini.” Zara merengus. O0o0 perli aku ye.
Dia menghampiri pinggir pantai. Sengaja dibiarkan ombak menyapa kakinya. Udara dihirup sedalam-dalamnya.
“Arghhhh!” Zara menjerit sepuas-puas hatinya.
“opocot mak kau..aish sawan ke hape budak ni.” Eli memandang Zara yang berlari-lari anak berseorangan di tepi pantai.
****
Bunyi tembakan membuatkan jantungnya seakan berhenti berdegup. Dia menahan nafas di dalam almari baju. Badannya menggigil ketakutan. Ingin sahaja dia berlari keluar dari bilik itu namun badannya enggan memberi kerjasama. Pembunuh berkenaan memandang tepat ke arah almari baju.
            “Kriiingggg” bunyi jam loceng membuatkan Zara bangun mengejut. Dia bermimpi ngeri lagi malam tadi. Mimpi ngeri yang menghantuinya selama ini sering membuatkan dia pening kepala. Bau roti bakar menarik perhatian selepas dia selesai mandi. Pantas dia berlari ke ruang tamu. Dia ternampak susuk tubuh seorang lelaki sedang memasak di dapur.
“Macam mana awak masuk?” Zara memeluk tubuhnya.
“ Kunci pendua.”
“Dari mana awak dapat?” Zara mengerutkan keningnya.
“Nenek.” Zara mencapai telefon rumah dan mendail nombor rumah ayahnya.
Sebaik sahaja suara yang dikenali mengankat panggilan
“Nenek! Kenapa nenek kasi kunci rumah Zaza dekat stranger?” Nenek Zara menjauhkan telefon sekaki.
“La stranger mana pula ni?” neneknya menjawab balik.
“Si Ela..eyh Eli ni hah..” Zara mencebik.
“La dia kan bakal suami kamu..bukan orang asing..eyh Zaza nenek nak berak ni..lain kali je kita berbual.” Panggilan di matikan.
“Zaza?”
“Sibuk je.” Zara masuk balik ke dalam bilik. Selepas bersiap dia tak nampak kelibat Eli. Ada nota di atas meja makan. Dia tersenyum sendiri. Sarapan dihabiskan.
*****
Dia duduk di ruang tamu sambil baring di atas sofa. Tv dibiarkan terbuka. Segera dia bangun bila terdengar bunyi ketawa-gedik-menyakitkan hati Sein dan Ryne. Harini dia dipaksa balik ke rumah oleh atuknya. Zara bangun dan kebetulan dia tenampak Ryne memegang tangan Eli di taman. Zara menggetap bibir. Sein tu boleh je tengok betina gedik tu bermesra-mesra dengan Eli. Eyh yang aku jeles sangat ni apahal. Takkan la aku dah…Zara memegang dada seolah-olah menahan jantungnya daripada jatuh. Terasa kadar degupan jangtungnya berdegup pada kadar kelajuan tinggi.
“Weyh…mak kau cari.” Zara memandang Ryne dengan muka tak bersalah. Ryne hanya tersenyum sinis. Dia sempat mengusap pipi Eli sebelum berlalu pergi. Berbulu mata Zara melihat scene berkenaan.
“Awak pergi la bersiap-siap kita nak keluar sekejap lagi.” Eli memandang Zara.
“Tak nak ikut..” Zara menjelirkan lidah dan berlalu.
*****
Dalam hati sudah berbakul-bakul sumpah seranah dilemparkan kepada tiga makhluk di hadapannya. Dah la datang kena paksa ni dia di biarkan berseorangan. Eli dan Sein tak habis-habis berkepit dengan Ryne. Dia macam jadi orang gaji pula hanya berjalan di belakang. Hah Zara agaknya Eli dah jemu dengan perangai kau kot tu pasal dia beralih arah pada kakak kau. Cuba kau tengok perangai kakak kau. Dah lah lemah-lembut pandai ambil hati pula tu. Woi akal kau jangan nak sakitkan hati aku. Tu bukan lemah-lembut tapi gedik. Akal dan fikiran Zara saling berperang.
            Zara lihat Eli, Sein dan Ryne masuk ke dalam sebuah kedai baju pengantin. Dia menggetap bibir. Air mata hampir tumpah. Lantas dia berlalu tanpa di sedari oleh tiga makhluk berkenaan. Sewaktu sedang berjalan-jalan, suara kanak-kanak menangis menarik perhatian Zara. Seorang ibu muda sedang memujuk si adik manakala si kakak pun sudah hampir merengek untuk mendapatkan perhatian ibunya.
“Nah..” Zara menghulurkan lollipop besar kepada si kakak. Ibu muda berkenaan hanya tersenyum manis. Kanak-kanak perempuan berkenaan hanya tersenyum malu menerima pemberian Zara.
“Nama apa?”
“Jojo..”
“Jojo..sayang adik dan mak tak?” Zara melemparkan senyuman manis.
“Sayang..” Jojo memeluk adiknya yang meragam.
“Kalau sayang..Jojo kena la tolong mak pujuk adik..Jojo kena jadi anak yang baik,,jangan menyusahkan mak okay?” Zara menghulurkan tangannya. Jojo menyambut tangan Zara. Zara tergelak kecil bila berjaya memujuk kanak-kanak berkenaan. Ibu muda itu mengucapkan terima kasih sebelum Zara berlalu pergi.
******
Zara buat muka tak bersalah bila Eli merenung tajam dirinya.
“Kenapa balik senyap-senyap.”
“Saya ada ke tak ada bukan tak ada kesan ke kat awak?” Zara menjeling sinis sebelum berlalu masuk ke dalam bilik. Eli tersenyum sinis. o’o0 ada orang jeles di sini.
“Apa pendapat kau mengenai dia?” Ryne memandang Eli. Harus di akui jejaka yang bakal menjadi adik iparnya ini telah berjaya membuatkan hatinya bergoncang hebat. Namun tidak pula dia ingin lepaskan Sein. Hatinya seolah-olah sudah terbahagi dua.
“Dia kasar, panas baran, manner tak ada bila dengan orang tua.” Eli tersenyum sambil memandang Ryne. Zara menggetap bibir. Setiap patah perkataan yang keluar dari bibir Eli menghiris hatinya. Eli, kau bodoh…Hatinya menjerit kuat. Kalau kau suka sangat si Ryne tu kau ambil jelah dia. Tak hingin aku tengok muka kau Zara membaling gelas ke dinding. Bunyi kaca menarik perhatian Ryne dan Eli, namun tiada orang di situ. Zara menekan pedal minyak sekuat hati. Menyesal dia bermalam di rumah puaka itu.
“Eli…I ada benda nak cakap dengan You.” Ryne mula buat aksi menggoda. Eli tersenyum nipis.
“I tak habis cakap lagi. Walaupun Zara macam tu I tetap terima dia seadanya. Sebab I percaya dia lain daripada yang lain.” Ryne menggetap bibir mendengar kata-kata Eli. Dia tak mahu mengaku kalah dengan adik tirinya.
*****
Zara menendang pintu bilik karaoke kasar. Seorang lelaki yang sedang asyik bercumbu-cumbuan dengan pelayan kelab berkenaan terkejut melihat kehadiran seseorang yang berpakaian serba hitam. Muka orang itu di tutup separuh. Dia berang kerana aktivitinya terganggu. Zara menahan tubuhnya yang menggigil marah. revolver di genggam erat dan di talakan di dahi lelaki itu. Lelaki itu mengangkat tangan. Si pelayan lantas berlari keluar dari situ. Zara perasan tangan lelaki itu yang mahu mengambil sesuatu lantas dia menendang muka lelaki berkenaan.
“Kau bergerak satu jari pun riwayat kau akan berakhir harini.” Zara memberi amaran.
“Aku buat salah apa dekat kau?” Si lelaki berkenaan  menyoal kasar.
“17 tahun dulu…kau pernah membunuh seorang perempuan yang bernama Antasya isteri kepada Ash bukan?” Zara menyergah kasar.
“Bukan salah aku..aku hanya di arahkan oleh Jung.” Zara mengecilkan matanya.
“Jung?”
“Bekas kekasih Antasya.”
“Kat mana aku boleh cari dia?”
“10, SQ Square, Road rainbow.” Zara menarik muncung pistol dari dahi lelaki berkenaan. Dia berpaling ke belakang namun sesaat kemudian dia berpaling ke belakang semula. Picu di tarik dan tembakan di lepaskan. Ini hadiah sebab kau bunuh ibu aku. Zara melangkah keluar dengan tenang. tak sangka siasatannya selama ini membuahkan hasil. terima kasih kepada orang upahannya.
*****
            Zara mengenakan pakaian berwarna hitam. Rambut yang panjang di ikat dan cermin mata di kenakan. Dia menaikkan suhu aircond kereta. Kemarahan yang membalut diri membuatkan dia sudah tak terasa kesejukkan aircond. Sampul surat besar berwarna kuning di ambil secara kasar dan di buka isinya. Dia meneliti sekali lagi maklumat yang tertera di atas kertas. Jam di dashboard menunjukkan pukul 10 malam. Telefon bimbit yang berbunyi menarik perhatian.
“Hello”
“Awak kat mana?”
“Sibuk apasal?” Zara menjeling tajam.
“Zara..” Suara Eli bergetar menahan amarah.
“Saya kan kasar, tak ada manner dan panas baran. Jadi disebabkan perangai saya tu mana sepadan dengan awak.” Zara memulangkan paku buah keras. Eli terdiam. Nampaknya gadis itu mendengar perbualan dia dengan Ryne malam tadi.
“Zara..saya tak bermaksud macam tu.” Eli cuba nak menerangkan keadaan sebenar namun panggilan sudah diputuskan oleh Zara. Zara campak telefon bimbitnya ke seat belakang. Dia meneliti bangunan kasino terkenal di Road Rainbow itu. Pengunjung makin ramai. Zara membelek revolver dan mengisi peluru ke dalam pistol berkenaan. Tiada jalan untuk berpatah kembali. Semuanya demi ibu tersayang. Mimpi ngeri yang menghantui dirinya selama ini akan berakhir. Ibu..amanlah di sana. Zaza akan balas balik setiap titis darah ibu yang mengalir.
Dia memejam mata dan membayangkan kembali bagaimana ibunya di bunuh secara kejam. Di rogol dan dibunuh. Memang hatinya terasa sakit sebab dia tak boleh berbuat apa-apa untuk menolong ibunya. Jaket kulit di capai dan dia keluar dengan tenang melangkah ke arah kasino.
*****
“Tuan, sasaran sudah sampai. Kita boleh bergerak sekarang.” Eli dan beberapa orang pengikutnya keluar dari sarang persembunyian mereka dan berlagak sebagai pengunjung tempat berkenaan. Malam ini penjenayah yang paling di kehendaki akan di tangkap sewaktu mereka melakukan transaksi haram.
Eli masuk ke dalam kasino dengan tenang. Matanya menangkap kelibat Sein dan Ryne yang sedang melakukan pertaruhan di meja judi. Dia berlalu pergi.
            “Bagaimana dengan kawalan keselamatan malam ni?” Jung bertanya kepada pengikut kanannya. Lelaki itu hanya menganggukkan kepala tanda semuanya di dalam kawalan. Jung tersenyum senang.
Zara duduk di meja pertaruhan. Cip bernilai 10,000 di pertaruhkan. Roulette wheel dipusing. Dia tersenyum sinis bila pertaruhannya menjadi. Selama setengah jam dia duduk di situ dan bermain supaya tiada sesiapa yang mengesyaki niatnya. Setelah di rasakan masanya sesuai dia bangun dan berpura-pura melihat beberapa permainan yang menarik sebelum dia menyusup masuk melalui pintu exit. Tangga di daki dan sasaran pertama adalah bilik kawalan keselamatan.
            Eli bermain jackpot sementara menunggu masa yang sesuai untuk bertindak. Dia memberi isyarat tangan kepada salah seorang pengikutnya tanda masa sudah sampai.
*****
Zara menendang pengawal keselamatan yang terakhir di dalam bilik itu. Kepala pengawal berkenaan tepat terhentak ke dinding. Kesan darah jelas kelihatan. Zara memerhati monitor besar di hadapannya untuk mengenal pasti kedudukan sasarannya. Matanya pantas menangkap kelibat Sein dan Ryne yang sedang berseronok. Dia tersenyum sinis tanda tak peduli. Pandangan matanya di talakan ke monitor sebelah kirinya pula. Pantas matanya menangkap kelibat Jung yang sedang duduk berbincang dengan beberapa orang lelaki. Zara mula menyusun strategi di dalam kepala.
            “Tuan..” Eli melihat beberapa orang pengawal keselamatan yang sudah terbaring tak sedarkan diri.
“Ada gadis yang mencurigakan menuju ke bilik sasaran.” Kata-kata salah seorang pengikutnya menarik perhatian Eli.
“Zara..”
“Arahkan beberapa orang kawal bilik ni dan yang lain ikut saya segera. Jangan apa-apakan gadis itu.” Kesemua anak buahnya bertindak mengikut arahan.
*****
Zara membuat backflip untuk mengelak tendangan dari sasaran. Dia mendarat dengan lutut mencecah lantai. Muncung pistol di talakan tepat di dahinya. Dia meletakkan kedua-dua belah tangannya di atas lantai. Tanpa di sangka, Zara melakukan backstand dengan pantas. Kakinya melibas tengkuk mangsa. Bunyi tulang patah kedengaran. Beberapa orang pengawal keselamatan menuju ke arah Zara namun belum sempat mereka berbuat apa-apa muncul sekumpulan pengawal berpakaian serba hitam menolong Zara. Perlahan-lahan Zara meninggalkan tempat berkenaan tanpa di sedari sesiapa pun.
*****
Jung bangun dan melihat ke arah skrin komputernya. Dia menggetap bibir. Tak sangka pengawai FBI akan buat kacau lagi.
“Arahkan orang untuk tutup kasino ni dan kerahkan semua orang bunuh pegawai-pegawai FBI berkenaan terutamanya Eli.”
“Kau kata line clear.” Rakan niaga Jung mula berang.
“Mana lah aku tahu akan jadi macam ni. Kau berambus dulu ikut pintu belakang.” Jung membuka laci meja dan mencapai pistol.
            Zara menendang pintu bilik Jung sekuat hati. Jung melihat pemandangan di luar tingkap seolah-olah tiada apa-apa. Pantulan imej Zara di cermin menarik minatnya namun dia masih tak berpaling. Zara lihat tiada sesiapa di bilik berkenaan melainkan Jung seorang sahaja.
“Aku tak sangka pegawai FBI kali ni mereka hantar seorang perempuan yang cantik.” Jung tersenyum sinis sambil membelakangkan Zara.
“Riwayat kau akan tamat harini Jung!” Jung perlahan-lahan pusing menghadap Zara.
“Antasya?” Terbeliak mata Jung melihat kekasih pertamanya berdiri di depan mata. Zaea tersenyum sinis. memang rupanya mirip arwah ibunya.
“Baguslah kalau kau masih ingat ibu aku yang kau suruh orang bunuh secara kejam 17 tahun dahulu.” Zara menarik picu dan mengarahkan mucung pistol ke arah Jung.
“Kau..anak Antasya?”
“Kau tak layak sebut nama ibu aku!” Zara melepaskan tembakan secara melulu. Jung menarik keluar pistol dari kotnya dan melepaskan juga tembakan ke arah Zara. Zara berlindung di sebalik sofa.
            Eli melepaskan tembakan terakhir ke arah perut pengikut Jung. Dia segera berlari ke arah bilik Jung. Dia terfikirkan keselamatan Zara. Pelbagai persoalan mula muncul di kotak fikirannya.
Sebaik sahaja sampai di bilik Jung, Eli lihat muncung pistol di talakan ke arah dahi Zara. Zara terkejut melihat kehadiran Eli. Dia meludah ke lantai apabila terasa darah masuk ke dalam mulutnya. Bibirnya pecah akibat tumbukan daripada Jung.
“Eli..baguslah kau datang. Aku akan uruskan kau selepas aku uruskan betina ni.”
“Lepaskan dia Jung.” Muncung pistol di talakan ke arah Jung.
“Kau tembak aku, aku akan tembak dia.” Jung tersenyum sinis.
“Eli..Eli..kan aku dah cakap jangan ada pihak FBI berani mencampuri urusan aku. Kalau tak korang takkan tahu apa yang aku boleh buat.”
“Eli..kau FBI?” Zara memandang Eli.
“Kau kenal perempuan ni? pasangan kekasih? Oh nasib menyebelahi aku kali ni.” Jung ketawa sinis. Zara menepis muncung pistol Jung dan tembakan terkena cermin tingkap. kaca jatuh berderai akibat tembakan berkenaan.
Jung menekan punat air pancut sekiranya ada kebakaran. Zara dan Eli, pandangan masing-masing kabur akibat percikan air dari syiling. Eli menekan punat air berkenaan. Zara meraup mukanya kasar.
“Damn dia dah terlepas.” Zara menendang kerusi di hadapannya.
“Saya akan berkira dengan awak selepas ni. duduk kat sini diam-diam.” Eli memberi arahan sebelum keluar mencari Jung. Zara menggetap bibir. Mana mungkin dia melepaskan pembunuh ibunya.
*****
Zara mendaki tangga ke rooftop. Entah kenapa setelah hampir satu bangunan dia mencari hatinya mendesak menyuruh ke tempat berkenaan. Apabila dia membuka pintu rooftop dia nampak Jung di kelilingi oleh sekumpulan lelaki. Mungkin FBI desis hati Zara. Namun dia tak nampak kelibat Eli.
“Korang dekat aku tembak dia.” Jung menalakan muncung pistol ke kepala Eli. Zara menelan air liur kesat.
“Eli!” Zara menjerit.
“Jangan dekat Zara!” Eli memberi amaran. Gadis ni bukan boleh di jangka.
“Baguslah kekasih kau dah datang. Kau boleh lihat dengan mata kau sendiri macam mana aku bunuh pak we kau ni. Kalau dulu kau lihat kematian ibu kau sekarang kau akan tengok macam mana aku bunuh jantan ni pula.” Zara menghampiri namun pantas dia di pegang oleh beberapa orang pengikut Eli. Jung tersenyum menang. Beberapa saat kemudian terdengar bunyi tembakan. Kesemua mereka di situ kaku apabila Jung dan Eli rebah serentak. Terbeliak mata Zara. Pantas dia merentap tangannya dari pegangan pegawai FBi dan menolak badan Jung ke tepi untuk melihat keadaan Eli.
“Eli..bangun..” Air mata sudah menitis. Namun Eli hanya kaku. Darah merah membasahi baju Eli.
“Eli..saya belum cakap saya sukakan awak..Kalau awak tak ada macam mana dengan saya?” Zara memukul dada Eli.
“Macam budak kecik.” Eli membuka mata. Zara merenung tajam Eli.
“Awak..ish geram betul.” Zara menolak Eli dan berlalu pergi.
Eli bangun dan melihat orang-orang Sein sedang menguruskan mayat Jung.
“Pergi la kejar dia bro!” Sein menepuk bahu Eli.
“Thanks atas bantuan kau kali ni.”
“Small problem..lagipun pihak interpool pun dah lama cari bedebah ni. Nanti aku akan sediakan laporan dan hantar ke ibu pejabat kau sekali.” Sein tersenyum senang.
****
Zara baring di atas katil setelah penat berdiri. Dia tersenyum sendiri apabila semuanya kini berjalan dengan lancar. Hubungan dengan ayahnya bertambah baik begitu juga dengan hubungan ibu dan kakak tirinya. Sein dan Ryne kini sedang berbulan madu. Agak-agak Ryne ingat tak buah tangan yang di pesannya. Kini dia boleh menarik nafas lega bila Eli sudah menjadi hak miliknya. Malam ni dia keseorangan kerana Eli keluar bertugas. Dia mendengus perlahan apabila terasa perutnya sakit. Menyesal pula dia berkeras bila Eli nak hantar dia balik ke rumah orang tuanya. Due date bersalin dia di jangka 3 minggu lagi. Dia bangun apabila terasa perutnya makin sakit. Telefon bimbit di capai. Nombor rumah di dail namun tiada sesiapa yang angkat. Di cuba pula nombor ayah dan ibu tirinya namun kedua-dua tidak berangkat. Dia mencapai beg pakaian yang sudah di sediakan minggu lepas sebagai persediaan kalau-kalau masanya sudah sampai. Di capai kunci kereta yang tersangkut di tepi dinding. Sambil menahan sakit yang makin menyucuk-nyucuk dia memandu. Di dail pula nombor Eli namun hampa apabila masuk ke voice mail.
Sebaik melepasi pintu hospital pandangannya menjadi kelam dan dia sudah tidak ingat apa-apa lagi.
******
Zara membuka mata apabila mendengar bebelan seseorang. Dia melihat Eli sedang memegang tangan kanannya.
“Tulah awak bising sangat. Kan dah bangun budak tu.” Tuan Erique memarahi isterinya Madam Ivy. Zara mengukir senyuman manis kepada kedua-dua mertuanya.
“Yelah..Si Eli kan tahu Zara ni akan bersalin bila-bila, yang dia pergi bertugas tu kenapa? Bukan dia tak boleh minta cuti?”
“Dah lah tu kak. Asalkan semuanya selamat.” Madam Rose mengusap bahu besannya.
“Sorry..” Eli mengucup dahi Zara.
“Tak apa.” Pintu bilik Zara di tolak. Nurse membawa masuk seorang bayi lelaki.
“Anak kita.” Zara mengucup lembut dahi bayinya.
“Sayang..thanks for everything.”
Ibu..cucu ibu sangat mirip Eli. Ibu tolong doakan kebahagiaan kami sekeluarga. Zara melemparkan senyuman manis kepada Eli dan memeluk anaknya.
*THE END*
*so cmne? Hehhe..cepen kedua snow..sila lah komen2x,, =)

8 under spell:

Aku Sendiri said...

BEST! ^_^

lolly-molly said...

story line quite good but cam rushing la ending dia :)

overall.good.

shareena said...

ok.not bad.juz macam nk cpt je dis cerpen.overall ok!

Snow_Queen said...

sankyu2x..erm mmg snow un rse agk rush sbb psni tkot sbuk delay la plak *pdhal de blmbak lg cter nk kne update..heehehe..

~ZYX~ said...

best2..tp flow cite mmg camcpt sgt..

cactaceous opuntia said...

really love this...

Anonymous said...

crte ni ok..
tp cham x logik..
x ade tindakan ke ke atas zara sbb dia membunuh????

in_an said...

cite2 snow mmg best tp mcm kne kejar je..hehehehe...rushing sgt..teruskan ye...

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review