Sunday, June 20, 2010

Assassin Dance 22

Posted by Snow_Queen at 1:40 PM

            Ara ketawa apabila rasa ada sesuatu yang menggeletek kakinya. Terus matanya terbuka. Ditenung tajam muka Dany.

“Morning princess, pergi bersiap dan selepas itu kita akan bersarapan.” Dany mengukir senyuman nipis.

“Hah? Dah pagi? Lama betul aku tidur.” Ara menggumam rendah.

“Nak saya tolong ke?” Dany menjungkitkan kening. Terus Ara lari masuk ke dalam bilik air.

Suasana restoran di tepi pantai  benar-benar menggamit ketenangan bagi Ara. Di renung muka Dany. Dia rasa bersyukur kerana mengenali jejaka itu. Dany banyak membantu dirinya.

“Hensem ke?” Dany merenung muka Ara.

“Sapa yang hensem?”

“Saya!” Dany jungkit kening sebelah. Ara mencebik.

“Meeting start pukul berapa?” Dany membelek jam tangan.

“Dalam setengah jam lagi. Nanti saya tak ada awak pergi la jalan-jalan tapi jangan pergi jauh-jauh sangat nanti tak sedap hati saya waktu meeting nanti.” Dany memberi amaran. Ara hanya tersengih.
****
Dia berjalan-jalan di tepi pantai. Selipar di tanggalkan. Ketenangan yang di kecapi rupanya tidak bertahan lama apabila matanya menangkap kelibat jejaka yang di benci. Hendak mengelak sudah tak sempat.

“Malang betul asyik jumpa kau je.” Rain tersenyum sinis.

“Dah tahu malang blah la.” Ara menjeling tajam. Kali ni dia takkan kalah dengan mamat tu.

“Cari sasaran baru kat sini?” Ara menggetap bibir. Boleh tak aku kasi kepala dia ni flying kick.

“Tak. Honeymoon.” Sepatah perkataan itu merentap tangkai jantung Rain. Siapa suami Ara? Bila Ara kahwin? pelbagai persoalan menerjah benak fikirannya.

“Bila? Dengan siapa?” Tanpa sedar dia bertanya.

“Dengan manusialah takkan hantu pulak.” Ara mengukirkan senyuman sinis dan berlalu. Haish kacau betul la mamat ni. Balik tidurlah. Mood dah mati.

5 under spell:

apple_pie said...

ala........rain dtg blk... jgn la ara blk pada rain..cian dany

aku said...

tak nak rain !

thir said...

bestttttt lah......... tak sabar nk tau ending citer niii............ teruskan sambung snow.......

Miss Kira said...

x nak ara dgn rain..
nak ara ngan dany..
huhuhu

Blue Sapphire said...

a'ah lorh...jgn biarkan ara ngn rain...bio ara ngn dany...

 

Snow_Queen Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review