Sunday, June 27, 2010

Assassin dance 24

Posted by Snow_Queen at 6:53 PM

            “Ma..ma…” Kedengaran suara Asha sebaik sahaja Ara merebahkan badannya di atas sofa. Dia dan Dany sampai ke rumah tepat jam 8 malam. Ara mendakap tubuh kecil itu bagi melampiaskan rasa rindu.
“Asha je? Saya?” Dany mendepakan tangan meminta untuk dipeluk. Ara menjelirkan lidah kepada Dany dan membawa Asha ke meja makan. Dany mengeluh perlahan. Susah benar hendak mengetahui perasaan Ara. Sekejap dia nampak gadis itu suka sekejap pula biasa-biasa saja.
            Ara baring di atas katil dan terenung jauh. Dia tahu Dany ingin mendengar jawapan dari mulutnya sendiri namun dia merasakan jurang antara dia dan Dany terlalu jauh meskipun lelaki itu menerima masa lalunya. Hidupnya dikelilingi oleh terlalu banyak bahaya meskipun tidak nampak pada mata kasar. Dia mempunyai masa selama seminggu lagi sebelum tugasnya sebagai penjaga Asha tamat dan selepas itu apa pula hala tuju hubungan dia dan Dany? Aku tahu semua ini tidak begitu mudah dan aku akan membahayakan nyawa Dany sahaja.
            Ara bangun dan menyelak langsir. Pantas matanya menangkap kelibat beberapa orang di luar rumah Asha. Kesemua lelaki yang berpakaian serba hitam itu merenung Ara seolah-olah memberitahu sesuatu.
            “Kenapa? Aku rasa aku sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Shadow Clan lagi.” Ara menyoal garang kepada kesemua pengikut Shadow Clan yang berdiri di hadapannya kini.
“Sejauh mana pun kau pergi kau takkan dapat mengubah hakikat yang kau pernah membesar bersama kami, Ara..” Kedengaran suara uncle Aaron. Ara menggetap bibir. Dia melihat lelaki itu keluar dari kereta.
“Ada apa urusan kalian ke sini?” Ara berlembut.
“Kami memerlukan kau Ara.” Uncle Aaron memandang gadis yang sudah dianggap sebagai anak.
“Ara takkan kembali kepada shadow clan. Tolong jangan buat Ara macam ni.” Ara memandang uncle Aaron menagih simpati.
“Kau terpaksa Ara kerana Ben menamakan kau sebagai ketua clan kita selepas dia mati.” Ara memandang uncle Aaron tajam.
“Maksud uncle…” Ara tidak menghabiskan kata-katanya apabila melihat uncle Aaron mengangguk.
“Macam mana?” Tanpa dia sedar air mata mengalir. Dia tahu sejauh mana pun dia membenci lelaki itu dia sebenarnya menyayangi godfathernya.
“Pergaduhan dengan beberapa clan.” Aaron menggeleng kesal.
“Ara tak boleh. Uncle saja yang jadi.” Ara memberi cadangan.
“Ara..kau sendiri tahu peraturan clan kita.. lagipun uncle ada clan sendiri. Mustahil uncle boleh uruskan 2 clan serentak. Akan ada masalah nanti.” Tegas uncle Aaron.
“Ara tak mampu..Ara tak nak terlibat lagi. Ara nak mulakan hidup baru..tolong..tolong jangan buat Ara macam ni. Ara..Ara…” Ara menutup mulut menahan esakan.
“Mereka akan buru kau Ara…akan ada perebutan kuasa. Semua clan yang lain akan masuk campur untuk menguasai shadow sekiranya tiada ketua baru. Apa nasib semua pengikut shadow nanti?” Uncle Aaron cuba memujuk Ara. Dia sendiri tidak mahu Ara terlibat lagi namun kali ini dia terpaksa. Demi pengikut-pengikut shadow.
“Lusa akan ada mesyuarat dengan clan-clan yang lain. Kau harus bersedia.”
*****
“Aku minta maaf Dany..Kau jangan tunggu aku lagi. Mulai sekarang kita adalah stranger.” Ara mengucup lembut dahi Dany sebelum beredar. Tersemat azam dihatinya untuk melindungi lelaki itu dari sebarang ancaman bahaya. Ara beredar selepas memeluk Asha buat kali terakhir.

2 under spell:

epy elina said...

wahhhhh...
sdihnya...
kcian ara....

apple_pie said...

huhuhu... cedih... bru nk ade new life, da jd cmneh... uhuk2

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review