Sunday, June 6, 2010

Flower Boys 4

Posted by Snow_Queen at 12:42 AM

            Sepanjang kelas berlangsung mata Alex tak lepas memandang Xera. Dia sebenarnya menyampah dengan scene yang di tontonnya sekarang. Melihat tangan Ki Bum yang melingkar di pingang Xera membuatkan dia ingin menolak jauh-jauh perempuan itu dari sisi Ki Bum.
            “Guess what? Kalau kau nak tengok dorang pun jangan la sampai macam tu sekali rupa muka kau. Macam orang tengah sembelit” Kevin memandang Alex dan kemudian dia memandang ke arah Ki Bum yang sedang mengusik Xera. Budak Ki Bum ni lagi satu aku tak faham. Selalu bukan main payah nak dekat dengan perempuan, harini lain pula jadinya.
“lebih baik kau lepaskan pegangan kau sebelum aku putuskan kepala kau!” Xera memandang Ki Bum yang hanya tersenyum sinis. haih parah mamat ni. orang cakap apa pun tak dengar. Xera memandang ke arah luar tingkap. dia memerhatikan setiap inci pemandangan di depannya.
“Xera, jawapan bagi soalan no 3?” Miss Sherley memandang Xera sambil bercekak pinggang. Sudah 3 kali dia memanggil anak muridnya yang satu itu namun tiada balasan. Xera bangun serentak dengan kaca di tingkap sebelahnya pecah. Semua pelajar di dalam kelas tergamam dengan incident yang tidak di duga itu. Darah mengalir di celah-celah jari gadis itu kerana dia menggengam mata anak panah yang datang entah dari mana. Beberapa saat kemudian satu persatu jarinya bertukar kepada warna ungu gelap. Ki Bum mengejar Xera yang terjun dari tingkap kelas mereka secara tiba-tiba.
            Dia duduk di atas batu sambil memicit lengannya. Setitis demi setitis darah yang sudah diresapi dengan racun keluar dari celah jari-jemarinya. Bibir di gigit demi menahan kesakitan yang di tanggung. Ki Bum menarik tangan Xera dan membaca jampi. Sebentar kemudian cahaya berwarna biru kelihatan di antara telapak tangannya dan telapak tangan Ki Bum. Xera menilik tangannya yang sudah pulih seolah-olah tidak pernah tercedera langsung sebelum ini.
“terima kasih” dia bangun dan membuang pandang ke arah sungai di depannya.
“siapa kau yang sebenarnya? Apa motif kau datang ke sekolah aku?’ Ki Bum bertanya dengan nada dingin. Xera memandang ke arah Ki Bum dan tersenyum sinis.
“bukan urusan kau. Aku tak suka terhutang budi. Aku akan pastikan kita tak berhutang apa-apa lagi kelak.” Sekelip mata Xera hilang dari pemandangan. Ki Bum ikut sama beredar. Dari jauh sepasang mata yang memerhatikan pergerakan Xera dan Ki Bum tersenyum sinis.
            “kau okay?” Kevin menerpa Xera yang baru sahaja hendak masuk ke dalam bilik.
“okay…aku sihat je” senyuman manis di lemparkan. Kevin menarik nafas lega.
“orang macam dia kalau mati sangat malang kan?” Alex melemparkan senyuman sinis.
“mood aku tak baik, kalau kau masih nak bernafas lagi baik kau tutup mulut kau yang busuk tu” jelingan tajam di lemparkan.
“kau…” kata-kata Alex terhenti apabila hujung mata pedang terletak betul-betul di halkumnya. Gary, Kevin dan Ki Bum hanya melihat sahaja. Sekelip mata pedang yang di talakan di hujung halkum Alex hilang.
“sorry. Aku penat. Lebih baik jangan ganggu aku harini” pintu bilik di hempas kuat.
            Tubuhnya terapung-apung di udara. Bulatan cahaya berwarna kuning bergerak dari atas kepala hingga ke hujung kakinya tanpa henti. Terdapat tulisan kuno tertera di setiap lapisan cahaya itu.
“racun tu masih ada dalam tubuh kau. Aku sarankan kau..” kata-kata Earh Mage terhenti apabila anak mata Xera yang berwarna violet merenung tajam dirinya.
“lebih baik aku mati macam tu” Water Mage mengeluh mendengar jawapan gadis di hadapannya.
“bukan sekali ni. dah banyak kali. Kalau berterusan aku takut badan kau dah tak mampu tanggung” Xera merenung Water Mage. Makluk-makhluk yang di panggil Mage ini adalah penjaga dan penyembuh bagi setiap ahli sihir. Mereka terdiri dari banyak unsur dan  bagi gadis ini Magenya terdiri daripada 4 unsur semulajadi.
“aku takkan mati selagi tugas aku belum selesai!” tegas sekali kedengaran suara gadis itu.

4 under spell:

Haruno Hana 하나 said...

wah, tugas pe ye? best!

apple_pie said...

nk lagi..nak lagi...

pinkpurle amie said...

pe tugasnye ye??? diorang ada magic ke...ada sedikit confius la cik snow.
papepown cter nie memang best.
GAMBATE!!!

kamalia said...

ceriter yg menyeronokan...
terus kan beerusaha..

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review