Wednesday, June 2, 2010

Flower Boys 3

Posted by Snow_Queen at 12:11 AM

            Xera menggigit roti bakar yang sudah di sapu jem coklat oleh David. Teh panas perisa lemon di hirup perlahan. Muka Ki Bum, Gary, Alex dan Kevin masih tak kelihatan.
“Dorang tak sarapan ke?” Xera menjeling jam di tangan.
“Mereka tak pernah makan sarapan pagi di rumah. Mereka selalu makan sarapan pagi di café sekolah” David menjawab tenang. Xera hanya menganggukan kepala.
“kalau cik Xera tak gerak sekarang nanti lambat pula. Dari sini ke sekolah ambil masa setengah jam” Xera hanya tersenyum sinis.
“jangan risau saya akan sampai ke sekolah dalam masa 10 saat” David mengerutkan dahinya dan beredar.
“ah! Saya lupa nak kat pesan cik Xera..” namun kata-kata David terhenti bila Xera sudah tiada di tempatnya.
            Xera membuka lockernya dan mengambil beberapa buah buku sebelum masuk ke dalam kelas. Tiba-tiba bahunya di tarik dari arah belakang oleh seorang gadis berambut putih.
“betul ke kau tinggal bersama Flower Boys?” gadis itu merenung Xera dengan pandangan sinis.
“hah? Flower Boys? Siapakan?” dia pura-pura tak mengerti. Kalau dorang tahu mampus aku. Sapa pulak gatal mulut pergi sebarkan cerita ni? Xera mengeluh dalam hati.
“kau jangan buat-buat tak tahu ye. Aku sumpah kau nanti!” gadis berambut putih itu mula berang. Tindakannya menarik perhatian pelajar-pelajar lain di kawasan itu.
Ki Bum yang kebetulan melalui kawasan itu melihat Xera sedang di buli oleh Deane, pelajar senior di sekolah itu. dia menggeleng perlahan. baru sahaja Deane ingin menampar muka Xera, pergelangan tangannya di pegang oleh Ki Bum.
“tak ada siapa pun yang boleh usik tunang aku!” Kenyataan yang di keluarkan Ki Bum berjaya membuatkan semua pelajar di situ ternganga. Xera menyiku lengan Ki Bum.
“Sayang..mari pergi” Ki Bum menarik lengan Xera dan membawa gadis itu masuk ke dalam kelas. Alex, Gary, dan Kevin hanya melihat perbuatan Ki Bum.
“kenapa kau bawak minah ni masuk ke kelas kita?” Alex menjeling Xera.
“dia kan sekelas dengan kita. Kau tak tahu ke?” Ki Bum menolak Xera supaya duduk di sebelah dia. Xera hanya buat muka. Semua pelajar tidak kira lelaki ataupun perempuan menjeling tajam kepada Xera.
“eh bukan dia setahun muda dari kita ke?” Kevin menyampuk pula.
“budak lompat?” Gary mengagak dan Ki Bum mengangguk.

3 under spell:

Nia said...

hm.menarik...

Haruno Hana said...

huhu :) best... ki bum tu cam ji hoo dlm BOF

pinkpurle amie said...

waaaa...best r cter nie cik snow... Amie rasa lah Xera 2 mesti ada kuasa kan?hehehe...just a guest. anyway as always cter cik snow x pernah menghampakan...hehehe GAMBATE!!! cepat sikit ye antar next n3..;p

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review