Sunday, June 27, 2010

Assassin dance 25

Posted by Snow_Queen at 6:55 PM

            Kesemua mata memandang seorang gadis yang masuk ke dalam bilik mesyuarat dengan diiringi oleh beberapa pengikut. Mereka berbisik sesama sendiri. Gadis itu mengambil tempat duduk. Cermin mata hitam yang dipakai langsung tidak ditanggal. Kesemua ketua clan-clan yang lain begitu teruja untuk melihat muka penganti ketua shadow clan namun gagal apabila gadis itu hanya menundukkan pandangan.
Rain menggetap bibir. Ingin sahaja dia membawa Ara keluar dari bilik mesyuarat itu namun ditahan dirinya agar tidak terjadi sebarang spekulasi. Dia harus menjaga nama baik Zion clan. Ara yang duduk di hadapannya kini terasa seperti Ara yang lain. Muka gadis itu langsung tiada sebarang perasaan mahupun senyuman. Gadis itu sudah 100% berubah.
“Mesyuarat kita pada kali ini adalah untuk..” Ara hanya menundukkan pandangan. Langsung tidak ambil tahu perjalanan mesyuarat yang baginya amat membosankan. Sedar-sedar mesyuarat sudah habis. Segera dia bangun dan keluar dari tempat itu untuk menghirup udara segar. Tangannya direntap dari belakang. Ara melihat Rain tanpa perasaan.
“Kenapa?” Rain memandang Ara. Gadis itu menanggalkan cermin mata hitam yang melindungi matanya semenjak dari tadi.
“Bukan urusan kau.” Suara Ara amat-amat dingin dan tiada perasaan.
“Undur diri..jangan libatkan diri kau dengan permainan bahaya di sini.” Rain merenung Ara tajam.
“Kenapa mesti nak aku undur diri? Kau tak layak nak menasihati aku. Kau siapa?” Ara memandang Rain sinis sebelum beredar. Rain menggeleng perlahan. Dia bertekad akan membantu gadis itu.
*******
Sudah berbulan-bulan dia mencari gadis itu namun semua usahanya tidak membuahkan hasil. Dia hampir sasau mencari gadis itu. Hatinya menjerit inginkan penjelasan. Keadaan diri yang tak terurus tidak di pedulikan. Dany memberhentikan keretanya secara mengejut apabila melihat kelibat Ara di seberang jalan. Segera dia keluar dari kereta tanpa memperdulikan bunyi hon dari kereta-kereta di belakang. Tangan Ara di rentap kasar. Beberapa pengikut Ara memegang Dany. Ara terkejut apabila memandang Dany di hadapannya.
“Lepaskan dia.” Ara mengarahkan pengikutnya. Badan Dany dilepas. Dany memegang bahu Ara. Ara hanya mengukirkan senyuman tawar.
            Suasana di restoran mewah itu kelihatan tegang. Ara hanya mampu memandang Dany tanpa bersuara. Dany kelihatan amat tak terurus dan dia mengetahui sebab lelaki itu menjadi begitu meskipun lelaki itu tidak bersuara.
“Kenapa awak pergi? Apa semua ni?” Dany merenung Ara tajam.
“Minta maaf saya terpaksa. Kita takkan mungkin bersama Dany. Awak dan saya, kita dari dua dunia yang berbeza Dany…terlalu berbeza..” Ara melemparkan pandangan ke luar tingkap.
“Saya tak peduli semua tu Ara. Yang saya tahu saya nakkan awak saja.” Dany memegang tangan Ara. Ara menggeleng dan melepaskan pegangan tangan Dany.
 “Saya bukan Ara yang dulu.Tolong la faham. Dunia saya sangat menakutkan Dany..sangat..”
“Yang saya tahu saya nak awak bersama dengan saya Ara!”
“Awak tak faham dunia saya Dany!”
“Saya akan cuba faham!”
“Awak seorang CEO yang berjaya Dany. Jangan hancurkan masa depan awak demi saya. Saya adalah seorang ketua clan yang mempertaruhkan nyawa saya setiap hari untuk meneruskan hidup untuk hari esok. Jadi Dany saya cakap sekali sahaja. Saya dan awak takkan mungkin bersama. Sampai bila-bila pun.” Ara lantas beredar dari restoran mewah itu. Tak sanggup dia tinggal lebih lama di situ untuk melukai hati orang yang disukainya. Ini adalah jalan yang terbaik untuk kita berdua. Semoga awak berbahagia Dany.
******
“Arghhh!”
“Yahhh”
Jeritan bergema di taman rumah mewah itu. Bunyi pedang kayu kedengaran saling berlaga. Ara memandang lawannya dengan tajam. Lawannya hanya tersenyum sinis.
“Nampaknya ada orang kena basuh pinggan selama seminggu mulai hari ni.” Si lawan sengaja memprovok Ara.
“Heh..Siang sikit. Orang tak kalah lagi.” Ara menyerang dengan menghayunkan pedang kayu ke bahu si lawan. Si lawan mengelak menyebabkan serangan Ara tersasar. Pinggang Ara di peluk kejap.
“Eh..apa ni?” Ara meronta-ronta minta dilepaskan.
“Hahaha..budak kecik ni dah kalah.” Si lawan menggeletek pinggang Ara. Ara ketawa galak.
            Sewaktu melintasi ruang tamu, telefon bimbit Ara berbunyi. Terukir senyuman apabila mendengar suara si pemanggil. Dia hanya mengangguk beberapa kali.
****
Tepukan gemuruh di berikan sebaik sahaja pasangan kekasih saling menyarung cincin pertunangan. Ara menggetap bibir. Dia di panggil ke sini untuk menyaksikan semua ini? terlalu melampau. Bukan salah Shasha. Shasha tak tahu semua ini. kalaulah dia tak menerima jemputan Shasha…
******
Jalan raya yang sunyi tidak sedikitpun menakutkan Ara. Sudah lama dia berjalan dan dia akan tetap terus berjalan selagi kakinya tidak penat. Hatinya menangis. Rain menggetap bibir melihat keadaan Ara. Dari tadi lagi dia mengekori Ara dengan menaiki kereta bagi memastikan keselamatan gadis itu. dia juga menyaksikan segala-galanya tadi. Ingin sahaja dia belasah si Dany tu kerana melukai Ara. Dia keluar dari kereta apabila melihat Ara terduduk di atas jalan. Ara hanya merenung jalan tar di hadapannya. Rain mendakap Ara dari belakang. perlahan-lahan dia memapah gadis itu masuk ke dalam kereta.
******
“Lupakan dia. Dia dah jadi milik orang lain.” Rain menjerit kepada Ara yang sudah berlalu masuk ke dalam bilik. Pintu bilik dikunci. Dia terduduk di sebalik pintu. Tipu kalau dia tak sedih kerana dia menyintai Dany. Namun kini segala-galanya sudah terlambat. Lutut bertemu dahi. Dany semoga kau berbahagia bersama si dia. Bunyi ketukan di pintu bertalu-talu tidak di hiraukan.
“Tinggalkan aku sendirian.” Ara menjerit. Dalam tempoh masa dia mengambil alih jawatan ketua ni bukannya senang dan dalam tempoh masa tu juga pelbagai hal yang berlaku. Antaranya dia kini berbaik dengan Rain. Siapa sangka kan? Namun apa perasaan dia terhadap Rain dia sendiri tak pasti. Dia menjadi terlalu keliru lantas dia mengambil keputusan untuk tidak memikirkan hal cinta buat sementara. Biar mereka berkawan seperti sediakala.
 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review