Monday, June 21, 2010

Assassin Dance 23

Posted by Snow_Queen at 9:03 PM

            Ara menggeliat perlahan. Dia membuka mata apabila terasa kakinya tersepak sesuatu lantas dia bangun dan mengambil kotak yang terletak di hujung katil. Dibaca nota yang terselit di celah-celah reben kotak berkenaan
Hai love, dah bangun? Pakai baju ni dan jumpa saya di lobby hotel pada pukul 7 malam.
p/s: kalau awk lambat seminit, saya akan naik atas dan cium awk! Saya tak bergurau!
Ara ketawa perlahan sebaik sahaja selesai membaca nota berkenaan. Di kerling jam di tangan. Hah dah pukul 6.30? terus dia berlari masuk ke dalam bilik air.
*****
Dia membelek-belek tubuhnya di hadapan cermin. 

Ish tak seksi sangat ke? Dia berpusing-pusing sekali lagi. Di kerling jam di tangan lagi 5 minit menunjukkan pukul 7 terhegeh-hegeh dia berlari menuju ke lif.

“Tunggu!” dia menjerit apabila pintu lif hampir tertutup. Lantas dia masuk dan membetulkan rambutnya. Rain menjeling Ara yang kelihatan sangat menarik pada malam ini. Ana memaut kuat lengan Rain tanda dia masih lagi berada di situ. Ara buat tak peduli dengan pasangan di sebelahnya. Sebaik sahaja pintu lif di buka, Ara berlari anak menuju ke lobby. Setelah sasaran yang di cari dijumpai dia perlahan-lahan berjalan ke arah lelaki itu.
Dany menoleh ke kiri dan ke kanan apabila masih tidak nampak kelibat Ara. Tiba-tiba matanya di tutup oleh sepasang tangan. Dia segera tersenyum.
“Ara…tak matang langsung.” Dany mengalihkan tangan Ara dari matanya. Ara mencebik.
“Macam mana boleh cam? Orang tak bersuara langsung.” Dany mengukirkan senyuman sinis sambil memeluk pinggang Ara. Mereka berjalan keluar.
“Minyak wangi awak. Saya cam.” Ara terasa hatinya tersentuh kerana lelaki itu ingat segala-galanya tentang diri dia.
“Awak nampak lawa malam ni.” Dany memuji. Ara tersipu-sipu malu.
“Kita nak pergi mana ni?” Ara bersuara setelah lama berdiam diri.
“Adalah.” Dany masih berahsia tentang destinasi mereka.
*****
Dany menarik kerusi untuk Ara, Ara mengucapkan terima kasih. Ara memandang sekeliling restoran mewah itu.
“Kita nak buat apa kat sini?” Ara memandang Dany yang kelihatan kacak dengan suit hitam pada malam ini.
“Makan la takkan nak menyanyi pulak.” Ara mengambil garfu dan berpura-pura hendak mencucuk tangan Dany.
“Ehem…mesra nampak. Kami sampai pun tak sedar.” Ara melihat seorang wanita berusia dalam 50-an dan seorang lelaki di sisinya berdiri di sebelah Dany. Dany segera bangun dan memeluk kedua-dua orang tua di depannya. Ara ikut berdiri.
“Ara..ni papa dan mama saya.” Hampir tersembur biji mata Ara apabila Dany memperkenalkan pasangan di depannya.
“Kenapa awak tak cakap awal-awal?” lantas dia bersalam dengan pasangan di hadapannya. Dany hanya tersengih.
Suasana makan malam antara mereka terasa kekok sekali. Ara beberapa kali meneguk air kerana terasa makanan yang di makannya terlekat di rengkung.
“Ara bukan? Mak ayah kerja apa? Kamu lulusan U mana?” Puan Elina bersuara setelah sekian lama berdiam diri. Ara menggigit bibir.
“Sa..saya anak yatim dan saya baru sahaja habis sekolah menengah.” Ara menundukkan wajah. Tidak berani hendak bertentang mata dengan mama Dany yang seolah-olah tidak sukakannya. Puan Elina dan suaminya mengangguk perlahan. Dany cuba menahan ketawa sebaik mungkin melihat wajah Ara yang pucat.
“Kamu sukakan Dany?” Puan Elina merenung wajah ayu gadis di hadapannya. Dalam diam dia memuji kecantikan semula jadi gadis itu.
“Mama..dah la tu..kesian Ara.” Dany memandang puan Elina yang ketawa. Ara mengangkat muka bila puan Elina ketawa.
“Mama saja nak test awak ni lulus ke tak jadi menantu dia. So mama lulus tak pilihan Dany ni?” Dany memandang mamanya.
“Lulus dengan cemerlang. Mama suka tengok dia. haih tak sabar mama nak menimang cucu.” Puan Elina mengusap tangan Ara. Ara terasa mukanya hangat bila mendengar kata-kata Puan Elina.
“Hah? Awak dengar mama kata apa? Dia nak cucu. Bila kita nak kahwin?” Dany mengenyit mata dekat Ara.
“Eii..gatal..” Ara mencubit lengan Dany yang duduk di sebelahnya.
“Dengan awak je..dengan orang lain tak.” Dany mengucup dahi Ara. Ara dah tak tahu nak letak mana muka bila Dany mengucup dahinya depan Puan Elina dan Tuan Eli.
“Amboi... kami ni wujud lagi Dany.” Tuan Eli sengaja mahu mengusik anaknya.
“Ara…mama harap kamu jaga la Dany ni baik-baik..Mama tak kisah dengan latar belakang kamu..kami terima diri kamu seadanya..mama harap kamu terima la baik buruknya si Dany ni. Dany kamu pun jangan selalu nak buli si Ara ni.” Puan Elina menjeling tajam anak lelakinya itu. Faham benar perangai Dany yang kuat mengusik tu.
“Okay boss.” Mereka semua tergelak bersama. Makan malam pada hari itu berjalan dengan lancar di antara mereka.

2 under spell:

apple_pie said...

bgus nye mak ayh dany neh..

epy elina said...

hohohho...
wah sportingnya mak ayah dany.....
dany btul2 sygkan ara....
tp adakah ara btul2 sygkan dany or dany hnya mngisi kekosongan ati ara....
x sbr nak thu....

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review